Monday, January 28, 2013

Projek Baru laa..



Projek baru mencari duit tambahan. Inilah hasilnya... Masih bertatih untuk belajar jahit, And thanks to my first costumer, Ibrah. ^^ Walaupun hakikatnya dipaksa jadi 1st costumer. Siapa lagi yang paksa kalau bukan hasuna yang baik hati. Tapi duitnya belum dibayar dong. RM 3.50 ya, jangan lupa. He2..
(Pesanan ikhlas dari hasuna untuk Ibrah)... Kui3. :p

*Post takde pekdah..*


Sunday, January 20, 2013

Diari Tahun Baru: Ajaran sesat..

Bismillah.

31/12/2012

Di tarikh ini Allah memberikan peluang buat hambaNya ini menyambut sambutan tahun baru masihi di Dataran Merdeka. Note: Dataran Merdeka. Bila disebut Dataran Merdeka dan Sambutan Tahun Baru, apa yang terbayang di ruang minda anda? Kalau saya, saya akan membayangkan suasana yang penuh sesak dengan orang ramai, dan di sana ada sebuah pentas khas yang menayangkan beberapa makhluk Allah yang sedang terkinja-kinja melompat melalak dan menyanyi. Maka, benarlah bayangan saya itu. 

Dan pada waktu itu, di situlah saya. Tetapi keberadaan saya dan sahabat-sahabat di situ pada tarikh itu, bukanlah untuk berpesta. Alhamdulillah, akal yang dikurniakan Allah ini masih sihat untuk menilai baik dan buruk. Dan kalau bertujuan meraikan tahun baru semata, lebih elok rasanya saya ke Shah Alam pada waktu itu. Tetapi kami berada di situ disebabkan ORKED 2013. 

Sempat jugalah kami mengedarkan beberapa risalah kepada mereka-mereka yang berada di situ. Edar risalah, nampak sahaja kacang, tapi sebenarnya susah. Walaupun ini bukanlah kali pertama, tapi tetap sahaja saya rasakan payah. Dan akhirnya, risalah-risalah di tangan saya kehabisan juga. Tetapi sedikit sesal, kerana sepatutnya kami cuba berborak atau beramah mesra dengan mereka, tetapi mulut ini susah untuk bertutur, tangan sahaja yang pantas bergerak. Respon mereka, pelbagai. Yang baik, alhamdulillah. Yang kurang, apa lagi mahu dikata. Yang paling tak tahan, ada yang men'transformasi'kan risalah yang kami edar itu menjadi tempat letak kulit kuaci. Tidak mengapalah, paling tidak ada juga jasa risalah itu. 

Selesai mengedar risalah, kami berkumpul di suatu tempat. Di situ, sempat juga kami ber'photoshoot'. Kenang-kenanganan, orang kata. Tidak lama kemudian, jelas kedengaran suara seorang remaja yang ditujukan kepada kami, " Ajaran sesaaat..." Ohh, pedih dan pilunya hati. Bukan sakit hati kerana dimaki. Tapi sakit hati kerana tidak tahu apa yang menjadi pertimbangan akal dan imannya. Ajakan ke Jalan Allah dikatakan ajaran sesat, sedangkan berpesta sakan bercampur perempuan dan lelaki tidak pula sesat. Jika sesat itu bermaksud terpesong dari jalan yang betul, seharusnya akal yang sihat ini sudah mampu menilai mana benar, mana salah.

Berada di sana, saya termuhasabah sendiri. Begini rupanya negaraku. Doaku, moga cepat-cepat Islam menang di Malaysia. 


Usai sahaja ORKED 2013, kami bergegas pulang. Tetapi disebabkan sudah lewat malam, kami tidak pulang ke kampus. Bimbang pula ditahan oleh Security. Masjid Syakirin KLCC menjadi tujuan. Di situlah kami bermalam. Jam 1 pagi, barulah mata dilelapkan. Tapi, tidur kami tidak lama. Jam 3 pagi, sudah ada suara makcik yang mengejutkan semua orang yang berada di situ supaya bangun berqiamullail. Hati mula berkata, ' Alaa makcik, kami baru je tidur. Lepas-lepas ni la kami bangun. Bla bla bla..' Lampu dibuka, taktik untuk mengganggu tidur. Mak cik yang baik itu terus sahaja mengejut semua orang yang masih tidak bangun-bangun termasuk kami. Tidak lama, lampu ditutup semula. Qiamullail sudah mahu bermula. Kedengaran adik kecil yang comel berkata kepada sahabat, " Akak, lampu dah tutup la, seronok ni tidur.." Nak tergelak mendengarkannya. 

Tapi, sungguh saya kagum dengan makcik tersebut. Beliau sabar sahaja mengejutkan semua orang, lembut pula tuturnya, 'Sayang, bangun sayang. Orang dah nak solat dah ni.'  Lebih kurang 45 minit selepas itu, bangunlah kami dari pembaringan. Rugi pula kalau tak bangun, tambah segan dengan diri sendiri. Ya lah, semalam bukan main semangat nak berdakwah, bila orang kejut bangun qiamullail, liat pula nak bangun. Alhamdulillah, di pagi hari itu dapat mendengarkan suara Ustaz Zulkarnain Oasis yang suara merdu tu berzikir dan bermuhasabah bersama. Beliau jugalah yang menjadi imam. Dan rupa-rupanya bukan saja-saja makcik tadi suruh bangun berQiamullail, tetapi itu adalah salah satu program yang dianjurkan oleh IKIM kalau tak silap saya, sambungan dari program mereka yang semalamnya. Alhamdulillah, Allah mengizinkan kami bersama. 

Usai solat Subuh, kami menyambung tidur yang tidak cukup kuota tadi. Bangun-bangun, mendengar sahabat berceloteh. Dan tergelak bila sahabat bercerita perihal soalan adik kecil yang comel tadi, tanyanya, " Akak, makcik tu cikgu akak ke?" -adik itu merujuk kepada makcik yang sabar tadi- Mungkin kerana di fikiran adik itu makcik itu tak tumpah persis seorang cikgu yang tak jemu-jemu mengejutkan anak muridnya, dan kami pula anak-anak muridnya yang degil dan liat untuk bangun.

31/12/2012 - 1/1/2013 mencatatkan sejarah dalam hidup saya. Selain bersejarah kerana setahun saya melepak di luar, ianya bersejarah kerana ianya amat bermakna.

Kata orang, pengalaman mematangkan kita. Moga pengalaman ini menjadi salah satu proses yang mematangkan diri saya. :)

Thursday, January 17, 2013

Tak puas.

Dah dua minggu cuak menunggu jam lima hari ni. Siap bermimpi ngeri lagi dol.
Honestly on the way balik Kelantan lepas habis exam terus mimpi pasal result final semester lepas.

Bangun tidur rasa nak nangis je. nasib baik saya budak baik. tak diajar untuk menangis depan orang. Kenapa, tak percaya?

Tapi al-malangnya punya lah tunggu jam lima, bukak-bukak portal,

kosong wei

I was like,


melebih je.

Tanya kawan, dia kata ada desas desus sistem kena hack. data hilang. pendek kata ada masalah. ya bukan setakat jerung, kucing mahupun anjing je ada masalah. (tak habis-habis lagi). sistem database pun boley ada masalah. lagi hebbak!

Masa tu dah fikir macam-macam kemungkinan. Kena reseat balik amende lah segala bagai. Tapi buat donno je lah nak buat macam mana andai itu yang terbaik. Malam online balik, kawan bagi satu link suruh check pakai encoding-watsoever. Al-pendek katanya, tiba-tiba kena jadi pakar IT. Mantop lah siswa siswi UIA.

Then, alhamdulillah. Dapat tengok result. Cuma tak ada gpa dan cgpa. Yang ada hanya grade. Mula-mula nampak huruf yang mewakili grade-grade tu, taktau nak kata apa. Senyap tetibe dunia nih. Kembang kempis nafas turun naik. Sesaat dua saat baru terkeluar, "ALHAMDULILLAH."

Kecewa ada. Sebab tak semua A. ceh.

Tapi sepatutnya lebih dari Alhamdulillah yang perlu ada. Patutnya dah buat majlis kesyukuran sekali kan. Sebab tak terjadi seburuk mimpi. Ergh nightmare. Walaupun satu target tak lepas. :)

I tried my best. Dah sehabis baik mencuba waktu itu. maka tak ada yang patut disesalkan.

And again, nak check cgpa, kawan bagi satu link pulak. Ini pun kira macam dah jadi hacker lah. Masuk satu website mintak fund , and secara tak officialnya boleh tengok latest cgpa. sungguh bijak pelajar-pelajar UIA mencari jalan pintas. pergh.

And again, tak memuaskan. Lama kot tenung skrin. Tapi nak buat macam mana, memang adat susah tahap lipas kena ridsect nak hidup kembali untuk naik pointer. Ke tak?

Bila kawan tanya, tak puas hati lagi ke?
Baru nak tersentap tersentak tersedak segala bagai.

Manusia, diberi betis nak paha. Diberi paha nak sayap. Lagi lagi dan lagi. Tak pernah puas.
Tak reti nak bersyukur. Tak reti nak berterima kasih. Okay, dah insaf.

Thanks Allah for all the giving. Really, I should be thankful.

Bersyukurlah, maka mungkin di akhirnya nanti ada rezeki yang melimpah ruah tanpa disangka. Kata Allah,

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berkata, sekiranya kamu bersyukur maka nescaya akan kami tambahkan nikmatnya dan sekiranya kamu kufur maka azab Kami amatlah pedih . " (surah Ibrahim)


Kena usaha lagi untuk pecut naik pointer. Tapi, ini final semester. Kehangatannya lebih membara. Cabarannya lebih ganas. Lagi ganas dari gigitan nyamuk edes betina. 

Deyy, just go for it.

"Allah tak lihat hasil tapi Allah lihat usaha."

rindu nak pandai lagi.

ps : I promise this would be my last entry. that i beleber (baca:merapu) bout myself. 

sebenarnya sebab tade modal nak tulis mende. :)
kbai.


Hadiah dari Pakcik Teksi

Okay, I want to write something.

Tik Tok. Tik Tok.

Sejam berlalu. Mata menatap skrin. Kosong.

Huh! It is common... to me.

Mahu menulis sesuatu tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat kerana berbangga menjadi sebahagian daripada sejarah. See, niat pun dah tak betul. Tapi kemudiannya backspace ditekan.

Tetapi hari itu memang bersejarah dalam hidup saya, kerana kali pertama menyertai himpunan sambil menghafal nota kerana esoknya exam.

"Dah tahu exam, kenapa join jugak?"

Saja, nak tunjuk rajin kat himpunan sambil hafal nota. Dan saya dan sahabat-sahabat saya berjaya dalam menunjukkan rajin itu kerana tak terbilang di jari entah berapa kali kami menjadi model kamera-kamera canggih. So, lain kali kalau pergi himpunan, bawalah nota anda. Confirm jadi model tak berbayar.

Okay, tidaklah kerana itu. Melainkan kerana saya mahu menjadi mahasiswa cakna dan saya sayangkan negara saya. Fullstop.

Dan hari itu, saya belajar satu doa. Doa yang diberikan oleh pakcik teksi yang baik hati lagi budiman. Katanya, doa ini boleh dibaca sebagai pelindung diri dari dianiaya, dan katanya lagi beliau mendapatkannya daripada pelajar Ustaz Haron Din.


باسم الله الرحمان الرحيم

اللهم صلي على محمد وعلى آل محمد

الله لا إله إلا هو الحي القيوم

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين



Amal-amalkanlah doa ini. Pesan pakcik teksi yang baik hati lagi budiman itu, ini bukanlah ayat pengasih atau ayat penunduk ye...

Dan walaupun sebenarnya bimbang kesuntukan masa untuk membaca, tetapi entah mengapa mata yang selalunya sudah tertutup rapat pabila jarum jam menunjukkan jam 12, tapi mampu pula bertahan sehingga 2.30 pagi. Maka benarlah Allah membantu. =) Ya, sahabat. Selagi kita melakukan perkara yang betul, Allah pasti membantu.

Okay, motif saya yang sebenar hanyalah sekadar untuk berkongsi doa tersebut. Apapun, Just Nice. Assalamualaikum. =) 


Wednesday, January 16, 2013

Listen. Saya bodoh merancang.

Listen. Saya nak menulis.
Dan bila saya menulis, anda harus baca!

...............................

Perancangan.

I am bad in planning. Apa yang dirancang biasanya tak akan berjalan seperti apa yang diharapkan.
Dua tahun lepas, I made up my mind that I would be an architect. Itu cita-cita yang diputuskan dari zaman tingkatan empat. But then, bila dah lalui satu semester dengan gelaran pelajar jurusan architecture, saya mengalah. Tak sanggup. Tak sesuai dengan jiwa. Baru nak tersedar, dan baru nak menyesal.



Tapi Allah bukakan jalan. Nasib baik. Apply untuk tukar course, dan diterima. Itu pun nasib baik. 
Dah tukar course, maka perancangan juga harus diolah semula. Hala tuju harus diubah. Matlamat perlu ditetapkan balik.

Bila dah bergelumang dengan course baru, lain pulak masalahnya. Bukak facebook tengok gambar mereka-mereka di luar negara, terus terbit rasa cemburu tak sudah. Membaca status mereka tentang exam medical segala bagai, rasa nak menjerit sepuas hati. Dengki tahap bini keempat!

Tak cukup lagi, ditekan dengan harapan orang tua, nak merasa ada anaknya yang jadi doktor. Pernah umi cakap umi nak jugak paksa saya ambil medic. Saya senyap. Tak membantah.



Jujurnya seyh, menjadi doktor bukanlah impian saya. Bagilah intan berlian, emas permata, lembu bunting, kucing Parsi, anjing  gonggong tulang, sirip ikan yu sekalipun, I would say no. Takut darah. Tak sanggup nak gergaji perut orang. Eheh.

So I promise myself, kalau tak dapat bagi umi lihat anak dia jadi doktor, jadi dentist pun cukuplah. At least berurusan dengan manusia dalam urusan gigi-gigi jer. Paling penting ada juga gelaran doktor di pangkal nama. Dan bila di recall balik, dentist jugak pilihan saya dahulu kala selepas architecture. Ya, dulu jugak ia cita-cita saya. Deyy, berapa banyak cita-cita daa..



Listen.

Saya memasakkan janji. Membina perancangan. Habis foundation akan cuba apply pergi luar negara. Semangat makin membara bila mendengar ramai jugak senior yang langsung fly ke Mesir untuk buat Medical, Pharmacy and Dentistry kat sana. Saya positif, itu akan jadi jalan saya. Waktu tu memang dah tak nampak UIA. Hati berbunga-bunga dengan angan sendiri. Tapi saya tahu, itu hanya angan, jauh dari kepastian.

Perancangan dan impian itu dibina bersama seorang sahabat. Beriya bona dia mengajak untuk ke Mesir, ambil Dentistry sama-sama. Tapi saya tetap menjawab tak pasti. Sebab tahu keadaan keluarga. Impian itu disimpan sendiri. Teragak-agak nak beritahu umi mahupun abah.

Listen.

Satu hari, hal itu disampaikan jugak. Melalui adik. Dengan kiasan. Tapi jawapan yang diterima tak membahagiakan. Umi cakap kalau nak ke luar negara, ada biasiswa, silakan. Tapi kalau nak harapkan tanggungan sendiri mustahil. Kritikal.

Ya lah, nak ke Mesir lepas habis foundation hanya ada satu jalan. Melalui agensi swasta. Nak rebut peluang pergi pakai KPT memang taklah. Dan bila melalui agensi swasta, duit mesti banyak. Ada kawan terpaksa menggadaikan tanah untuk cari duit. Kalau family kaya memang syok habis lah.

Nak mengharapkan biasiswa JPA atau MARA boleh, tapi kena habiskan satu semester dulu di sana. Sebab nak apply biasiswa dorang kena ada result pengajian untuk satu semester. Kalau mumtaz, jayyid jiddan bolehlah lepas. Kalau setakat maqbul? Mimpi ajelah.

Dan nak tanggung sekurangnya satu semester sendiri, itu pun dah semput. Cukup-cukup nafas je. Maka terkuburlah sekali lagi impian dan angan-angan. Perancangan dibubarkan. Bubbai doktor gigi. :'(

Listen.
Kucing pun ada masalah. Ikan jerung pun ada masalah.

Saya ada masalah.

Perancangan perlu ditukar lagi. Dan sepanjang masa sehingga ke hari ini, hati saya kembali semula ke UIA. Bila kawan terus menerus ajak pergi Mesir saya cakap, "Aku dah jatuh cinta kat UIA."

Mungkin ini jalannya. Allah mahu saya terus di sini. Kalau dulu satu sebab saya beriya ingin ke Mesir adalah untuk melarikan diri. Lari dari semua orang yang saya kenal. Tak tahu kenapa, tapi benar-benar mahu melarikan diri. Saya nak bina diri saya yang baru. Itu fikiran saya. waktu itu.

Now, rasa itu masih ada. Tak boleh nak dibuang. Tapi tak apa, no worries. Kampus Kuantan itu besar. Possibility tak nak terserempak dengan orang yang dikenali tu amat cerah, an? Positif.

Listen. Listen. Listen.

Setakat ini, itulah perancangan saya. Ke Kuantan. Majoring in Opto. InsyaAllah.



Itupun kalau dapat. Kalau tak dapat, mengiau ajelah. :))
Kalau tak dapat, itulah yang terbaik. Opto katanya yang paling diidamkan budak-budak Allied Health Science UIA. So competition pun besar. Kuota pulak tak banyak.

ALLAH pasti akan bagi yang terbaik. Dan percayalah, perancanganNya juga yang terbaik. Sudah tercatat Allah tak mahu saya ambil architecture. Maka berjuanglah sekuat mana pun saya untuk architecture, saya akan kembali menurut kehendakNya. ^^

apapun hingga sekarang, sisa seni masih sebati. bermusafir lah ke mana pun, mata ni mesti ralit menatap reka bentuk rumah-rumah tepi jalan.

Listen. Let me speak.
Kucing walaupun banyak masalah, tetap ia binatang yang jinak. Erk.

Kita walaupun bijak dalam merancang, tetap tak akan dapat melawan ketentuan Dia Yang Maha Bijak.

Dan dalam menulis perancangan, saya jadi terfikir...
Perancangan akhirat sudah lunaskah??  =.="

Jangan dikejar dunia, hingga mengabaikan akhirat.
Merancanglah untuk jadi yang lebih baik dari hari semalam.
Sem penentuan, here we come. Dengan harapan yang tinggi. InsyaAllah.

Fuhh berjaya jugak update isu Listen! (lap peluh)

catatan,
mahasiswa peduli.



Sunday, January 13, 2013

Ikan singgang


Hari ni for the first time sejak bercuti hampir dua minggu, err, baru dapur berasap di waktu tengah hari. Al-maklumlah kat rumah tinggal umi abah ngan adik bongsu je. nasib kali ni ada saya dan adik lelaki tengah cuti, hidup la sikit rumah tu. *hidup sangat

Dan memang adat dapur lama tak berasap sebab kalau berasap pun takde orang nak makan asap. means that kalau masak pun nescaya tidak akan habis makanannya. so baik tak payah masak, tunggu je abah balik kerja beli makanan kat luar. bijak.

Tapi semalam umi dah pesan awal-awal, suruh masak sebab lauk banyak dalam peti. maka hari ini anaknya yang baik, rajin dan tersangat menurut arahan ni mengasapkanlah dapur rumah tu dengan jayanya. Yes!

Fikir punya fikir nak masak apa. Teringat pada singgang ikan. Rajin la pulak yer nak menyinggang hari ni. Padahal singgang ikan tu resipi orang malas. Nak menyinggang ni senang jer. Main campak jer. Kata orang lah, bukan kata saya.

Dalam peti ada ikan kembung je so mereka lah yang menjadi bahan eksperimen hari ni. Nak menyinggang lebih sedap guna ikan tongkol atau nama glamornya ikan aya, tau?

Lalu bahan-bahan disiapkan. Ambil bawang, asam keping and not to forget lengkuas. Ada orang pakai lengkuas, ada orang tak pakai pun so suka-suka hati lah ya nak guna tak encik lengkuas tu.

Lagi best, ada orang pakai halia. Saya lah tu. Dan yang pakai halia ni sebenarnya jenis makhluk asing je sebab mana-mana makcik suri rumah kat muka bumi ni rasanya tak akan guna halia untuk menyinggang ikan.

Sebab musabab yang kukuh untuk saya jenis alien ni pakai halia ni tersangat konkrit. alasannya, sebab saya tak reti nak bezakan halia dengan lengkuas. Oh oh oh.

Jadilah singgang ikan halia. sedap jugak. boleh je masuk tekak.

Tapi masuk kali ni dah dua kali jadi benda sama. Dulu pun dengan yakinnya campak masuk Cik Halia tu atas dapur sebab ingat dia Encik Lengkuas. Heh.

sayalah Encik Lengkuas

and meet her, Cik Halia



Adik cakap,
"Orang buat singgang ikan mana ada pakai halia."

Tahulah, tapi nak buat macam mana, Halia dan Lengkuas kembar seiras, susah deh cheq nak bezakan.

Apapun nasib baik tadi tersedar awal yang halia tu bukan lengkuas. Tu pun hasil tunjuk ajar Pak Cik Google. :))

Pasti dan confirm 1000% akan kena complain dengan adik nanti. Siapa suruh makan ye dak?
Tapi sebenarnya sedap jugak, ada masam ada masin ada manis. Paling penting, ada ikan. Tak ada ikan hirup sup je lah kau nanti adik weii.

Ok, ini sesi karut marut. adios. selamat menjamu selera tengah hari semua. ^^


Saturday, January 12, 2013

12.1.2013

Hari ni hari mengukir sejarah.
KL112 atau juga HKR112.



Namun jasad tak mampu ke sana. Dan agak jeles sebenarnya membaca status mereka-mereka yang berpeluang menghadirkan diri. Dah melepasi tengah hari, agaknya perhimpunan mungkin sudah sampai ke kemuncaknya.

Kalau ada yang bertanya,

Kenapa nak sibuk-sibuk join perhimpunan macam ni? Tak ada kerja ke?

"Sebab takde kerja la aku cari kerja mcam ni. Daripada duk ternak lemak kat rumah."

Apa motif perhimpunan macam ni dibuat? Tak ada motif.

"Supaya satu hari nanti orang macam kau sedar selama ni kau tertipu. And supaya orang-orang macam kau melutut berterima kasih kat aku satu masa nanti sebab sanggup perjuangkan benda alah takda motif macam ni untuk masa depan kau."

Tak jadi apa pun heh. Takde maknanya.

" Lagi tak jadi apa kalau tak buat apa-apa."

Menghuru-harakan negara adalah. Lagi sesak jalan raya.

"Negara huru hara dengan pelbagai masalah sosial takde pulak kau nak bising-bising. Jalan sesak masa malam tahun baru dengan budak-budak buat maksiat tak ada pulak kau nak complain."

......................

Beruntunglah mereka yang menjadi sebahagian daripada sejarah. Usaha ini mungkin dilihat sedikit dan kecil di mata mereka, tapi percayalah perjuangan ini akan ada hasilnya. Untuk membuatkan mereka kecut perut. :)

Melihat bilangan yang hadir di sana pun sudah cukup rasanya membuat mereka hilang arah. PRU 13, kami nantikan!

Ini kebangkitan! Bangkit dari kezaliman mereka yang berkuasa.
Moga semuanya berjalan lancar. Oh teringat memori BERSIH 3.0  :)

BERSIH 3.0 dahulu saya sebahagian sejarah :)

Memori pahit dan manis yang akan diingati, dan menjadi satu bahan cerita kebanggaan untuk bedtime story anak-anak satu masa nanti. Hehheh.

"Himpunan kita santai. Berjalan perlahan seperti di tepi laut. Berjalan perlahan seperti pengantin baru."

Ameen. Moga tidak ada lagi provokasi dari pihak polis, mahupun gas pemedih mata. Pedih tu woo, mata ini dah merasainya. :))

Jasad di sini, tapi hati di sana.

sekian,
mahasiswa cakna. :p

Friday, January 11, 2013

Fatih Seferagic :)

Falling in love at first sight. dushh ~

Fatih Seferagic.

Wajahnya subhanallah. Kalah hero Malaya. Suaranya MasyaAllah, merdu amat. Tapi andai dia seorang artis saya tak akan tertarik. Yang menarik hati untuk terpikat pada anak muda ini hanya satu sebab - dia hafizul Quran!

Kalau bukan kerna al-Quran di dada, mungkin dia tak punya apa-apa walau wajahnya tersangat tampan. Kan?



Anak muda yang berasal dari Bosnia. Membesar di tengah kemajuan negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat tapi masih mampu hidup bernaungkan al-Quran. Ya dia sudah bergelar hafiz di usia 12 tahun! Malah mampu menjadi imam terawih di saat usianya sekarang yang baru mencecah 19 tahun. sebab lahir tahun 1994.

oh no dia lagi muda dari saya. ~.~

Jatuh cinta sebab suaranya. muka tu extra reason la kot. menggatal jugak.. :p



wanna know more details bout him... cari sendiri. :)
Mr Google has a lot of story bout him.

Meh jadikan anak muda ini sebagai idola. Eh no, sebagai contoh.
Girls, he can already beat the korean heros. dush dush dush. :)

Monday, January 7, 2013

Soal Jemaah

Bersedia.
Entry kali ini, agak berat.

Perkenalan

Dahulu, pernah diperkenalkan pada beberapa badan dakwah (baca:jemaah). Semenjak tu baru minda agak terbuka pada hal-hal sebegitu. Perihal dakwah, perihal keanggotaan. Perihal tarik menarik. :)

Jujur saya pernah ditarik untuk masuk ke dalam sebuah badan jemaah. not to mention which one. Tapi saya membangkang, menolak mentah-mentah atas alasan akademik yang teramat kucar waktu itu. Tak tipu, memang akademik jatuh teruk at that time. Mereka tak putus asa dan masih cuba mengajak, sampai abang yang kejauhan dimaklumkan akan perihal penolakan saya. Dia cuba berhujah dengan saya yang masih belum faham apa-apa. Saya tahu dia kecewa, amat. Tapi saya tetap dengan keputusan sendiri, masih dengan alasan akademik.

Akhirnya abang mengalah, dan mereka juga terpaksa melepaskan dengan rela. ceh, gaya macam orang laku la pulak kan. 

Pencarian

Satu ketika di saat itu saya punya persepsi yang agak negatif terhadap benda ala-ala jemaah ni. Dan amat banyak yang saya persoalkan. Hingga satu saat saya dapat tahu yang adik saya juga mula melibatkan diri dengan sebuah jemaah. Agak terkejut walau sudah dijangka. Bersungguh-sungguh dia cuba memberikan kefahaman kepada saya.

Dulu saya anti jemaah sebab melihatkan sikap pembawanya. Suka sangat mengagungkan jemaah sendiri sampai tahap memperlekehkan jemaah lain.

Akhirnya saya menabur janji pada adik, saya mahu kaji sendiri. Mana jemaah yang betul, mana jemaah yang paling sesuai dengan diri sendiri. Saya tak mahu menganggotai jemaah atas dasar ikutan.

Satu hari, ada seorang sahabat datang menziarah. Dia mengajak saya menganggotai jemaah yang dia ikut. Saya jadi buntu. Nak ikut jemaah adik atau jemaah sahabat?

Akhirnya saya memberi kata putus,

"Untuk ikut jemaah awak dulu mungkin tak. Saya mahu kaji dulu. Kalau sekadar untuk merasa dan melihat untuk menilai, saya boleh ikut."

Akhirnya dia bersetuju. Mengangguk faham dengan kehendak saya. And then, saya mengikutnya menghadiri usrah. Ada naqibah dari luar, dan ramai rakan yang saya kenal. Dalam usrah tu kami belajar masalah fekah. Berbincang itu ini. Mula rasa sedikit terisi selepas sekian waktu tak mengikuti usrah. Dan kagum memikirkan kesanggupan akak naqibah yang sanggup berulang alik menyampaikan ilmu pada adik-adik.



Cerita saya ikut usrah sahabat saya ceritakan pada adik. Memaklumkan yang saya memang sedang membuat penilaian. Jadi untuk adil saya turut berusrah dengan adik. Adik sendiri menjadi naqibah.

Dua pengisian yang berbeza pada dua usrah yang berbeza. Tapi keduanya nescaya punya kelebihan tersendiri.

Pilihan

Akhirnya saya membulatkan tekad untuk memilih jemaah yang dirasakan paling cocok dengan diri. Cerita bagaimana saya end-up dengan pilihan sendiri masih panjang dan ada cerita luka dan sukanya sendiri. Tapi maaf, agak peribadi.

Hingga kini , saya masih belajar. walau kadang-kadang rasa goyah. Benar,syaitan tak kan pernah senang melihat kita berada pada jalan kebenaran. Ada kala saya rasa mahu berhenti. Bermacam-macam mehnah, dan sudah entah berapa kali air mata gugur disebabkan jalan yang telah dipilih.

Penat. Lelah. Tak cukup untuk digambarkan. Pelajaran menjadi taruhan. Kesenangan diri jadi korban. Namun itulah adat berjuang.

Kami belajar untuk tidak memandang rendah pada jemaah yang lain. Kerana hakikatnya jemaah hanyalah sebuah wasilah. Mana-mana jemaah, tujuannya hanya satu - untuk melihat Islam kembali tertegak. Yang berbeza hanyalah manhaj atau pelaksanaannya. Dan fokus yang juga mungkin berbeza.



Jadi mengapa harus berbalah dan saling menuding jari?
Hakikatnya kita sedang berjuang untuk benda yang sama.
Cuma mungkin, sindrom kecenderungan terhadap jemaah sendiri tu susah nak dibuang. saya mengalaminya.

Saya punya sebab sendiri dalam membuat pemilihan dalam memilih jemaah ini melebihi jemaah-jemaah lain. Walaupun mungkin pada awal pemilihan saya masih kabur dengan makna perjuangan. Dan setelah melaluinya hampir berbulan lamanya, saya mula sedar. Melibatkan diri dalam sebuah gerakan, memerlukan pengorbanan yang tak sedikit.

Dan saya percaya itulah yang sedang dialami oleh semua penggerak semua jenis jemaah. Tak kisah jemaah jenama apa sekalipun. Beban yang dirasakan sama. Cabaran yang ditempuh juga mungkin sama walau berbeza level kepayahan. Heh.

"Thabatkan kami ya Allah. Untuk terus kuat dan tidak mengalah. Dan berikan kami kefahaman akan hakikat perjuangan."
Aku hanya ingin untuk terus kuat...
walau mungkin rebah berkali..

Aku hanya ingin untuk terus bersama...
memegang panji perjuangan...
walau mungkin akhirnya kita kecundang sebelum menang...

Aku tak ingin futur dari jalan ini.
Tak ingin .
Tak kan pernah ingin.
Maka kuatkanlah aku ya Allah. 

oh yaa, i still cant avoid that inferiority complex syndrome. merasa lemah tatkala dihimpit dengan mereka-mereka yang hebat. :'(


Sunday, January 6, 2013

ummi.


"Pesan umi untuk anak-anak, hiasilah diri dengan iman dan ilmu pengetahuan, capaikanlah impian dan cita-cita kalian, demi untuk kesenangan kalian semua. Umi sangat berharap agar kalian tidak menghampakan impian umi untuk melihat anak-anak berjaya dengan segulung ijazah. Bahkan lebih dari itu. Sekali kita gagal bukan bererti kita gagal selamanya. Semua itu ada hikmahnya. Ingat setinggi mana pun kita berada jangan lupa asal kejadian kita, dari mana kita datang dan ke mana kita pergi akhirnya. Oleh itu lengkapkanlah diri kita dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Ingat, solat jangan tinggal. Renungilah kata-kata ini dan hayatilah. Ameen."
Terselongkar ipad Apple milik family semalam dan terjumpa nota ini. Ditulis oleh ummi tersayang 165 hari yang lalu pada 21/7 - tanggal hari lahir ummi sendiri.

165 hari yang lepas, waktu tu saya di kampus. Masih sibuk dengan pengajian. Dan hari tu satu mesej dari ummi masuk ke dalam inbox, bertanyakan anak-anak,

'Ingat tak hari ni hari apa?'

Bila difikirkan, selalu juga ummi buat macam tu bila tiba tarikh-tarikh penting. :)

Membaca nota yang persis amanat itu membuatkan diri sebak. Sekali baca air mata terus bergenang. Dua kali baca memang leleh habis.

Bila ummi tanya,

"Anak-anak baca tak nota ummi tulis?"

"Bacalah. Nangis siap," saya jujur mengaku. Dan ummi hanya gelak seakan meraikan misinya.

Seorang ibu, jasanya terlalu banyak tapi tak pernah sekali jasanya diungkit. Oh ibu!
Salah satu peristiwa yang masih segar pada ingatan, di saat saya demam panas ketika kecil. Lepas maghrib saya hanya meringkuk di bilik ummi abah. Sesekali terjaga dan menangis akibat mimpi ngeri. Bila ummi ajak semua makan saya diam tak menjawab. Lalu abah cakap,

"Dia sakit tu, biarlah dia tidur."

Dan mereka terus biarkan saya tidur. Tertidur sampai ke tengah malam. Terjaga bila lampu dalam bilik ummi abah dah terpadam. Mengingatkan adik kembar sendirian di bilik saya bergerak masuk ke bilik sendiri melalui tandas yang menghubungkan bilik kami dan bilik ummi abah.

Bila dah melepasi tengah malam, ummi datang jenguk ke bilik. Ummi ajak makan. Tapi saya berdegil tak nak. Lalu ummi datang dengan sepinggan makanan dan ubat. Bersusah payah ummi suapkan makanan ke mulut. Perut tak boleh kosong katanya sebab nanti ubat nak masuk dalam perut. :)

Terlalu banyak jasa yang tak terungkap.



Dulu jugak, waktu mula-mula nak masuk Darul Quran ummi yang bersungguh. Bukan saya. Urus itu ini. Beli itu ini. Hingga sanggup memaksa ayah memandu jauh ke luar kawasan Kota Bharu untuk mencari beberapa helai jubah keperluan.

Sejak saya keluar Darul Quran pula ummi yang mengingatkan untuk selalu murajaah al-Quran, agar tak terlupa. Katanya kalau lama tinggal nanti susah nak ingat balik.

Pernah sekali ummi tanya,
"Kakak ulang tak al-Quran?"

Saya diam, teragak-agak untuk menjawab.

"Ulang, tadi dia suruh adik dengar tiga muka," adik back-up. Terselamat.

"Kalau tak ulang nanti lama-lama hilang. Kat sana ada ulang?" prihatinnya terhadap al-Quran yang saya pegang melebihi kepihatinan saya sendiri.

"Kat sana ada kelas. Dua minggu sekali," dengan rasa berat saya menjelaskan. sebab tersedar yang kadangkala ada juga kelas yang diponteng. :'(

Ummi juga kuat. Banyak kerja yang dilakukannya dalam satu masa. Dari pagi ke petang mengajar di sekolah. Malamnya pula sambung menjahit tempahan baju orang. Weekend ada kalanya keluar berbisnes. Demi sesuap nasi untuk anak-anak. Adik beradik masih ada enam orang yang perlu ditanggung pengajiannya.

Ummi juga seorang yang amat menitikberatkan silaturahim. Dulu berkali-kali beliau memaksa abah menziarahi keluarga abah yang dah lama tak dijenguk. Dah bertahun hidup anak-anak belum dapat mengenali susuk tubuh ahli keluarga abah ekoran cerita silam. Bertahun ummi menunggu, hingga satu masa pada raya tahun 2011 abah akur untuk membawa kami sekeluarga ke sana. Sampai anak-anaknya naik hairan dan raya tahun itu ibarat satu rahmat dan keajaiban untuk kami.

Setiap kali anak-anaknya pulang ke rumah juga ummi tak pernah serik meminta anak-anak menziarahi keluarga pak long yang letaknya beberapa meter dari rumah. Katanya sekadar tunjuk muka. Jaga adab. Jaga hubungan.

Sebagai isteri juga dapat dilihat ummi sebagai seorang contoh yang baik. Keperluan dan kehendak abah sedaya upaya ummi penuhi. Ada kala abah bermanja minta itu ini di saat ummi pening dengan kerja yang banyak, tetap ummi penuhi. Apa yang abah tak suka ummi tak buat. Bila abah tersalah ummi tegur.

Meniti kedewasaan baru saya dapat melihat betapa hebatnya seorang wanita yang selama ini telah membesarkan saya. Banyaknya air mata saya yang gugur mengingatkan pengorbanannya belum tentu dapat menandingi kerapnya air mata ummi yang tumpah mendoakan anak-anaknya.

Impian saya agar satu masa nanti saya mampu mencontohi ummi dalam keperibadiannya. Moga pengorbananmu Allah redhai.

Saturday, January 5, 2013

jangan cepat melabel

3 Januari 2013.

Sejurus tamat paper terakhir petang tu terus bergegas ke KL Sentral. Tiket train 8.30 malam. Atas jangkaan jalan bakal sesak dan mengalami jam yang teruk, kawan cadangkan untuk ambil teksi ke stesen Universiti je. Dan dari sana ambil LRT terus ke KL Sentral.

Dan seperti jangkaan jalan memang jem teruk sepanjang nak ke stesen Universiti. perghh.
Tekak dah mula rasa loya sebab perut kosong.

Dalam LRT makin teruk rasa loya. Badan pula mula ketar. Mulut pulak rasa kering. Sindrom lapar paling tak boleh blahh!

Tiba di KL Sentral apa lagi, terus cari makan. Dah makan terus bertukar dari zombie tak bernyawa pada dracula gigi patah. erk. takdak kaitan.

Dipendekkan cerita, bila jam hampir menunjukkan pukul 8.30 malam, seorang lagi rakan masih belum tiba. Terperangkap dalam jem tak beroti. Yang lain dah mula cuak. Saya juga sedikit tergugat walau muka masih maintain cool.  -.-

Apapun alhamdulillah sempat sampai dan kami berlima sempat mengejar train.

Dah masuk train sibuk la pulak cari coach dan tempat pembaringan masing-masing. Sekejap ke coach kanan sekejap ke coach kiri. Mengambil masa dengan menyeret beg-beg besar dan bila dah jumpa ada pula masalah lain. Seorang rakan tercampak ke katil yang dikelilingi budak lelaki.

Dia mengucap panjang. Dan seorang lagi rakan memujuk,
''Kau tidur dengan aku tak apa. Kita letak je barang kat situ."

Sekali tengok budak-budak lelaki berempat tu saya sempat berbisik pada seorang rakan,

"Takutnya."

Dan sekali lagi mengerling ke arah mereka dapat pula tengok sengih mereka yang panjang. Otak dah mentafsir yang bukan-bukan. ~.~

Tapi tak semena-mena salah seorang dari jejaka berempat tu menegur.

"Kita tukar tempat takpe sebab sebelah sana semua perempuan."

Semua memandang antara satu sama lain. Hanya dengan pandangan mata kami semua bersepakat untuk menerima hasil rundingan. 

Maka barang segera diangkut. Katil beralih. Dan tiket bertukar tangan. Maka selepas itu semua mampu tersenyum dan melepaskan nafas lega.  Dan agaknya saya yang paling beruntung. Menempah tiket untuk katil atas tapi end up dengan memiliki katil bawah. :) Alhamdulillah.

Setelah beberapa ketika saya yang hanya memasang telinga mendengar butir bicara rakan-rakan yang mula berborak dengan budak-budak lelaki tersebut. Hanya pasang telinga dan langsung tak menyampuk sebab dah nature tak mesra dengan lelaki. Huh.

"Brother, terima kasih eh," seorang rakan mengucapkan kata mewakili kami berlima.

"Eh, belajar kat mana?" salah seorang budak lelaki membalas tanpa menjawab ucapan terima kasih kami. Mungkin agak terkesan dengan panggilan 'brother'.

"UIA."

"Oh samalah. Uia mana?" 

"UIA PJ. UIA mana?"

"PJ jugak."

Kecil punya alam, rupa-rupanya masing-masing dari ceruk dunia yang sama.

"First year ke second year?" mereka bertanya lagi.

"Second," dan mendengar jawapan kami mereka mengangguk dan terdiam.

"Korang?" kawan membalas ingin tahu.

"First year," dan kami mengangguk kembali.

Adik-adik rupanya. :) Dan sungguh berterima kasih atas keprihatinan mereka menolong kakak-kakak yang ketakutan dan kecuakan memikirkan possibility yang entah-apa-apa . 

Dan malam itu kami dengan dunia masing-masing. Borak-borak, tengok movie, dan mangembara ke alam mimpi.

Saya belajar bahawa first impression tak selalu betul. Maka jangan cepat menghukum dan melabel orang kerana akhirnya nanti diri yang termalu sendiri. Dan juga mungkin orang yang kita hukumi itulah yang mungkin menolong kita di saat kita kesusahan.

-Home sweet home-