Wednesday, August 15, 2012

Memaknai sebuah Tadhiyah

26 Ramadhan.
Hari kedua di rumah.

. . . . . . . . . . . . . . . . .  . . . . . . . . . . 

Tik tik trett...

Bunyi mesej masuk. Dari seorang sahabat.

'Tahniah, enti terpilih untuk menjadi fasi program bla bla bla bla blaa blaa.'

Allahu Allah. Apakah?
Aku sudah punya perancangan sendiri hujung minggu ni. Ada janji dengan kawan, and then nak balik rumah abang!

There's no way I would cancel my plan! 

Tapi ni peluang untuk menyumbang dalam gerak kerja Islam.

Fiqh aulawiyat wehh! Pentingkan mana yang lebih penting.

Apa, ingat tak penting ke plan aku?! Janji dengan orang kott!

Mana lagi penting, stakat janji nak outing dan balik rumah ambil dokumen yang mungkin boleh ditangguhkan atau gerak kerja Islam yang rencana pelaksanaannya hujung minggu ni?

Allah sedang menguji sejauh mana hambaNya sanggup berkorban. Ya, peluang untuk memahami dan mengaplikasikan konsep tadhiyah yang selama ini laju meniti bibir.

Hati berperang lalu mesej dibiarkan sepi seketika.
Macam-macam perasaan berbaur.

Lalu minda ligat memikirkan solusi. Kepentingan diri atau kepentingan Islam?

Minda selaju kilat menerjah perkara silam. Betapa selama ini diri seakan asyik ingin melarikan diri dari jalan perjuangan. Banyak kali memberontak. Banyak kali membangkang dalam diam. Mungkin kerana kefahaman yang belum mantap. Mungkin juga kerana melihat banyaknya kepincangan dalam akhlak pendokongnya.

Hati ditekadkan.

Mesej dibalas.

'In sha Allah.'

Aku bekerja bukan kerana manusia, tapi kerana Allah dan RasulNya. Kerana mahu melihat Islam difahami dan dihayati.

Air mata menitik. Moga Engkau terima ia sebagai ibadah di sisiMu ya Rabb.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Secebis kisah sekecil kuman yang mungkin pernah terjadi dalam kalangan kita.

Oh my Eeeee.. Iman!
Apa objektifnya?
Heh.

Bila mana diri sudah berikat setia untuk merelakan diri dalam sebuah perjuangan, tika itulah Allah akan mula menguji. Sejauh mana kita sanggup bertahan. Sejauh mana kita sanggup berkorban. Sejauh mana kita sanggup mengetepikan kepentingan diri?

Selama ini kita ditarbiyah. Ada yang melalui jalan yang penuh lembut dan halus. Ada yang melaluinya dengan jalan yang syadid dan keras.

Dan selama ditarbiyah, kita dimomokkan dengan erti tadhiyah (pengorbanan).

Teringat lagi tika menghadiri satu usrah, akak naqibah bertanya,

"Mana yang datang dulu, tarbiyah atau tadhiyah?"

Sahabat menjawab,
"Tarbiyah."

"Kenapa?"
 Semua diam. No clues.

"Yang lain?"
"Tadhiyah dulu."
"Sebab?"
"Sebab dalam nak mencapai tarbiyah kita perlu berkorban."

Angguk.

"Yang lain?"
"Emm, kalau jawab seiring?" saya mengambil giliran.

"Okay wasatiyah ni. Kenapa seiring?"
"Sebab dalam nak dapatkan tarbiyah kita perlu berkorban and dalam kita berkorban kita sebenarnya sedang ditarbiyah."

Angguk. Tapi angguk bukan bermakna mengiyakan. (^.^)

Lalu selesai bersoal jawab, akak naqibah menjelaskan,

"Yang sebenarnya tarbiyah datang dulu sebelum tadhiyah."

Dan begitulah panjang lebar beliau menjelaskan. *padahal tak ingat apa yang dijelaskan* ~.~`

Tapi begitulah, tanpa tarbiyah kita mungkin takkan kenal makna pengorbanan. Dan betapa petang hari ketika ber-usrah itu, saya mengagumi kekuatan jiwa naqibah sendiri yang sanggup datang jauh dari Kelantan semata-mata untuk menemui kami!

*mulut terlopong*

Dan menyelusuri kembali kisah para sahabat seumpama Saidina Uthman bin Affan yang terkenal dengan kekayaannya memberi penjelasan yang tepat untuk saya, saya kira.

Bagaimana dalam kisah Saidina Uthman mengenal Islam, beliau menerima tarbiyah direct dari Rasulullah s.a.w. dan hasil tarbiyah itu akhirnya sejarah mencatatkan kisahnya yang langsung tidak teragak-agak untuk menginfakkan sebahagian malah kesemua hartanya untuk membantu perjuangan Islam.

Itu makna tadhiyah hasil dari tarbiyah yang agung! 

Sebetulnya, kita kadang-kadang dengan bangganya mengisyitiharkan diri sebagai seorang yang benar-benar cool dan osem dalam bab menegakkan Islam. Malah kita kadang-kadang merasa cukup hanya dengan itu.

Tapi pabila datang perkara yang meminta kepentingan Islam didahulukan melebihi kepentingan diri,beribu alasan dicipta!
 
Alamak, saya nak balik rumah laa weekends ni, ada walimah nenek saudara sepupu abang ipar mak sedara suami kakak saya!

Oh I cannot I cannot coconut laa, dah janji nak outing dengan kawan kat Times Square. Nak main ice skate!

*peluh*
Panjang lebar alasan dicipta.



Sekali jiwa dipertaruhkan di jalan perjuangan, beribu kali tadhiyah meminta untuk dipenuhi!

Hamba yang menulis bukanlah hamba yang hebat pengorbanannya.
Beribu kali terlalu jauh dari kesempurnaan perjuangannya.
Kerna hakikatnya empunya jari yang laju meniti keyboard masih rapuh dalam kefahamannya.
Masih bertatih mengenal erti perjuangan.
Moga hati-hati ini terus thabat di jalan agamaMu ya Allah. Relakan hati kami untuk mati di jalanMu.

Ameen ya Rabb.