Saturday, December 31, 2011

Menjelang Tahun Baru

The End of 2011.





Penanda bakal munculnya angka 2012.
Setahun berlalu,rasa macam pantas tak giler. saya masih waras.

Ramai orang suka pasang azam tahun baru. Kadang-kadang siap buat list lagi untuk azam tahun baru, kan?

'Tahun ni,aku nak jadi lebih slim.'
'Tahun baru ni aku nak jadi lebih montel dan tembam.'
'Tahun 2012 ni aku nak jadi awek Brad Pitt pewiiittt.'
'This coming new year, aku nak bela badak air nama Kurus.'

Macam-macam laa. Yeah,macam-macam walaupun mungkin tak mengarut seperti yang di atas.
Ya,tak salah untuk berazam. Teruskan. Nothing wrong with that.

Tapi saya tak suka berazam, sebab saya tahu saya takkan buat. Buaahhhahaannncurr!
Dan boleh dikatakan azam saya untuk tahun baru ni adalah ;

"Saya taknak pasang azam"

Nice one haa. Heh.

Saya taknak pasang azam sebab bagi saya muhasabah diri is better for me,budak yang tak reti nak berazam,huii huii huii. insyaAllah.

Sepanjang tahun 2011,
Agaknya apa sumbangan ter-besar kita pada diri,keluarga,rakan,kampus,society,orang kampung,umat Islam, dan lebih besar lagi...Islam tu sendiri?

Ok,pakat-pakat garu kepala,tenyeh-tenyeh mata,angkat-angkat kening, tarik-tarik rambut.
Pakat-pakat fikir.

Kalaupun bukan sumbangan besar, apa pula sumbangan kecilnya?

Tolong mak kat dapur.... tapi tu pun dengan rungutan dan keluhan.
Tolong jaga adik.... tapi tu pun maki-hamun adik belakang mak ayah.
Tolong Minah settle problem dia.... tapi tu pun disusuli dengan mengumpat Minah kat belakang dengan geng kaki-mulut-luas.

Sumbangan kecil kita agaknya mungkin banyak. Sememangnya. Malah tolong mak di dapur, tolong jemur baju, tolong lipat baju boleh dikatakan sebagai sumbangan kecil kita. Tapi itulah, sumbangan yang kecil itu pun kadangkala terhapus dan termansuh dengan sendirinya disebabkan tersasar niat! Adehh.

Lalu apa lagi yang boleh dibanggakan bila yang kecil pun dengan sendirinya lenyap dan hilang nilainya?
Uhh~ jawab sendiri.

Mungkin tahun 2011 kita banyak kelemahan. Beribu kekurangan.Tapi tak salah untuk mengakhirinya dengan satu  kebaikan, kan? Everyone deserves to be good. To be a better person. Jadi jangan pernah segan untuk berubah. Tehee. 

Resolusi untuk menamatkan bakal tahun lama 2011 anda dari saya. Baca ;

Daripada melepak dengan kawan-kawan dikedai-kedai kopi pada malam ambang tahun baru, lebih baik pergi lepak di masjid,ada juga pahalanya. Undang pahala tolak dosa untuk akhiri tahun ini.orait?

Dari sibuk duk bonceng makwe ter-chantek atas motosikal kapcai mahupun motosikal ekzos superb, lebih baik buat date dengan mak ayah+ adik beradik+ sahabat-sahabat sambil makan popcorn depan TV. Jimat duit minyak. 

Dari duk bercengkang mata tahan mengantuk pukul dua tiga pagi di hotel-hotel dan motel-motel murahan dengan makwe pakwe cikwe, lebih baik pergi sapu sampah kat kubur...baru ye kena sergah dengan hantu, bukan dengan pegawai pencegah maksiat!

Moga pengakhiran tahun 2011 kita mampu diakhiri dengan penuh kebaikan. Tak kisah lah walau di awalnya dulu kita telah tersilap start dengan kejelekan dan kebodohan. 

Oh yaa,

"Tahukah anda, pembukaan tahun baru negara kita biasanya menjadi platform dan medan 'buat anak' oleh remaja remaji pemuda pemudi harapan bangsa Malaysia? Tak percaya? Tunggulah bulan Ogos/September 2012 nanti,nescaya kes buang bayi naik mendadak!"

Kes zina makin berleluasa dol. =.=
Anda Bijak Jauhi Zina!

p/s: Kemunculan tahun baru 2012 menandakan lenyapnya 'teen' dari hidup ex-bayi tahun 1992. Hahha. Welcome to the world of 'ty' dear friends. Moga kita makin matang dalam setiap tindakan.

Bau nasi minyak makin terasa.ololo~  lebih penting lagi..bau kematian juga semakin mendekat. umur makin pendek, so jangan laa duk excited sangat sambut tahun baru.

Tuesday, December 27, 2011

" Mu nok sapo kak?"

Boleh faham bahasa title di atas?

Need a translation? nehhh~ tak paham gi laa try google translate naa. uhhu~

Okay..ini soalan cepu mas dari adik saya. Beberapa saat bermula dari saat huruf pertama dalam post ini ditulis.
Soalan cepu mas yang main-main. Tak hairan,kami adik beradik selalu berjenaka dengan hal sensitip seperti ni. Eheh,ye laah,sensitip laa sangat kan.

Of course laaa! Soal hati dan perasaan ni sensitip laaa. (pura-pura hati saya berteriak terpekik melolong pakai ayat ni naa)


Fikir punya fikir,betul juga kan...saya suka siapa sebenarnya ya? Fikir jawapan untuk soalan macam ni pun boleh buat sesak kepala hotak. Tak cukup jari jemari nak bilang. Suka si A ke si B ke si C ke blaa blaa blaa blaaa S ke T ke blaaa blaaaa blaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Y ke Z?

Huh huh huh. Penat mengira...banyak sangat semut idaman kalbu. Hahahaaa. Saya bercintan dengan semut kat rumah jek! Tu yang ramai tuhh.

Okay,kembali ke mood serius.

Seriously,soalan macam ni tak perlu diajukan pada aku duhai klon ter-sayeng. Ini bukanlah sebuah cerita drama Melayu di mana aku tersepit untuk memilih cinta dua puluh tiga orang jejaka. Seorang jejaka apatah lagi..huii. Cerita saya tak pernah dilakonkan sebiji seperti dalam drama-drama love story orang Melayu kita. Kalau cerita bertepuk sebelah tangan tu ada laa. Heh,itu cerita lama + pelik lagi ganasss wa superb.

Manakan tidak,adik sendiri kepelikan bagaimana si kakak boleh berkenan dengan seorang jejaka yang tak pernah ditemuinya di depan mata. Ohoii..cerita pelik tapi benar tuh. Apapun,itu cerita lama. Perasaan pelik tu sukar nak diungkapkan....sampai sekarang masih menjadi misteri dalam diri saya. Heehh..MISTERI NUSANTARA~

Soalan seperti di atas sememangnya tidak memerlukan jawapan dari saya. Tapi ia membuatkan saya terfikir.
Terfikir betapa kotornya hati yang sedang bertempek dalam badan saya. Kalau dulu,di zaman persekolahan yang saya langsung tak mengenal mana-mana lelaki,hati ni boleh dikatakan suci,agak laa. Mana taknya,sekolah budak perempuan semuanya...of course laa terjaga. Tambah pula,saya dan adik bukan lah jenis ada kawan lelaki dari sekolah luar. So,boleh dikatakan itu satu bonus.

Tapi bila menginjak ke usia yang lebih matang, (pasca tamat persekolahan) dunia ternyata lebih luas. Dan mata saya lebih luas terbentang! eiik,betul ke ayat? Maknanya life view saya mula terbuka sikit demi sikit. Macam-macam orang saya kenal. Dan mungkin boleh dikatakan juga pada awalnya saya agak culture shock bercampur dengan lelaki. Tapi mujur,biah di sana sangat menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. So boleh laa nak kata itu positive-culture-shock. 

Tapi itulah bila dah mula mix dengan yang namanya lelaki, bekerja sekali, bergerak sekali, macam-macam perasaan timbul. Ada kalanya saya begitu menjaga..dengan certain orang. Dan ada kalanya,saya main-main...dengan certain orang. Macam-macam perasaan timbul. Diasak pula dengan gosip dan usikan kawan-kawan...haha,memang tak boleh blaaah laa depa ni.

Tak dinafikanlah, gosip dan usikan kawan kadang-kadang buatkan saya tergelak dan tersenyum sendiri. Tapi lama-lama hati rasa macam makin kotor. Lalu,for certain gossips,saya jadi anti dengannya. Lalu sesekali ada juga terfikir untuk menjauhkan diri. Malah kalau boleh nak terus lari dari dunia ini. Sama tak situasi kita Mama Bi? Cumanya ana respect dengan enti sebab berani untuk benar-benar melarikan diri. Toink3.

::tolongg amik plaster,tampal hati saya::


Dalam bab macam ni tak ada siapa yang perlu dipersalahkan melainkan hati saya sendiri. Saya tak pandai mengawal hati dan mungkin sebab itu saya masih belum berani memberikan hati ini pada siapa-siapa. besi tak jawapan aku Jibah? terimalah ia sebagai jawapan untuk soalanmu. hihi.


Kadang-kadang rasa menyesal dan geram dengan diri sendiri yang asyik muncul dalam ruangan-ruangan yang tak sepatutnya. Malah somestimes rasa lebih baik kalau diri saya langsung tak dikenali oleh mana-mana lelaki. Alangkah indahnya~ huu. Boleh bergerak bebas tanpa perlu merasa kekok dan kaku. Bolehkan impian Najihah menjadi kenyataan? ahha.


Teringat pada kata-kata Alang Husna... being invisible is just too great! 


Teringin sekali untuk merasakan ke-great-an itu. =D
Kita tengok sampai bila saya bisa bertahan.


main ym pon dah syok kot. huii huii huiii. 


n o t e ; CINTA DIA part 5 akan kembali dalam masa terdekat. sempat lagi promote dol.


DOL? i called it... dzikir out loud. to replace LOL.

Sunday, December 25, 2011

Cantik macam bulan~

"Awak cantik. cantik sangat. macam bulan."

"Cantik la dia. macam apa orang cakap? ha,macam bulan."

''Kecantikannya diibaratkan seperti bulan.''

"Oh Juliet,sungguh aku merindui wajahmu yang seperti bulan itu," kata Romeo.

*************************

Pepatah orang Melayu selalu mengaitkan kecantikan dengan bulan. I bet you all pernah dengar pepatah sebegini,right?

Kalau tak pernah dengar,itu maknanya kemungkinan besar ada sedikit masalah pada sistem pendengaran+sistem saraf otak+ sistem pencernaan anda. neh~

Cantik seperti bulan yang digambarkan dalam pepatah Melayu kita ni boleh ditakrifkan sebagai kecantikan maksima super melampau terbaik punya lah! ada paham maksud saya??? =.=

I mean that pepatah itu menggambarkan kecantikan yang luar biasa la. Pendek kata,cantik yang memang cantik la..bukannya cantik yang 'cantik'/ hodoh. Mungkin itu disebabkan betapa cantiknya rupa bulan yang kita dapat lihat di tengah malam,makanya orang tua dahulu kala mengeluarkan pepatah berbentuk pujian romantis sebegitu. Tak percaya? Ce tengok gambar bawah...



subhanallah! memang cantik.

Tapi nasiblaa malang apabila wujudnya orang macam saya yang tak suka menerima bulat-bulat kata orang tua. Kalau nak diceritakan secara tulus,boleh kata semua cakap-cakap orang tua saya tak percaya. haha.

Contohnya kata-kata seperti,

"Jangan menyanyi kat dapur,nanti takde orang nak"
"Jangan duk atas bantal,nanti tumbuh bisul."

Lagi Jangan apa? Okay,list-down kan sendiri..

Dulu,bila terima je larangan ni dari orang-orang tua, muncullah tanda soal dalam kepala otak saya.



'Erk...why?'
siap speaking gitu lohh.

'Betul ke? cam ridiculuos jek bunyinya.'

Dan begitulah persoalan demi persoalan muncul di benak fikiran.Dan saya terus-terusan melakukan hal yang dilarang itu..kih3. *budak keras kepala*

Tapi sebetulnya apa yang dilarang oleh orang-orang tua kita sebenarnya ada sebab dan musababnya. Yakni untuk membentuk kita sebagai anak yang menjaga adab dan tatasusila. Cumanya bagi saya,cara itu kurang berkesan untuk menggertak dan menakutkan kanak-kanak yang banyak soal. Jujurnya juga,cara didikan itu bukanlah yang terbaik...in my point of view la~

Okay, berbalik kepada masalah dan hal ehwal bulan semula.

Nak katanya bagi saya pepatah sebegitu tak cocok sekali untuk dibawa sebagai satu describtion untuk kecantikan.

Ohh...why?


Cukuplah gambar itu sebagai jawapnnya. aisehh~

Bulan dari jauh je nampak cantik,tapi dari jarak dekat indah khabar dari rupa.

Dan bila terdengar pepatah itu dilontarkan, otak saya kembali memerah keringatnya,

"Mesti perempuan tu banyak kesan jerawat kat muka dia,sebab tu macam bulan."

Dengan penuh yakinnya saya berkata pada diri sendiri. Dol (dzikir out loud).

So,moral of the story,sesiapa yang selepas ini menerima 'pujian' ala-ala bulan dari saya, please take alert and jangan cepat perasan. Haha. Kerana bila saya berkata begitu, I mean that anda hanya cantik bila dipandang dari jauh,bukan dari jarak dekat. ~.~ kejam ke?hehe.

Tapi alhamdulillah laa,tiada siapa lagi menjadi mangsa saya setakat ini. *tengah mencari mangsa pertama!*

Hal bulan ni kalau diikutkan memang bahaya kan?
Lagi-lagi bila yang memujinya adalah lelaki. Dan yang dipuji itu pula perempuan. memang biasanya perempuan pun.

Bertambah keruh lagi bila perempuan diciptakan dengan fitrah sukakan pujian. Oh lemah semangat~
Boleh cair perempuan dengan ayat-ayat romantika si lelaki. Agaknya itulah taktik orang meng-ayat perempuan.Huhh,guess so.

Beruntung juga jadi perempuan yang tak secantik bulan. Tak ada lah rimas dengan ayat-ayat mengayat lapuk berhabuk geli menggeleman macam tu.
Mungkin sebab saya lebih cantik dari bulan. (bagi laa can nak perasan sikit)


Saya menunggu pujian jauh lebih better dari pujian ala-ala bulan dari seorang lelaki. Better to say, a husband. Bukannya dari lelaki sembarangan.Boleh la nak kata itu hasrat hati ... =.=

Apapun, bak orang kata : Kecantikan itu subjektif.

Bukan kecantikan rupa yang penting. Cantik di hati itu lebih indah dan lebih cantik dari bulan.
Jadi,ayuh kita mekapkan hati kita! Moga yang memujinya kelak adalah para penghuni langit dan Pemilik Alam Semesta,Allah Rabbul 'Izzati.

tengah dalam mood bosantaktaunakbuatapa.lalu entry ini ditaip.

p/s: Konvensyen Tarbiah Anak Muda Kelate osem! Alangkah indah andai ku bisa kongsikan dengan kalian.Tapi its a little bit sensitive to share it here. Apapun,kefahaman itu penting sebelum masuk ke dalam mana-mana jemaah. Dan andai dulu kefahaman itu diterapkan pada saya rather than that helah ajakan,semestinya saya tak akan menolak.   n o t e : cara perlu diubah. (moga ada yang faham)

Monday, December 12, 2011

Kita Berbeza Tapi Sama.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hi. Whats up? cehh.. cari modal. Kebelakangan ini saya agak susah untuk melelapkan mata. agaknyaa,saya memang sudah menjadi spesis kelawar. atau paling tidak spesis burung hantu. golongan yang aktif di tengah malam. ahha.

Saya nak tanya satu soalan. satu soalan yang mungkin tak memerlukan jawapan. cukup dengan berfikir dan bertafakkur seketika. Ya,izinkan saya untuk mengajak kalian para pembaca bermuhasabah sejenak.

Soalan saya --------

Dah makan ke belum? ------------ LOL. bukan bukan...tipu jek,bukan yang ni!
                                           |
                                           |
                                           |
Oke,saya serius ---------- " Apa tujuan kita hidup ? "

________________________________________________

Satu rahsia saya....saya golongan yang gemar memerhati dan berfikir. ok,saya tipu. =)
Ya,saya banyak berfikir tapi saya susah meluahkan buah fikiran saya. sebab tu saya lebih dikenali sebagai golongan 'bisu' dalam bab-bab memberi ucapan atau pandangan. heh.

Dan entah kenapa melihatkan ragam manusia dalam dunia nyata mahupun dunia alam maya sekarang membuahkan persoalan itu dalam kepala otak saya. soalan itu memang benar tidak memerlukan jawapan.

Bukan kerana soalan itu tidak punya jawapan. Tapi dek kerana ia sudah punya jawapan lah maka jawapan saya mahupun kalian sudah tidak lagi diperlukan.

“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku.... " (Adz Dzariat:56)


Tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepadaNya..Yang Maha Mencipta!

Imam Ibnu Katsir dalam menafsirkan ayat ini beliau berkata bahawasanya Allah Taala menciptakan makhluk untuk beribadah hanya kepadaNya sahaja dan tidak ada sekutu bagiNya. Barangsiapa mentaatiNya maka Allah akan memberi balasan kepadanya dengan sempurna. Dan barang siapa yang derhaka kepadaNya maka Dia akan mengazabnya dengan azab yang sangat dahsyat.

Mungkin ada yang berpendapat ini klise!

'Tak payah sebut laaa,dah lama pun aku tau.'
'Hmm,dah pernah dengar.'
'Laa...memang tujuan hidup manusia untuk Allah pun.'

Yup..ini klise,biasa disebut orang,juga biasa didengar dalam mana-mana ceramah. Sebab itu dari awal sudah saya katakan jawapannya telah lama wujud dalam skema jawapan Allah. cuma kita para hamba yang sering lupa dengan hakikat jawapan itu.

Kalau dalam sehari kita perhatikan dan merenung kembali kerja-kerja seharian kita,mampukah agaknya kita katakan "Hidup aku untuk Allah!" ??

Si A terlalu asyik dengan dunia Facebook. chat dengan orang tu,chat dengan orang ni. komen sana komen sini. share benda-benda yang tak patut. atau mungkin digunakannya Facebook ke jalan dakwah,tapi sayang kewajipan solat sering tersasar di luar waktu.

Si B pula lain ceritanya. Dalam sehari dia cuma hidup kurang 12 jam! Tidur semedang...habitat atas katil. *terasanya i*



Si C pula pakai versi cerita Barat. Kerja kerja kerja. Fokus utamanya duit. Kena cari duit,nak bahagiakan anak bini,nak cepat kaya. nak beli Mercedes,rumah banglo 12 tingkat a.k.a apartment. Ibadat pula melayang entah ke mana.

Dan si D,dunianya dipenuhi bunga-bunga cinta. I love u.  I sayang u. I cinta u. Aishiteru. Wo ai ni. Saranghea. Sawadikap....erk?
Cinta manusia dikejar melebihi cinta Ilahi. Ke sana ke sini dengan buah hati. Maksiat terang-terangan mahupun sunyi-sunyian seakan sudah sebati dalam diri. Orang tegur buat dek. Pekak ke bang??!


.saya pon suka wajah dia,tapi takde la sampai tergilakan dia.
E pula kemaruk Korea. Min Ho, Seungri, Hong Ki, Kim Bum,Running Man, Boys Over Flower,Full House...blaaa blaa blaa. sehari tak tengok dan dengar lagu Korea tak sah hidup. Kalau boleh,cita-cita memang nak jadi orang Korea! Artis Korea jadi idaman,jadi pujaan. Ulama tabiin,sirah Rasulullah dipandang sepi.

Dan dalam banyak-banyak golongan seperti ABCDE, wujud pula golongan F. sekelompok manusia yang siap mempertaruhkan kesenangan diri dalam arena dakwah. Mereka bukanlah insan sempurna. Adakala mereka lalai,seringkali terleka,tapi mereka kerap punya kesedaran dan keinsafan. Lalu mereka bangkit! Bangkit bersama seruan jihad untuk menyeru manusia ke jalan Allah.

Itu hanya beberapa contoh. Belum termasuk kisah-kisah hidup manusia yang memang sudah terlalu jauh dari agama.Dan tujuan penulisan saya bukanlah untuk menghentam mahupun mengkritik semua golongan. Itu bukan hak saya. Dan untuk pengetahuan anda,saya juga termasuk dalam salah satu golongan ABCDE yang saya sebutkan...pendek kata,saya juga sering lalai. Yeaaahh..kita serupa!

Lalu dengarlah orang lalai berbicara. 

Keinginan dan kecenderungan kita terhadap dunia ternyata berbeza. Masing-masing punya minat sendiri. Ada yang minat K-Pop,ada yang minat nasyid,ada yang minat lagu jiwang,lagu dangdut,lagu rock. Tak kesahh laa.

Dan tiada yang salah pada semua kecenderungan itu. Ya,tak salah selagi mana ianya tidak melalaikan kita.
Tapi saya kira,kita manusia akhir zaman sudah terlalu jauh dari kehidupan berpandukan sunnah Rasulullah. Masing-masing asyik terleka dengan kecenderungan diri sendiri. Hinggakan hanya tinggal sedikit sahaja golongan yang benar-benar siap untuk mempertaruhkan diri dalam perjuangan demi agama. Yang berani bercakap perihal agama. Yang memandang berat soal hukum hakam. Yang rela ditarbiah!

Tapi dalam perbezaan kita, ada satu yang sama,

Semuanya mengimpikan Syurga!


Jalan ke syurga dipagari kenikmatan duniawi



Tujuan hidup kita,dan cara kita menyusuri tujuan itu....agak-agaknya mampukah membawa kita ke sana nanti? =.=

::: muhasabah bersama :::

Saturday, November 26, 2011

Pesan Cinta

Hari yang cerah. Langit pun sudah mula berhenti menangis,walaupun mungkin untuk seketika di musim tengkujuh sebegini.

Tapi hati seakan mendung di sebalik keindahan hari ini. Mendung dilanda kegelisahan dan kerisauan. Andai anda punya adik yang sedang meniti kemanisan usia remajanya mungkin adakalanya anda pernah berkongsi apa yang saya rasa.

Life as a teenager is hard,isnt it?
saya pun remaja ok.

Di usia remajalah naluri kita biasanya membuak-buak untuk mencuba perkara baru. Untuk merasa itu dan ini. Untuk membina persahabatan. Untuk berkenalan dengan spesis lain jantina. Untuk dikasihi dan dibelai penuh kasih sayang. Lalu kadang-kadang hati memberontak pabila kasih yang diterima masih belum cukup dos!



Salah satu sebab utama yang mendorong rata-rata remaja kita bercinta dan bercouple hingga ada yang mengiyakan hidup single adalah membosankan, sebabnya hanya satu....rasa ingin disayangi. am i right?

Andai saya salah,perbetulkan,coz i have no experience with this kinda stuff. Itu jawapan yang saya peroleh hasil talk to face,menyelami jiwa seorang remaja dalam dunia percintaannya.

Maka benarlah apa yang pernah dikatakan oleh Dr. Harlina Siraj dalam ceramahnya yang pernah saya hadiri dulu. Katanya seorang remaja perempuan yang sering mendapat pujian ayahnya tentang betapa cantiknya dia sebagai seorang gadis tak akan pernah mendambakan perhatian dan kasih sayang dari lelaki asing.

so agaknya gadis-gadis yang bercouple tak pernah terima pujian sebegitu dari si ayah? well,i doubt that.

Apa yang saya faham dari kata-kata Dr.Harlina adalah semuanya bermula dari tarbiah ibu bapa. Perhatian dan kasih sayang yang diberikan kepada anak-anak sejak kecil bakal membentuk si anak di masa depan.

Mungkin disebabkan kurangnya kasih sayang yang diberikan kepada anak-anak remaja menyebabkan mereka mencari sumber kasih sayang dari orang luar. Jadi tak hairanlah andai ada sesetengah insan yang terlalu syok dalam dunia cinta sendiri lebih mementingkan hal ehwal kekasih berbanding keluarga sendiri. Bagi saya,itu memalukan.

Watak seorang kekasih boleh dicari lain.. break up dengan kekasih pertama,boleh bina cinta baru dengan kekasih baru. Tak caya? Maknanya anda tak pernah bercinta atau mungkin ana jenis yang setia pada yang satu. Tahniah. =)

Tapi watak seorang ibu,ayah,abang,kakak dan adik dalam hidup kita hanya ada satu. Manakan mungkin boleh diganti dengan yang lain. Atau wujudkah possibility kejadian seseorang yang kematian seorang adiknya beberapa hari lepas tiba-tiba bertemu seorang kanak-kanak di taman permainan lalu mengisytiharkan kepada dunia he has found a substitute to replace his dead brother?

Itu orang hilang akal namanya.

Sememangnya susah untuk menegur insan-insan yang kemaruk cinta. Bila dah bercinta,semuanya nampak indah. Malah yang haram boleh bertukar menjadi halal di mata mereka. Bila ditegur,dicopnya kita anti-couple.
Dilabelnya kita out of date. orang zaman purba. Jeles. Dengki. Tak faham jiwa orang. Bla bla bla blaa...

Tapi bila ditangkap khalwat,diserbu di bilik hotel,tahu pula untuk menutup wajah. Rupanya masih ada sifat malu,maknanya iman masih ada. cuma iman timbul bila maksiat jelas terpampang dan diketahui orang ramai.

Tak kurang juga ada yang mengaku;

''Aku couple bukan buat apa pun. Mana pernah aku pegang-pegang tangan dia."

Tabik ahh,memang iman kau kuat! Kalaulah iman aku kuat seperti kau pasti akan ku couple juga.

Tapi sejauh mana imanmu akan bertahan?
Wanita godaan terkuat bagi seorang lelaki.Even seorang wanita itu tak laa secantik Taylor Swift,berbadan tembam macam hippopotamus,berjerawat batu belah batu bertangkup...tetap dia seorang wanita. Saya seorang wanita dan saya tahu kelebihan saya,so stop denying it.

Wanita adalah fitnah terbesar!

Ada satu syair arab yang mengatakan cinta itu bermula dari pandangan,seterusnya senyuman,dan ia membawa kepada percakapan,temu janji dan seterusnya pertemuan (a date).

Kalau anda memang sedang bercinta,kesemua stage di atas sudah tentu anda sudah berjaya lepasi. Kan?

Stage terakhir merupakan ujian yang terbesar. Pertemuan, Di sebalik pertemuan inilah biasanya ramai yang kecundang. Pertemuan pertama mungkin tiada apa-apa. Tapi untuk pertemuan kedua ketiga keempat dan seterusnya yang memang langsung tiada redha Allah,bolehkah anda menjamin anda masih terselamat dari adegan sentuh-menyentuh,cuit-mencuit?

Syaitan makin bijak. Malah akan sentiasa bijak dengan perancangannya. Tentera-tentera syaitan tak akan menyerang dengan tembakan meriam yang besar sekaligus. Maksudnya,bolehkah secara tiba-tiba si syaitan menyuruh kita membuat zina dengan seseorang yang kita jumpa di tengah jalan? Impossible right?Nak makan sepak terajang boleh laa...

Perancangan perang syaitan yang strategik adalah melalui jarum halusnya. Bisikan pertamanya;

'' You did no wrong with that. (syaitan speaking tuuu) Alah,setakat senyum-senyum,call,mesej,jumpa, bukan ada apa pun. its alrite la kawan."    we are buddies rite?

Bisikan seterusnya?

"Sentuh la sikit. Rugi woo tak rasa kulit lembut putih gebu camtu. sentuh je,bukan buat apa pon."

And then?
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Cuba satu,pasti nak lagii. Plot cerita seterusnya tak perlu lah dihuraikan panjang lebar. Lihat hasilnya sekarang kita sudah boleh mengagak bisikan syaitan seterusnya. Kes pembuangan bayi yang tak pernah reda.Kes anak luar nikah.Kes gugur kandungan.Kes remaja masuk pusat bimbingan akhlak.Tak cukup lagi kah dengan semua itu sebagai bukti?

Pesan saya untuk seorang lelaki. Please jangan rosakkan diri seorang perempuan dengan sentuhan anda dan kehebatan aura lelaki anda.Hargai dia sebagaimana anda hargai ibu dan adik-beradik perempuan anda.Sanggupkah kalau ibu dan adik-beradik perempuan anda sendiri dinodai seorang lelaki asing?

Pertanyaan saya pada yang bergelar lelaki ;

Relakah kamu beristerikan seorang perempuan yang telah disentuh oleh beribu-ribu tangan asing? Relakah kamu mengambilnya sebagai seorang mak kepada anak-anakmu kelak? Kalau tak sanggup,cubalah untuk tidak menjadi 'tangan' itu.

Dan awak duhai wanita...
Jangan laa menggedik sangat minta couple dengan si dia atau terlalu mudah menerima ajakan seorang lelaki. I know you are pretty enough than me,malah ramai yang tergila-gilakan wajah cantik awak. Tapi bukankah lagi cantik kalau kita sama-sama menyimpannya untuk yang berhak bergelar suami? Atau awak memang begitu pasti boyfriend awak sekarang bakal menjadi suami awak? oh dont tell me you can read the future..thats awesome!
lelaki soleh yang harus didamba


Bukankah lebih baik untuk kita bersabar sedikit hingga masa yang benar-benar sesuai? Dunia ini masih ramai lelaki soleh and i've met hundreds of them. Mahu lagikah awak bertemankan lelaki yang entah apa-apa di waktu dunia ni masih penuh dengan lelaki yang benar-benar baik dan tahu menghargai diri kita sebagai seorang wanita ?


I dont ask you too clash or break up with her/him.You have the right to make your own decision. Kalau iman kuat,teruskan.Kalau rasa si dia adalah yang terbaik untuk dijadikan pasangan ter-soleh dan solehah,teruskan. Tapi kalau setakat untuk bersuka suka dan mengisi kekosongan hati disebabkan kurangnya kasih sayang,lupakan. Hati yang kosong perlu diisi dengan tarbiah,carilah Allah.

Dan perlu diingat,seorang siak masjid,malah seorang imam dan ustaz boleh kecundang dengan ujian cinta sebegini.

Hidup kita untuk mati.Dan mati kita untuk terus hidup di akhirat kelak. The choice is yours to make...nak hidup di syurga atau neraka?

Dan jalan ke syurga tak mudah. Ia dipagari dengan kesenangan dunia dan keinginan hawa nafsu.





Last but not least,carilah seorang wanita yang boleh dijadikan bidadari di syurga kelak,bukan seorang wanita yang fungsinya hanya untuk mengisi kekosongan hati di dunia.
Carilah seorang lelaki yang berhak digelar suami dan mampu memelihara maruahmu,membimbing serta melindungimu dari disentuh dan dipandang oleh lelaki-lelaki asing yang lain.

I'm not perfect enough to write something like this.But at least i have the effort to write something like this.
Nak menegur orang tak semestinya nak kena tunggu diri kita betul dulu kan?
Sekadar berkongsi rasa dan risau.

Juga sebagai satu dedikasi untuk si adik.

Friday, November 25, 2011

:: Saya Dan Facebook ::

Hari ini hari kedua kami hidup tanpa Facebook. well,siapa kata Facebook itu satu keperluan? atau satu kewajipan? ehhehe.

Dan buat masa sekarang hanya Yahoo Messenger yang berfungsi untuk terus berhubung dengan kawan-kawan. tapi tu pun tak semua kawan mampu di-add. ohho. oh yeah,not to forget this blog. sepanjang tempoh pengasingan diri dari Facebook ni i guess i'll make use of this blog semaksima-maksimanyaa. lalalaaa~



Dan kenapa saya mengasingkan diri dari Facebook?

Entah. Hati tak tenang kot. Tak dinafikan Facebook banyak manfaatnya. Malah dari Facebook laa saya yang biasanya kurang cakna perihal isu semasa berubah menjadi seorang yang lebih terbuka mindanya. Berita hangat dan ilmu-ilmu bermanfaat memang banyak disebarkan ke laman Facebook. Malah kadang-kadang laman Facebook laah menjadi medan diskusi ilmu bersama sahabat-sahabat.

Itu satu. satu pandangan dari sudut positif.

Nak dibandingkan diri saya yang dulu dengan diri saya yang sekarang, saya rindukan diri yang dulu. cehh.
Hmm,saya mula kenal dunia Facebook ketika berada di DQ. Itu pun akaun ni adik yang buatkan. Mula-mula nak guna dulu memang macam rusa masuk kampung...hahaa. Lawak kot kalau diingat. cam budak terencat IT jer. memang pun.

Bila dah expert, macam-macam saya pandai buat. stalk wall orang. hehe. komen sana komen sini,sampai digelar kaki komen oleh adik-adik. suka hati laa..


Lagi satu hal bila dah online tu memang tak terkira lah lamanya. 4 jam berlalu pun boleh tak sedar. seakan addicted. memang addicted kot... Tambah-tambah lagi di musim cuti sem sebegini,yang hidupnya hanya terperap dalam rumah (mak tak bagi kerja) memang lagi tak boleh nak tahan dari online 24 jam. huhu. kalau boleh nak masuk terus dalam skrin laptop tuu!!


Mungkin disebabkan itulah lama kelamaan hati semakin larut. Yang hak bercampur sekali dengan yang batil. seakan sebati dan tak dapat nak dipisahkan. Lalu hati turut hilang bersama kelalaian tersebut. Hati saya lari. Dan ia perlu dipujuk.


Saya sendiri tak tahu sama ada langkah meng-deactivatekan akaun Facebook adalah langkah terbaik atau tidak. Tapi sekurangnya deactivation tersebut mendatangkan ketenangan. Dah lama ketenangan sebegini hilang,baru sekarang saya merasakannya kembali. sangat bernilai.


Apapun,deactivation tu takkan lama. i'll be back. kih3. tapi hati perlu dirawat dahulu. dan mungkin saya perlu tetapkan had baru dalam ber-facebooking sepanjang tempoh pengasingan ini. insyaAllah.

Kadang-kadang niat dan tujuan murni kita sendiri akan teruji. sebab itulah jalan tarbiah dan perjuangan bukan jalan yang senang. Orang kata,di sepanjang jalan perjuangan terdapat duri-duri yang tajam.



Saya dah terpijak duri dakwah itu dan kaki saya sudah berdarah hingga saya hampir pengsan dan koma. Tiba masa untuk berjumpa doktor!!

Moga pengasingan ini bermakna. 


:: tengah tengok drama Dakwah Muharam ::nice:: cara dakwah kontemporari::

Thursday, November 24, 2011

soal hati..haisshh~

Cinta. Jodoh. Baitul muslim.

Pada saya isu seperti ini seakan awal untuk diutarakan oleh kanak-kanak seusia saya. Rasa macam belum cukup umur lagi untuk berfikir hal-hal sebegini. Tapi sedar tak sedar,tahun depan umur dah nak masuk angka 20. i dah tua rupanyaaa....

Yaa,kanak-kanak ini sudah semakin tua....walau hakikatnya saya baru sahaja mencecah umur 19 9 tahun 3 bulan. muda lagi kann? ekekee.

Tapi buat seketika topik sebegini memang tak boleh lari dari pemikiran kanak-kanak seperti saya di usia sebegini. Tipu lah kan kalau kanak-kanak seperti saya juga anda tidak pernah memikirkannya. bluekk.

Kebelakangan ini di rumah isu ini sering terkeluar dari mulut kami,juga ummi.
ohh yeah,for the first time in my life i heard mom mentioned this finding-a-spouse-thing seriously in front of me.

Satu malam pernah berkonferens dan berliqa' an-nisaa' bersama ummi pasal benda cenggini. entah kenapa tiba-tiba malam tu topik ni terkeluar tengah-tengah kami tiga beradik perempuan lepak-lepak di bilik ummi.

Bila dah terkeluar topik sebegini,memang semuanya start melalut laah. yang ni usik yang tu,yang tu usik yang nun...haisshh. Dan saya tak terkecuali menjadi mangsa usikan. ooohh~

Lagi tak tahan bila ummi terpercaya dengan usikan adik yang mengatakan saya sudah punya calon sendiri.

Ummi tanya.

" kawan tu orang mana kak?"

"Mana ada ummi. ngarut je budak-budak ni." ohh yeah,pliss dont believe them mom.

" Ada ummi,ramai lagi, (nombor) orang," si adik terus mengasak.

"uihh,ramai macam mana ummi nak pilih..susah tu," acah tak acah ummi membalas. melayan kerenah budak-budak pra matang.

Dan saya hanya mampu gelak. dah tak mampu dah nak nafikan. budak-budak tak matured tak boleh layan sangat,makin mengarut nanti.

Dan malam tu jugak kami terima perkhabaran mengejotkan dari ummi. Kata ummi,ada orang bertanyakan tentang kami.Bagi seorang gadis  dua orang gadis,hal matang sebegitu pasti amat menggerunkan...kan?

Hal selanjutnya apa yang berlaku malam itu antara kami semua biarlah rahsia. 

Yang saya tahu,im glad to hav my mom. sporting. tak memaksa. hanya mahu yang terbaik untuk anaknya.
Pernah juga ummi bertanya,

"Takde ke calon-calon kat dQ tu?ummi suka kalau calonnya seorang hafiz." dalam hati, ha ha ha je laah.

Itulah ibu,tiada keburukan yang diinginkannya untuk anak-anaknya. semuanya yang diimpikannya hanya yang terbaik. kalaulah kita tahu setiap doa yang dipinta oleh seorang ibu kepada Tuhannya untuk si anak,pasti tidak akan ada yang lain lebih kita impikan dari mendengar untaian doa sebegitu.



Dan sejarah keluarga saya sebelah ummi,agak ramai bilangan saudara-saudara perempuan yang masih membujang walaupun umur semakin meningkat. Mungkin fenomena itu sedikit sebanyak merunsingkan ummi terhadap anak-anak perempuannya. Takut nanti jadi andalusia. or andartu. ekekeh.saya pun risauu kot..

Dan sebab itu jugalah kelmarin sekali lagi ummi berpesan,

" Kalaulah ditakdirkan nanti ada seseorang yang nak kenal anak-anak ummi,jangan jual mahal sangat. Melepas nanti rugi.Tapi jangan la jadi murah sangat,tu tak tahu malu namanya."

Jangan jual mahal.Jangan jadi murah.

Mungkin hanya masa yang akan menentukannya. saya tak ingin menjadi seperti perempuan murahan yang mendamba cinta lelaki asing sebelum waktunya. For now,bagi saya,jalan menjaga dan membersihkan diri sebaik-baiknya adalah lebih utama. 

Mungkin misi utama buat masa sekarang adalah membentuk dan mengislahkan diri terlebih dahulu.
Saya masih belum berupaya menjadi anak yang baik,kakak yang baik juga adik yang baik. Jadi mungkinkah saya akan menjadi zaujah yang baik buat masa sekarang mahupun empat lima tahun akan datang?

Untuk bakal imamku, moga kita bertemu di jalan redhaNya. Please take care of yourself dari menyentuh hati perempuan-perempuan yang tak halal bagimu. or not i'll cut you into pieces the time we meet. kejam giler ayat.

Untuk 'kamu' yang masih invisible dalam hidupku,you will always be in my prayer. insyaAllah.



 
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Sebelum mengharapkan yang baik,ayuhlah kita terlebih dahulu menjadi yang baik. Itu yang terbaik,kan?

Tak perlu membentuk kisah cinta sendiri.,tapi biarlah kisah cinta yang bakal terbentuk membentuk diri kita...ke arah yang lebih baik. insyaAllah.

::Bila berbicara soal hati dan perasaan,ibu adalah insan terbaik untuk diluahkan segalanya. And then,adukanlah segalanya pada Allah yang mencipta perasaan itu:: istikharah dan isytiharah.

>>sungguh saya agak geli mengutarakan isu sebegini,seperti anda yang mungkin meluat membaca post sebegini. apapun,niat asal hanya ingin mengajak sesama sendiri ke arah kebaikan dari pengalaman sendiri.<<

najibah,mama bi and jalilah,this post is specially written for you guys. ahhaha.






Wednesday, November 23, 2011

Hafizah Kaset?






'Hafizah kaset'.
Pernah dengar perumpamaan ini?

Heh,sesiapa yang menjadi rakan muka buku saya pasti pernah terlihat status sebegini milik saya,

" Abang pesan jangan jadi hafizah kaset ".




Hafizah kaset. satu lagi perumpamaan yang dimasukkan dalam kamus hidup saya. ooohh.

Malam kelmarin sempat berusrah bersama abang nombor 3 selepas solat maghrib berjemaah(ceh,ada nombor siap) >nak buat macam mana ramai sangat abang< 

It is our first time gathered together adik beradik perempuan dan di'brainwash' oleh my third brother.
Sebelum ni tak pernah oasis tiba-tiba tahan kami lepas solat dan buka majlis secara rasmi.

Terkejut oden semalam. tapi ok laa,momentum yang baik sebagai permulaan untuk mentarbiah keluarga. i guess he made a good starting last night. *perasan dah tuu..*

so semalam i was asked to give a speech,tazkirah dalam usrah tersebut. but then,i refused to. sebab kesan kejutan elektrik masih tak hilang so memang tak boleh nak fikir isi sangat. tambah-tambah sememangnya saya jenis yang tak boleh nak bagi respon dalam keadaan spontan sebegitu. soft skill kurang mehh.

so oasis ambil alih.
dikupasnya perihal tafsir ayat. lebih kurang laa. i cant really focus last night. haha. tapi bukan sekitar isu pengisian usrah semalam yang saya mahu sampaikan.

".......ولما رأى المؤمنون الأحزاب"

oasis mentioned bout this verse. dia suruh saya sambung...

sengih. sengih. dan sengih lagi... sungguh aku dilupakan ayat itu.

melihatkan saya yang terkedu,dia sambung sendiri dan ditanya lagi kedudukan ayat. 

" bahagian mana,atas ke tengah ke bawah. sebelah kiri ke kanan?"

saya terus bayangkan. 
seterusnya paparan imaginasi minda saya menunjukkan ayat itu berada di bahagian bawah,sebelah kiri. 
tapi hati meragui. ooohh~

" em, bawah kot.."

"bahagian bawah sebelah kiri laaa. haishh,aku yang bukan hafiz pun boleh sambung lagii ayat tu."

anda tak terasa? saya sungguh terasa.
sesi usrah diteruskan dengan saya yang memang macam cacing kepanasan. ahhahahaa.

maka berlakulah lagi beberapa sesi tebuk menebuk dan menggerudi yang mana i failed all the gerudi gerudi test. 

Sejak kebelakangan ini juga saya sering menilai solat sendiri. saya seakan solat dengan jiwa yang kosong.Tak tahan duduk dengan prestasi solat sendiri,hati seakan memberontak.

" Ke mana hilangnya roh solat aku?"

Tapi begitulah..hati hanya mampu menyoalkan tapi diri tak tahu perlu bertindak bagaimana.
Lalu semalam,seolah-olah pemberontakan jiwa yang tidak tenang ditenangkan oleh Allah. melalui usrah semalam.

oasis menerangkan perihal solat serta bacaannya. apakah apa-apa yang dibaca sudah difahami maksudnya?sudah dihayati isi maknanya?

saya sedar. makin sedar. dahulu seringkali saya yang menjadi rujukan beberapa kawan.menjadi info centre. dahulu pernah seorang kawan bertanya,

''macam mana nak khusyuk dalam solat?''

sekadar membantu,saya berkongsi ilmu yang ada.

''nak dapat khusyuk,mesti tahu makna bacaan.hayati maksudnya.tunaikan semua rukun,especially tamakninah tu,ramai yang ambil remeh je soal tu.lagi satu,cuba hadirkan hati ketika solat.''

dan kini,saya terasa diuji dengan kata-kata sendiri.Lalu benarlah kata-kata seseorang yang berkata,ujian terbesar adalah apabila kita diuji dengan kata-kata diri sendiri. yes,i admit it.

Solat saya seakan hilang maknaya. sekadar menjadi adat bukan lagi ibadat. mungkin itulah yang membezakan antara adat dan ibadat.

Usrah semalam juga menyedarkan saya seperkara lagi. Huffaz dan da'ie perlu bersedia dengan segala kepakaran dan ilmu.

Apa yang membuatkan saya tersedar?
Solat jenazah.

sekali lagi,bila isu ini dibuka saya sekali lagi terkedu.
ok,honestly,i've been thinking bout it all this while.
tak tipu jika saya katakan yang saya selama ni teramatlaah memikirkan soal praktikal ilmu yang perlu saya miliki.

sekadar memiliki ilmu tanpa dipraktikkan bukanlah satu kebanggaan bagi saya.
bila disebut solat jenazah bukanlah solat jenazah itu sendiri yang merunsingkan saya.
tapi pengurusan jenazah. urusan memandikan jenazah.mengkafankan jenazah. dan seumpamanya.

mungkin saya dan anda punya ilmu tentang itu,tapi tak semua antara kita pernah melalui praktikalnya.
mungkin yang ada hanya ilmu teori semata. itu tak cukup.

Praktikal olok-olok pun jadilah. tapi even that praktikal olok-olok pun saya tak pernah sempat buat. aissshh~

Jadi apa kaitannya semua ini dengan 'Hafizah Kaset'?
well,pernah dengar alunan bacaan al-Quran dalam kaset? its smooth isnt it? tiada kesalahan tajwid. tiada tersekat-sekat sebab tak ingat ayat.sedap je dengar...

oasis pernah beritahu,his friend once said that,
'apa guna jadi hafiz? aku dengar orang ngaji kat kaset takdak beza pun ngan hafiz. dari jadi hafiz baik dengar orang ngaji kat kaset je.'
 >lebih kurang laa macam ni..dah lama,tak ingat sangat.<

Awal-awal dulu sewaktu dengar kata-kata sebegitu,saya masih bergelar pelajar di DQ. kata-kata sebegitu memang melemahkan semangat saya. waktu tu sememangnya saya benci mendengarkan kata-kata sinis sebegitu. Buat lemoh semangat den ajo...<<<

Dan masih segar di ingatan bagaimana saya menangis selepas itu,dan terus rasa ingin give-up. tapi adik kembar menenangkan,

" Laa,jangan la lagu ni. kalau tak dop orang ngapa quran sape nak jaga quran?"

Tapi bila pesanan 'jangan jadi hafizah kaset' muncul kembali,saya berfikir lagi. Dan kali ini saya tidak lagi membenci kalimah emas itu,tapi menghargainya. Dan saya berfikir tentangnya dari sudut positif. cehh..haha.

Menjadi hafiz mahupun hafizah yang sekadar tahu mengaji secara tartil dan betul segala tajwidnya masih tidak cukup. Setakat menjadi seperti itu langsung tiada bezanya dengan alunan bacaan qari qariah dalam kaset.

Yang membezakan hafiz mahupun hafizah al-Quran sebenar dengan apa yang ada pada kaset,mungkin adalah amalan dan penghayatannya sendiri terhadap al-Quran. 

Dan bagaimana dia mengaplikasikan segenap ilmu al-Quran dalam kehidupannya. memahami makna dan tafsirnya sekali. bukan setakat tahu baca,tahu ayat berapa dan berapa,di surah mana dan juzuk berapa.

Dan sungguh saya masih jauh dari semua itu. Iadah saya masih merangkak. Dan saya bukanlah golongan masyi,yang diberi kelebihan oleh Allah untuk mampu mengingati sebahagian besar ayat-ayatnya. Mungkin pengorbanan saya masih belum cukup.

Tapi ibarat kata ustazah Syarifah Hasanah,my beloved ustazah tasmi; : masyi itu milik Allah!

Yang penting,kita terus berusaha untuk terus menjaga kalamnya. teruskan iadah sampai mati. Itu yang penting,usaha. so gandakan usaha jihah!!!!


kontrak hidup sampai mati!

Juga jangan lupa untuk terus berusaha berakhlak dengan akhlak al-Quran.Dan terus topup ilmu,yang fardhu mahupun kifayah.  =)

Pesan oasis di akhir usrah;
" Jangan jadi hafizah kaset."

honestly,i dont get you so interpret it this way.ehhehe. betul dah ni rasanya. 

Pesan adik saya; jangan cari hafiz kaset. =.=

Terima kasih ya Allah atas teguran ini. saya perlu pecut momentum dari sekarang,hati dah terlalu asyik dengan dunia. mungkin tiba masa untuk melarikan diri dari dunia buat seketika. terfikir untuk meng-deactivatekan facebook,for a while. ('',)






Tuesday, November 22, 2011

Kita Menang.

Semangat bola.


main bola.makan bola.tido bola.mandi bola.mimpi bola.kunyah bola.suka bola.




Takziah Indonesia.Cuba lagi di lain kali. sob sob. (''_'')

Well done Harimau Malaya. suka tengok sepakan penalti terakhir Malaysia,golekan yang comell.
suka tengok pemain Indon sujud syukur. terkesima. (^.^)

Teringin nak dengar teriakan hooray bertukar kepada Allahu Akbar! Alhamdulillah!

Alhamdulillah...apapun, Malaysia MENANG!

*orang update bola,kita update bola gak*

Saturday, November 19, 2011

Pukau atau Bodoh?

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pernahkah anda bertanya dan berfikir di mana tahap kekuatan dan kelemahan diri anda?
Atau pernahkah anda rasa anda tersangatlaah bodoh  kurang cerdik atas kekurangan kecerdikan anda melakukan satu perkara kurang cerdik?

Atau sesekali pernahkah perasaan need to improve yourself datang menerobos ke dalam hati?
Bagi saya,saya belajar dari pengalaman. Jika saya bodoh,eh kurang cerdik,maka pengalaman menjadikan saya lebih cerdik. Jika saya kurang bertegas maka pengalaman membentuk saya untuk lebih bertegas di masa hadapan. Jika saya kurang cantik,maka pengalaman men'transform'kan diri saya menjadi lebih cantik. Ehh,boleh ke? Hahaa.

Insya-Allah.

Ada satu cerita. Cerita yang saya kira amat memalukan untuk diceritakan. Cerita yang berlaku pada seorang gadis,biarlah saya menamakannya A.

Saya nak mengaibkan dia ke? Oh tidak,tidak. Sekadar berkongsi pengajaran untuk kita-kita semua.

A,yang saya kira bolehlah dikatakan seorang yang pemalu dan penyegan tak kena tempat. sometimes laa. Kebiasaannya,orang-orang sekeliling yang kurang rapat dengannya pasti akan men'judge' dirinya sebegitu. Bagi orang yang rapat,mereka tahu dia agak kurang pemalu sebenarnya. sometimes lawak. sometimes evil. adakalanya baik,cehhh. heh,macam-macam lagi laa.

Tapi begitulah,masing-masing punya persepsi sendiri terhadap seseorang. Dan bagaimana diri kita biasanya hanya dimaklumi oleh insan-insan yang banyak menghabiskan masa dengan kita.

 But most of all,bagaimana diri kita hanya diketahui oleh Yang Mencipta,isnt it?
 Even insan-insan yang dekat dengan kita takkan tahu hal-hal tersembunyi yang kita lakukan,tapi Yang Mencipta maklum semuanya.
Theres nothing we can hide from Him.

Ok,rasanya dah melalut tempat lain ni.

Dipendekkan ceghita, si A ditakdirkan Allah untuk mengembara seorang diri dari tempat tinggalnya ke satu daerah di kota metropolitan bagi menguruskan satu hal di madrasah,tempat dia menuntut ilmu.

Seorang gadis,mengembara sendirian,tanpa teman di sisi. Takutkah dia sendirian? Diikutkan cerita, she felt no fear. Bukan apa,sebab dah biasa kot. Atau dia sebenarnya tengah mencuba untuk membiasakan diri.

Tapi,kalau diikutkan agama, memang seorang gadis yang ingin mengembara sepatutnya ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang lelaki mahram atau paling tidak,dua orang perempuan lainnya. Kan?kalau tak silap lah. Ke?

Tapi disebabkan tiada yang mampu menemani,dan hal yang perlu diuruskan pun agak urgent,maka dia tiada pilihan lain.

Dipendekkan lagi cerita, urusan di madrasah selesai. Eh,tak,separa selesai. Dan tiba masa untuk PULANG ke daerah kampung halamannnnn.

Maka,tengah hari 16 November yang lalu (baru sangat), dia berangkat keluar bersama beberapa rakannya yang juga ingin pulang. Tapi,setibanya di Stesen You,mereka masing-masing berpecah. A dan seorang rakan mengambil cab ke Valley Tengah,seorang lagi menaiki LombongRailTrain ke KLsentral,seorang lagi terus ke  ShahAlamaya.

Setibanya di Valley Tengah,A berpisah dengan rakannya yang seorang tadi. Rakannya yang hanya menetap Buluh Runcing River mengambil keputusan untuk bersiar-siar di Valley Tengah,shop the ping apa yang patut sebelum pulang.

Maka A meneruskan perjalanannya sendiri. Destinasi seterusnya adalah ke Putra perHentian. A perlu mengambil tiket dari Putra perHentian ke New Castle untuk tiba di Qaryah Telipot,daerah halamannya.

Untuk ke Putra perHentian,A terlebih dahulu perlu mengambil train KereTapiMelayu.

Lalu,di sinilah cerita bermula! *punya panjang intro. haha.*

A hanya seorang gadis.Gadis kampung yang masih belum masak dengan ragam kota. A juga seorang yang langsung tidak reti bertegas dengan orang asing. Itu kelemahannya.

Satu fenomena biasa kita lihat di laluan ke kaunter tiket stesen KereTapiMelayu Valley Tengah adalah wujudnya sekumpulan manusia yang sering mengambil peluang untuk mempromosi barang-barang mereka. sungguh serabut melihatkan fenomena sebegitu. Lebih menghairankan, fenomena sebegitu dihangatkan oleh bangsa-bangsa Cina.

A memang maklum akan fenomena sebegitu. Tapi tak pernah terjangkau di fikirannya,dia akan terperangkap buat kesekian kalinya. Mulanya,dia terus berjalan laju tanpa menghiraukan Cina tersebut. Difikirkannya sudah selamat,tapi malang memang tak berbau,kan? Seorang lelaki Cina mengejar dan menghalangnya dari terus berlalu.


" ooopp oppp nanthhhi2.. ini bukaaaannnn macam awak pikir maa. bla blaa  bla blaa blaaa..." dengan slang Melayu yang kurang fasih lelaki Cina itu terus potpet potpet.

A terkedu.

' Aduii..amende laa dia cakap,tak paham langsung.'
Dipendekkan cerita, awalnya A bersangka baik yang lelaki Cina itu hanya ingin meminta bantuannya melakukan survey harga terhadap barangan yang ada di tangannya.

" ini tanda u support balang kitolang,u sign sini je maa tanda u support kitorang punya balang. yang ni rm30,yang ni rm60 yang ni (bape entah). so,kalao u berapa harga u mau kasi?yang ini,yang ini or yang ini?"

Itu yang A paham. sebagai tanda support, bantu mereka tetapkan harga untuk barang mereka.just sign.sangkanya,semua tu langsung tak ada kena mengena dengan urusan jual beli.

Ditulisnya terus rm 30 dan sign. Tapi,tiba-tiba...

"Ok. u ada duit kecil rm30? kalau ada rm50 pun tak apaa,saya bole bagi rm20 balik."

Hahhh?! wattaa..

"emm,nak duit ke? 30?"

" Ya laa,30."

Ok,A bingung. Dan mula rasa dia dah masuk perangkap. Apa nii..tadi cakap nak survey,tanda support art diorang amende laa.,ni tiba-tiba minta duit apasal?

*konfius*

Tapi seakan dipukau,A terus mengeluarkan duit dari dompet. Entah kenapa,walau tahu dia termasuk perangkap,tapi dia sendiri tak boleh menghalang pergerakan tangannya. Dipukaukah dia atau bodohkah dia?

Satu lagi incident yang tak boleh blaaa..
Sekeping duit syiling A terjatuh sewaktu dia mula membuka dompetnya.

Lelaki Cina tersebut mengutipnya. Ingatkan nak bagi balik,tapi boleh pula dia cakap,

" Eh,duit jatuh. Jatuh dari mana yaa? dari atas kaa?" sambil mata berpura-pura melilau-lilau ke atas.

Bijak sangat Cina tuu. setahu A kat atas ada bumbung jer. ada orang menetap atas bumbung ke? Lakonan yang memang layak diberikan award!

Juga entah kenapa,A juga tak mampu berbuat apa-apa menegakkan haknya. Dibiarkannya sahaja syiling dan rm30 melayang.

"Ok tq. nah u amik ni,untuk adik u.tQ. ok sekarang u tolong kawan i pulak."


ni la barang berharga rm30. berbaloi amaaaat!



'ok, adakah ini bermaksud i paid him for this thing? ohh bodohnya aku.'

Selepas Cina tu beredar,baru A tersedar,

'Apasal aku tak buat apa-apa? ya Allah...lemahnya hambaMu.'

ohh wait..kawan? ada lagi nak perangkap A?

"hai. bla blaaa blaaa," seorang gadis Cina muncul. dia cakap apa pun memang A dah tak boleh fokus.serabut!

Dengan bahasa Melayunya yang diselit slang Cinanya,gadis Cina tadi terus pot pet pot pet. Dann..... A tak paham. telinga dah berasap. otak dah menggelegak. hati panassss!

" Maksudnya apa nii?! tak paham." A bengang. nak je cakap,'wei tolong laa cakap Melayu kasi paham sikit!'

Ambil kau,kan dah kena marah. Berani lagi nak kenakan orang.

Gadis Cina tadi seakan kaget.

"Tadi kan u tolong kawan i,kali ni u tolong i pulakk. tapi tadi u kasi dia 30,kali ni ikut sukaa la u mau kasi i berapa,10 kaa."

Tiga kali gadis Cina ulang ayat dia,baru dapat difahami.

"oh. emm,tak nak kot." dengan mimik muka sinis A menolak.

'Cukuplah sekali terkena. Permainan kedua jangan harap aku nak tertipu lagi.'

Beredar dari situ, A berfikir.

'Ujian apa kali ini ya Allah. Melayang duit tiket aku. Tapi pasal duit aku tak kisah. Aku cuma rasa bodoh sangat ya Allah. Lemahnya aku,senang sangat ditipu.'

Mengembara sendirian dan diuji sedemikian,A tak rasa dirinya kuat. A hampir menangis meratap kebodohan diri sendiri. Lalu,istighfar menghiasi bibir. Difikirkannya hikmah di sebalik ujian.

so guys,di sebalik kebodohan A yang juga kebodohan saya....ehh,saya? *haha,tak paham lagi?*

apa iktibar yang boleh diambil sebagai pengajaran?
Bagi diri saya selaku A, apa yang berlaku sememangnya atas sebab kebodohan dan kelemahan diri yang langsung tak pandai bertegas dengan orang luar. Mungkin juga, sebab diri selalu menganggap semua orang baik. huh.

Teringat pesan seorang sahabat dahulu yang mengingatkan saya supaya berani untuk berkata 'tidak',berani untuk defend diri sendiri,berani untuk melawan jika ditimpa kejadian seperti ini.

Tak sangka,saya sudah melaluinya dan saya langsung tidak berani untuk melawan mahupun menolak.

Duit yang melayang,itu saya tidak kisah. Yang saya kisah adalah perspektif Cina tersebut terhadap orang Islam. Saya bimbang sekiranya saya telah menunjukkan kelemahan seorang Muslim di hadapannya. Nauzubillah.

Apapun,ini adalah pengajaran,khususnya buat gadis di luar sana.

#1; Buat gadis kalau nak keluar rumah sebaiknya berteman. Kalau keluar beramai-ramai insyaAllah anda tidak akan diganggu.

#2; sebelum keluar,baca doa pelindung. Bila difikirkan balik,sebelum ditimpa kejadian itu saya keluar tanpa berdoa memohon perlindungan dari Allah. well,ini satu peringatan agaknya,kan?

#3; rezeki di tangan Allah. dan duit yang ada di tangan kita bukanlah milik kita. moga duit rm30 saya disalurkan ke jalan halal.insyaAllah.

#4; moga Allah memberi balasan setimpal kepada mereka-meraka ynag suka menipu. moga hidayah Allah juga dilimpahkan kepada mereka. Ameen.

A yang bodoh kini semakin masak dengan ragam dunia. Hikmah kembara! 
A mahu belajar menjadi lebih tegas. untuk Islam.

Sunday, November 6, 2011

Kisah Pengorbanan

Pagi raya Aidil Adha 1432 Hijrah.

Saya jumpa ramai orang pagi ni. Biasalah,kat masjid.

Tapi dalam ramai-ramai,ada segelintir yang menarik hati saya.
Dan menyedarkan saya serta membuatkan saya terfikir....bahawa...dalam dunia ini tersimpan seinfiniti kisah.
Bukan setakat kisah Upin dan Ipin. Tapi...kisah kita semua. Kisah kehidupan. Dan juga kisah pengorbanan.

:: Kisah 1 ::

Kisah sebuah keluarga. Sepasang suami isteri dan tiga cahaya mata,seorang lelaki dan dua perempuan.Melihatkan mereka,saya pasti mereka tidak menetap di Kelantan. Mungkin hanya sekadar pulang beraya di sini,menziarah ibu dan ayah.

Kenapa saya begitu pasti?
Sebab depa duk asyik tangkap gambaq. Shoot gambar berlatarkan masjid pulak tu. Well,orang tempatan tak kan buat lagu tu kan.. =)

Dan kenapa saya tertarik? Entahlah. Mungkin membayangkan kebahagiaan mereka. Sepasang suami isteri dalam lingkungan umur pertengahan 30an,beserta anak-anak mereka yang punya raut wajah anak-anak soleh dan solehah. Mungkin bagi saya,mereka adalah contoh hasil baitul muslim yang sakinah. InsyaAllah.

:: Kisah 2 ::

Kisah perantau. Perantau asing yang tidak saya ketahui kisah hidup mereka. Dari mana asal mereka, apa mereka buat di negeri saya. Belajar kah? Bekerja kah? Atau mungkin pelarian? Atau pendatang tanpa izin?

Siapa mereka?
Sekumpulan muslim berbangsa arab,Bangladesh,negro dan Chinese.
Melihat mereka,seakan dapat saya rasakan kehangatan ukhuwah sesama mereka. Honestly,saya dapat lihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka tatkala mereka bersua muka dan berjabat tangan serta berpelukan sesama mereka. Dan buat seketika,saya sebak. Hampir meleleh air mata wooo,tak pasal-pasal... >kebelakangan ni saya agak sensitif<

Di sudut lain, pengorbanan mereka semestinya besar. Menyambut Aidil Adha tanpa keluarga demi sebuah perjuangan. Huissshh...apa agaknya khabar sahabat-sahabatku di perantauan? Bersabarlah sahabat,demi sebuah pengorbanan.

Ohh yaa...dan saya bertemu melihat seorang kanak-kanak dalam kisah ini. Kanak-kanak lelaki. Berumur dalam lingkungan umur 9 tahun..agaknya. Berjubah putih dan berkopiah. Berambut kerinting. Berkulit hitam. Pendek kata,negro. Tapi tetap comelll. 

Kecomelannya membuatkan saya tersenyum sendiri. Saya bersyukur dia baik-baik sahaja di sini.
Melihat susuk tubuhnya saya terfikir...apa agaknya khabar kanak-kanak sekulit dengannya di sana. Daging apakah yang dilapah mereka untuk korban ini. merasakah mereka makan daging...atau masih berlapar.

Kita cukup segala daging di sini. Mereka?

:: Kisah 3 ::

For the first time in my life,saya lihat seseorang menangis di pagi raya. Seorang wanita,mungkin dalam lingkungan umur lewat 20an. Huhh... she wept her tears when i looked at her. And she was alone,in that car,ready to leave.

Apa kisah dia..dan apa yang dilaluinya di sebalik erti pengorbanan kali ini,saya sendiri tidak tahu. Mata hanya mampu melihat,dan beralih pandang apabila hati turut merasa kesedihannya.

Akak...moga tangisan akak mampu meredakan beban yang dipikul.

Dalam banyak-banyak kisah,tersimpan satu kisah kita. Kisah kehidupan yang Allah sendiri telah nukilkan untuk kita. macam mana dan bagaimana untuk membawakan plot cerita hidup kita, semuanya atas pilihan sendiri,dengan izin Allah.

Dalam melakar kisah hidup sendiri,harapannya moga kita tidak tersasar dari jalan hidayahNya.

Kisah saya?
biasa-biasa aje.

:: inilah namanya hobi suka merenung dan berfikir ::


Thursday, November 3, 2011

Berdepan Cabaran Baru!

Selamat malam dan selamat pagi.
Selamat bertahajud juga kepada insan-insan yang masih diberi hidayah,kudrat dan keinsafan untuk memeriahkan suasana malam yang hening dengan aktiviti 'khalwat' terindah bersama sang Khaliq.

Hari ini juga hari yang biasa untuk saya.Masih diberikan peluang untuk hidup dan melihat alam.Heh,walaupun alam saya setakat ni hanyalah persekitaran rumah...tetap perlu disyukuri kan? :)

Cuma yang membezakan hari ini dengan hari yang lainnya adalah kerana.....

Satu berita. Berita baik untuk saya,saya kira. Tapi mungkin tak berapa baik untuk sesetengah insan...a few friends of me.

Ok,pagi tadi,hati terdetik untuk online tiba-tiba(hakikatnya memang hari-hari online),rasa macam ada something..yang akan dah terjadi.

"Tahniah Jihah,permohonan layak."
mesej dari Qilah,diselitkan sekali link berkaitan.

Jantung berdebar.Seakan boleh dirasakan denyutannya.

'Permohonan layak?' awalnya,memang susah nak percaya.
So,mahu tak mahu,diri yang cuak memberanikan diri menyemak sendiri senarai nama yang tertera pada link yang dihantar sahabat.

First cari...
'Tak jumpa pun! Mana ni..Qilah silap tengok ke?' huu..

Rupanya.. result to change programme for semester 2 2011/2012.
Haha,cuak punya pasal dowh,diri sendiri yang silap tengok,memang laa tak jumpa!

Dah sedar tu,maka menggelabah laah seorang insan kekalutan beralih ke senarai nama application untuk semester 3....

Dari atas ke bawah..mata melilau mencari nama. Tuupppp..bola mata terhenti. Tu diaa haihhh..

Accepted.

Jujurnya,tak tahu nak rasa apa. Tapi senyuman tetap terukir,dan terus meyakinkan diri,inilah jawapan terbaik!

Khabar dikongsi bersama sahabat-sahabat yang saya kira perlu tahu akan keputusannya.
Tahniah.Mabruk.Congrates.Alhamdulillah...jawapan yang diterima dari mereka.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.InsyaAllah ini yang terbaik.

Tapi,tak dinafikan saya cukup bimbang.

Yeaaahh..ini bermakna I have to start a new beginning in my study.Bergaul dengan orang baru.Dah tak ada istilah studio. Dah tak menggunakan pedang dah,tersimpan rapilah nampaknya di atas almari nanti.Juga dah tak akan ada submission task sampai dua tiga tasks seminggu. Dah tak guna water colour,marker,charcoal bla bla blaaa..

Moga saya tak akan merindui semua itu.
Tapi yang paling terkesan... saya dah tak boleh dapat roommate sebaik Fifi,Bibik dan Miera. Dah tak boleh nak bergaduh dan berperang dengan depa. Dah tak boleh buli adik-adik. Gonna miss all the moments with you guys.

Apapun,teringat pada satu petikan lagu sekolah rendah,
' The futures are not ours to see..' 
Heh,memang,masa depan bukan untuk dilihat. Tapi dicipta.

Entahlah..kurang yakin juga sebenarnya untuk terus melangkah dengan kos baru. Bertungkus-lumus dengan Bio yang membiolkan. Sungguh tidak pernah ku cinta akanmu Bio!

Tapi bila difikirkan...bukankah ini yang terbaik?
Allah terus memberikan hambaNya rezeki yang terbaik walaupun hambaNya bukanlah hamba yang maksum,malah memiliki bergunung dosa yang meninggi... Maha Pemurahnya Mu ya Allah. Kadang-kadang rasa malu untuk terus meminta. Tapi,Dia juga lah sebaik-sebaik tempat bergantung. So,berputar 360 darjah sekalipun,hanya Allah sebaik-baik tempat kembali. Walau malu,perlu terus meminta. Hakikat kehambaan..

Di sebalik semua yang dilalui sepanjang satu sem di CFS IIUM,bolehlah saya rumuskan beberpa perkara ;

Kuasa usaha,doa dan tawakkal memang mujarab.Percayalah!
Juga betapa manisnya hidup dalam pergantungan terhadap Allah dalam semua perkara.

Lagi?

Redha.
Dan bersyukur for every single things yang dikurniakan.Yang pahit,yang manis,yang masam..syukurin dong.

InsyaAllah di akhirnya jawapan terbaik yang akan diterima.InsyaAllah.


::I'm changing to Allied Health Sciences::
masih ragu-ragu permohonan lulus,moga tak tersalah tengok.huu..memang berfikiran negative.tak kesahlah.

Saturday, October 29, 2011

Syukurin dong...

uwaaaaaaaaaaaaaahh... (menguap)

Eh?
Hee..selamat pagi.

Pagi yang hening,dengan perut berkeroncong..menanti si adik pulang membawa nasi.
(p/s;orang kelantan memang breakfast makanan berat terus,tak yah nak heran laa yer).
Haha,nasib la korang dapat kakak tak reti masak. *wink wink*

Apa entry kali ni?
Nothing special yang nak ditulis,walaupun isu-isu yang melanda negara ter-chenta Malaysia ni hakikatnya berlambak-lambak..

Pagi ni hanya nak menyatakan kesyukuran..nyatakan je laa,nak buat kenduri tak ada daya kemampuan.
Bersyukurlah selagi mana iman masih mampu mensyukuri setiap nikmat kurniaanNya..

Alhamdulillah.
For what??

Untuk setiap helaan nafas yang masih diberi.
Untuk kesihatan hari ini.
Untuk rezeki hari ini.
Untuk tidur yang lena.
Untuk Malaysia yang masih aman.

Nak ditulis satu persatu memang takkan cukup satu hari ni, even satu hayat ni tak akan cukup...dok gitu?

"...dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..." (Ibrahim;34)

Nikmat yang terlalu banyak. Rasa malu untuk terus meminta dariNya...huu.
Dengan nikmat yang banyak,ditambah dengan sedikitnya kita bersyukur,kita masih tak malu berterusan melakukan maksiat dan melanggar perintahNya. Bodohkah kita? Agaknya. Eh tak,memang bodoh. =.=''

Bila difikir,tak susah pun nak ucapkan 'Alhamdulillah'.
Satu patah perkataan je pun.
Bukan nak kena sembahkan apa-apa pun...tapi kenapa kita masih kurang bersyukur?

Sebab ego?
Atau sebab buta hati?
Atau sebab bagi kita nikmat yang diberi masih belum cukup?

(kita lebih bernasib baik dari dia)


"Weyh,kelas kau makan apa jamuan akhir tahun ni?"
"Dengar kata depa nak tempah piza 1 lori,ayam KFC 24 dozen,kek Secret Recipe 99 pieces.Lagi, nasi ayam barbeque setiap orang tambah kambing bakar sekor sorang."
"Bapak sedap! Kitorang makan nasi goreng cina je ngan air sky juice je kotttt...untung arr ko dapat ketua kelas sporting."

Sometimes..kita macam kat atas ni. Tak sedap ke nasi goreng cina? Ok what.. (",")
And some other times,kita macam di bawah..


ohhh kejayaaannn!

"Minah,result kau macam mana?"
"Alhamdulillah.Ok laa... 4 flat."
"Woaa...teror giler kau. Aku 3.99 je kot.Tak puas hati betul....ni lecture la ni...bla bla bla..nota tak bagi bla bla..."

Tak pasal-pasal orang lain yang disalahkan..huhu.
Ok,dialog kat atas hanya kiasan semata. Ada ke pointer 3.99?Haha..

Tapi kadang-kadang itulah kita.Kan?

So kalian budak-budak cfs iium...result sudah keluar.
Dah bersyukur atau belum?
Bersyukurlah walau result teruk,sederhana mahupun gempak tahap gaban.

Kalau teruk,usaha lagi. Gagal sekali tak bermakna gagal selamaaaanya kan..tu orang selalu kata.
And I say;
Berjaya sekali tak bermakna berjaya selamanyaaa..
Beware of it.

But most of all,Allah says;

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan,Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu),maka pasti azabku sangat berat.'' (Ibrahim;7)

Dan saya..alhamdulillah,bersyukur untuk keputusan yang diperoleh kelmarin. *toink toink*
Doa dimakbulkan,pointer melepasi target. (^____^)
Dan sekarang hanya berserah kepadaNya untuk keputusan seterusnya. HUU..saya masih menunggu satu keputusan penting. Announcement seterusnya lebih mencuakkan dari menunggu result exam!

Hanya mengharap yang terbaik walau diri sendiri tak tahu mana yang terbaik.
Maan najah untuk langkah seterusnya di semester-semester akan datang. Good luck!

Aim short sem >> Dean's list at least. :) ameen,insyaAllah!

uwaahhaha..mampu ke?belum coba belum tahu.
naseb baik xdak GC sem2..haha,ada chance!
:: Teringin nak ikut pi ijtima' tarbawi...abang pi tak ajak.wowoo..oasis oh oasis ::
:: nasi dah balik.jom makan! ::