Saturday, May 26, 2012

Edisi Khas CintaDia -ye lah tu.


Bedebuk! Nah, tu dia cover CintaDia versi edit by Hasuna Hasanan.
Asalnya direka untuk dimuat turun bagi tujuan menghantar karya pada ***** toink toink toink
not to mention anyone. 
tapi usaha semacam gagal jek, hadoii.
Loading fail.

Jujurnya ini usaha kali kedua selepas proposal awal ditolak oleh pihak pertama.
Hehheh, bahagia~

Tak apalah, tak salah untuk berusaha, untuk mencuba.

Asal niat untuk berdakwah, berpencak lah di pentas mana pun,
insyaAllah tiada ganjaran yang lebih nikmat dari redhaNya.

"Kerana Cinta, aku memburu cinta,
Kerana Cinta aku mencari cinta,
kerana cintanya aku mengenal CintaNya"

Next part?
Tunggu semester yang bakal tiba ni tamat! Haha.
:)

Last entry for this semester. Hope so.
welcoming the newbie. 

Friday, May 25, 2012

Haha, Jatuh Motor~

25th May 2012.

Huhaa, malam terakhir di rumah. Akan ku pastikan aku mimpi paling indah di toto biru empuk ini, malam ini.
2 minggu di rumah, rasa sangat menjadi kanak-kanak tak bermanfaat. =.=

Dan hari ini, alhamdulillah setelah sekian lama, hajat keinginan kekempunan untuk melantak nasi lemak tc akhirnya tercapai! Nyum nyum nyum, keenakan nasi lemak yang takkan kalian temui di mana-mana melainkan in that kedai! I dare to jamin my statement. Jemput-jemput mai Kelate and rasa sendiri kelazatannya, tapi, emm, tak tahu la pulak kedai tu nama apa. Tahu pergi makan jek. ~.~

Fehh.

Dan petang tadi pertama kalinya dapat pengalaman jatuh motosikal. Padan muka kan?

Excited sangat tunggang motor sampai tak ingat motor itu beroda rupanya. *takdek kaitan*

Mulanya acah-acah je duk atas motor yang mati enginenya. Tapi tiba-tiba si abang campakkan kunci. Biar betul mamat nih nak suruh aku start engine motor.

So apa lagi, orang bagi kunci kita rembat je lah kan. Kot la boleh bawak lari motor pi jual, dapat gak duit tampung belajar. *evil laugh*

Dah dapat kunci sengih tak ingat dunia, padahal hakikatnya tak tahu pun nak cucuk mana kunci tuh.

Then, abah datang and dipendekkan cerita, abah lah yang tolong startkan. Ingatkan mulanya abah nak larang, tak bagi naik motor. Tapi ni, abah pulak yang baik hati tolong hidupkan engine.

Cool lah my abah.

Ummi yang kebetulan sibuk duk bersih perkakas free depan rumah datang tengok. Tak caya kot anak daranya yang sorang ni nak naik motosikal. Dah la pakai baju kelawar di siang hari. Berseluar panjang di dalam dan berjaket labuh di luar. Itu namanya trend berbaju kelawar tapi still menutup aurat tip top. Heh.

So dah dapat keizinan, apa lagi, vroom vroom  vroom laa. Jauh kot drive.... sampai ke jalan raya depan. Yang hakikatnya lebih kurang 7 meter je dari rumah.

I repeat, 7 meter. And then pusing balik, rempit la laju-laju dengan gear satu depan rumah sebelah. Patah balik ke depan rumah.

Makanya, disebabkan laluan depan pagar utama terhalang dek kereta Gen 2 abah, si penunggang gagal mengawal motosikalnya. Ter-speed laju lak nak masuk laluan kecil. Dah cuak sebab ter-laju, brek tangan ditekan.

Apa lagi, bedebuk la motosikal dan tuannya sekali jatuh bagai durian gergasi gugur ke tanah.
Landing siap atas jalan bertar. Ingat nak tidur terus, tapi tak sempat, superman terlebih dahulu datang menyelamatkan!

Jatuh pun siap gelak lagi. Sakit jugak tapi siap gelak lagi. Dah tak ada orang nak gelak,diri sendiri lah gelak.
Agaknya betullah orang cakap, saya suka gelak. -.-

Dah bunyi jatuh yang kuat tuh, abah apa lagi. Cepat-cepat la mai tengok, angkat motosikal sekali. Oh, plus marah sekali. Haha. Dah lama tak kena marah ngan abah, sukanya hati~

Bukan marah, tapi, emmm, angry?

Marah sebab sayang.

Ummi tanya,
"Hoh, bakpo? Jatuh?"

"Hm, nasib baik tak hempap dia," kata abah.

Saya?

Sengih kambing jek laa.

So, hari ini akhirnya saya berjasa pada adik, tolong jatuhkan motosikal kesayangannya. Puas hatiku.

Agaknya, sumpah lepas ni abah dah takkan bagi saya tunggang motosikal lagi. Alone.

Nak lagi, nak lagi. Nak jatuh motosikal lagi. =)
sebab jatuh motosikal menemukan saya dengan kasih sejati.
Huii, ayat bajet.

Last updated : CintaDia Part 6. entah bile akan bersambung lagi. I'll talk 'bout it later~

Wednesday, May 23, 2012

Puisi buat pejuang

Kadang hati keliru,
Buntu mencari jawapan,

Hidup ini untuk apa?
Sekadar untuk dunia,
Atau butuh juga pada akhirat?

Jawapan kalian,
Aku pasti,
Ramai yang akan membentak.

"sudah pasti untuk dunia dan akhirat"

Aku tahu.

Cuma,
Apakah amal kita benar-benar membuktikannya?

Atau sekadar omong kosong?

Dalam memaknakan tujuan,
Aku menemui wasilah.

Agar hidup juga untuk akhirat,
Aku merelakan diri bersama gerakan perjuangan.
Merelakan diri untuk terus ditarbiyah
Memasakkan semangat untuk sama-sama melawan arus dunia.

Tapi perjalanan tak semudah itu,
Hati aku dikotori
Hingga kadang-kadang turut merasa niat tersasar.

Diri di koreksi,
Kerana apa perjuangan ini dimulakan?

Kerana pembawanya?
Atau kerana jalannya?

Andai kerana pembawanya,maka perjuangan ini turut akan terhenti
Pabila para pembawanya terus lemah dan pincang.

Tapi andai kerana jalannya,
Maka langkah yang dituntun pasti
Akan mampu terus melangkah
Walau yang lain terus rebah dan mengalah.

Duhai hati
Yang telah berjanji
Untuk terus berjuang demi Islam!

Untuk apa engkau berada di jalan ini?
Kerana manusia,atau kerana Islam.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Perbaharui niat,jaga ikhtilat,awasi muamalat.

Menulis entry dengan iPad.ohoo,nice one~
belog masih dlm renovation =..=*

Thursday, May 17, 2012

Lagi soal hati



Semalam, sibuk melihat ummi siapkan barang hantaran untuk majlis pertunangan saya .... punya abang. Haha.
Asyik melihat sampai termenung jauh. Memikirkan nasib.

'Bilalah agaknya time aku pulak?' agaknya tu lah yang bermain di fikiran semalam. Haktuii.

"Kakak ada orang nak tapi dia yang tolak."

Saya yang termenung jauh tersedar bila diri disebut.

'Apa ke hal tiba-tiba masuk topik anak perempuan sulung ummi pulak ni?' Terkesima.

Blurred out. Tapi faham apa yang ummi maksudkan.

"Hah, yeke? Siapa kakak tolak?" adik bongsu bertanya.

Saya pun buat muka kehairanan juga.

"Tu ke, *********?"

"Ha ye lah kot. Ummi pun tak tau," pandai ummi mengelak.

"Eh... dia tu nak kat Kak Ibah," adik menyangkal.

"Oh Kak Ibah eh, bukan kakak?" ummi pun dah seakan keliru.

"Ha betul-betul. Jibah, bukan kakak," saya mengiyakan. Lantak la siapa pun dia nak, tapi suka benar gandingkan dia ngan kembar. Hahha.

"Oh ingat ngan kakak. Oh ye, kakak ngan yang tu. Ala, yang duk kat mana tuu.."

Saya senyap, siapa pulak kali ni. Dan terperasan sendiri, ada yang masuk line lagi ke, tapi ummi tak cerita?Berdebar rasanya.

"Siapa? ###### ke?" adik meneka.

"Ha, yang tu la."

"Heh, yeke, dia masuk ke?" adik tolong tanya kegusaran hati.

Ummi gelak.

"Takde lah. Saja je usik."

Fuhhh, kus semangat. Baru ingat nak reject lagi sekali. =.='

"Si ####### tu pun ngan Jibah juga, bukan kakak," adik menambah.

Tiba-tiba terfikir, asyik Jibah je, aku siapa nak? Hahahhahahaaa. macam kempunan la pulak gayanya.

"Ha betul-betul. Tu pun ngan Jibah. Gandingkan je semua ngan Jibah," saya berlepas tangan.

"Kakak mesti nak yang tahfiz," ummi meneka. Seakan faham hajat hati anak sendiri.

Saya yang dah kemerahan dan kebas muka hanya mendiamkan diri.

Dan begitulah soalan yang sama dengan waktu lepas diulang tanya kembali.

"Takde siap-siapa lagi ke Kak?Si A tak mahu? Dia tak minat ke kat Kakak? Ummi dah berkenan, smart lagi.''

Saya menggeleng keras. No no no. Bagi free pun tak mahu. Dia minat pun tetap tak mahu.
Menolak keras untuk digandingkan dengan kawan sekolah sendiri.

Adik bongsu pulak mencelah,
"Ada ummi, ada. Yang kerja dengan kakak. Handsome juga."

Saya menggeleng. Ok, kena lagi.

"Oh ye, orang mana?"

"Pahang."

ok, nak sekeh je rasanya kepala budak ni.

"Wuissh, jauh tu. Susah la nanti nak kenduri kendara."

"Mana ada ummi, takde, takde.Ramai je pun yang pernah kerja ngan kakak. Takde2, takde siapa-siapa lagi," saya menidakkan.

"Kalau ada, kakak mesti cerita kat ummi," ummi memandang adik. Seakan turut menidakkan usikan adik.

"Betul-betul," laju je saya megiyakan.

InsyaAllah, when that time comes, the moment my heart fell for someone I'll let you know, mom. Walaupun mungkin saat itu tak akan pernah berlaku.


Heh, saya tak mengerti apa itu cinta atau suka pada seorang lelaki. 

Huii, teringat lagi pernah sembang-sembang soal hati ini dengan Azie, jiran depan bilik.

"Kak Jiha tak ada ke berkenan kat sape-sape?"

"Emm, entah. Akak tak tau rasa suka tu macam mana, so akak tak tau akak pernah suka tak kat someone. Kalau masalah hati tu berlambak lah. Minat main-main tu pun ada lah." 

Sengih. Dan dia angguk.

"Akak takde terlibat ngan apa-apa persatuan? Kalau akak terlibat mesti ada orang suka kat akak."

Kening terangkat.

Ha ha ha, ada je akak terlibat, tapi cam takde lah pulak orang sangkut kat akak. nak je jawab camtu. siapa aku untuk diminati =.=

*****
Agaknya, di usia macam ni, anak-anak perempuan akan kerap ditanya oleh ibu bapa perihal calon bakal suami.

Dah ada ke belum?
Takde yang berkenan di hati ke?

Tak hairanlah, kawan-kawan pun duk cerita, balik je kampung, mak cik-mak cik, nenek, atuk sibuk duk tanya.... Bila nak kahwin?

Nasib la juga baik saya tak punya kampung, kalau tak nescaya akan makin kuat disakat. Di rumah sendiri pun dah tak tahan diusik dan dihentam dengan soalan-soalan cepu mas camtu. Tapi kadang-kadang rasa terhibur juga.


Dan bila kembali diusik dengan topik ini, saya kembali teringat pada doa sendiri,

Memohon agar diri ini tidak ditemukan dengan 'dia' buat masa sekarang, tapi terus didekatkan hati antara satu sama lain. 



Biar tak mengenal jasad, asal hati terus terjaga.
Dan biar terus berjauhan walaupun mungkin jarak sebenarnya dekat.
Dan biar tak tahu siapa dia, asal yakin ketentuan itu pasti akan tiba... andai maut belum menjemput. :D

"Tak perlu sibuk mencari, tapi sibuklah untuk membentuk diri menjadi yang solehah untuk yang soleh."

Tiba-tiba berjiwang. seram bulu roma heh.

Jeles dengan mereka yang telah bersatu hasil cerita cinta paling indah - Cinta Selepas Kahwin .

moga Allah terus menjaga hati 'aku' dan 'dia'.

Tak pernah Terjangkau di fikiran

Bismillahirrahmanirrahim.


10 tahun dulu, apa cita-cita anda?

7 tahun dulu, apa impian dan angan-angan anda?

3 tahun dulu, apa plan masa depan anda?

Dan sekarang, di mana anda? Siapa anda?

Oih. Gaya soalan SPM tak lepas.





Saya dulu, pernah berimpian nak jadi doktor. Itu cita-cita zaman sekolah rendah.Entah laa kenapa sampai ke kerjaya doktor yang menjadi idaman time tuh. Tapi agaknya, itu pilihan atas dasar ikutan.

Kawan-kawan nak jadi doktor, cheq pon nak jadi doktor juga lah.Lagi pula waktu tu hanya tahu doktor je yang macam kerja femes wa superb kat dunia ni. Gaji pun mahal.

Dan begitulah, cita-cita itu berlarutan sampai masuk sekolah menengah. Naik form 2, tiba-tiba angin puting beliung Katrina datang dari Jepun (iya ke tornado Katrina kat Jepun? =.=') Pertukaran 196 darjah berlaku.

Kali tu, peguam pulak dah. Sebab rasa suka sangat membela kebenaran. I'm on Justice League! O yeah yeah.

Padahal, nak cakap selaju kilat depan orang ramai pun tak lepas. ~.~ sadisnyaaaa.

And then, bermula dari form 3, minat melukis dan menconteng menjadi-jadi. Ibarat mushroom yang tumbuh mekar di taman bunga.

Minat melukis walaupun tak terer sangat. Berjangkit dari abang-abang barangkali. Tak dinafikan, habitat eh...tabiat dan behavior saya banyak dicorakkan oleh abang-abang. Mewarisi kedegilan mereka, kelasakan mereka (dalam versi yang lebih ayu) and kegilaan mereka terhadap anime. Okay, saya layan Kreko, Naruto, Bleach and yup, Dragon Ball etc. Termasuklah Doraemon dan Shin Chan. -.-

Ok, sambung.

Bila minat makin bercambah terhadap art dan seni... makanya sejak dari form 3, cita-cita totally bertukar untuk menjadi seorang arkitek. Naik form 4, pencarian diri sendiri diteruskan. Dan bila tiba form 5, saya tekadkan niat memburu impian menjadi seorang ARKITEK.

Oh. oh. oh.
........................................
But then, where am I now?

Seorang pelajar asasi UIAM dalam jurusan Allied Health Science.

Sebelum sampai pada saya yang sekarang, terlalu banyak pencarian dan perjalanan yang ditempuh. Saya yang sekarang langsung tak pernah terlintas di fikiran saya yang dulu.

Dulu, tak pernah terlintas untuk menjadi seorang penghafal al-Quran. Bila singkap kembali cerita dulu, nama Darul Quran tak pernah saya dengar. Dan kemasukan saya ke sana juga atas dasar untuk meringankan beban ummi abah dari tanggung biaya belajar. Sebab di DQ, pelajar dapat elaun setiap bulan, makan pun ditanggung, asrama dapat.
Salah satu lagi sebab adalah atas dasar dua pilihan, ke PLKN atau masuk DQ. Kalau tak masuk DQ kena pergi PLKN. Walaupun waktu tu nak sangat pergi PLKN, tapi entah kenapa hati juga rasa berat untuk menolak tawaran ke DQ.

Lalu, akhirnya bila ditimbang tara antara keduanya, saya menerima tawaran ke DQ dan menangguhkan latihan di PLKN (moga bukan ditangguhkan, tapi dibatalkan terusss).

And then, bermulalah pengembaraan saya di bumi DQ. Masuk tanpa mengerti apa-apa. Yang saya tahu, pengajian hanya setahun setengah dan sebaik tamat tempoh terus sambung UIA dalam bidang pilihan.

Mati-mati ingatkan kat sana ada belajar Chemistry, Biology, Mathematic semuanya.

Tapi bila berada di sana, diri cukup teruja. Teruja dengan tasiknya, environmentnya yang cukup-cukup menjaga. Dipenuhi dengan wajah-wajah soleh dan solehah. Apa lagi yang lebih indah dari semua itu?

Tak kurang juga.... takut dan kecut perut. Mana taknya, belum pernah lagi saya dimarah dan diherdik semahu hati oleh para pendidik. Itulah kesan pentarbiyahan minggu taaruf. Cukup terkesan, sengsara, tapi itulah yang terindah.

Hinggakan ke satu tahap, dalam minggu pertama di sana, sebaik bangun tidur, saya cukup berharap yang keberadaan saya di DQ  hanyalah satu mimpi. Tak tahan kena marah, tak tahan lagi mengalirkan air mata.

Itu cerita lebih kurang dua tahun yang lepas.Nak katanya, di zaman sekolah menengah saya tak pernah menjangkau yang saya akan menjejakkan kaki di bumi tarbiyah itu.

Yang saya bayangkan, saya akan berada di bumi Mesir, ataupun Jordan. Bukan di Malaysia.

Dan saya juga tak pernah menyangka, Allah akan kabulkan niat saya untuk terus dapat bertudung labuh. Berada dalam environment dan biah di sana, hanya tudung labuh yang wajib dikenakan. Waktu tu cukup terasa, niat yang baik pasti akan dipermudahkan, Subhanallah.

Tamat DQ, saya menyambung pengajian ke UIA, seperti yang dijanjikan dalam MoU Program Persijilan Tahfiz DQ-UIAM.

Semester pertama, dalam jurusan Architecture and Environmental Design (AED). Pilihan atas dasar minat dan keinginan diri sendiri.Awal-awal kemasukan, saya cukup bersemangat! Walaupun pada awalnya, ummi seakan berat untuk merelakan, tapi akhirnya itu juga yang menjadi pilhan saya.

Dan dari itu saya belajar, mulut ibu tak semestinya akan menzahirkan apa yang ada di hatinya.

"Ummi, kakak rasa kakak betul-betul nak minta apply architecture. Tak pe ke? Ummi izinkan?"

"Minta je la kak, kakak yang nak belajar, bukan ummi. Ummi tak halang.''

Ye,ummi tak halang, tapi ummi cuma berpesan.

"Betul nak ambil arkitek? Dunianya sosial, kena kerja kat site, pergi tengok bangunan. Sanggup?"

Angguk. Degil. Rasa dah cukup kenal diri sendiri.

Semester pertama di UIA, ramai tak menyangka saya akan bergelumang dengan kos AED. Jumpa kawan-kawan lama dari sekolah,

"Ambil kos apa kat sini?"

"AED."

"Hah?''
************
"Eh, kos gapo?"

"Emm, AED."

"Oh, minat eah?"
***************
"Eh ambik gapo doh sini?"

"AED."

muka pelik dengan kening terangkat,
"Bakpo tok amek medic? Bukan result gempak dok kea?" -gempak la sangat-

"Em, result ok, tapi tok minat." 


"Oh, okay."


senyap,tapi masih dengan riak tak percaya dengan jawapan yang saya berikan.


"Eh biar betul,tok cayo nihh... bakpo tok ambik Medic? Ruginya," ditanya sekali lagi.


Sengih je lah.
***************

Tapi bila hampir berakhir satu semester, diri termalu dengan diri sendiri. Malu dengan ummi.

'Ummi benar. Anak ummi tak kuat untuk hidup dengan dunia arkitek.'

Waktu tu baru tersedar,
Mom do knows her daughter well.

Itulah cerita bagaimana saya end up dengan kos Allied Health Science.Habis satu semester dengan AED, terus apply tukar Allied. Ingat nak tukar je Medic teros, tapi agak-agak laaa kan nak transform pon. Kena reject terus ada laaahh.

Huiii. Dan dua tahun lagi saya juga tak dapat menjangka siapa saya. Majoring in Optometry, Dietetic, Radio or Audio. I have no clue. Atau mungkin bertukar lagi ke Dentistry or Medic.... or IRK? eheh.

Ohoo.. apapun possible.

Hanya berkongsi kerana sekarang musim student lepasan SPM dapat result UPU. Musim dan fasa di mana masing-masing masih sibuk mencari identiti diri sendiri. Dan sungguh pasca-mengenal kemampuan dan kebolehan diri sendiri ni akan tetap berterusan sampai ke akhir hayat. Dan ia menyeronokkan. Sumpah osem!

Fasa ini, masing-masing sibuk mencari,
Apa yang sesuai?
Apa yang terbaik?

Pilihan yang kita buat sekarang akan menentukan langkah seterusnya yang bakal kita ambil di masa depan.

Dan tak semestinya apa yang kita rancang akan berjalan seperti apa yang kita impikan.
Perancangan Allah penuh misteri. Dan di sebalik setiap aturan,tersembunyi seribu satu hikmah yang cukup indah. Yang hanya mampu dilihat oleh akal yang benar-benar mahu berfikir.

Lalu, jangan takut untuk membuat pilihan yang salah.....
Sebab Allah sentiasa ada untuk memandu kita kembali ke pilihan yang tepat.

::Omo, I'm hungry. Kat umah memang tak ada nafsu jamah nasi.::
Lailan saeed.

Sunday, May 6, 2012

Tamat dan Mula

I’m taking a break. Roomate pun dah naik pening mangadap Statistics. Hampir tamat satu semester, tak sangka budak sains mampu untuk sebilik dengan budak architecture. Mungkin sebab budak sains ini masih berjiwa architecture. ^^



Petang ini sudah penat mengadap buku Biology. Makin baca, makin tak faham pula rasanya. Ohh.. topik Cellular Respiration sungguh susah nak paham.

Betapa dalam badan kita sendiri, terlalu banyak keajaiban yang sukar untuk dirungkaikan.
Subhanallah.

Tinggal dua paper lagi untuk dihabiskan sebelum sem ni menutup tirainya secara rasmi. 13/5 insyaAllah bakal kembali ke negeri terchenta. Apa khabar agaknya semut-semut di rumah, anak-anak kucing tak cukup zat, ikan-ikan dalam akuarium, makanan dalam peti? Dan motosikal adik tersayang? Gian nak merempit versi solehah !   =.=

Homesick melampau.
Sampai cover photo Facebook ditukar pada gambar ‘rumah polis’ milik keluarga kami.

Moga cuti yang tak panjang ni akan berjaya dimanfaatkan sepenuhnya.

24 hari bulan terpaksa bergegas kembali ke area kampus menyelesaikan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan sempena  Minggu Taaruf adik-adik, generasi baru ke kampus UIA PJ. Itu rancangannya, moga dipermudahkan~

Dan 3 minggu kemudiannya, sem baru bakal membuka tirainya. Perjuangan kembali memanggil. Ujian dan dugaan baru yang bakal menghiasi pentas kehidupan. Sem baru ni, saya dapat rasakan hati-hati ini akan makin kuat diuji.

Rabbuna yusahhil.

Tiga core course untuk diambil bermula sem depan. Chemistry I, Math I, Physic II. Dua dah terasa bebal dan tak terurus, apa lagi tiga. Kalau dulu 2 kuiz dalam seminggu, next sem bakal 3 kuiz seminggu. Kalau sekarang  tutorial banyak siap last-last minute, next sem?

Tapi itu sesalan. Sesalan sebelum berhadapan dengan kenyataan, tidakkah tindakan ini seakan kurang bijak bagi yang meyakini  Allah itu ada?

Siapa mengaku mukmin, kena akui perancangan Dia adalah sebaik-baik perancangan.

Above all,  mungkin Allah sedang mendidik diri ini untuk makin bijak menguruskan masa, makin yakin denganNya.

Kadang-kadang terlintas juga  di fikiran,
‘Kalau dulu aku tak tukar kos, sekarang ni dah habis exam, boleh rileks habis.’
‘Kalau dulu aku tak tukar kos, habis sem ni dah boleh terus masuk main camp.’

Gara-gara tukar kos yang asalnya duration hanya setahun, pengajian  terpaksa di-extend sampai ke tahun depan.

Menyesal?
Tak, jauh sekali. Jujur kata, saya tak pernah menyesal dengan tindakan menukar kos. Sebab dengan tindakan ini, saya dapat apa yang saya dapat sekarang. Saya rasa apa yang saya rasakan sekarang.

Susahnya diakui sebab hingga ke akhir saya masih belum mampu untuk adapt dengan silabus pelajaran. Masih gagal untuk menggunakan otak hingga ke maksimumnya.

Kalau dulu bergelar student Architecture, otak tak banyak dipakai. Tenaga je yang perlu dikerah. Dan ini sebenarnya salah satu faktor yang mendorong saya menukar kos. Lebih gemar berfikir dan memerah otak dari menggunakan tenaga yang banyak. =)

Tapi walaupun susah dan begitu banyak air mata yang gugur atas nama pelajaran saya tetap senang melaluinya. Lalu makin yakin, ini yang terbaik dan tindakan ini tak salah.

Dan sekurangnya, saya yakin tindakan yang diambil sedikit menggembirakan ibu. Impian ibu untuk melihat sekurangnya seorang anaknya menjadi doktor. Tapi entah kenapa, impian itu tak kan mampu saya laksanakan. Saya gerun dengan darah yang banyak,gerun dengan surgery,gerun nak menggergaji tulang orang, takut nak injured orang walau dengan niat yang tulus ikhlas. Sungguh, there’s no hope untuk memakai jubah doktor. Toink toink toink.

So, fikirnya, tak dapat penuhi impian ibu yang itu, menceburkan diri dalam bidang yang ada bau-bau doctor pun boleh laaa. InsyaAllah.

Or not, cari bakal menantu  lelaki berstatuskan doktor untuk ummi. ^^

Apapun,
Next semester ----- >>
Ujian dan dugaan baru.
Pengalaman baru.
Air mata baru. (^.^)

Tetapkan hati kami ya ALLAH.
Kembali memulun Biology, and then Physics!

:: Doakan kami untuk exit English dan dijauhkan dari repeat paper! ::
Ketakutannnnn.

Wednesday, May 2, 2012

memBERSIHkan kotoran 28-4

Kebersihan sebahagian dari iman.

Dan setiap yang kotor haruslah dibersihkan.
Dan apabila ia menjadi semakin kotor hingga terhijab segala kebenaran, dan  terus diselebungi dengan kezaliman dan kebatilan maka HARUS itu perlu ditukar menjadi WAJIB.

Aiwaaaaah, pandai sungguh saya bermain kata. =.=

BERSIH 3.0

Hari Kuning seMalaysia.

Cerita ini saya kutip dari pengalaman-pengalaman mereka yang menjejakkan kaki ke sana. Menempah risiko menjadi sebahagian dari mereka yang bangkit menentang kerajaan.

Melihat laporan di dada-dada akhbar dan media lainnya yang pro-kerajaan, saya kira tidak adil untuk menilai apa yang berlaku di hari Bersih melalui itu sahaja.

Mereka yang berada di sana hakikatnya lebih tahu di sebalik setiap yang berlaku.

Cerita seorang teman,
Sebaik tiba di stesen LRT  Masjid Jamek, suasana memang meriah. Meriah dengan ribuan manusia berbaju kuning dan bersemangat kuning. Tak kira bangsa, Melayu, Cina, India juga Mat Soleh semuanya dapat dilihat.

Tika itu dapat dirasa, semangat  1 Malaysia yang dilaungkan Yang Berbahagia Dunia dan Akhirat (ameen) Perdana Menteri Malaysia kita telah berjaya direalisasikan oleh  para pejuang penuntut hak rakyat. Makanya, Yang Berbahagia PM kita patut berbangga dan berterima kasih pada mereka - pejuang Bersih.

Turut hadir bersama ke Bersih 3.0 adalah para wirawan negara berbaju seragam biru. Siap sedia memerhati dan mengawasi perhimpunan aman itu. Tak lupa juga tugas sampingan sebahagiannya – menghuru harakan keadaan. Oppss~

Saya tak kata semua polis tak baik, dan saya juga tak kata semua peserta Bersih adalah orang-orang baik.

Tapi, yang jelas pada pandangan umum hasil tarbiah media massa Berita Hairan dan TV 3-suku, semua peserta Bersih adalah pengganas, dan polis serta kerajaan adalah hero dunia.

Dan yang terhijab dari pandangan umum serta hanya diketahui oleh mereka yang benar-benar membuka hati untuk melihat kebenaran tertegak – peserta Bersih telah dizalimi.

Perhimpunan yang pada asalnya dibenarkan untuk dijalankan secara aman di Dataran Merdeka telah bertukar menjadi perhimpunan secara perarakan di kawasan sekitar KL akibat sekatan dari pihak kerajaan ~ oh, memang tak ada beza dari sejarah Bersih 2.0, janji palsu kerajaan.

Laungan Bersih, Bersih, Bersih, Bersih menjadi patah perkataan paling banyak dituturkan oleh rakyat Malaysia pada hari itu.

Kata teman lagi, cubaan untuk menghuru-harakan keadaan langsung tiada. Huru hara hanya timbul apabila timbul provokasi dari mata-mata yang menyamar. Perhimpunan 'Duduk dan Bantah' yang dikatakan berlangsung hampir 10 jam sejak dari pagi memang berjalan secara aman tanpa sebarang huru-hara.

Sebaliknya, huru hara hanya timbul selepas perhimpunan itu disuraikan secara rasmi. Bermula dari isu mengangkat barricade di dataran sehingga timbulnya isu kereta polis diterbalikkan (mengikut riwayat media pro-kerajaan) dan isu-isu lainnya.

Dan setakat pengalaman yang dilalui teman saya, keadaan paling teruk yang berlaku di kawasan perarakan yang disertainya hanyalah mem ‘booo’ pihak polis.

Tiada pula adegan baling-baling objek dengan manjanya ke arah pihak polis yang dapat dilihatnya.
Polis lalu… ‘Booo’,itu sahaja.

Tapi sebaliknya pula yang berlaku.
Para peserta bertindak aman, polis membalas dendam.

Gas pemedih mata dilepaskan tanpa sebarang amaran. Keadaan perhimpunan yang aman dari mula hingga ke akhir tiba-tiba bertukar menjadi huru-hara.

Teman yang terpinga-pinga melihat peserta lain melarikan diri terkaku seketika.

‘Apa yang berlaku, awat semua lariiiiii?’

Then, baru terhidu bau asap. So, ikut pecut juga laaa.
Pengalaman ditembak dan disembur dengan gas pemedih mata.. memang syokk habiss.

Dalam huru hara yang tercetus, para peserta masih cakna akan keadaan yang lainnya.
“Garam garam! Pakai garam! “
“Garam! Garam! Siapa nak garam?”

Masing-masing saling menghulur dan menyumbang tanpa mengira bangsa dan agama.

Teringat juga pada seorang sahabat yang menunjukkan garam di tangannya,
“Ada seorang pak cik Cina bagi garam ni kat saya.”

Dan di saat tangan asyik menenyeh mata yang kepedihan, seorang lelaki tak dikenali melepasi sambil berpesan,
“Jangan gosok sangat mata tu.”

Concern.

1 Malaysia sekali lagi berjaya disuburkan.
Eh.. tapi ini 1 Bersih!

Dan dalam perarakan yang sendat dan padat serta bersesak-sesak, yang lelaki masih lagi melindungi para wanita,

“Muslimat, muslimat! Buka laluan, muslimat nak lalu.”
“Adik, jangan duk kat sini, kat sini diorang nak terpekik melolong cara ganas sikit. Tu, gi duk bawah pokok tuh.”

Kotorkah Bersih?

Tak dinafikan juga, dalam sibuk berdemonstrasi dan bersemangat menyuarakan hak, kewajipan solat masih tak dilupakan. Di Central Market, solat Zohor masih dilakukan secara berjemaah di tengah kepanasan terik matahari dan di saat polis masih sibuk berkawal. Moga mereka hero negara juga tidak meninggalkan kewajipan solat. ^^

Di Sogo, lain pula ceritanya. Cerita yang lebih dahsyat. Yang langsung tidak disiarkan di mana-mana akhbar mahupun televisyen pro- kerajaan. Cukuplah video ini menerangkannya ;



Masing-masing punya opinion sendiri untuk menilai di sebalik apa yang terjadi dalam video ini.
Siapa yang benar, siapa yang salah memang di luar pengetahuan kita.

Tapi setidaknya, ini bukti media bersikap berat sebelah. Juga bukti bahawa huru hara bukan timbul dari peserta Bersih sahaja. Dan jika benar huru hara timbul angkara peserta Bersih, pasti ada sebab musabab yang mendorong mereka bertindak sedemikian.

Dan tak lupa juga masih ada yang mempertikaikan kerelevanan Bersih.
Ada yang membantah, well, that’s for sure akan ada yang membantah dan tak bersetuju, malah dipandangnya serong pada yang melibatkan diri dalam Bersih.

Setiap perjuangan pasti ditentang, right?
Dan setiap orang pasti merasakan mereka berada di pihak yang paling benar.

Tak kurang juga yang masih menyoalkan,
‘Apa faedah adakan Bersih? Ada ke hasilnya nanti?’

Hasil tak akan keluar tanpa usaha, dan Bersih 2.0 mahupun Bersih 3.0 dan mungkin Bersih 4.0 adalah satu usaha untuk merealisasikan hasilnya. Dan di negara kita, untuk menentang kezaliman tunggak pimpinan negara, demonstrasi adalah cara terbaik.

Tuntutan Bersih.

Sungguh tuntutan ini tak akan terlaksana selagi hati tunggak pimpinan negara masih buta dari melihat kebenaran.

:: Menjelang PRU 13 ::
'' Naikkanlah Islam Ya Allah."

> bangga menjadi sebahagian dari 'penentang' <