Thursday, June 16, 2011

mengumpul pahala sambil menambah dosa...

Sambil menyelam,sambil minum air.
Itu pepatah Melayu.

Merujuk kepada dua pekerjaan yang dilakukan pada masa yang sama.
Kita bertuah seandainya kedua-dua pekerjaan itu mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada diri.
Namun,celakalah diri kiranya salah satu amalan itu turut menempah keburukan.

Rata-rata dari kita punya niat yang tulus,suci dan murni untuk berbuat baik.Tak dinafikan,kesedaran terhadap nilai-nilai agama makin meningkat dalam kalangan kita...Alhamdulillah.

So..what's up with the topic haa??!

Mengumpul pahala sambil menambah dosa.

Erm,saya yakin setiap dari kita pernah mendengar pepatah,
"Matlamat tidak menghalalkan cara."

Kita punya matlamat dan niat yang betul.Tak ada yang tak kena dengan niat tu.Niatnya nak menegur silap si sahabat,niatnya nak menunjukkan teladan yang terbaik,niatnya mahu berkongsi ilmu,niatnya mahu membawa seseorang ke arah kebaikan.Macam-macam lagi niat tersuci yang kita miliki. 

Lalu,langkah dibawa.Diri mula merangka strategi bagi memastikan niat terlaksana. Jeng jeng jeng...
Kerana dari niat munculnya matlamat.

Tapi tak dinafikan kadang-kadang kita tersilap membawa langkah.Tersilap mencatur strategi.
Ada yang berniat menegur perangai sahabat yang dirasakan kurang elok,tapi tegurannya dibawa dengan penuh tidak berhikmah.

Ana bagi beberapa situasi,erkk..ana?

Suatu pagi nan indah,si A berjalan-jalan di sebuah shopping complex,sambil-sambil window shopping and door shopping sekali..lalu,jalan punya jalan,terlihat lah dek si A ni seorang temannya,si B...opss,ada minah la sebelah si B.Amboi-amboi siap cuit-cuit lagi.Mesra amat!!

' Tak boleh jadi ni,kemungkaran harus dicegah..' hati si A berbisik halus.
Lalu,
" Oii,B! Apa pegang-pegang ni,kau tahu tak berdosa besar sentuh perempuan ajnabi??! Maksiat ni kau tahu tak??!" ditengkingnya si B di hadapan khalayak ramai. Semua di sekeliling membatu menyaksikan kejadian teriak meneriak tersebut.

Si B tercegangang...bermesra dengan adik pun tak boleh ke?? ~

See..kan dah malu...

Situasi kedua.

'Sahaja aku mencintai makweku kerana Allah.'
Setiap hari,bangun je dari tidur,si C mentajdidkan niatnya.Aku berpacaran kerana Allah.Cinta aku pada si Fulanah semata-mata kerana Allah.Aku nak bimbing dia jadi wanita solehah mukminah muttaqinah! Tu kan..besar niatnya.

Lalu,pukul 4 pagi setiap hari satu mesej dihantar pada si Fulanah..
" Assalamualaikum ya ukhti,jom kita bangun tahajud.Sama-sama raih redhaNya.Bangun ea..."

Tak cukup dengan itu,kekadang diajakya untuk sama-sama menunaikan solat Dhuha.
Tak cukup lagi?
Dihantarnya mesej-mesej versi Islamik dan tazkirah kepada si Fulanah tiap-tiap hari.
Tak main la mesej-mesej kosong ni.Berdosa!
Adakala keluar bersama..opss,bukan berdua.Kena bertiga,lebih pun tak apa asal jangan berdua,kata si C.So,biasanya adik si C jadi orang ketiga,kadang-kadang rakan sebaya ikut serta..begitulah.

cinta suci yang tak suci hanya mengotorkan hati


Situasi ketiga.

" Exam tinggal 3 minggu lagi ni.Apa kata kita buat study group?" tutur seorang PEMUDA kepada seorang PEMUDI.

"Ok,boleh je.ada siapa-siapa lagi ke nak join,ke kita berdua je?" tanya si PEMUDI.

"Em,aku dah tanya yang lain,mereka cakap mereka tak dapat ikut.Semua duduk jauh-jauh,biasa la tu,susah nak commit."

"Tapi tak apa ke kita berdua je?"

"Ala,kita bukan buat apa pun.Setakat study je,bukan kerja sia-sia kita buat.Kau jangan risau,kita belajar la kat pondok depan masjid kampung kita tu."

"Ok,set!"

belajar berdua,adakah membawa berkat?
 
Situasi keempat.

Fenomena gadis bertudung tapi terdedah aurat lainnya makin menjadi-jadi.Ditambah pula dengan kemunculan fesyen yang pelbagai.Kononnya dilabel dengan nama fesyen muslimah.

Si D berasa gerun dengan fenomena yang makin menular di kalangan teman-temannya.Buka Facebook,macam-macam fesyen yang dipaparkan.Atas rapi tertutup,tapi dada jelas ditayangkan.Baju pula ketat sampai nampak segala susuk tubuh. Ishh,apa nak jadi??

Lalu dia bertekad,'Aku mesti buat sesuatu!'

Si D lantas mencapai jubah dan tudung ala-ala turki,digayakannya dengan penuh sopan.Secalit mekap dioles ke kulit wajah.Maka 24 kali cermin ditilik ke seluruh badan.Perfect! Aurat tertutup.Jubah longgar,tak jarang,tak tabaruj sangat,dada pun dah ditutup.Tiada yang kurang.

Snap! Snap!
Gambar jarak dekat ditangkap,jelas terpapar segala tahi lalat di muka.Posingnya persis seorang model.Kalah Nasha Aziz. I swear!!
Step seterusnya? Upload photo tersebut dalam Facebook,dan di tag teman-teman lain,lelaki dan perempuan semua aku rembat!

Seungkap description mengenai gambar tersebut ditulis,
" Ayuh teman-teman,berpakaianlah mengikut syariat." =)

                                                          cantik tak saya?

Dalam zaman millenium ni,saya berfirasat kita-kita semua dah cukup bijak nak menafsirkan maksud tulisan ini.Masing-masing punya akal untuk menentukan mana yang baik,mana yang buruk.Mana yang mengundang dosa dan mana yang menjemput pahala.(So,tak payah la susah-susah ea nak saya elaborate kan..hehe.)

Cuma,adakalanya apabila kita dah terbiasa dengan apa yang kita terbuat,mata hati sudah tertutup untuk menilai balik baik buruk perlakuan diri sendiri.Waktu ini,sememangnya nafsu sudah berjaya menguasai diri sendiri,hinggakan mata hati dah tak berupaya menunjukkan jalan yang betul...

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). ali-imran:4


Sama-sama menilai kembali amalan kita..
Jangan diundang dosa bersama pahala.
Kerna takut nantinya pahala itu yang dikalahkan oleh dosa.





                    






 antara dua;semuanya atas pilihan iman kita



("o")
saya juga bukan budak baik.

andai terasa,maaflah,memang niat nak buat masing-masing terasa.>>>





Wednesday, June 8, 2011

Saya Keturunan Kemala!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus menulis dan menghirup udara segar.
Tarik nafas...hembus!
Tarik nafas...tahan!
(Modul x-ray)

Hari ini hari outing.Hari macam Pak Pandir,kata ummi.Hari silaturahim.Hari mengimbau kenangan.
Pergi hospital boleh tak bawa offer letter.tak pasal-pasal pangkat Pak Pandir ku terima. =)

Dan hari ni hari bersilaturahim.Bersilaturahim di kampung.Akhirnya sekali lagi,kaki ini menjejak kampung.Dari Kota Bharu ke Pengkalan Chepa.Lalu di sana ku temui sesuatu.

Abul Laits As-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Ayyub r.a. berkata:
 "Seorang Badwi  memandang Nabi Muhammad s.a.w. dan memegang kendali untanya lalu berkata: "Ya Rasulullah, beritahukan kepadaku apakah yang dapat mendekatkan aku kesyurga dan menjauhkan diriku dari api neraka?" Jawab Baginda s.a.w.: "menyembah Allah s.w.t. dan tidak mempersekutukan-Nya dengan suatu apa pun dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menghubungi kerabat."


Di dalam hadis yang sahih, Nabi saw bersabda (maksudnya):
Al-Rahim (ikatan kasih sayang) tergantung di Arasy Allah sambil berkata: Barang siapa yang menghubungkan aku, nescaya Allah akan menghubunginya (yakni, merahmatinya) dan barang siapa yang memutuskan aku, nescaya Allah akan memutuskannya (daripada rahmat-Nya).”


Niat berkunjung untuk memenuhi jemputan keluarga bapa saudara sempena majlis aqiqah cucunya.Saya hanya menjadi mek turut,demi perot ku sanggupi.

Satu kelebihan dapat bertemu dan mengenali orang-orang asing yang sebenarnya tak asing.Langsung tak asing.
Mula-mula sampai di sana,nampak tak ramai orang.Ada la beberapa orang tetamu lainnya. Jiran-jiran kot,anggapan pertama.

Selesai menyantap semua yang ada di depan mata,kami mempersilakan diri kami masuk ke dalam rumah.Sesi beramah mesra.
Wow! Agak ramai orang di dalamnya,nasib baik semuanya sejantina,tak ada la kekok sangat.

Anggapan pertama,ingatkan semuanya jiran-jiran sekitar situ yang datang bertandang.Ummi berbual mesra.Saya hanya mendengar.Curi dengar.
Dengar punya dengar,then I knew,ermmm,those aunts are my kaum-kerabat!!

Laaa,ye ker...memang kalau ditakdirkan bertemu di mana-mana tempat di dunia ni,sungguh saya tak akan tahu mereka ada pertalian dengan saya,sehinggalah hari ini.

Beberapa saatnya Ummi berborak mesra dengan mereka.Dapatlah saya tangkap beberapa cerita ;
  • Dahulu kala ummi pernah satu kelas dengan salah seorang mak cik tadi.Rakan sekelas rupanya.
Times up!! My aunts,they all need to go.
Salam-salam sebelum pergi,itu adat.Adat yang insyaAllah menjadi ibadat.

Melihat mereka berlalu,saya terfikir,
" Tak ada ke sesiapa yang nak anjurkan Hari Keluarga?Kan bagus kalau buat macam tu,dapat la kenal mana-mana yang tak kenal sebelum ni."

Sudah lama sebenarnya saya mengimpikan hari sebegitu dianjurkan.Nak anjurkan sendiri,siapalah aku.Sedar diri sangat.Nak minta famili sendiri anjurkan,bajet pula yang menjadi persoalan,nak cekup duit kat mana? Rompak bank?!

Maka 5 berlalu pergi,2 naik.

Jiran lagi ke?  Ke kenalan tuan rumah?

Borak-borak.
Jeling-jeling manja.
Senyum-senyum mesra.

Ehhh...mak cik tu kenal ummi laa.Ermm,ni mesti kaum-kerabat juga ni.
Ternyata,bukan jiran,bukan juga kenalan.Namanya Mak Nah,kot.Heh,sebab tu yang saya dengar.

Lepas tu baru tersedar,semua hadirin yang datang semuanya kaum kerabat sendiri. Ohh!!

Rancak mereka berbual.Tanya itu,tanya ini.Jawab itu,jawab ini.
Sehinggalah anak perempuan Mak Nah yang agaknya sebaya saya keluar dan kembali semula dengan beg biru.Dihulurkan kepada maknya.

Dikeluarkannya timbunan kertas-kertas. Cikgu juga ke?

Sambil Mak Nah tergelak,"Gaya lebih dari orang kerja."

"Kerja ke?" tanya ummi.

"Eh,tak kerja pun."

So,what's up with the papers,aunty? =)

Lalu,hajatnya disampaikan.Katanya adik-beradiknya berhajat nak buat Hari Keluarga.Kumpulkan semua sanak saudara.

Saya terlopong.Bunyi dah macam menarik ni.Telinga dipasang,mata dialih kepada dua fokus utama di sebelah.Badan dirapatkan ke badan ummi.

Pucuk dicita,ulam mendatang.
Hari Keluarga.Dirancang untuk dianjurkan pada Hari Raya Aidilfitri ke-3 tahun ini.Venue; di SK Parang Puting.

Mak Nah hulurkan kertas,minta dilakar salasilah keluarga setiap adik beradik Ummi.Keluarga Ayah Cik,keluarga Ayah Su,keluarga ummi sendiri dan keluarga Ayah Man.

Disebabkan ummi tertinggal cermin matanya,maka anak perempuannya dirasmikan menjadi jurutulis.
My pleasure mom!! =)
Hoo..kegemaranku ni menulis salasilah sebuah keluarga.
Siap tulis untuk 3 buah keluarga,sayangnya tak sempat lakar untuk Ayah Man punya.

Selesai sudah sesi menulis dan melakar,Mak Nah meminta diri.

Then,I pura-pura tanya.

"Nak buat apa sebenarnya ummi?" lagat pelakon berwajah dramatik.

"Nak buat hari keluarga.....bla bla bla," kata ummi panjang lebar.

"Ooo..tapi,keturunan sape?" thats the point.

Dek kerana curious dan tak dapat nak agak keturunan siapa yang akan dikumpulkan,maka soalan itu saya ajukan.Cuba diteka,agaknya keturunan atok Yaacob kot.Tapi bila difikirkan balik,anak beranak atok tak ada la besar dan luas sekali sampai macam tu.

"Tahu lahh,keturunan Tok Chik?Ayah Chik?" jawab ummi teragak-agak.Kurang pasti nama sebenar beliau yang dimaksudkan.Ummi pandang Mak Ngah yang sejak tadi hanya memerhati dan mendengar.

"Tu,keturunan Kemala dan Tok Chik," jawapan Mak Ngah.

Saya keturunan Kemala!!

Tok Chik berkahwin dengan Kemala,lalu lahirlah keturunannya yang tak putus-putus berterusan meneruskan kesinambungan zuriat masing-masing.

Kemala...seakan pernah ku dengar nama itu.Orang Indiakah?

"Apa,Kemala?" saya meminta kepastian.
Mak Ngah dan ummi mengiyakan.KEMALA.

Balik-balik,Google diterjah.Mana pernah ku dengar nama Kemala?

bukan Dato' Kemala ini yang aku maksudkan.

Oppss,bukanlah saya keturunan Kemala karyawan negara itu.

Kemala ku,hanya seorang wanita yang tak pernah ku tahu wajahnya.Namun dari rahimnya,lahir keturunan kami.Kesinambungan ummat Muhammad s.a.w.


“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
(Surah Ibrahim : Ayat 40)
“Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (Surah al-Furqaan: 74)

saya anak Kemala.
anak ummi abah laa.
cicit Kemala.

Saturday, June 4, 2011

mY othEr hAlf..

Bismillahirrahmanirrahim....

Ku dedikasikan tulisan ini buat si Dia yang jauh di PJ.Ehh tak tak,mungkin dah bertolak ke Nilai agaknya pagi ni.( Tak bertolak lagi rupanya waktu ni,sedang menunggu bas katanya.)
And as i promised you before,this is the reply-entry for your last entry,

http://najibah-muszai.blogspot.com/2011/06/buat-some0ne-yang-dekat-di-hati.html

Dan kepada sesiapa yang terbaca entry ini,maaf,ini langsung tidak berkaitan dengan anda dan mungkin tiada input yang boleh diceduk dari entry ini untuk kali ini. So sorry kerana ini hanya luahan rasa.Dipersilakan tukar ke channel lain seandainya perlu. wee~

                                    ************************

Hope you doing fine there.
Ermm,tak tahu nak mulakan dari mana.
Could I start from the beginning? The day we are separated?

Jujurnya,waktu satu kiriman pos laju dari Darul Quran Jakim sampai ke tanganku,aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan.Sebenarnya naluri aku dah dapat mengagak yang hanya aku yang akan dapat tawaran tu.And then when the letter came,it proved that my instinct was right.

Ya,aku tak fikirkan sangat apa yang akan aku lalui tanpa mu,oo my half.
Tapi dari air muka mu waktu tu,aku seakan dapat rasakan sedikit kegusaran.
Bukan cemburu yang pasti,kerana aku tahu sepanjang sejarah hidup kita bersama,tak pernah laa pulak masing-masing nak cemburu or dengki atas kelebihan yang salah seorang dapat.

Tapi aku lega 'coz you let me to decide for my own best.Dan tak sikit pun kau menghalang atau menghalau.
Seakan kau redha aja dengan apa yang akan aku putuskan.

Timbang punya timbang,akhirnya satu keputusan aku capai.

"Aku rasa aku pergi je lah," that was my answer.Jawapan yang pada awalnya aku sendiri ragui.

Dan kau hanya diam membisu,or were you saying something? hehe...
Entah kenapa waktu tu aku mengharapkan jawapan darimu,whether you want me to go or not.Andainya kau cakap JANGAN ada kemungkinan aku tolak tawaran tu.But once again i'm glad you were not saying that.Hingga akhirnya aku mampu merasa semua keindahan yang dah aku rasai.Thanks to you little sis. =)

Were you crying at the moment sis? I just don't know. Dan benar katamu,aku elok-elok aja dalam masa menyiapkan segala persiapan ke DQ. Elok yang hanya pada wajah,tapi hati seakan berkocak dengan perasaan yang pelbagai.

Huu,aku masih ingat kita bergaduh waktu tu.Entah kenapa hati ni cukup sensitif waktu tu selepas di provoke oleh Big Monster,abang ke empat.Walau hanya gurauan,aku cukup sensitif dan merasakan kau dan yang lain akan benar-benar senang jika aku tiada. Itu tandanya,aku juga masih bingung dan berat untuk pergi sampai ke hulu Selangor waktu tu.

Sepanjang di DQ,at first,i felt nothing.Yehh,aku tak menangis waktu ditinggalkan (i am a big girl).Ada rasa teruja untuk mencuba sesuatu yang baru,untuk berdikari dan bla bla bla. Ditambah dengan penderaan yang dirasai sepanjang Minggu Haluan Siswa dan Mafatihul Mahabbah,keduanya seakan mengalih perhatian aku dari meratap nasib bersendirian. (sadisnya bunyi,jangan percaya sangat).

Aku kurang memikirkan rumah waktu tu,mungkin sebab otak dah betul-betul fokus dengan minggu suai kenal kot. Tapi tak dinafikan,ada kalanya aku terfikir,"Kan bagus kalau Jibah pun ada di sini." Huu,I was lonely at the moment you know. It really took me times to get along with the others,as I am not a person that can easily get well and be friendly with strangers. I was missing your presence at that moment.

Awal-awal di sana,I cried a lot.Tandas menjadi tempat mencurahkan air mata..hehe,mimpi la kalau nak tengok aku menangis berlagu-lagu depan orang ramai secara tiba-tiba.Kalau bukan menangis,aku akan keluar dari bilik,termenung sendirian di tempat ampaian baju,melihat ke langit dan berfikir,'Are you looking at the same stars i am looking at?' ermm,lebih kurang begitulah monolog aku waktu tu.Guess so.

Tapi hari demi hari,aku makin OK.Makin ceria walau ada kalanya masam mencuka dan moody semacam.Itu lumrah.Aku yang sibuk dengan jadual kelas di DQ (sibuk laa sangat),kau pulak kebosanan bercuti panjang di rumah.Hingga kekadang membuatkan aku terfikir keadaan kau di sana. You must be so lonely,right?

Sebulan,dua bulan,tiga bulan,empat bulan,lima bulan... tibanya saat kau pula yang harus memutuskan hala tuju seterusnya.
Kau keliru untuk memutuskan..
Sama ada nak pilih matrikulasi Perak atau tawaran Bahasa Arab di UIAM.

The truth is,aku mengharap sangat sangat sangat kau akan memilih UIAM.So that we can be together...dan rasanya aku ada sedikit mempengaruhi kau kan? Sorry about that..memang aku berniat! Tapi tak apa la kan,for at least you glad to be there,going through all the circumstances. Semuanya benar-benar mematangkan kau kan? I hope so.

Dan tak dinafikan,awal kemasukan kau ke dunia baru aku cuak dowhh!! Memikirkan sama ada kau OK atau tak. Kakakmu ni sedikit gusar barangkali. Ye la kalau dulu,you depended on me a lot.(hehe,perasan)

Dulu kecil-kecil,masa zaman sekolah rendah,I bought you food.
Dan sebab tu aku terfikir,will you be able to be independent? Will you be just fine without me around?Boleh ke kau beli nasi sendirian berhad nanti? Kang balik-balik tinggal tulang je nanti.Haha...

Tapi,hari demi hari dapat perkhabaran kau dari sana,dan kata kau,kau makin selesa di sana,at least itu melegakan aku.Senang rasanya bila dapat tahu kau bergaul dengan sahabiah-sahabiah yang baik dan caring and supporting. Fuhhh... sO,aku tak risau dahh.

Saat aku masuk semester dua dan diuji dengan ujian yang aku sendiri tak duga,kau dari jauh tak putus-putus hulurkan semangat.Bagi nasihat,tenangkan perasaan.

Paling tersentuh,waktu pulang bercuti pertengahan semester dua iaitu pada minggu Aidilfitri,aku luahkan semua kesedihan aku and of course i cried. Tapi tak semena mena kau pun ikut menangis.Kau usap kepala aku and told me to be patient. Aku terharu... =)

Masuknya pertengahan semester dua,aku hampir putus asa.Meneruskan hafazan dengan kekosongan di jiwa.Waktu tu dah terasa benci sangat untuk terus berada di DQ,kerana DQ waktu tu aku rasakan tak ubah macam penjara. Masih ingatkah saat aku menghantar sms menyatakan keinginan aku untuk berhenti,dan apa yang akan ummi rasa kalau aku menetapkan keputusan sedemikian?

Tapi kau menghalang. Katamu,sabar.InsyaAllah ada hikmah di sebalik tiap apa yang berlaku.
And then,I felt the strength. Sesungguhnya benar,di sebalik setiap ujian,ada hikmah yang tersembunyi.Kata-kata ini aku pegang.

Allah berikan aku kekuatan untuk teruskan perjuangan sampai ke akhir. Salah satu wasilahnya datang dari setiap kiriman mesej yang engkau kirimkan. Saban hari kau bertanya akan khabarku, "Are you okay big sis?"...dan agaknya setiap kali itulah jawapan aku sering menggusarkanmu. Sorry once again. =)

You always be my crying shoulder.
Kalau boleh semua benda nak aku kongsikan bersama. Lalu,waktu cutilah yang sering dinantikan.Sebab waktu tu pelbagai cerita akan dibuka.Bedtime stories yaa...huhu.

Aku berjaya harungi semua badai sepanjang di DQ. Manis,masam,pahit dan kelat serta sweet sour sudah aku rasai.Pelbagai rasa,pelbagai kejadian,pelbagai pengalaman yang akhirnya mematangkan aku.

Sahabat-sahabat aku menilai aku sebagai seorang yang cool you know.
Esok nak kena tebuk ngan ustazah,malam tu boleh je rilek ngaji,tanpa riak cuak atau gusar di wajah. Tak sempat iadah semua pun,elok jer pergi kelas pagi esoknyaa.

Jadi orang pertama kena tebuk pun boleh jer tersenyum riang gembira sedangkan yang lain mati-matian menolak undangan khas menjadi yang pertama.

Gagal jawab banyak soalan masa the real syafawi-final exam,boleh je keluar sengih-sengih walaupun dah dijanjikan tashfiyah oleh mumtahin.Siap bercerita penuh semangat sambil mengukir senyuman lagi.

Kena tashfiyah pun,macam tak ada apa-apa.Masih mampu untuk terus berjalan pergi ke masjid waktu orang lain dah bebas merdeka dari final exam,tanpa sedikit pun rasa rendah diri atau malu-malu kucing.Juga,masih mampu memberikan semangat pada yang lainnya.Agaknya itulah cara aku kuatkan diri,pura-pura gagah macam The Hulk.

Mereka nampak aku gagah,kental dan cool sepanjang masa.*Cehh,poyo jer ayat..
Sebabnya,aku hanya menangis sorang-sorang dalam bilik,ni lah rahsianya,hehe. I didn't tell you I was crying right?
Sebab aku tak mahu ulang kesilapan yang sama masa sem 2,seakan aku meratap dengan ujian yang Allah berikan.So,aku ambil keputusan untuk tak kongsikan apa yang aku rasa,juga senyap tanpa pemberitahuan perihal tashfiyah tersebut kepada ummi.

You know what,malam sebelum tashfiyah syafawi,buat pertama kalinya aku bercengkang mata tahap maksima.Teruskan mengulang dari petang sampai ke malam di masjid sebaik tamat paper Understanding Islam petang Khamis tu.Sambung lagi sejurus selepas balik dari masjid pukul 12 tengah malam sampai ke pagi.Bila dah mengantuk,ambil giliran untuk tidur dengan sahabat-sahabat lain hingga akhirnya semua tertidur dari jam 4 pagi sampai ke Subuh.

Peritnya mujahadah tapi di situlah aku temui kemanisannya.Manisnya hidup dengan al-Quran waktu tu.Manisnya hidup bersahabatkan mereka,sahabiah-sahabiah Gen E yang terlalu banyak membantu. Lalu, bilik depan Coway menjadi saksi malam tersebut.

Dan berdepan dengan semua tu membuatkan aku hanya mampu bermonolog sendirian.Kataku, 'Its okay Jihah,you can do it.Ini ujian,and maybe you deserve this..' 


Kentalnya aku mungkin hanya pada wajah kerana yang tersembunyi di sebalik tu hanyalah sekeping hati yang rapuh.Badai di hati,siapalah tahu...lalu kepada Allah jugalah kekuatan dipohon.
Dan mungkin pengalaman DUR dan ujian sebelum ni menjadikan aku lebih rileks untuk terima sebarang kemungkinan apa yang akan berlaku.

Ujian tashfiyah memberi aku peluang untuk bermuhasabah balik tentang kesilapan diri.
Mungkin ada silapnya di mana-mana...yaa,ada!

Sorry to keep it as a secret.

Tiba saat untuk meninggalkan DQ.
Selepas apa yang aku dah lalui di sana,ia membuatkan aku terfikir...alangkah baik jika kau dapat rasakan apa yang aku rasa.I wish you were there,with me,sharing all the moments. Tapi ini hanya ilusi dan angan-angan.

So,don't be worry little sis,we'll be together in PJ nanti start dari bulan September atau Oktober kan? InsyaAllah.
Kalau juga tiada rezeki,jumpa nanti di Gombak. Doakan lah agar hati aku kembali tertaut pada AED. ngeh ngeh ngeh...

Masa tu bolehlah kita bertukar-tukar shift dan melakukan penyamaran.Kalau aku bosan dengan kelas AED,aku gantikan kau ke kelas BAHASA ARAB dan kau ke kelas aku. Amacam,bernas tak idea aku?

>>>>>>>> Thanks a lot for all the support that you give.
       >>>>>>> thanks for being my other half.

    SYUKRAN JAZILAN YAA UKHTI MAHBUBATI.


                     ni gambar kitorang masa kecik-kecik >> silakan percaya.    
                            nak letak juga..sorry ya sis,you are not cute as i am,hehe.









 >>> dulu aku di sini..                  


                                                                     kau pula di sini <<
















                                                           bertemu nantinya di sini


                                                                 The Garden of Knowledge and Virtue
                                                                                  I'm on my way!