Thursday, July 19, 2012

Hasuna Hasanan's 1st entry: Semalam Ohsem.

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma Solli wa Sallim 'ala Muhammad wa 'ala Aali Muhammad.

Ehem ehem. For the 1st time, mengumumkan ketibaan Hasuna Hasanan ke blog ini. He3. Sudah lama tidak menulis sebenarnya, blog sendiri pun tidak ter'update'. Bukan masa yang menghalang, tapi idea yang membeku. Alhamdulillah, hari ini tergerak hati untuk menarikan kembali jari jemari di atas keypad laptop kerana dirasakan ada sesuatu yang ingin dikongsikan. 

Alhamdulillah semalam berkesempatan untuk hadir ke 'Bicara Selebriti' atas gesaan dan paksaan adik. Haha, nampak di situ ketidak ikhlasan untuk pergi, pada awalnya. (~.~) Tapi disebabkan dia juga telah saya paksa  untuk menemani diri ke 'PRU 13: Hala Tuju Islam' pada minggu-minggu lepas, jadi terpaksalah juga temankan dia untuk berjumpa dengan Mas Azzam nya semalam. Ya lah, budi baek orang kenalah kita balas kan. (~.~)

Pada mulanya, tidak berapa tertarik untuk pergi, kerana saya bukanlah salah seorang peminat tegar selebriti-selebriti. *Cehh, poyo je.* Tapi tergerak jugak hati untuk ke sana kerana tahu ada input yang baik akan saya dapat kerana program itu bukanlah program yang menambah aset catatan 'Atid bahkan, panel-panel yang dijemput itu adalah selebriti-selebriti yang boleh kita angkat sebagai contoh dan tauladan, mengambil sedikit sebanyak pengalaman dan 'ibrah (pengajaran) dari mereka atas penghijrahan mereka. Mereka-mereka yang tetap berpegang teguh dengan syariah Islam walaupun set penggambaran/shooting/rakaman itu medan mereka. Mereka-mereka yang tulisannya memberikan kesan di hati.
Dan mereka-mereka itu adalah Yatt Hamzah, Anna Rafali, dan juga hero KCB, Mas Khalidi Asadil Alam a.k.a Mas Azam. :) Dan tidak lupa juga ustaz yang amat saya hormati dan kagumi Ustaz Hasrizal yang turut menjadi panel undangan, juga moderator yang hebat dan mantap, Amin Idris.

Melihat dan mendengar petah bicara Yatt dan Ana Rafali, diri ini tersedar. Dahulu, kita lihat mereka di kaca TV dengan aurat yang tidak ditutup sempurna, tapi sekarang, Alhamdulillah syariat Allah itu telah dan akan terus mereka jaga. Moga mereka dan kita terus istiqamah. :) Sungguh, sahabat. Hidayah itu milik Allah. DIA sahaja yang berhak memberikan hidayah kepada siapa sahaja yang DIA kehendaki. Hatta manusia yang paling jahat di atas muka bumi ini juga boleh berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik sekiranya hidayah itu Allah campakkan ke dalam hati mereka. 

Tetapi kita lupa bahawa yang buruk bisa berubah menjadi baik, yang baik bisa berubah menjadi buruk. Mungkin kerana itu kita lebih senang dan gembira menghina dan mengherdik manusia lain atas kesalahan dan dosa yang mereka lakukan daripada mendoakan mereka agar berubah suatu hari nanti. Ya, doa. Itu
selayaknya kita berikan untuk mereka, bukan herdikan dan cacian. Kerana apa? Kerana mereka itu saudara seIslam kita, saudara seAkidah kita. Ataukah kita lupa bahawa mereka itu saudara kita?
Jika kelak insan yang pernah kita lemparkan cacian dan makian itu berhijrah, pasti ketebalan muka kita mencapai tahap maksima. Malu, kerana insan yang pernah kita hina itu telah berubah, bahkan mungkin jauh lebih baik daripada kita.

Kalau tidak dapat juga ditahan keinginan untuk mencaci, maka cacilah. Tapi bukan mencaci mereka, tapi cacilah kejahatan dan dosa yang mereka lakukan itu. Bukan pada pelaku, tapi pada kelakuannya. Pada pelaku, kirimkanlah doa buat mereka, moga sinar hidayah itu milik mereka.

Tapi yang lebih teruk adalah orang-orang yang terus sahaja mencaci menghina mereka-mereka yang telah pun berhijrah ke arah yang lebih baek ini. Orang-orang sebegini, mungkin sahaja caci maki itu hobi mereka kot. *sorry to say* Pelik bukan? Orang yang ingin menuju ke jalan Allah dicaci maki, bukan sokongan yang diberi. Bak kata Ustaz Hasrizal, "Orang-orang sebegini, hiraukan sahaja kata mereka, kerana mereka ini memang sebegitulah, Bukan orang saja yang mereka maki, pokok-pokok, haiwan-haiwan juga mereka maki." Yeah, I agree with you, Ustaz. :)

Kerana semalam juga, saya mengimpikan sesuatu. Mengimpikan untuk punya suami seperti Mas Azam. Haha, gurau saja, ok. Saya mengimpikan suatu hari nanti, di Malaysia juga lahir filem-filem dan drama-drama seperti KCB. Juga lahir aktor-aktoriah seperti Mas Kholidi, Oki, dan aktor-aktor KCB yang tetap berpegang pada prinsip syariah. Mereka membuktikan bahawa sentuhan antara bukan muhrim dan pelanggaran syariat Allah itu tidak pun diperlukan untuk menghidupkan sesuatu cerita dan lakonan. Ya, memang TAK PERLU pun. Kerana semalam juga, saya mula menanam semangat dan impian untuk menceburi bidang lakonan. *abaikan, tipu sahaja.* saya mengharapkan akan muncul pemuda soleh dan wanita solehah yang berani untuk menceburi pentas lakonan dan membawa arena perfileman dan pen'drama'an ke arah Islam. Berlakon, berlakon jugak. Islam jangan letak kat tepi tauu. 

Sejujurnya,memang banyak input yang saya dapat, dan banyak juga output yang mereka kongsi. Ini hanyalah sedikit perkongisan dari saya. Ingin tahu lebih lanjut, layarilah bicara selebriti di kelantantv.
 
Moga mereka dan kita terus istiqamah. Allahu musta'aan.

kerana CINTA Allah, kita berhijrah.
Salam Ramadhan. *maaf dipinta andai ada salah dan silap*