Tuesday, February 21, 2012

Kisah Pertunangan Aku dan Dia

Hari ini dalam kenangan.
Hari yang akan sentiasa terpahat dalam lipatan memori.
Hari yang membawa seinfiniti erti dalam kamus hidup saya.

OK,Hari ini hari apa?
Yaaa bijak....hari Selasa. budak kicik pon bolee jawab

Dan hari ini juga,


Hari ulang tahun pertama pertunangan saya dengan si dia!



"Maka hari ini menjadi saksi bagaimana saya pulang ke kampung halaman dengan menaiki kapal selam sebab tiket flight habissss!!! semata-mata mahu bertemu si dia dan meraikan ulang tahun bersama di Hotel Renaissance."

uhhh....kalau laa petikan di atas terjadi,sungguh saya sendiri akan menempelak diri saya sebagai seorang yang gatal gedikss geletahhh.... kenapa? sebab tunang masih bukan seorang suami,tiada tiket yang menghalalkan untuk keluar ber-dating.


So,menjejak masa hingga ke hari ini,maka lengkaplah satu tahun pertunangan kami. First anniversary laaa nih kiranyaa. heheheee gelak gatal.


Terkejut?
Maaf,bukan niat mahu merahsiakan pertunangan ini dari sahabat-sahabat,tapi ye laaah,pertunangan tak perlu se-heboh pernikahan,kan?

Walaupun pada asalnya hukum menghebahkan pertunangan adalah harus, hebahkan takpe,tak hebahkan pun Okay,bergantung pada keadaan dan maslahat individu itu sendiri.

Okay,sila baca info tambahan di bawah;

( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )

Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).

Hadith ini diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.
Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa hadith ini berstatus dhaif. Sheikh Al-Albani telah menyebutkan sedemikian di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).

Ramai pula yang tersalah sangka, menyangkakan hadith di atas adalah hadith riwayat Ahmad daripada Abdullah ibn Zubair RA. Sedangkan, hadith riwayat Ahmad daripada Abdullah Ibn Zubair RA yang sebenar, yang dihassankan oleh Sheikh Al-Albani dalam kitabnya Irwa’ Al-Ghalil, hanya terdapat ayat:
"Iklankanlah pernikahan."

Tanpa menyebut pun: "Dan sembunyikanlah pertunangan."

Jadi, jelas bahawa, hadith tersebut do'if. Jelas kita nampak, yang dihassankan Sheikh Al-Bani pun hanyalah ayat: "Iklankanlah pernikahan." Al-Bani tidak pula menghassankan ayat: "Dan sembunyikanlah pertunangan." 



~dipetik dari status Hilal Asyraf tak lama dulu. >,<


Pendek kata,saya berpegang pada qaul yang mengatakan hukum sebar pertunangan adalah harus,bukan haram.~ ok,ini iklan!

Agaknya mesti ramai yang tertanya kenapa baru sekarang saya nak bising-bising dan hebohkan hal pertunangan saya kan?
Eh,ada larangan ke untuk penulis menulis apa-apa di blog sendiri? ^__^

Serasa saya,ramai yang sudah maklum akan perihal pertunangan ini. Lagi-lagi sahabat-sahabat dari DQ,saya pasti mereka sudah sedia maklum akan perihal pertunangan saya dan dia. Cuma yang kurang mereka pasti adalah tarikh sebenar pertunangan saya dan dia. Ketot kata Pendek kata dah lama saya hebohkan cuma anda saja yang tak cakna? betol idak? =.=

Ehhh..mana ada,saya tak tahu punnn.


Yaa ke??
Tapi saya pasti kamu tahu sahabat oi.

Sebabnya,
sahabat-sahabat saya juga sudah bertunang.

Yang berbeza cumalah tarikh pertunangan kami semua. Dan boleh dikatakan,saya bertunang agak lewat berbanding sahabat sahabiah yang lain. Tak dinafikan,saya adalah antara golongan paling lewat menyelesaikan perihal pertunangan saya. Rata-rata dari kami telah siap melangsungkan pertunangan seawal bulan Januari 2011,atau paling tidak, awal bulan Februari 2011. Ada juga yang lagi gagah,bertunang seawal akhir tahun 2010. woooyoo! *clap*

Kelewatan saya mungkin kerana waktu itu saya memerlukan masa yang agak lama untuk 'menyesuaikan' diri dengan bakal tunangan saya. Tak kenal maka tak cinta kan? Sebelum bercinta,kenal-kenal la dulu. Ye ke?? =.=

Teman-teman,sudah tangkap maksudku atau belum?

Majlis Pertunangan 




Hari pertunangan saya secara tidak rasminya berlangsung di hadapan seorang mursyidah dan disaksikan oleh sahabiah-sahabiah satu halaqah. Hari itu hari Isnin. Rancangan awal saya sebelum itu adalah untuk melangsungkan pertunangan pada hari Jumaat sebelumnya. Tapi dek kerana ketidakmampuan untuk membawa satu juzuk sekali gus dan juga kerana tidak mahu tergesa-gesa dan tersasar niat,saya tangguhkan ke hari Isnin,21 Februari 2011.

(ok,agaknya semua dah dapat teka saya nak cakap apa)
ohhhhhhhhhhhh...

Pagi Isnin selepas jam 10.30 pagi, saya melabuhkan duduk di hadapan ustazah. Sahabat-sahabat sehalaqah mengambil tempat di belakang,sedia untuk menjadi pengapit setia.

Lalu,bermula dari surah ad-Dhuha saya merasmikan pertunangan tersebut. Alhamdulillah,awalnya segalanya berjalan lancar....baca : awalnya. Akhirnya kenapa?
Ada satu perkara yang tak boleh dilupakan,iaitu apabila lidah saya tiba-tiba terasa berat dan kebas.Kelu dan keras untuk meneruskan bacaan saat hafazan sudah menghampiri ke surah an-Nas walaupun pada awalnya semua lancar habis. Berat,saya ingat ayatnya,tapi suara seakan hilang dan lidah seperti dibekukan.

Subhanallah. MasyaAllah.

Lidah saya kebas untuk beberapa saat dan saya hampir terhenti. Air mata hampir meleleh,tapi hati cuba digagahkan untuk meneruskan bacaan. Dan jujurnya,saya hampir berputus asa untuk meneruskan pertunangan itu. Seketika,lintasan untuk menangguhkan sekali lagi pertunangan itu datang menerjah kotak fikiran. Saya ketakutan sebenarnya. Takut sebab lidah tak pernah di'bisu'kan sebegitu,walaupun cuma untuk beberapa saat!

'Apa yang Engkau mahu tunjukkan ya Allah?'
'Permudahkanlah...'

Dalam beberapa saat yang singkat,hati sempat bermonolog memohon kekuatan dan petunjuk dariNya.
Hati memohon diteguhkan,dan tuppp....saya pengsan!

Eh....silap versi cerita. Tak pengsan pon..

Dengan izin Allah, lidah saya kembali pulang walau masih terasa kekebasannya.Bacaan diselesaikan dengan hati yang terasa membengkak dan mata yang kian hangat dengan lopak-lopak jernih air mata.

sadiss tak cerita saya? ok,jangan emo sangat . jangan juga bersimpati.

Dan alhamdulillah...majlis berjalan lancar.Dan bermula saat itu pertunangan saya dan 'dia' termeterai hingga ke akhir hayat. Pertunangan yang juga berupa sebuah kontrak! Disaksikan oleh para malaikat dan disahkan oleh Yang Maha Mencipta!

Insiden lidah berat,kelu,kebas dan keras membawa saya untuk bermuhasabah sendiri. Saya sendiri kurang pasti dengan apa yang Allah ingin tunjukkan.

Tapi saat hati memohon cahaya dariNya,satu bisikan datang membisik,

'Mungkin Allah mahu memberi peringatan. Bahawa al-Quran bukan satu bahan mainan. Dan saat kau menghabiskan sanad hafalan,maka saat itulah terbeban satu tanggungjawab yang sukar dilepaskan.Tanggungjawab menjaga kesemuanya.'

Mungkin. Dan walau apapun hikmah yang tersembunyi di sebalik insiden itu,saya ingin sentiasa bersangka baik denganNya. Dan tiada kata lain melainkan ALHAMDULILLAH mampu diungkapkan.

Saya bersyukur diberikan peluang untuk dikelukan lidah buat seketika,kerana akhirnya ia membuatkan saya tersedar yang pertunangan saya yang pertama ini tidak akan boleh dibatalkan sesuka hati pada bila-bila masa.


Oh yaaa,
Tunang saya...... adalah al-Quran!


:: saya dan tunang saya ::
sweet tak?? ngee.




Pertunangan saya tanpa sebentuk cincin,tanpa kehadiran ibu ayah,tapi saya pasti saat itu berkat doa mereka sentiasa mengiringi.Tunang saya tak pernah saya kenalkan pada ummi abah,tapi saya pasti sebelum saya lahir lagi ummi abah serta kalian amat menghormatinya.


Ok,rasanya tak lengkap saya berundur tanpa meninggalkan beberapa pesan. Kisah saya bukanlah satu cerita yang bagus mahupun hebat...nak buat cerpen pon tak laku sehh,apa lagi novel. Kisah ini hanya satu dari cebisan kisah yang terpahat dalam kehidupan setiap hamalatul quran. Dan tujuan saya berkongsi kisah ini bukan bertujuan untuk meraih simpati mahupun hormat dari setiap yang membaca. InsyaAllah tidak.

Apa yang ingin disampaikan oleh saya hanya mampu dinilai oleh Allah. Tapi begitulah...perjalanan seorang hamalatul quran tidak akan selamanya senang. Dari awal perjuangan menghafaz hingga ke akhirnya,dugaan dan godaan akan setia menemani. Dan dugaan terhebat adalah apabila kita diuji dengan kelupaan dan kelalaian pada setiap ayat yang telah dihafaz.

Dan benar,kebaikan akan diuji. Ada antara sahabat saya yang menerima pertaruhan nyawa insan tersayang dalam perjuangan mereka. Maksud saya,saat mereka mula berjinak dengan dunia hafiz dan hafizah,saat itu nyawa orang yang mereka sayangi diambil Allah. Ada juga yang diuji dengan permasalahan keluarga. Ada juga yang diuji dengan dunia cinta. Ada pula yang diuji dengan sikap putus asa dan sikap malas.Paling tak kurang pula,yang diuji dengan kesenangan dan kehebatan diri.

So,bagi sesiapa yang berkeinginan mengikat tali pertunangan dengan Al-Quran, bersedialah...anda akan diuji.
Gggaaaaaa... takut ke? Usah takut,setiap perkara baik memang akan sentiasa ditemani syaitan yang menghasut!

Akhir kata,

Doakan saya agar mampu menjaga tunang saya sebaiknya dan juga menjadi seorang tunang yang setia. Dan doakan saya apabila saya mati kelak,saya bisa ditemani tunang saya di dalam liang lahad. Ameen.

With love,
Khas untuk tunang tercinta.


Ok,yang awalnya terlopong boleh tutup mulut.
Yang terkejut boleh urut dada.
Yang jeles boleh laa senyum sekarang.
Yang patah hati?
....bolee blaa. =)

Bajet sikit ada orang patah hati. Haha. Yang patah hati....silakan jatuh hati dengan tunang saya.moga dengan itu,hatimu kembali.

3 comments:

BAHRAINadom said...

bertunang dengan AlQuran dan kematian....

nice blog, ustz.najihah.... teruskan menulis...

ibrahsalami said...

oh ye kematian,definitely. syukran atas ziarah. teruskan menulis jugak ustaz.

Anonymous said...

hewhew , ibrah...kini sy bertuka url blog..klau sudi singgahla.. :D