Saturday, June 16, 2012

Bukan Senang Nak Menulis

Ting Tong!


Dah berhari rasanya kerja duk mengadap laptop je. Berjam-jam berlalu pun boleh tak sedar. Adik kata, dah gaya penulis novel lagaknya.

Sewaktu di UIA sepanjang minggu lepas, terima satu mesej di akaun Facebook dari seorang lelaki dari Penulisan2U. Katanya nak bagi peluang terbit untuk CintaDia dan meminta kami menyiapkan cerita ini untuk dinilai oleh mereka.

Seakan berita baik kan?

Tapi dalam berhari-hari duk sambung menulis ni rasa lain macam pula. Cerita seakan lari fokus. Dan hakikat sebenarnya, bila masuk untuk tulis bab jiwang sikit, diri sendiri tergelak. Heh, menulis sambil duk gelak. Can you imagine that? =.=


Dari cerita yang asalnya direka untuk nilai tarbiah seakan dah terlebih fokus untuk cerita cinta. Adoyai. Susah untuk menyelitkan nilai dan unsur agama juga fikrah-fikrah sendiri dalam penulisan rupanya! Perlu bijak menyusun dan bermain kata. Dan itulah yang memeningkan.

Lalu untuk beberapa ketika lagi, manuskrip ini nampaknya bakal tergendala lagi. Ya, research dan bacaan berterusan perlu dilakukan terlebih dahulu. Nak kata research, berpuluh-puluh artikel dalam bentuk PDF di dalam pendrive masih belum tersentuh.

Huhhu.

Bukan senang nak menulis.

Going back to CFS tonight, memulakan segalanya dengan semangat dan permulaan yang baru.
Pray for me. =)

Friday, June 15, 2012

Perginya Sebutir Permata Islam



Kelahiran

Sekitar zaman sebelum dan selepas Perang Dunia ke-2, Kampung Dewan, Labok yang terletak dalam jajahan Machang hanyalah sebuah kampung biasa yang tidak jauh bezanya dengan kampung-kampung Melayu di Kelantan. Pada ketika itu, penduduk kampung merupakan petani tradisional dan hanya sejumlah kecil sahaja terlibat dalam aktiviti perniagaan.Di Kampung Dewan inilah bertemunya Hj. Uthman b.Mat Kib dan Hjh. Halimah bt. Seman yang mana merupakan sepasang petani kecil yang menyara hidup mereka dengan hasil pertanian. Sepasang suami isteri yang hidupnya serba sederhana itu memiliki dua orang anak. Pada tanggal 22 September 1939, mereka dikurniakan seorang lagi putera iaitu Yahya.Yahya bin Uthman dilahirkan di kampung berkenaan merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik yang kesemuanya adalah lelaki.Sejarah tentang bagaimana namanya diperolehi ialah ketika ayahnya pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Ketika di sana, ayah beliau telah berjumpa dengan seorang alim ulama yang bernama Hj. Yahya Banggol. Ulama tersebut juga berasal dari Kelantan dan berkhidmat dengan mengajar ilmu agama di sana. Beliau adalah seorang yang suka membantu orang yang kesusahan dan dermawan. Justeru, Hj Uthman telah menanam hasrat untuk menamakan anak bongsunya nanti dengan nama Yahya kerana tertarik dengan keperibadian ulama tersebut.Akhirnya anak bongsunya itu diberi nama Yahya sempena nama ulama berkenaan.Yahya lahir dan membesar dalam zaman serba kekurangan, meleset serta sarat dengan cabaran.Tambahan pula ketika Perang Dunia kedua tercetus dengan pendaratan Jepun di Kota Bharu dan penjajahan kuasa Negara Matahari Terbit itu ke atas Malaya. Memang sukar hendak dibayangkan betapa kalutnya kemelut yang melanda. Walau bagaimanapun ianya tidak menghalang kedua ibubapa itu daripada terus menyalakan lampu masa hadapan bagi anak-anak mereka khususnya bagi si bongsu.


Pendidikan

Ketika usia Yahya menjangkau tujuh tahun,beliau telah dihantar masuk ke Sekolah Melayu Labok bagi mendapatkan pendidikan awal. Namun,pembelajarannya di sekolah itu hanya mengambil masa selama dua tahun setengah sahaja. Ini disebabkan beliau telah dihantar oleh orang tuanya ke Tanah Suci Mekah untuk menimba ilmu di sana pada tahun 1947. Di Mekah, beliau tinggal bersama ibu saudaranya dari sebelah ibu. Tetapi selepas empat tahun kemudian ketika umur menjangkau 12 tahun, beliau terpaksa berpindah mencari kediaman sendiri, menyara hidupnya sendiri dan berusaha apa sahaja demi meneruskan pengajiannya di Darul Ulum al-Diniyah. Kehidupan di sana menyedihkan kerana beliau sentiasa berada di dalam kelaparan.Meskipun demikian, Yahya tidak membuang masa malah tidak melepaskan kesempatan untuk samasama menelaah pelajaran di Masjidil Haram. Beliau banyak menelaah kitab-kitab besar dengan ulamaulama Arab dan Indonesia yang mengajar di situ khususnya dalam ilmu Hadith, Mustolah Hadith dan Tafsir.Sebagai seorang pencinta sastera dan bahasa,Ustaz Yahya Uthman juga merebut peluang untuk mempelajari Bahasa dan Kesusasteraan Arab daripada guru-guru yang datang daripada Mesir dan Indonesia. Maka tidak hairanlah beliau mampu memahami dan menguasai syair mahupun prosa Arab tradisional dan moden. Antara karya-karya yang telah dikuasai oleh beliau ialah karya-karya Taha Hussien, Mustafa Rifaie, al-Manfaluti dan sebagainya. Lantas sangatlah wajar disenaraikan guru-guru beliau di sana antaranya ialah Sheikh Hasan Masyak, Sheikh al-Maliki, Sheikh Amin Qutubi, Sheikh Abdul Kadir dan guru yang paling beliau kagumi dan sanjungi ialah Sheikh Yasin Padani yang berasal dari Padang Indonesia yang telah banyak mendidik dan menyayangi beliau.Pada tahun 1958, Yahya menamatkan pengajiannya di Darul Ulum ad-Diniyah, Mekah.Selanjutnya pada tahun 1960, beliau berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Azhar. Di sana beliau mengikuti pengajian Syariah wal-Qanun.Ustaz Yahya Uthman begitu gigih dalam menuntut ilmu. Hal ini kerana pelajar yang datang dari Tanah Melayu hanya gemar memilih jurusan Syariah kerana pengajiaanya boleh ditamatkan dalam tempoh empat tahun. Tetapi pengajian beliau dalam jurusan Syariah wal-Qanun mesti ditamatkan dalam tempoh lima tahun. Tetapi itu tidak sedikit pun membuat diri beliau gentar dengan cabaran tersebut.Beliau sangat yakin bahawa melalui pengajian yang dipilihnya itu beliau akan beroleh banyak kesempatan untuk mendalami ilmu undang-undang perbandingan,ekonomi politik, hubungan antarabangsa dan sebagainya.Pencapaiannya di Universiti al-Azhar sangat memberansangkan. Dengan kesungguhan beliau dalam pengajiannya, maka wajarlah beliau naik ke tahun dua di universiti tersebut. Bermula dengan detik kejayaan itu, Kerajaan Negeri Kelantan mula menghulurkan biasiswa sebanyak RM250 sebulan bagi menanggung kos pengajian beliau di sana.Beliau menerima biasiswa ini sehingga berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah wal-Qanun pada tahun 1966.Ibarat orang berkata, kerinduan yang teramat ialah kerinduan kepada tanahair dan keluarga apabila kita berjauhan. Perasaan ini juga bergelumang di dalam diri Ustaz Yahya Uthman dan beliau mengalaminya. Setelah beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda, beliau pulang ke tanahair buat pertama kali setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di bumi bertuah tanah tumpah darahnya. Beliau bersama keluarganya hanya selama tiga bulan sahaja dan kemudiannya kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti al-Azhar. Pengajian beliau mengambil masa selama empat tahun dan akhirnya berjaya menggondol ijazah Sarjana dalam bidang Politik Islam.Setelah beliau menamatkan pengajian di Darul Ulum ad-Diniyah pada tahun 1958 di Mekah, beliau telah memasang niat yang besar di dalam dirinya iaitu ingin mengembara. Hal ini kerana beliau ialah seorang pencinta ilmu yang arif tentang liku-liku cabaran dan riwayat hidup para ulama silam yang berdakwah dalam mencari dan menyebarkan ilmu dengan mengembara.Ustaz Yahya Uthman memulakan langkah pertamanya dengan penuh kental menuju ke Damsyik iaitu ibukota Syria. Walaupun hanya tiga bulan beliau berada di sana, peluang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. Beliau sentiasa berada dan beriktikaf di dalam masjid, mendalami kitabkitab,menghadiri ceramah-ceramah agama termasuklah mengikuti program ceramah oleh Dr.Mustafa as-Syiba’i iaitu ketua kepada pertubuhan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Syria pada ketika itu. Sebenarnya tujuan utama beliau mengembara ke sana ialah untuk mengikuti ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ketua Ikhwanul Muslimin tersebut dan bergerak rapat mengikutinya sebagai sebuah harakah Islamiah.12 Kecintaanya kepada ilmu menyebabkan beliau sanggup mengembara ke Baghdad, Iraq. Di sana beliau mengisi masa-masa beliau dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Antaranya beliau sempat menadah kitabJami’ al-Imam Abu Hanifah di Masjid Abdul Kadir Jailany. 

Bakat Kepimpinan

Bakat dan ciri-ciri beliau di dalam kepimpinan jelas terserlah sejak zaman persekolahannya lagi.Hal ini dapat dibuktikan

dalam usia yang muda lagi beliau telah dihantar oleh orang tuanya ke Mekah dan kehidupannya di sana penuh dengan cabaran dan kesusahan hidup sehingga memaksa beliau hidup berdikari dalam usia yang mentah yang tidak tahu menghadapi cabarancabaran hidup di dunia.Kepimpinan Ustaz Yahya Uthman mula terserlah ketika beliau baru berusia 15 tahun.Hal ini kerana pada usia tersebut beliau sudahdiberi kepercayaan untuk menduduki barisan Jawatankuasa Belia Negeri Kelantan di Mekah.Di dalam persatuan ini, beliau dilantik sebagai Penolong Setiauasaha badan tersebut.Kesibukan beliau dalam organisasi tidak menjejaskan tumpuan terhadap pelajaran. Beliau digelar ulat buku kerana ketekunan dan minat yang mendalam beliau terhadap buku.Tanpa buku-buku ilmiah disisi, hidup beliau dirasakan begitu sepi dan sunyi. Oleh yang demikian, beliau sanggup membelanjakan wang saku yang dihantar oleh ibubapanya semata-mata untuk membeli buku.Beliau sanggup menahan lapar dan dahaga demi untuk memiliki sesebuah buku dan sekiranya beliau tidak mampu, beliau akan meminjam buku-buku yang dikehendaki dengan rakan-rakan, di perpustakaan mahupun dengan guru-guru beliau.Di atas kesungguhan dan minat mendalam itu, beliau telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai

pustakawan untuk melancarkan proses peminjaman buku, menghasilkan buletin serta menyebarkannya.Minat yang mendalam beliau dalam pembacaan semakin terserlah ketika beliau menuntut di Universiti al-Azhar.Ketika itu beliau menetap di Kampung Melayu Abidin yang mana kampung atau kawasan kediaman tersebut didiami oleh pelajar-pelajar yang berasal dari Malaysia. Kawasan kampung tersebut begitu hampir dengan dengan perpustakaan terbesar di Mesir iaitu Darul Qutub al-Masyriah. Hal ini membolehkan dan memudahkan beliau untuk mengunjungi perpustakaan tersebut untuk menelaah dan mencari serta meminjam buku-buku ilmiah yang beliau perlukan.Sebagaimana ketika pengajian beliau di Mekah, di Kaherah juga beliau tidak mengabaikan kegiatan sosialnya.Justeru kepimpinan yang baik,

beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan di dalam Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Mesir pada tahun 1961, Setiausaha Biro Pendidikan pada tahun 1962. Dan pada tahun 1963,beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi wakil pelajar Malaysia dalam Kelab Pelajar Asing Antarabangsa.Dengan perlantikan-perlantikan tersebut beliau telah menjaga kebajikan dan keperluan-keperluan berkaitan dengan pengajian pelajar-pelajar Malaysia disamping pelajar-pelajar dari negara lain juga tidak diabaikan.


************
Hilangnya seorang murabbi, walaupun tak pernah mendapat tarbiah langsung darinya tapi seakan turut memberi kesan pada hati yang kasihkan ulama'.

Cuma sekali pernah mendengar ucapan beliau, ketika di Konvensyen Tarbiah Anak Muda Kelantan 2011. Seorang guru yang sudah kelihatan uzur sambil memegang tongkat setianya, tapi masih tetap bersemangat memberikan kata semangat pada jiwa-jiwa anak muda di hadapannya.

Ucapan yang amat memberikan kesan, seakan lahir tulus dari hati.

Moga pemergiannya bisa diganti dengan 1000 lagi jiwa anak muda yang berjiwa kental untuk terus memartabatkan Islam!

Pemergianmu tiada gantinya. Pemergianmu juga ditangisi. Tapi ini bukan bermakna perjuangan kita tamat kerana hilangnya sebutir permata.

Tuesday, June 12, 2012

Result Talking.

Semut di seberang nampak,
Gajah di depan mata haram nak perasan.

Pepatah Melayu.
Eh, ke pepatah saya? =.='

Seringkali yang nampak di pandangan kita adalah nikmat-nikmat yang Allah berikan pada orang lain. Hingga kita terlupa untuk melihat dan merenung setiap inci nikmat yang Allah kurniakan pada diri sendiri.

Mercedes Benz jiran depan rumah kita boleh perasan. Lamborghini bawah garaj sendiri langsung terhijab dari pandangan mata. Ha, lebih kurang begitulah sinonimnya.

Menerima keputusan peperiksaan semester 3 yang lepas membuka mata saya untuk melihat pemberian dan pertolongan Allah dari sudut yang berbeza.



Kesal ada. Sedih juga ada. Tapi pada masa yang sama syukur mendahului.

Sebaik mendapat berita keputusan peperiksaan sudah boleh di-check di laman portal, saya memilih untuk merehatkan tangan dari menekan keypad masuk ke laman portal dan membiarkan mata terus berehat dari bermandikan air mata.

Sebab hasilnya saya sudah jangka tidak akan memberangsangkan dan se-gah mereka yang lain. Di saat menerima berita sahabat-sahabat yang bergembira dengan result mereka, hati sendiri diamuk sedih. Dan rasa itu dipendam sendiri.

Depan mereka, bagaikan tiada apa-apa. Tapi dalam bilik, berderai air mata turun bagai nak membanjirkan satu CFS. Menangis sebelum tahu keputusan sendiri, sumpah pelik.

Tapi bila adik sendiri yang menyuarakan arahan dari ummi yang menyuruh untuk membuka portal, diri dah tak mampu untuk terus berdiam.Nak tak nak, adik yang checkkan sebab sepanjang di UIA menjalankan tanggungjawab sebagai komiti, susah untuk mendapatkan laptop.

Dan bila tahu keputusan, hanya Alhamdulillah yang menghias bicara. Kata adik, ''Not bad apa."

Benar, not too bad but not so good.

Apapun, keputusan yang diperoleh memang sudah dijangka. Tapi yang tak disangka, result untuk Physic lebih baik dari Biology sedangkan di awalnya saya performed better untuk Biology than I did for Physics. Yang itu memang benar di luar jangkauan.

Dalam sedih, terselit gembira dengan pencapaian sahabat-sahabat di sekeliling. For once, its make me thinking - its better for me to cry alone than watching them to cry with me. Dan amat bahagia untuk melihat mereka gembira.

Dalam kesal dan sedih juga Allah membuka mata saya. Menyedarkan saya yang Dia sebenarnya telah memakbulkan doa dan harapan saya dari awal - untuk exit English dan dijauhkan dari repeat paper.

Tanpa sedar, Allah menjawab permintaan hati. Lalu dengan tak semena, hati termalu sendiri. Apa lagi yang diharapkan dari nikmat sebesar itu? Dan apa lagi yang diharapkan saat doa sudah dimakbulkan?

Astaghfirullah.

Sungguh, result kali ini juga sebenarnya adalah nikmat yang cukup besar dariNya.

Perjalanan hidup hampir dua tahun menyaksikan saya jatuh di dua medan perjuangan yang berbeza. Jatuh tersembannya saya di bumi barakah Darul Quran dulu membina kekuatan untuk terus berhadapan dengan kejatuhan terus menerus di bumi CFS.

Rentetan sejarah keputusan peperiksaan dari zaman sekolah menengah acap kali mengundang pandangan tinggi dari orang sekeliling. Ummi menaruh harapan tinggi dan amat yakin dengan kemampuan diri anak gadisnya. Tak kurang juga respon dari kawan-kawan yang menilai kemampuan dan kebolehan diri dari keputusan SPM.

Kau hebat. Kau teror. Kau boleh punya.

Kata mereka.

Tapi hakikatnya hanya diri sendiri yang tahu. Sakit dan pedih,dilalui dan ditempuh sendiri. Tapi sekurangnya, kata-kata mereka seakan memberi semangat pada diri.

Kelebihan itu ada, tapi belum mampu dioptimumkan sebaik mungkin.

Dan rebahnya saya untuk kali ini juga memberi kesedaran yang kejayaan masa lampau takkan mampu dijadikan sandaran untuk terus maju di masa hadapan, tanpa usaha, tanpa pecutan yang baru.

Dalam perjalanan hidup kita, kita akan senantiasa diuji. Kalau dulu kita di tempat tinggi, sekarang masanya untuk merasa berada di posisi paling bawah.

Jatuh dan bangun. Ibarat pusingan roda.


Sesekali, ambil masa untuk menjenguk dan menatap keputusan sendiri, dan bersyukur.
Sesekali, lupakan ketakjuban terhadap result orang lain.
Ambil ibrah dari kejayaan mereka, dan bermuhasabah atas kelemahan diri.

Alhamdulillah untuk keputusan kali ini. ^^

And smile to the fullest.  d(^________^)b

Monday, June 11, 2012

Taaruf Programme 2012/2013

12 midnight : Arrive safely at home.

Selamatnya kepulangan saya di bumi Kelantan menandakan tamatnya kontrak sebagai Committee members Taaruf Week 2012/2013.

Pengalaman yang sumpah osem! dan amat bermakna. Hingga terasa sayu untuk melepaskan saat-saat indah bersama sahabat-sahabat yang lain.



Programme Coordination ; taklifat yang diberikan kepada kami.
Sebut sahaja Programme Coordination, ramai yang akan meng- 'wow' kan mulutnya.
Tak kurang juga ada segolongan kecil yang tertanya ; "Apa tu?"

Seringkali orang tanya,
"Biro apa?"
"PC."
"Wah, hebat ah."

Itu lah respon kebanyakan si penyoal.
Tak hingin dilihat memiliki mandat sebegitu besar, pernah saya dan seorang kawan berbasa basi.

"Biro biasa-biasa je. Biro yang dipinggirkan.Yang disisihkan."

Barulah sedikit ketakjuban itu berjaya dihilangkan. =.=

Awal-awal bila melihat biro yang ditetapkan, diri tersengih. Tersengih kesal, tersengih dengan keluhan.
Sebab saya mengulang sejarah si kembar yang turut menjadi PC di sesi Taaruf Week 2011/2012.

Teringat ceritanya bagaimana PC sering dicop penyibuk, kegusaran sedikit menganggu.

But then, after a whole week, bila dah kenal dengan anggota-anggota PC yang lain di mana rata-ratanya merupakan insan-insan yang pernah dikenali, rasa syok itu datang. Dalam PC, ada Head dan Assistant Head yang cukup berkaliber, ada clowns yang sering buat orang tak kering gusi, ada yang lincah berhujah, ada yang pendiam dan bermacam-macam ragam lagi.

Biro PC, memang penyibuk nombor 1, sebab itu jobscope kami. =)
Di hari pertama registration sudah mula merasa tak ada kerja. So pergi la merayau tak tentu hala. Kejap muncul di Lecture Hall mencicip nikmat air-cond, kemudiannya berjemur di tengah panas mencari mereka-mereka yang memerlukan pertolongan. Pada masa yang sama, bertegur sapa dan beramah mesra dengan para ibu bapa dan pelajar. (^_^)

Nikmatnya jadi PC, berpeluang merasa jobscope kerja setiap unit lain. Hehheh.

Masuk hari kedua registration, lagi lah tak ada kerja sebab ikutkan bidang tugas kami adalah untuk mengendalikan setiap sesi briefing. Hari pertama,kedua dan ketiga briefings belum bermula, hanya tertumpu pada registration dan beberapa slot photography.

Jadinya masuk hari kedua memang kerja tolong Registration ,Speta(Special Task), Sentra( Unit Security and Transportation) dan RDW(Residential,Discipline and Welfare). Menjadi tukang penyambut tetamu di AMF Hall, tukang collect papers di LHB, tukang angkat luggage, dan tukang tunjuk jalan. Tambahan- tukang information center.

Lalu PC yang tak ada kerja mencari kerja. Agak-agaknya unit-unit lain turut berserabut dengan kehadiran PC. Maka tak hairanlah title penyibuk itu menjadi sandaran. Sob sob sob.

Tapi apapun kami tetap bahagia.

Pengalaman menjadi komiti membuka mata kami untuk melihat sesuatu keadaan bukan hanya pada diri sendiri, tapi keadaan di sekeliling orang lain.

"Kalau dulu kamu datang daftar kamu memang dah tak peduli kat orang lain,duk pikir diri kamu je. Tapi sekarang kamu jadi komiti, kamu akan terpaksa melihat dan peduli dengan kondisi semua orang.Kamu akan fikir untuk orang lain juga."

Azimat dari murabbi.

Dan memang benar, macam-macam ragam manusia yang kami jumpa. Yang keras, yang lembut, yang masam dan yang manis.

Dan dari pengalaman itu kami belajar untuk sentiasa senyum dalam setiap keadaan.

Pernah seorang mak cik datang bertanya arah untuk ke Aisyah College. Saya yang ke-bluran waktu itu sebab memang tak didedahkan dengan route tepat dari unit Sentra bagi masalah mengangkat luggage hanya menjawab dengan apa yang saya maklum.

"Jauhnya, macam mana nak angkat barang-barang sanpai ke atas. Sepatutnya kena lah bagi naik kereta ke atas atau kalau tak pun sediakan jalan yang lebih senang."

Dengan cuaca yang mungkin agak terik, hati mak cik itu pun barangkali turut kepanasan.Dan saya hanya mengangguk.

"Em takpe macam ni lah mak cik, saya try contact unit yang handle bahagian ni kejap. Sebab saya pun sebenarnya bukan dari bahagian ni so saya pun tak tahu sangat."

"Oh ye ke, okay okay."

Dan begitulah, senyum senyum dan senyum. Hingga akhirnya mereka yang panas juga akan turut tersenyum. ^.^

Tak kurang juga bila meng-handle adik-adik yang baru mengenal ragam kampus, macam-macam yang boleh ditafsirkan. Yang lembut teramatlah lembut, yang degil tak kurang degilnya.

Yang paling tak boleh tahan waktu PC mengambil alih slot dari RDW bagi memberi peluang ahli-ahli RDW berehat di waktu malam, Saya ditugaskan mengendalikan adik-adik di level 4 Khadijah College.

Awalnya cukup gerun untuk berhadapan dengan bilangan mereka yang cukup ramai dengan tenaga saya seorang. Tapi hati dikuatkan, istighfar dan selawat mendahului. Ada antara mereka yang mendengar kata dan memberikan kerjasama yang cukup baik. Tapi yang sedikit menambah panas di hati bila ditanya ,

"Mana ahli blok C?"

Sampai ke sudah tak ada yang mengaku dari blok C. Sungguh mustahil blok C tiba-tiba lenyap dari muka bumi level 4. fehh.

Tapi apapun riak di wajah cuba ditahan dari menunjukkan impresi muka yang kurang baik. Dan cuba ber-husnuzhon, "Diorang tak tahu kot blok C tu kat mana." InsyaAllah.

=.=

Dan dalam slot briefing pula lain ceritanya. Hari pertama mengendalikan slot briefing sudah kelam kabut. Dan terlalu banyak perkara memalukan yang terjadi.

Saya dan seorang brother ditaklifkan untuk handle briefing di ABC. Hari pertama slot briefing di ABC, dijadualkan students semua lelaki. So thats mean saya wanita tunggal di situ. Tambahan pulak komiti-komiti lain yang ditugaskan di sana juga semuanya lelaki. So memang heaven sesangat la kan.

So pagi tu dah mula cuak. Nak tak nak, terpaksa juga melangkah ke mahallah lelaki tu. Hampir tiba di ABC, si partner hantar mesej.

'Ambik video kat Azzan.'

Nak je balas,

'Asal lah tak tunggu ana sampai ABC dulu baru hantar mesej?!'

Patah balik ke Khadijah College , dengan termengah-mengah.

Dah dapat video, ada permintaan suruh singgah ke LHA dulu untuk serahkan video yang sama pada sahabat di sana.

Redha.

Sebaik tiba di muka pintu LHA, tangan teraba-raba pintu.

'Eh mana tombol ni?'

Ditolak pintu, tak terbuka. Kunci ke?

Dua brothers kat dalam hanya melihat dari dalam. Sorangnya dah menekup mulut, menahan gelak.

Rupa-rupanya pintu tu perlu ditarik,bukan ditolak. ~.~

Krik krik krik.

Di ABC, berdepan masalah confirmation dengan speaker di saat akhir. Tapi last-last ter-settle dengan baik.
Disebabkan speaker sesi briefing yang first tu perempuan, saya yang perlu menyambutnya dan mengiringinya.

Tapi kes parah bila komiti tak kenal speaker. Dalam hati tertanya-tanya macam mana lah nak tahu tu speaker ke tak ah?

'Cool Jihah cool. Nampak je pakaian macam lecterur insyaAllah tu speaker.'

So. I waited.

Then, ditakdirkan masuklah seorang wanita yang berpakaian kemas dan segak ke main entrance ABC. Gayanya macam melilau-lilau mencari sesuatu.

'Okey, ni speaker,sah!'

Dengan penuh confidentnya, saya menegur.

"Madam Asmeza ke?"

"Ha ye ye," beliau mengangguk.

Saya sambut tangannya dan mencium (bersopan kan?) haha.

"Madam boleh tunggu dalam hold-in room ni dulu tak, sebab kat dalam masih ada modul yang tak selesai."

"Eh tak, tak. Saya nak pergi cafe', saya ikut anak saya."

Hah?!

Kes silap orang. Adoyai mak cik, apasal la mak cik angguk je saya tanya. -,-

Sebenarnya, mak cik tu pun kurang jelas dengan pertanyaan saya. Agaknya yang dia dengar,

"Datang hantar anak ke?"

Oh oh.

Brothers kat belakang menonton aje lah adegan yang memalukan itu. sobbers.

*********************

Terlalu banyak pengalaman yang mematangkan. Pengalaman yang mendidik. Dan yang terselit di dalamnya pelbagai perasaan yang sukar diungkapkan.

Tak ingin mengulas panjang. Yang penting, tak rugi jadi PC.



Dan tak rugi menjadi sebahagian dari committee members Taaruf Programme.

Taaruf Programme 2012/2013 the best! Dengan gimik kapal terbang berkamera dan posmen yang mantop!
Dan Cultural Night yang amat terjaga keislamikannya. Alhamdulillah, itu yang diharapkan.

Dan moga kehadiran adik-adik baru ke CFS IIUM mampu mencorakkan lagi bi'ah solehah di bumi CFS.
Allahumma ameen.