Monday, January 7, 2013

Soal Jemaah

Bersedia.
Entry kali ini, agak berat.

Perkenalan

Dahulu, pernah diperkenalkan pada beberapa badan dakwah (baca:jemaah). Semenjak tu baru minda agak terbuka pada hal-hal sebegitu. Perihal dakwah, perihal keanggotaan. Perihal tarik menarik. :)

Jujur saya pernah ditarik untuk masuk ke dalam sebuah badan jemaah. not to mention which one. Tapi saya membangkang, menolak mentah-mentah atas alasan akademik yang teramat kucar waktu itu. Tak tipu, memang akademik jatuh teruk at that time. Mereka tak putus asa dan masih cuba mengajak, sampai abang yang kejauhan dimaklumkan akan perihal penolakan saya. Dia cuba berhujah dengan saya yang masih belum faham apa-apa. Saya tahu dia kecewa, amat. Tapi saya tetap dengan keputusan sendiri, masih dengan alasan akademik.

Akhirnya abang mengalah, dan mereka juga terpaksa melepaskan dengan rela. ceh, gaya macam orang laku la pulak kan. 

Pencarian

Satu ketika di saat itu saya punya persepsi yang agak negatif terhadap benda ala-ala jemaah ni. Dan amat banyak yang saya persoalkan. Hingga satu saat saya dapat tahu yang adik saya juga mula melibatkan diri dengan sebuah jemaah. Agak terkejut walau sudah dijangka. Bersungguh-sungguh dia cuba memberikan kefahaman kepada saya.

Dulu saya anti jemaah sebab melihatkan sikap pembawanya. Suka sangat mengagungkan jemaah sendiri sampai tahap memperlekehkan jemaah lain.

Akhirnya saya menabur janji pada adik, saya mahu kaji sendiri. Mana jemaah yang betul, mana jemaah yang paling sesuai dengan diri sendiri. Saya tak mahu menganggotai jemaah atas dasar ikutan.

Satu hari, ada seorang sahabat datang menziarah. Dia mengajak saya menganggotai jemaah yang dia ikut. Saya jadi buntu. Nak ikut jemaah adik atau jemaah sahabat?

Akhirnya saya memberi kata putus,

"Untuk ikut jemaah awak dulu mungkin tak. Saya mahu kaji dulu. Kalau sekadar untuk merasa dan melihat untuk menilai, saya boleh ikut."

Akhirnya dia bersetuju. Mengangguk faham dengan kehendak saya. And then, saya mengikutnya menghadiri usrah. Ada naqibah dari luar, dan ramai rakan yang saya kenal. Dalam usrah tu kami belajar masalah fekah. Berbincang itu ini. Mula rasa sedikit terisi selepas sekian waktu tak mengikuti usrah. Dan kagum memikirkan kesanggupan akak naqibah yang sanggup berulang alik menyampaikan ilmu pada adik-adik.



Cerita saya ikut usrah sahabat saya ceritakan pada adik. Memaklumkan yang saya memang sedang membuat penilaian. Jadi untuk adil saya turut berusrah dengan adik. Adik sendiri menjadi naqibah.

Dua pengisian yang berbeza pada dua usrah yang berbeza. Tapi keduanya nescaya punya kelebihan tersendiri.

Pilihan

Akhirnya saya membulatkan tekad untuk memilih jemaah yang dirasakan paling cocok dengan diri. Cerita bagaimana saya end-up dengan pilihan sendiri masih panjang dan ada cerita luka dan sukanya sendiri. Tapi maaf, agak peribadi.

Hingga kini , saya masih belajar. walau kadang-kadang rasa goyah. Benar,syaitan tak kan pernah senang melihat kita berada pada jalan kebenaran. Ada kala saya rasa mahu berhenti. Bermacam-macam mehnah, dan sudah entah berapa kali air mata gugur disebabkan jalan yang telah dipilih.

Penat. Lelah. Tak cukup untuk digambarkan. Pelajaran menjadi taruhan. Kesenangan diri jadi korban. Namun itulah adat berjuang.

Kami belajar untuk tidak memandang rendah pada jemaah yang lain. Kerana hakikatnya jemaah hanyalah sebuah wasilah. Mana-mana jemaah, tujuannya hanya satu - untuk melihat Islam kembali tertegak. Yang berbeza hanyalah manhaj atau pelaksanaannya. Dan fokus yang juga mungkin berbeza.



Jadi mengapa harus berbalah dan saling menuding jari?
Hakikatnya kita sedang berjuang untuk benda yang sama.
Cuma mungkin, sindrom kecenderungan terhadap jemaah sendiri tu susah nak dibuang. saya mengalaminya.

Saya punya sebab sendiri dalam membuat pemilihan dalam memilih jemaah ini melebihi jemaah-jemaah lain. Walaupun mungkin pada awal pemilihan saya masih kabur dengan makna perjuangan. Dan setelah melaluinya hampir berbulan lamanya, saya mula sedar. Melibatkan diri dalam sebuah gerakan, memerlukan pengorbanan yang tak sedikit.

Dan saya percaya itulah yang sedang dialami oleh semua penggerak semua jenis jemaah. Tak kisah jemaah jenama apa sekalipun. Beban yang dirasakan sama. Cabaran yang ditempuh juga mungkin sama walau berbeza level kepayahan. Heh.

"Thabatkan kami ya Allah. Untuk terus kuat dan tidak mengalah. Dan berikan kami kefahaman akan hakikat perjuangan."
Aku hanya ingin untuk terus kuat...
walau mungkin rebah berkali..

Aku hanya ingin untuk terus bersama...
memegang panji perjuangan...
walau mungkin akhirnya kita kecundang sebelum menang...

Aku tak ingin futur dari jalan ini.
Tak ingin .
Tak kan pernah ingin.
Maka kuatkanlah aku ya Allah. 

oh yaa, i still cant avoid that inferiority complex syndrome. merasa lemah tatkala dihimpit dengan mereka-mereka yang hebat. :'(


2 comments:

sinichi kudo said...

aminn, doakan kita sama2 istiqomah :)

ibrahsalami said...

ameen insyaAllah. wuissh merata dia komen. haha.