Saturday, October 29, 2011

Syukurin dong...

uwaaaaaaaaaaaaaahh... (menguap)

Eh?
Hee..selamat pagi.

Pagi yang hening,dengan perut berkeroncong..menanti si adik pulang membawa nasi.
(p/s;orang kelantan memang breakfast makanan berat terus,tak yah nak heran laa yer).
Haha,nasib la korang dapat kakak tak reti masak. *wink wink*

Apa entry kali ni?
Nothing special yang nak ditulis,walaupun isu-isu yang melanda negara ter-chenta Malaysia ni hakikatnya berlambak-lambak..

Pagi ni hanya nak menyatakan kesyukuran..nyatakan je laa,nak buat kenduri tak ada daya kemampuan.
Bersyukurlah selagi mana iman masih mampu mensyukuri setiap nikmat kurniaanNya..

Alhamdulillah.
For what??

Untuk setiap helaan nafas yang masih diberi.
Untuk kesihatan hari ini.
Untuk rezeki hari ini.
Untuk tidur yang lena.
Untuk Malaysia yang masih aman.

Nak ditulis satu persatu memang takkan cukup satu hari ni, even satu hayat ni tak akan cukup...dok gitu?

"...dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..." (Ibrahim;34)

Nikmat yang terlalu banyak. Rasa malu untuk terus meminta dariNya...huu.
Dengan nikmat yang banyak,ditambah dengan sedikitnya kita bersyukur,kita masih tak malu berterusan melakukan maksiat dan melanggar perintahNya. Bodohkah kita? Agaknya. Eh tak,memang bodoh. =.=''

Bila difikir,tak susah pun nak ucapkan 'Alhamdulillah'.
Satu patah perkataan je pun.
Bukan nak kena sembahkan apa-apa pun...tapi kenapa kita masih kurang bersyukur?

Sebab ego?
Atau sebab buta hati?
Atau sebab bagi kita nikmat yang diberi masih belum cukup?

(kita lebih bernasib baik dari dia)


"Weyh,kelas kau makan apa jamuan akhir tahun ni?"
"Dengar kata depa nak tempah piza 1 lori,ayam KFC 24 dozen,kek Secret Recipe 99 pieces.Lagi, nasi ayam barbeque setiap orang tambah kambing bakar sekor sorang."
"Bapak sedap! Kitorang makan nasi goreng cina je ngan air sky juice je kotttt...untung arr ko dapat ketua kelas sporting."

Sometimes..kita macam kat atas ni. Tak sedap ke nasi goreng cina? Ok what.. (",")
And some other times,kita macam di bawah..


ohhh kejayaaannn!

"Minah,result kau macam mana?"
"Alhamdulillah.Ok laa... 4 flat."
"Woaa...teror giler kau. Aku 3.99 je kot.Tak puas hati betul....ni lecture la ni...bla bla bla..nota tak bagi bla bla..."

Tak pasal-pasal orang lain yang disalahkan..huhu.
Ok,dialog kat atas hanya kiasan semata. Ada ke pointer 3.99?Haha..

Tapi kadang-kadang itulah kita.Kan?

So kalian budak-budak cfs iium...result sudah keluar.
Dah bersyukur atau belum?
Bersyukurlah walau result teruk,sederhana mahupun gempak tahap gaban.

Kalau teruk,usaha lagi. Gagal sekali tak bermakna gagal selamaaaanya kan..tu orang selalu kata.
And I say;
Berjaya sekali tak bermakna berjaya selamanyaaa..
Beware of it.

But most of all,Allah says;

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan,Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu),maka pasti azabku sangat berat.'' (Ibrahim;7)

Dan saya..alhamdulillah,bersyukur untuk keputusan yang diperoleh kelmarin. *toink toink*
Doa dimakbulkan,pointer melepasi target. (^____^)
Dan sekarang hanya berserah kepadaNya untuk keputusan seterusnya. HUU..saya masih menunggu satu keputusan penting. Announcement seterusnya lebih mencuakkan dari menunggu result exam!

Hanya mengharap yang terbaik walau diri sendiri tak tahu mana yang terbaik.
Maan najah untuk langkah seterusnya di semester-semester akan datang. Good luck!

Aim short sem >> Dean's list at least. :) ameen,insyaAllah!

uwaahhaha..mampu ke?belum coba belum tahu.
naseb baik xdak GC sem2..haha,ada chance!
:: Teringin nak ikut pi ijtima' tarbawi...abang pi tak ajak.wowoo..oasis oh oasis ::
:: nasi dah balik.jom makan! ::

Saturday, October 22, 2011

Sempena Kempen Menutup Aurat Facebookers

Assalamualaikum.
Welcome back Jiee to your bersawangs-blog!
'Hahaa.Dah lama aku tak balik sini,patut laa berhabuk semacam,sarang labah-labah pon dah penuh..ish3.Nak buat macam mana,busy (ke mem'busy'kan-body) semedang.' >>buat blog macam rumah.

Heh,ada orang membebel-bebel suruh update blog.Terfikir juga macam malas nak layan..ye laa,bukan ada orang baca pun,kih3.Ada yang terbaca,alhamdulillah,dapat laa pahala mana yang bermanfaat tu.Bukan apa,tak ada hati jer nak pergi promote kat orang 'rumah buruk' ni.

Ok lah,straight to the point eh! Don't belok-belok.Don't konaa-konaa.

Al-kesahnya,di ketika ini,berlaku fenomena 'suka berkempen' di laman sosial ter-feymes.. al-Facebook.
Dimulakan dengan kempen 'hijau' atau senangnya kempen Cintai Alam Sekitar atau Tumbuh-Tumbuhan,sekarang ni sudah mula beralih kepada Kempen Menutup Aurat.

Nak dijadikan cerita,kempen ini saya yang 'anjurkan'..hee.Ye la sangat.Asalnya tak ada niat pun nak berkempen-kempen ni.Main-main jer tukar nama dari 'Najihah Mustafa' ke 'Akar Pokok'.Teringin nak menggatal sebab tengok ada macam-macam nama kat Facebook. Contohnya Kain Kafan,Dean List,Jal Rasta (haha).

Tapi saya kata,nak menggatal pun biarlah ada pahala juga kan? Yaa,jangan jadikan hidup ini sia-sia..aisehh.
So,pikiaq punya pikiaq, nama 'Akar Pokok' dipilih.

Kenapa Akar Pokok,kenapa tak Akar Rambutan,Akar Durian kaa Akar Ubi Kayu kaa??Akar Umbi sedap gakk..
''Ehhh...suka hati laaa!!''  hahaa..

Emm,kenapa Akar Pokok?

Sebab akar pokok diibaratkan bagai tunjang kepada akidah. Itu jawapan sebenarnya.Jawapan pada skema fikiran saya,waktu itu.
Siapa ingat dalam program apa kita diterap analogi ini?Huu,ana pun dah lupa.

Tu dia,bukan sebab saya gemar mencabut atau memakan akar pokok maka saya menamakannya begitu.Bukan bukan..

Tapi,tak sangka ada yang sudi menemani saya bertukar wajah ke rupa 'tumbuh-tumbuhan'. Tak berapa lama selepas itu,muncul lah beberapa lagi spesies baru di Muka Buku...jeng jeng jeng..

Dahan Pegaga>> nampak je lembut,tapi sebenarnya tu laa tunjang utama daun-daun pegaga boleh terus hidup.Macam wanita,nature nya lembut,tapi wanita laa sumber kekuatan lelaki. Sayap kiri perjuangan beb..

Pokok Semalu >> Pantang disentuh,terus terkuncup. Wanita solehah tak akan sesekali membiarkan dirinya disentuh oleh tangan-tangan asing. Tak gitu jaluu? (^_^)

Oh yaa..ada lagi..
Rumput Hijau>> hijau,tapi biasa orang pijak suka hati jer kan?Analogi saya bagi...terus bertahan walau terus disakiti selagi mana diri masih mampu memberi manfaat pada orang lain.Macam Ina tak?InsyaAllah..

Maka tidak semena-mena satu 'kempen cintai alam hijau' tercipta! Hebat ahh korang...

(Suka-suka hati jer bagi analogi kat orang..haha.Yes.itu hobi saya.)

Hmm,sebenarnya tak sampai ke point sebenar lagi nih...wahhahaaa. Nak share something >>

Ok,dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...sila tengok.



Ok tuan-tuan dan puan-puan sekalian,ini sebahagian dari pengisian kempen kami.
Mahukah di'elaborate' kan segenap isi video ini? Perlukah?
Tak usah la ekk...sebab saya malas...
Bukan apa..takut jemu nak baca jer.Kang dengar saya berceramah kang susah..haha.Ceramah versi 'silent mode.' >> faham-faham je la.

So,ladies... which person are you?
Wanita yang bertudung kerana peraturan manusia? On-off suka hati..
Atau wanita yang bertudung menutup sebahagian rambut selepas balik haji?'Ye laa,nanti apa orang kata kan..'
Wanita yang bertudung kerana fesyen..yang mana orang kata ikut outfit?
Atau wanita yang bertudung sebab memang dapat hidayah,tapi akhlak...emm...no komen.
Atau sudahkah kita bertudung kerana kita benar-benar sedar ia satu tuntutan..dan kita melakukannya kerana Allah,ikhlas Lillahi Taala?

Tepuk dada tanya iman.Biarkan iman menjawab.Kiranya iman masih teguh,pasti yang benar mampu kita praktikkan,tak kira lah walau apa mahupun siapa yang menghalang..

Sedikit dari kami,ahli-ahli 'kempen menutup aurat',
Adab-adab bertudung mengikut syariat;

  1. Tudung tak jarang.Kalau jarang boleh praktik pakai inner tudung...boleh dapatkan di pasaran sekarang.
  2. Warna tudung tak terlalu menonjol hingga boleh tarik perhatian orang. Contoh;merah menyala..ohh merahnya mak ngahh! Kalau warna terang sangat,orang yang tengok pun boleh terlanggar tiang...sebab sakit mata.
  3. Gayakan tudung biar menutupi bahagian dada. Ini sudah termaktub dalam al-Quran.Perlu hujah lain lagi ke untuk berdalih?
Selain bertudung,adat berpakaian juga kena jaga. Boleh ke bertudung tapi t-shirt sendat,pakai legging lagi?Mak oii...Saya tengok pun boleh terlopong,apa lagi lelaki.

Jawapannya..boleh memang boleh,sebab kita punya kudrat untuk melakukannya.Tapi dosa,tanggunglah nanti.
Adat berpakaian;
  1. Baju longgar dan labuh.
  2. Pakaian tak jarang. Hargai diri,elakkan memakai pakaian yang boleh menampakkan susuk tubuh.
  3. Lagi apa eaa...alaa.tak kan tak ingat?Ok saya dah nyanyuk,sila rujuk pada yang pakar. =.=
One more important thing,dah bertudung dengan cantik,maka akhlak pun wajiblah dijaga.
Jangan pula kita yang menjadi fitnah kepada agama.

Bila ada yang menyoalkan,
''Alah,orang bertudung tak semestinya baik.Aku pernah jer jumpa gadis bertudung,litup lagi,tapi perangai kalah Britney Spears.''

Masa tu apa kita nak jawab?
Jawab je.. Perempuan yang pakai tudung tak semestinya baik,tapi perempuan yang baik semestinya pakai tudung.Dengan kata lain perempuan yang bertudung litup sekalipun tak semestinya berakhlak,tapi perempuan yang berakhlak,semestinya menutup aurat dengan sempurna.

Memang,itu jawapan paling tepat untuk soalan sebegitu yang saya kira sangat berunsurkan sikap suka berdalih.
Tapi,untuk seketika pasti kita akan terasa bahangnya jika persoalan sebegitu dilontarkan..tak ke?

Sebab yang kena tempias adalah golongan seperti kita yang bertudung.
So,baiki akhlak di samping kita perbaiki cara kita mengenakan tudung.
Sama-sama jaga diri dari fitnah. Moga kita terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka.Ameen..

Kerana Allah,kita beramal.Bukan kerana fesyen atau peraturan manusia.

P/s: Sama-sama muhasabah diri.Moga bermanfaat.

mood; dah asar dan perut riang ria menyanyikan lagu 'keroncong'...so,makan dulu!