Saturday, March 12, 2011

Macam mana nanti...

Salam.Selamat malam...mOre to say,goOd morning i guess.
Saat ni,waktu ni mungkin ratanya dah lena di ulit mimpi (malaysia dan sekitarnya).
Sikit sekali yang berjaga malam,bersengkang mata depan TV,depan laptOp..dan saya antara yang sedikit.
Lagi sedikit yang terjaga dari tidur akibat mimpi ngeri :)
DAN terlalu sedikit yang mengorbankan masa tidur untuk bangun ber'khalwat' dengan Rabbul Jalil.

Malam terakhir di rumah setelah seminggu bercuti.And then,ill be going back tO campus!! Gonna miss my smelly pillow,the atmOsphere here bla bla bla...gaya macam tak kan balik selamanya pulak :p

Guess this gOnna be my last entry for now.Sebabnya jangan mengharaplah diri rajin sangat nak luangkan masa mengadap komputer kat dQ (otak selalu je tepu tahap maksima kat dQ),tambah-tambah komputer memang biasanya menjadi bahan terlaris dan idaman hati ramai pada sekian-sekian hari.
.......................................................................................................

Entah kenapa sepanjang masa bercuti ni,saya asyik runsing memikirkan masalah masa depan.
Risau memikirkan saatnya kaki keluar melangkah dari DQ secara rasminya dan bersedia untuk kembali semula mengadap silabus-silabus pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia (or better to say Kementerian Pengajian Tinggi) yang dah lama ditinggalkan sampai otak pun rasa-rasanya dah jadi alzheimer dengan semua tu. Jadi budak baru belajar la nampak gayanya lepas ni.

Runsing dan konfius memikirkan course yang nak diambil satu hal,either its gonna be AED or pharmacy or dentist.Dilemma!!
Satu hal lagi yang tambah membebankan fikiran adalah masalah penyesuaian diri dengan persekitaran baru. Jujurnya dah banyak cerita yang didengar tentang UIAM,every single things about it. Budak-budaknya,sistem pembelajarannya,pensyarahnya,hantunya..ada yang baik,ada yang buruk.

And of course yang ditakutkan selain hantunya mestilah perkara-perkara negatif.
Teringat pula pada seorang teman yang kata biasanya budak-budak dQ kat UIA banyak ujiannya.Mungkin ujian terbesar adalah ujian nak adapt dengan biah baru,biah yang bertukar 180 darjah.Tak boleh nak kata 360 darjah sebab UIA masih lagi segar dengan biah solehah walau mungkin tak sesolehah biah di dQ.

Kadang-kadang tak tergambar macam mana lah diri sendiri nak terus utuh dan teguh jaga al-Quran bila jadual-jadual harian dah mula padat dengan kuliah.Macam mana pula diri sendiri nak jadi qudwah hasanah yang baik kepada mad'u di sekeliling nanti? Bimbang,takut,pening...itulah saya sekarang.

Kadang-kadang dengar cerita yang tak baik tentang kelompok kami dari mulut adik tambah rakan-rakan,diri jadi termalu sendiri.Termalu dan tersegan kerana saya rasakan saya yang turut menyumbang kepada perkara-perkara tersebut.Malu juga kerana yang diceritakan membawa imej dan identiti yang sama dengan saya,dengan kami.

Malu kerana bimbang diri sendiri akan melakukan perkara yang sama.
Lupa pada imej yang dibawa.Lupa pada 'bebanan' yang hakikatnya merupakan sesuatu yang suci,tergalas di bahu.

Dan yang sebenarnya semua tu masih mampu dibendung.UIAM masih hebat dengan pembentukan biah solehahnya,masih banyak program dan aktiviti membina sahsiah yang dianjurkan.Cuma bergantung pada diri sama ada mahu terus bersama yang lainnya meng'islah'kan diri atau tergelincir di bawa arus perubahan, negative culture shock.Yup,itulah yang berkali-kali dipesan oleh si adik juga rakan. Kata adik lagi,  
cari usrah!! Juga Ibrah dari cerita rakan-cari usrah!!

Dan seandainya entry ini terbaca oleh sahabat-sahabat Gen 11 sekalian (possibility yang rendah sekali) harapnya kita bisa menjadi lebih kuat di UIAM nanti,termasuklah juga kepada yang berhasrat untuk fly ke over the sea nanti,di mana pun anda berada,jangan lupakan kami tau..

Yaa,moga kita masih mampu untuk menjadi diri kita serupa dan sebijik macam kita kat dQ,atau lebih baik..insyaAllah.
 Dan seandainya ada yang tercicir dan mencicirkan diri selepas ini dan seandainya di kalangan itu ana lah orangnya jangan teragak untuk menegur. Biasalah Melayu mudah lupa.
 Dan teguran yang datang tu haruslah teguran yang membina bukan tegurannya yang membinasakan,yang menjauhkan.Usah terlalu melulu menghukum andai kita masih belum lagi menyampaikan.


Kalau bukan kita siapa lagi....

maafkan teman,
nor ibrah....

Thursday, March 10, 2011

Semutku sayang..

"Dan untuk Sulaiman dikumpulkan bala tenteranya terdiri dari jin, manusia dan burung lalu mereka berbaris dengan tertib. Hingga ketika mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut: "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya sedangkan mereka tidak menyedari." Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku! Anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh." Surah An-Naml ayat 17-19




Semut.Rumah saya banyak semut. Bilik kat dQ pun lebih kurang sama je. Pendek kata hidup saya memang dikelilingi semut. Al-maklumlah orang Kelantan memang terlebih manis :)


Pagi-pagi hari nak hilangkan bosan terziarah website iluvislam.com
dan jeng jeng jeng terbuka gambar pasal semut..ustaz muktasyaf,pinjam gambar ehh :)


Sebut pasal semut,pandangan pertama saya terhadap mereka si makhlus halus ni,tak lain tak bukan - menyerabutkan,menggeramkan sebab akan ada je yang jadi mangsa penyekkan nanti -


Ya,begitulah nasib sang makhluk halus yang gemarkan makanan manis,macam saya :)
Namun nasib mereka masih baik kerana mereka tak pernah lagi (setakat ni) diisytiharkan sebagai makhluk perosak mahupun serangga pembawa penyakit macam sahabat-sahabat mereka yang lainnya
 yakni si lalat,mak cik nyamuk,mek tikus bla bla bla.


Ramai yang sedar akan kehadiran semut.Di mana ada kemanisan,di situ ada semut.
Tapi tak ramai yang cuba untuk berfikir akan kejadian semut.


......................................................................................................


Semut. Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah dilihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu.

Semut-semut penganyam adalah tukang jahit yang mahir. Mereka menyambung daun-daun dengan menariknya daripada dua bahagian dan menjahit daun-daun ini bersama. Dengan cara ini, mereka membuat rumah yang baik untuk diri mereka. Semut mempunyai jenis yang lebih banyak daripada hidupan-hidupan yang lain.
Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut. Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil. Semut berkomunikasi dengan isyarat kimia iaitu semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi (Feromon).
sumber : iluvislam.com
............................................................................
Kadang-kadang melihatkan semut diri sendiri terfikir,alangkah bahagianya mereka semua.Saban waktu bekerja,tak sedetik pun waktu dibazirkan dari aktiviti berzikir kepada Zat Yang Maha Mencipta. Sungguh aku jeles dengan depa semua.
 Dan kadang-kadang terfikir alangkah bahagianya andai aku juga seekor semut,semut pekerja pun tak apa lah (tapi kalau dapat jadi ratu lagi best,hOhOhO). 
Jadi semut,tak penat fikirkan masalah dunia. 
Jadi semut tak payah susah-susah tanggung dosa.
Jadi semut tak lah menderhaka pada Allah.
Itulah semut.Halus penciptaannya tapi punya banyak kelebihan.Dan hanya manusia-manusia yang bijak mampu mengambil ibrah dari penciptaan semut.
Melihatkan kembali semut-semut semua, fikiran kembali jernih. Ya,mungkin aku tak perlu jeles dengan kau semut,aku cuma perlu mencontohi kau. 
Kerna hakikat penciptaan manusia sesungguhnya lebih mulia dari semut.
''Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .'' surah at-Tin ayat 4
 Kerana kita khalifah yang diciptakan Allah untuk memakmurkan bumi,dan semut cuma makhluk yang dijadikanNya untuk manfaat manusia sekeliannya.
'' Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat ;Sesungguhnya Aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi.....'' al-Baqarah ayat 30 

Cetusan rasa yang kelaparan ;
nor ibrah

Wednesday, March 9, 2011

Dia Amir..kerana dia aku menulis.

OH nO!!!

siapakah dia yang saya sebutkan namanya di atas?
buah hati pengarang jantung?
sOmeone really special in my heart?
ex-buayafren?
teruskan bertanya....

Ya,kerana Amir,saya punya ilham untuk menulis.

......................................................................................................

Petang tu,ummi tersayang ajak ziarah kampung,ada jemputan makan lakse dari bekas pengasuh adik kembar time kecik-kecik dulu.
Asalnya memang malas,ye la Subuh tu baru je sampai ke rumah,tidur pun belum diqadha'kan lagi.
Sampai je rumah pagi tu,sOlat Subuh and terus ber'stOry telling' dengan adik kembar tentang segenap hal ehwal kejadian dan pengalaman yang berlaku di dQ.Sedar-sedar matahari dah tinggi naiknya.

Ikutkan hati malas nak ikut,tapi selaku anak tak sanggup nak menOlak ajakan ummi.Ku turutkan.

Maka petang itu berlakulah satu penghijrahan pulang ke kampung halaman di Pengkalan Chepa, Kampung Gong Limau tak silap.(memang dasar anak kampung tak sejati)

Tapi tak dinafikan,saya cukup rindukan suasana kampung.Anginnya,itik ayamnya,mak cik pak ciknya,bau tahi angsanya..cukup rindukan semuanya.Dan jangan terpegun kiranya saya berimpian BESAR untuk memiliki sebuah rumah kampung beratapkan zink,berlatarkan sawah padi suatu masa nanti. Ada sesiapa nak bagi percuma tak?

Syukurnya dapat pulang walaupun sekejap.

Selesai kenduri dan adik pun dah secukup rasa melepaskan rindu pada babysitter nya,kami meneruskan sesi mengeratkan silaturahim ke rumah pak saudara.
Jalan punya jalan,lalu ku temui dia.
Di depan mata.Berbasikal sambil menyanyi kecil.Masih macam dulu.Rupanya masih tetap sama,tak berubah.
Senyuman terukir di bibirnya. So sweet.

Dan saya hanya mampu melihat dia berlalu.Tak banyak yang difikirkan waktu nampak kelibatnya,tapi sekarang baru terdetik untuk menginsafi beberapa perkara.

Amir.Seorang pemuda yang umurnya sendiri pun tak saya ketahui tapi saya kira umurnya lebih tua dari abang ke3,tak pun abang ke4.Tapi mukanya memang awet muda,mengalahkan muka abang-abang.Sorry to say brO.

Tapi hati cukup lega melihatkan dia masih segar.Masih mampu melemparkan senyuman seperti dulu.Walau mungkin,dia tak pernah mengingati saya.

Itulah dia Amir,hamba ciptaan Allah yang hakikat penciptaannya serupa dengan kita.Dari keturunan Adam,berasal dari tanah yang hina.Cuma mungkin dia tak sehina kita yang mampu menilai erti dOsa dan pahala.Yang dikurniakan akal yang sihat untuk menginsafi kekerdilan diri.Untuk mengenal sang Khaliq melalui mata hati yang sempurna.

Dan dia cuma Amir,salah seorang dari ribuan insan yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan penyakit syndrome down.Mental dan fizikalnya tak sesempurna kita.Malah dia juga mungkin tak pernah menikmati nikmat persahabatan,nikmat belajar,nikmat bermain,nikmat melancong yang rata-rata dari kita dah puas enjoy dengan semua nikmat tersebut,kerana dunianya hanya rumahnya.

Memandang susuk tubuh tu,saya jadi segan dengan dirinya.Betapa selama ni diri sendiri begitu susah untuk bersyukur dengan sekalian nikmat kurniaan Allah.

Betapa kurangnya masa yang diperuntukkan untuk bangun qiamullail,kurangnya puasa di siang hari,kurangnya ibadat sunat.
Malah kadang-kadang dirasakan tak punya kekuatan untuk menambah amalan..(sememangnya ini cuma alasan yang diciptakan diri sendiri untuk bermalasan).

Kita punya fizikal yang cukup mata,hidung,telinga,kaki dan tangan.Seimbang kiri dan kanan,tidak lebih dan tidak juga kurang.
Kita punya kesihatan yang jarang sekali diziarahi sakit.
Kita punya upaya untuk melakukan macam-macam perkara yang Amir tak mampu lakukan.
Kita punya akal untuk kenal Islam.

Tapi setakat mana kita pernah mensyukurinya?
Mungkin kerana kita adalah insan...makhluk yang sering lupa.

Moga cOretan ni mampu membawa hati yang sering alpa untuk mensyukuri nikmat kurniaan Allah,walaupun sejenak..insyaAllah.~

....Ya Allah,jadikanlah kami dari golongan yang sedikit....




Saturday, March 5, 2011

...::::::::::::BERMORAL ATAU BERAKHLAK:::::::::::::::...

5 Mac 2011......

Kaki berserta badan keseluruhannya selamat menjejakkan kaki ke bumi Kelantan.Alhamdulillah,kerinduan terubat..hOmesick menjauh!! Cuti terakhir dari dQ yg dirasakan cukup bermakna*ding3....

Maka,buat sesiapa yang menyambut birthday hari ni...

                                   HAPPY BIRTHDAY !!!
                   SANAH HELWAH !!!
                        moga panjang umur,dilimpahkan rezeki yang halal lg berkat..insyaAllah.. :)
                                        
Dan hari ini,secara rasminya saya merasmikan corat coret first utk tahun ini..
Saya terfikir tentang perihal moral dan akhlak.Dua perkara yang mungkin nampak sama tapi hakikatnya wujud perbezaan antara keduanya.

Malah,seorang ustaz di sekolah dahulu pernah memberikan satu jalan cerita untuk menjelaskan perbezaan antara keduanya.
#Ceritanya berkenaan seorang pemuda yang menziarahi keluarga seorang teman perempuannya,ehem2 lebih tepat lagi ~keluarga kekasihnya..maka dengan penuh sopannya dia meminta izin kepada si bakal bapa mertua,

  '' Pak cik,pak cik...hari ni saya berhajat nak bawak si Fulanah berjalan jalan sekeliling kota.boleh tak agak-agaknya pak cik,kami keluar berdua?Pak cik jangan bimbang,sebelum pukul 12 tgh malam confirm saya hantar dia balik.Boleh ye pak cik?'' dengan muka seposennya dia memohon.

Maka,keizinan diberikan tanpa syarat.
Dan tepat sebelum jam berdetik pukul 12 tgh malam,si Fulanah selamat tiba di rumah dengan jayanya,alhamdulillah...

Kesimpulan yang terselit di sebalik kisah ringkas :

1.Pemuda tersebut sememangnya bermoral.Alasan? dia dah kotakan janjinya untuk menghantar si gadis ke rumah sebelum jam 12 tgh malam.
2.Pemuda tersebut kurang berakhlak. Sebab? Agama tak pernah mengizinkan seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan bukan mahram kerana yang demikian pasti akan disertai oleh pihak ketiga,yakni musuh utama,si setan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.”

(at-Tirmidzi)




Begitulah secara ringkasnya definisi moral dan akhlak yang diterjemahkan oleh al-fadhil ustaz.
Sebahagian lain pula mengatakan seandainya sewaktu kita melihat seseorang yang ditimpa kesusahan dan hati kita masih ragu untuk memberikan bantuan,maka saat itu ketahuilah,kita masih belum berakhlak.


Dan jika diteliti kehidupan kita seharian,kebanyakan kita malah saya sendiri cukup bermoral,tapi kurang berakhlak.Sedangkan baginda nabi Muhammad s.a.w diutuskan untuk membentuk akhlak umatnya,bukan setakat moral umatnya.


Sememangnya,definisi moral dan akhlak belum cukup sempurna untuk diterjemahkan dengan cerita ringkas macam kat atas.Tapi saya kira ia cukup tepat untuk membezakan antara keduanya.


Maka dalam usaha menjadi muslim yang soleh bukan moral yang diperlukan tapi akhlak yang diutamakan.Dan acuan terbaik untuk membentuk akhlak yang MANTOP,datangnya dari contoh tauladan yang baik...yakni Rasulullah s.a.w.


 "sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang orang yang  
  mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah." 
     
  (al-ahzab ayat 21)


Sekadar perkongsian~