Monday, May 30, 2011

Apa khabar Jodohku?



Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu?
Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terakhir? .. dan apakah mulutmu terus menerus berzikir dimalam hari?
Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang, dan masih banyak kewajipan yang harus kita penuhi saban waktu.
Kadang–kala aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?
Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu.
Adakah kau selalu menghiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan?. Apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, hanya untuk menghadapNya?
Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disampingmu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.
Jodohku, sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu. Janganlah hatimubersedih, senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita.
Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan dekatkanlah dirimu kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap agar kamu baik-baik saja.
Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu?. Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat–nasihat mu.
Hati ini kosong, dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.
Jodohku..
Adakah kau juga rindu padaku?. Bagaimana dengan Quranmu?. Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak?. Apa yang kau fahami dari surah itu?. Ceritakanlah kepadaku.. ingin aku mendengarnya.
.. Dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari?. Semakin baikkah?. Ketahuilah, ku hanya mengharapkan yang terbaik buatmu.
Jodohku..
Disetiap langkahku dan seusai solatku, ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya.
Bersabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. dan ingatlah sayangku, janganlah sampai dirimu tersalah memilih jalan.
Jodohku..
Nantikanlah diriku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa rahmat untuk kita dari-Nya.
Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama.. kerana aku mencintaimu secara tulus dan ikhlas demi-Nya.
Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku secara tulus dan redha menerima segala kekuranganku dan membenarkanku dikala aku salah.
Sayang, berusahalah membahagiakan orang tuamu .. dengan menjaga sikapmu dan tutur katamu. Aku yakin kau adalah seorang yang sabar, seorang yang cekal, seorang yang boleh membesarkan anak–anak kita kelak dengan penuh hikmah.
Ingatlah, jangan pernah dikau merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu.
Jodohku..
Seandainya siang sudah berlalu.. pejamkanlah matamu dengan buaian doa, dariku yang selalu kuhadiahkan untukmu.
Jodohku..
Ingatlah sayang, aku selalu ada untukmu..
Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.. dan semoga ALLAH yang maha Esa selalu membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya. Amin
..........................................................................................
 Hoho,apa?ingat artikel kat atas ni hasil tulisan dan garapan idea saya ke? Nehi nehi,sorry la,bukan.Copy paste ja tu.Entah kenapa tiba-tiba terdetik untuk share.Sharing is caring right? 
Mungkin kerana sedikit terkilan dengan istilah cinta zaman sekarang.Mungkin sebab tersedih atas nasihat yang tak diendahkan.Mungkin sebab risau memikirkan rasa yang dilanda adik. Ok stop!!
Tapi,bila difikirkan,satu ketika dulu sering juga hati ni bermonolog sendiri.Dan tak dinafikan soalan seakan 'apa khabar jodohku?' sering dilontarkan secara sembunyi dalam hati..hehe.
"Apa khabar jodohku?Apa khabar imamku?"
      "Aku di sini baik-baik saja."
"Apa khabar imanmu?"
      "Ada naik turunnya."
"Perjuanganmu?"
      "Walau payah akan ku teruskan."
      "Macam mana pula dengan quranmu ya ukhti?"
''Opss,ok...ana cabut dulu!!!''
=) sekadar berfantasi.

Saturday, May 28, 2011

Kisah Tudung Labuh


Bismillahirrahmanirrahim..
Diri memohon untuk terus menulis.Addicted? Not really i guess.
Kelmarin,mata tertatap pada satu link yang dikongsi oleh seorang akak senior di laman Facebook.
Kisah di sebalik tudung labuh.Tiba-tiba mengingatkan saya pada pengalaman diri sendiri.Pengalaman pertama seat sebelah dalam bas bertemankan seorang lelaki.Menggerunkan? Tak lah sangat,cuma mencuakkan. =)
Waktu tu saya dan dua orang teman dalam perjalanan pulang ke markas perjuangan di Kuala Kubu Bharu. Stesen pertama dari Kota Bharu,hati dah riang gembira sebab seat sebelah tiada berpenghuni.
Tapi ku sangka selesa sampai ke sudah rupanya pemusnah kebahagiaan datang bertamu.All of a sudden,setibanya di stesen Tanah Merah duduklah seorang lelaki di sebelah.Hatiku remuk,tapi wajahku tetap cool.
Dua sahabat di depan yang baru naik dari stesen yang sama tersengih-tersengih dan kerisauan.Mungkin dalam benak mereka, 'Will she be okay?' Saya hanya mampu membalas senyum dan mengangguk tanda OK yang dibuat-buat.
Tiba-tiba handset berbunyi tanda mesej masuk, '' Ok dok?muat ko nak duduk?'' Sahabat di depan bertanya.
''Ok je,takde la besar sangat orangnya.Muat ehh.'' saya membalas sambil menahan gelak.Kerisauan sahabat sekurangnya menghilangkan rasa cuak.
Lalu perjalanan bermula.Masing-masing senyap,dan saya hanya mampu melemparkan pandangan ke luar tingkap.Nasib la baik pilih seat sebelah tingkap,ada la juga benda yang nak dipandang.
Sampai di Jeli,stesen terakhir,dia di sebelah mengeluarkan suara. 
''Nak tanya,lepas ni ada lagi ke stesen-stesen lain?''
Saya kurang mengerti tujuan soalan sebegitu diajukan,tapi nak tak nak,jawab je lah.
''Tak tau la,saya pun baru first time naik bas,'' yehh,thats my answer.Dalam hati,'Mamat ni saja je ke nak cari modal berbual?' such a suu'uzhon...
''Ow ye ke.Takde,saya ingat kalau dah tak ada stesen lain lepas ni,saya nak duduk je kat seat belakang yang kosong tu.Bukan apa,takut awak tak selesa je duduk sebelah saya.''
Ku telan air liur.
Dalam hati,'Memahaminya mamat ni.' 
Masa tu nak je dijawab,''Ha,saya confirm dah takde stesen seterusnya!''
Tapi tak terkeluar suaranya,mungkin kerana rasa bersalah yang tiba-tiba muncul dalam hati.Saya hanya tersenyum,tak berani nak menghalau mahupun menghalang.
Lalu sejurus selepas itu,macam-macam soalan yang dia soalkan.Tak kurang juga bercerita serba sedikit tentang dirinya.
''Nak ke mana sebenarnya ni?''
"Belajar kat mana?''
''Kat sana belajar apa?''
"Tinggal kat asrama ke kat sana?''
Satu soalan berbalas sepatah jawapan.Hingga akhirnya dia senyap.Senyap punya senyap,dia lantas berdiri dan mengangkut beg galasnya,nak berpindah ke belakang.
Saya kaget.'Aiyokk,apa aku dah buat?Kesiannya dia,tak kan nak halang kot.'  Hati bermonolog.
Tanda hormat,saya beranikan diri memandang.Dia pun membalas pandang dan siap menghadiahkan seukir senyuman. Hampir cair hatiku.(acah je ni)
Dan saya pun tak ingat sama ada saya balas ke tak senyumannya tu.Rasa bersalah,tapi tetap tak boleh nak buat apa-apa. 
Terasa ingin memohon maaf dan berterima kasih atas keprihatinannya.Dan moga dia memahami bahawa insan seperti saya tak akan berani untuk memberikan layanan yang sama kepada lelaki ajnabi sebagaimana kami melayan  rakan-rakan perempuan kami. Bukan kerana masalah darjat mahupun gender,tapi kerana antara kita sesama bukan muhrim masih ada batas yang perlu dijaga.Dan ini bukan masalah thiqah contract ataupun plastik-plastik.Huhu..
Terima kasih kerana beralih tempat. =)
Tak kurang juga pengalaman yang dilalui ketika merayau bersama sahabat-sahabat yang layak digelar 'kaki jalan' di sekitar NSK Rawang dan Masjid India sejurus selepas habis paper ulangan di Jumaat terakhir.
Pernah dua orang mak cik penjual wafer di NSK memuji kami yang berpakaian sebegitu,bertudung labuh dan berjubah.Dia berborak mesra dengan kami dan menyatakan hasratnya yang teringin melihat anaknya berpakaian dan berimej seperti kami.
Dan tak lupa soalan akhir yang diajukannya,
"Dah ada boyfriend ke belum?'' Opssy,soalan maut.Kami hanya tersengih dan menggeleng serta menidakkan.'To have a boyfriend,it is not one of our principe',seakan hati bermonolog sendiri.
''Bagus lah,janganlah bermain dengan cinta ni.Belajar dulu.''
''Emm,betul tu mak cik.Tunggu je,kalau ada jodoh,ada la yang datang.'' Itu jawapan kami.(sambil tersenyum gatal)
Dan di Masjid India tak kurang hebatnya pengalaman yang ditimba.Salah satunya,menjadi mangsa sasaran anak-anak peminta sedekah. Uwaah,takut bangat,siap dikejar dan ditarik-tarik tangan supaya dihulurkan sedikit wang (baik sangat ke muka akak ni dik??). Kasihan melihat mereka yang saya pasti menjadi mangsa sindiket haram.
Jalan punya jalan di Masjid India,mencari jubah dan tudung,kami ditemukan dengan seorang pak cik.Tujuannya hanya menjenguk-jenguk kedainya mencari tudung yang dihajatkan.Tapi tak ada,lalu kami berlalu pergi.Sayup-sayup dari belakang terdengarlah suara dia menegur sahabat-sahabat di belakang,
'' Kan cantik pakai tudung labuh.Comel je tengok..'' 
Tak kurang juga satu lagi ayat klise sewaktu seorang sahabat terjatuhkan sepasang selipar di sebuah gerai tepi jalan.
Setelah berlalu dari gerai tersebut,saya di belakang terdengar kata-kata seorang brother,
'' Sejuk je mata tengok..'' 
Memang klise.Tapi entah kenapa memberikan kesan yang mendalam pada diri.Mungkin kerana diri sendiri pun masih belum istiqamah untuk mengenakan tudung labuh sepenuh masa.(means that we are wearing tudung bidang 60 in certain times).
Tapi memang benar,bertudung labuh seakan menjadi hijab antara kita dengan lelaki asing,lagi-lagi yang suka mencari kesempatan.Seakan ia menjadi pelindung kepada apa-apa perbuatan jahat yang tak diingini.InsyaAllah....
“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 59)
~sekadar perkongsian.Apa yang penting,bertudung biarlah sempurna.Jangan menjadi seperti wanita yang disebutkan Rasulullah dalam hadisnya,berpakaian tetapi bertelanjang.
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)

                                                  


Impian dan cita,perlukah dibiarkan kosong?

Salam alaik.
Tengah malam,mesti ramai dah ketiduran.
Dan saya masih di alam nyata,memaksa mata untuk tak tertutup lagi.Mencari idea mungkin.

Hari ini menjadi saksi saya di mana saya telah berjaya menyelongkar meja belajar yang semak dengan pelbagai khazanah ilmu yang dah lama tak bersentuh di dalam bilik. Al-hasil....benda yang dicari akhirnya ditemui!!!

                              ini fail saya,penuh dengan habuk...uhuk uhuk uhuk

Fail additional mathematics and physics,not to forget modern maths.
Niat membara nak belajar balik semua benda yang saya dah pun alzheimer dengan mereka.

Baru buka buku latihan add maths,otak dah blurr. Blurr blurr blurr....
"apa ke benda la f(x) g(x) semua ni,'' mulut terkumat kamit membaca mantera-super power membebel.

                           buku menggunung tinggi,ilmu jangan secetek air dalam lopak

Boleh la jawab soalan-soalan cincai.Bila masuk yang susah punya,terpaksa cari ikhtiar tanya sahabat-sahabat dalam alam maya. Waktu ni la baru kuat terasa Facebook ada manfaatnya. Alhamdulillah...

Petang tadi pula penyakit TARADUD makin menjadi-jadi.Kesian Ummi teringin sangat nak tengok anaknya jadi doktor,paling kurang pun dentist. 'Should i just go on with AED?'
Ujian,waktu yang memang dah terlambat-expired-tak buleh nak tarik balik  ni la baru nak taradud-taradud. Masya-Allah.

Apa keputusannya nanti,tak lah saya ketahui.Diri sendiri pun dah tak tau nak ikut yang mana sekarang,Tapi nak tak nak terpaksa juga teruskan dengan AED dulu.Either im going to change course or not,tu kena lah tunggu dalam masa satu sem agaknya.

Kata Ummi,course macam AED ni gayanya susah nak dapat kerja pada masa depan nanti. Tergugat hati,biaq betoi...Siapa yang tak risau kemungkinan menganggur di masa depan?Sebab citaku bukanlah menjadi suri rumah sepenuh masa so it wont be weird to see me worrying 'bout it..huhu.

Tapi entah dari mana kekuatan wujud dari hati yang mengatakan,''Rileks.jangan risau sangat.Andai niat belajar tu tulus dan suci kerana Allah pasti akan ada rezekinya.''

Hmm,rezeki Allah tak siapa dapat duga. Diberikannya pada siapa saja yang Dia kehendaki.

Teringat pula pada tekad dan azam yang sedia dipasang dulu.Kata hati,saya kena juga ambil risiko dengan course ni sebab dah terang lagi bersuluh yang course ni tak ramai huffaz yang ambil.Ternyata,tak ramai tenaga huffaz dalam bidang ni.Kata hati lagi,saya kena jadi pemangkin kepada perubahan dalam bidang ni,in the future..insyaAllah. Itu kata hati dahulu.

Itu azam dan tekad saya dahulu. Would i dare to challenge myself??

Impian dan cita,walau apa pun kita di masa depan..sama ada doktor,jurutera,ahli farmasi,pakar ekonomi,pensyarah,arkitek,ahli fizik,pembantu perubatan dan yang sewaktu dengannya. Ciptalah kelainan melalui kerjaya tu,jadikan ia sebagai medium untuk terjemahkan isi al-Quran kepada mad'u sekeliling..itu pesan murabbi.

Teringat pada pesan yang pernah disampaikan oleh seseorang-yang saya lupa dari siapa sebenarnya,katanya kalau dah jadi doktor,jadilah doktor pakar,jurutera biarlah jurutera yang memang dah layak digelar profesor,kalau jadi ahli farmasi biarlah ahli farmasi yang bukan biasa-biasa tapi yang memang EXPERT.

Nak katanya,impian dan cita kita bukanlah setakat nak jadi seorang doktor,nak jadi seorang engineer,seorang  pharmacist mahupun seorang arkitek.
Impian dan cita kita,perlu ditambah perkataan 'pakar' di akhirnya.

Moga dengan itu seorang lagi Ibn Sina,al-Khawarizmi,Ibn Hayyan,al-Kindi,al-Farabi,al-Razi dan yang selebihnya dapat dilahirkan semula.Walau bukan muka seiras mereka tapi sekurangnya ilmu seakan mereka.

[Ya Allah,jika ini pilihanku maka tunjukilah aku apakah ini yang terbaik?? =)]  >> iklan.

Moga jalan yang kita pilih adalah jalan yang terbaik untuk diri,keluarga juga ummat manusia yang lainnya.

Ayuh kita tajdid niat,belajar kerana Allah,belajar untuk mengubah minda masyarakat,belajar untuk menyumbang di jalan Islam.

Ikhlaskan niat kami ya Allah untuk terus melangkah ke CFS IIUM PJ and NILAI,not to forget ke EGYPT,IRELAND and JORDAN perhaps.

Insan yang ke'taradudan'...

Wednesday, May 25, 2011

Dia disesatkan...kita diingatkan

Kelmarin tengah syok diri layan facebook,bukak blog,selongkar sana sini,terpandang satu link yang dikongsi oleh seorang sahabat di group gen-e banat.

                        http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/

Jemput-jemput la dijengah dan diterjah,lepas tu buat la penilaian dan muhasabah sendiri.

Tak dinafikan,hati dan mulut terkumat kamit beristighfar tatkala baca setiap isi blog tersebut.
Entah apa motif dan matlamatnya tidak lah diketahui..

Begitu kuat hentaman dan cacian yang diterima oleh mak cik hajjah sitt al-wuzara tersebut.
Kesian?
Tidak sesekali.
Padan muka dia?
Tepat sekali. (haha)

Dan saya bukanlah insan yang selayaknya nak menghukum dan menghakim seorang makcik yang jelas tersesat. Atau mungkin bukan tersesat tapi sudah sesat dan disesatkan serta menyesatkan,kerna ada yang mengandaikannya bukan Islam.Mungkin juga telahan ni benar.

Cumanya hati sedikit terkilan membaca komen-komen yang dilemparkan ke atas mak cik sesat tersebut.
Ya benar,disebabkan perasaan marah yang membuak-buak dan keinginan mempertahankan agama,pelbagai kata dan ucapan yang menggambarkan sikap umat Islam Malaysia jelas tergambar.

Ya,orang Islam Malaysia jelas sayangkan agama mereka.Tiada siapa yang rela melihat agama diinjak-injak sesuka hati oleh mereka yang jelas bermusuhan dengan Islam.

Saya tiada kuasa untuk menghukum,tapi saya punya hati dan akal untuk menilai.

Andai dirasakan yang cacian dan makian sera herdikan dan hentaman merupakan cara yang cukup bijak dan berkesan untuk menghentikan propaganda seperti yang dilakukan oleh makcik hajjah sitt al-wuzara tersebut, maka teruskanlah untuk berdekad lamanya.

Tapi saya tetap merasakan mentaliti kita perlu di ubah.

Bagi saya(ini pandangan peribadi),selaku umat Islam yang bijak kita tak perlu menghamburkan kata-kata kesat dan kotor sebab akhirnya itu mencerminkan agama kita sendiri sedangkan Islam tak mengajar kita untuk bersikap demikian.

Sabar,itu ajaran Rasulullah. Dakwah bilhikmah,itu amalan baginda Khatimul Anbiyaa'.

Seperkara lagi yang terlintas di fikiran saya,daripada terus mencaci dan mengherdik dengan cara yang kurang bijak,ada baiknya kita jadikan tindakan biadap musuh-musuh Islam seumpama makcik sitt hajjar al-wuzara itu sebagai pengajaran buat kita.

Kerana selama ini kita masih mengabaikan banyak hukum hakam Allah,suruhan dan larangannya serta hak-hak Allah yang begitu banyak kita belum tunaikan.Mungkin kerana kita adalah khalifah akhir zaman yang hanya suka mengambil ajaran agama mengikut keperluan dan keinginan kita.Hukum dan ajaran yang kita kurang selesa kita tinggalkan.

Kalam Allah ada berbicara,

'' Wahai orang-orang yang beriman,masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan.Sungguh ia musuh yang nyata bagimu.''
(al-Baqarah ayat 208) 

Kelakar juga apabila membaca setiap komen-komen tersebut.Hmm,kelakar memikirkan apabila timbulnya masalah sebegini baru ramai yang bangkit nak mempertahankan agama.Mungkin kerana ini isu besar yang membabitkan akidah,mungkin. Tapi tak ramai pula yang bangkit mempertahankan isu tukar jantina,bersekedudukan,murtad dan pelbagai lagi masalah sosial yang membabitkan akidah.(atau mungkin saya yang kurang cakna?)

Islah nafsi,ubah mentaliti.Tegakkan agama melalui hikmah dan sunnah. :)
~peringatan buat diri yang sememangnya lemah.

Monday, May 23, 2011

DQ~ in memories.....

21 MEI 2011

Waktu maghrib
:: Berjemaah kali terakhir di masjid DQ.Usai solat air mata mula bergenang sambil mata melilau-lilau sekeliling masjid,menatap panorama untuk kali terakhir.Im going to miss this mosque,tempat yang menjadi saksi mujahadah kami,Juga alunan bacaan al-Quran para pelajarnya yang sentiasa bergema..

                                  di sini menjadi saksi kenangan pahitnya mujahadah kami

Anje,Anis,Jal,Aimi,Nur ~ Thanks sebab sudi jadi teman ngaji sama-sama kat masjid.Rindu nak ngaji sama-sama lagi...

Anje,Anis,Nur ~ ingat kenangan tashfiyah ea...and bilik depan coway. (thanks a lot to Aimi,Atiq,Shazmiera yang jadi peneman) juga pada sahabiah lainnya yang banyak memberi kekuatan dan tashji'..

......................................................................................................

Antara berjuta kenangan,kenangan bersama sahabat di DQ la yang paling membekas. Mungkin kerana ikatan ukhwah yang diacu berlandaskan al-Quran. Yaa,hati kita saling terikat dengan al-Quran dan mungkin itulah yang membezakannya dengan hubungan-hubungan lain.

Saat perkenalan pertama dari Mingggu Haluan Siswa,Mafatihul Mahabbah,The Faith sampai la ke IIUM Voyage,Majlis Khatam dan The Prestige. Terlalu banyak benda yang kita semua lalui bersama.Pahit,masam,kelat,manis,pedas(ikan keli). Semua tu amat-amat bermakna.Kerana di situ adanya tarbiah buat kita bersama.

Dan kalau dulu,saya sering persoalkan keberadaan saya di sini. 'Untuk apa?','Kenapa aku yang dipilih?' dan pernah juga menyesal atas pilihan diri sendiri untuk ke sini. ish ish ish...

Tapi ternyata pilihan Allah sebenarnya adalah pilihan yang terbaik. And i'm glad to be here..

Dikurniakan pengalaman yang jarang-jarang dirasai orang lain,pengalaman menghafaz yang ternyata berat untuk dipikul sampai ke mati,pengalaman dipanggil oleh Pihak Jabatan Al-Quran sebanyak 2 kali,pengalaman kehilangan sahabat-sahabat terdekat,pengalaman DUR dan tashfiyah (muka tak malu mengaku).

Tak lupa juga pengalaman gerak kerja,banyak sangat pengajaran dan ibrah yang diraih.Sehingga ke masalah line Celcom yang memberi impak kesedaran yang cukup bernilai.

Kelas Tafaquh,Kelas Tibyan setiap malam Selasa dan Rabu ( ke Rabu dan Khamis? ),di audi...rindunya nak dengar kuliah lagi!! Ustaz Wan dan Ustaz Daisuki,syukran jazilan.

Rindu Halaqah tasmi Wardah di surau. Ibarat satu surau itu kita punya!!
Rindu Kelas BI,kelas UI,kelas tajwid yg dah lama ditinggalkan..

Rindu program-program IQRaC,rindu makanan dewan makan especially ikan keli,rindu air asam cafe',rindu ikan-ikan di tasik DQ,rindu pemandangan pagi hari di DQ,rindu bukit-bukitnya.

Rindu solat jemaah,rindu tazkirah asar,rindu laungan azannya.
Pendek kata rindu semuanya.

Hemm,baru 2 hari keluar DQ dah rasa semacam.Ya,ini memang klise.Dan rasanya mungkin kesemua ahli GEN 11 tengah bergelumang dengan perasaan yang sama.Kerana semuanya tentang kita.

.....................................................................................................

Buat sahabiah-sahabiah banat sekalian,terima kasih banyak-banyak sebab sudi jadi adik beradik yang banyak menyokong.Kalian adalah sahabat-sahabat pertama yang saya rasakan cukup sayang untuk berpisah.Pertama kali air mata tumpah atas nama perpisahan.

Walaupun kebanyakan kita masih akan berjuang dan bertemu di tempat yang sama,tapi entah kenapa esakan tangisan masih gagal dihentikan.Agaknya kehilangan sebenar yang dirasai bukan kehilangan jasad,tapi kehilangan zuuk perjuangan atas nama al-Quran,dan kehilangan biah Darul Quran yang cukup bernilai.

Sungguh,al-Quran yang digenggam memberikan kita pelbagai kenangan manis.

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.


Moga perpisahan kita menjadi ibadat,dengan niat untuk meneruskan kesinambungan perjuangan dalam pelbagai bidang.Walau apapun kerjaya kita nanti,doktor kah,ahli farmasi kah,dentist kah,jurutera kah,arkitek mahupun pakar ekonomi....harapannya moga kita mampu mengaplikasikan segenap ilmu al-Quran dalam profesion kita di masa depan.


Andai ada yang rebah,sama-sama lah kita bangkitkan kembali sahabat-sahabat kita.Moga kita mampu menerima dan memberi teguran sesama kita.


Duhai adik-beradik seGEN 11,abang-abang,kakak-kakak dan adik-adik....SELAMAT MELANGKAH KE UIAM,dan kepada yang fly jauh-jauh moga hubungan kita takkan terputus ea.


In memoirs of DQ...pengalaman yang tak kan mampu ditemui di lain-lain tempat.