Wednesday, April 4, 2012

Rahmat Ujian

Gadis itu hanya termenung jauh.

Sesekali keluhan berat dilepaskan. Seakan mengeluh dengan segala permasalahan hidup yang menghimpit.


"Aku penat.”

“Penat dengan apa?” suara di sebelahnya menyoal balas.
“Dengan hidup ni.”
“Kalau penat, apa kau rasa kau boleh buat untuk hilangkan penat tu?”

Gadis itu senyap. Seakan teragak-agak untuk menjawab.


“Mati,” dia menjawab ringkas.

“Mati boleh selesaikan masalah?”

Dia menggeleng.


“Tapi sekurangnya jauh dari masalah,” dia tak mahu kalah.

“Tapi Allah kurniakan kita hidup. Kenapa harus dambakan kematian?”
“Aku rindukan Allah. Aku mahu kembali pada Dia,” air mata gadis itu membasahi pipi.

Suara itu hanya membiarkan hati rapuh si gadis melepaskan rasanya.


“ Tapi Allah juga rindukan kau,” suara itu kembali menenangkan.

“Maksud kau?”
“ Ujian dari Dia tanda Dia merindui kau.”

Gadis itu mengusap air mata di pipinya. Kepalanya diangkat.


“Maksud kau, Allah rindukan rintihan aku?”


Suara itu hanya diam. Maksudnya berjaya disampaikan.


“Astaghfirullah. Subhanallah,” air mata kembali laju menemani rintihan hati gadis  itu.


“Ujian hidup juga adalah nikmat, bukan sekadar musibah. Jadi mengapa harus mengeluh setiap masa? Bersyukurlah duhai Gadis kerana itu tandanya Allah masih mengingati dan merinduimu,” sayup-sayup suara itu mengalunkan mutiara katanya.  Perlahan-perlahan suara itu makin menjauh.


Hatinya dikuatkan. Tekadnya dibulatkan. Dia harus kuat! Pantang menyerah selagi masih hidup!

………………


Hidup ini memang tak lepas dari ujian.

Siapa kata orang yang cantik dan kacak tidak diuji?

Mereka juga diuji. Diuji dengan pujian melangit dari manusia sekeliling. Diuji dengan harapan yang dihulurkan dari insan-insan sekeliling yang begitu mendambakan cinta dari si lawa dan si kacak.

Siapa kata orang kaya tidak diuji?

Mereka diuji dengan ujian iman. Mahu bongkak atau masih tetap bersyukur dan membantu insan yang memerlukan.

Siapa kata orang cerdik dan pintar tak diuji?

Mungkin benar mereka tidak diuji dengan kesusahan dalam akademik. Tapi dari sudut lain mereka tetap diuji. Masalah keluarga, ujian hati atau mungkin permasalahan lainnya yang langsung tak terlintas di fikiran kita.

Dan siapa kata yang memakai serban,kopiah, berjubah , bertudung labuh dan mereka yang dipandang baik tidak diuji?

Hakikatnya, hati mereka juga sering berperang dengan iman sendiri. Pada masa yang sama,masih mencari dan membina iman di hati.

'' Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (Al-Baqarah:214)


Sometimes, melalui hari-hari yang penuh dengan komitmen yang bertindan, kerja persatuan yang melambak, jadual kelas yang pack, assignment yang berderet dan masalah akademik yang kritikal, kita banyak mengeluh.


‘Dah penat dah dengan semua ni.

‘Kenapa mesti aku?Kenapa tak orang lain yang diuji sebegini?’
‘Asal la aku ni lembap dan  bodoh sangat?!’

Kadang-kadang,



‘@#$%&^%%*#@$!!!’ (ayat sensored)

Sedar tak sedar, kita banyak mengeluh. Ungkapan ‘kenapa’ dan 'kalaulah’ menjadi peneman setia yang tak pernah lekang dari bibir.


‘Alhamdulillah’, ‘Subhanallah’, ‘La haula wa la quwwata illa billah’ pula dah cukup asing dan berat untuk dituturkan.


Tak cukupkah Allah sebagai penolong?

Ujian datang dariNya, dan kepadaNya jua semuanya kembali.

Atau adakah hati-hati ini masih belum cukup yakin dengan adanya Dia sebagai penolong yang ultimate?


Mungkin. Dan mungkin kerana itu, kita lebih gemar mengadukan semua masalah pada manusia lainnya. Jarang sekali masa yang ada sanggup dihabiskan untuk berteleku di tikar sejadah dan meluahkan segalanya pada Dia.


Versi Aku Penat






Benar, aku penat Ya Allah. Dalam hidup, tak pernah lagi rasanya berhadapan dengan masalah akademik yang sekritikal begini, dah tahap layak masuk ICU dah ni. Fail mostly semua kuiz, result yang cincai dan hanya nyawa-nyawa ikan dalam peperiksaan. Teruk.


Lalu, dalam banyak keadaan aku banyak mengeluh, dan menyesal.Mujur ada sahabat dan keluarga yang tetap utuh memberi sokongan. Adanya mereka, bukankah itu juga sebagai tanda Engkau tak pernah tinggalkan hambaMu yang lemah ini?


Dan di sebalik semua ini akhirnya aku belajar,


Hidup jangan bersandar pada kenangan. Kejayaan dahulu kala di zaman bangku sekolah tak akan menjamin kejayaan pada masa sekarang mahupun di masa hadapan.


Dan bak kata drsinichi, kejayaan adalah hasil 20% usaha dan 80% doa. Rupanya, bukan setakat usaha yang belum cukup tapi juga doa pada Allah yang perlu terus di-top up setiap masa.


Versi Mereka penat


Mereka pelajar, tapi pada masa yang sama memikul tanggungjawab lain sebagai committee society, committee program, ketua itu dan ini. Akademik yang awalnya Okay mula merosot akibat kesibukan melampau.


Keluar bilik awal pagi, pukul 10 malam baru sampai semula ke bilik. Di kampus, ke hulu ke hilir saja kerjanya.


Hati yang kadang-kadang lemah banyak mengadu. Sesekali rasa ingin berputus asa dan menghentikan perjuangan di separuh jalan.


Hingga akhirnya niat dibetulkan. Untuk apa sebenarnya perjuangan itu?Kerana Allah? Atau kerana pujian manusia?


Beruntunglah kalian menjadi manusia-manusia yang sibuk. Kerana dengan kesibukan itu, masa kalian dapat dimanfaatkan. Benda lagha dapat dielakkan.


Beruntunglah kalian kerana di sebalik kesibukan itu kalian telah menjadi antara para pemuda dan pemudi Islam yang sanggup berkorban masa dan tenaga di jalanNya.


Maka pelaburan atas nama kesibukan kalian itu bukan lagi satu kerugian, malah satu keuntungan! 



Tekad!

Sungguh,jarang sekali kami sedar dengan nikmat yang melimpah di sekeliling kami. Yang jelas pada pandangan kami hanyalah ujian dan musibah yang jarang-jarang sekali Kau turunkan.


Kembalikan kami padaMu ya Rabb.


Dan andai ujian adalah tanda Engkau begitu merindui rintihan kami, kuatkan hati kami untuk tetap rela menerima ujian itu.



Moga dengan setiap masalah, kita mampu kembali padaNya.


Di sebalik ujian, ternyata ada rahmatNya!