Tuesday, November 5, 2013

Hidup ada Dia





Sejauh bintang mana pun engkau berlari,
Allah tetap ada memerhati.

Setinggi gunung mana pun beban di bahumu,
Allah ada bagi membantu.

Sedalam laut mana pun perasaan yang engkau pendamkan,
Allah ada untuk menenangkan.

Kerana hakikat kita hidup bertuhan.
Bersyukurlah, tenanglah, kerana kita..
Sentiasa ada yang menemani.

Saturday, August 31, 2013

Akhirnya, dia sudah bertunang.

Seorang sahabat. Seorang teman. Seorang kawan. Yang dulunya merupakan roomate pertama di cfs.

Dia dan seorang lagi roomate merupakan sahabat rapat pertama yang muda setahun dari saya. Mulanya tersangat takut nak menetap satu bilik dengan mereka yang bukan dari Darul Quran. Tak sebaya pulak tu. Takut mereka juga yang tak boleh nak terima penampilan dan gaya kami.

Kali pertama bertemu dah ada impression pertama pada dia - garang, pendiam dan tak mesra. Sebab hari pertama tu dia masam mencuka. Katanya sebab dia tak ada hati lagi kat UIA waktu tu. Tapi bila lama kenal dia lah yang paling banyak mulut dalam bilik.

Salah satu persamaan antara dia dan saya, dia juga ada kembar. Seiras lagi. Cuma yang berbeza kakak kembar dia tak belajar di UIA. Dan yang sedikit berbeza, antara kembar, dia adik sedangkan saya kakak.

Dalam bilik saya suka kacau dia. Suka usik dia. Dan kami bertiga sering gelakkan dia yang bersifat blur. Macam Mong Ji Hyo pulak. Serius, dia sangat innocent sampai saya tak boleh halang diri saya dari terus mengusik dia. Dia takut hantu sedangkan saya dan roomate lain suka tengok cerita hantu. Jadinya hantu menjadi salah satu bahan usikan untuk dia.

Dalam bilik saya sering bertengkar mulut dengan dia. Merebut Kim Hyun Jung menjadi topik hangat kami. Eh saya bukan gila Korea sangat cuma setakat gemar cari gaduh dengan dia. Bila dia minat Kim Hyun Jung saya pun sengaja ambil minat jugak.

Dia suka tengok Running Man, sampai saya pun berjangkit suka tengok. Bila tengok gelaknya tak payah cakap, habis tenggelam semua suara yang lain. Sampai kami pun terpaksa tutup telinga. Lepas tu mulalah kami hentam dia. Nasib dia selalu jadi bahan usikan kami.

Dan disebabkan sikap innocent dia, selalu juga dia termakan dengan tipuan kami. Sangatlah innocent sampai kadang-kadang jenis tipuan yang tak masuk akal pun dia percaya. Sampai kadang-kadang saya sendiri naik risau memikirkan diri dia. Takut dan risau memikirkan dia dan dunia luar.

Saya suka usap-usap kepala dia. Layan dia macam budak-budak. And once she said, dia suka bila saya usap kepala dia, membuatkan saya terharu. -.-

Jujurnya, dia contoh budak yang berhati baik. Menyenangkan hati. Selalu juga dia tanya bab-bab agama pada kami yang lagi tua di bilik. Selalunya kalau ada yang tak faham dia jenis yang tak segan bertanya. Antara kami berempat dia yang paling nampak beriya bab kahwin, tapi paling tak boleh blah pengetahuan dia dalam nikah kahwin yang paling kurang. Makanya, bertalu-talu lagi kami mengusik dia.

Satu ketika, dia pernah bermimpi hal jodoh saya. Bangun tidur, dia menceritakan terlebih dahulu mimpi aneh dia kat dua roomate yang lain sebabnya tak menyempat nak jumpa saya yang pagi tu keluar awal pagi dari bilik. Bila saya balik bilik semula dia beriya bercerita. Dan selepas tu mengasak saya dengan macam-macam pertanyaan nonsense seperti "Siapa abang tu kak?", "Akak dah jumpa dia ke?" -.-

Katanya dalam mimpi tu dia melihat saya dalam satu majlis tilawah atau seumpamanya. Saya di pentas menjadi qari sedang dia dan roomate lain di bawah pentas menjadi penonton. Tiba di satu ayat saya teresak-esak menangis sampai tak boleh nak sambung ayat seterusnya. Dan waktu itulah seorang lelaki bangkit dari tempat penonton dan menyambung bacaan saya. Lelaki yang tinggi, berkulit putih dan memakai spek. Sejak tu muncullah istilah 'abang spek' dan 'abang putih.'

Satu saat saya buat silap besar. Saya pernah bekerja dengan lelaki yang banyak kriterianya menepati kriteria dalam mimpi dia. Tapi waktu tu saya tak perasan sangat. Silap saya, saya ajak dia teman saya berjumpa rakan lelaki tu untuk pass barang. Kesudahannya seperti yang dijangka, rakan lelaki tulah yang menjadi sasaran mimpi. Aduhai.

Bukan setakat saya, malah hal jodoh roomate yang lain pun dia tolong mimpikan. Yang pelik diri dia sendiri dia tak mimpikan pulak. Bangga sungguh dia waktu tu bila semua pasal kami dia tolong mimpikan. Melihat dia yang suka cakap bab-bab kahwin seorang roomate selalu menyakat, antara kami berempat dia yang akan menikah dulu.

Dan mungkin, telahan itu benar.



Tanggal 30 Ogos 2013, dia telah selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan. Kisah mereka bertemu dalam pengetahuan saya. Cukup terjaga, dan insya-Allah diredhai Yang Maha Kuasa. Bila dengar cerita dia, saya mengusik "Akak tak sangka jodoh tu benar-benar boleh datang bergolek."

Cinta dia dalam senyap akhirnya berbalas dengan perancangan yang cukup indah.

Moga pertunangan ini terjaga, dan berakhir dengan pernikahan di masa hadapan. Akak nantikan berita gembira di masa hadapan, Fifi(bukan nama sebenar) :D

Jagalah hubungan yang dijalinkan sebaiknya. Pertunangan bukan tiket untuk terlalu bermesra, tapi sebagai medan untuk saling mengenal. May Allah bless your day.

Tumpang bahagia menatap gambar-gambar pertunangan yang dia bagi. Hanya mampu tersenyum melihat betapa sudah matured-nya adik pertama yang menjadi sahabat rapat sehingga ke hari ini.

Rindu kamu, Fifi. :')

Wednesday, August 21, 2013

Ibrah semalam

Semalam,seharian keluar berukhuwah. Turun rumah dari pukul tujuh suku pagi, balik semula ke rumah jam tujuh dua puluh malam. Dua belas jam!

Sampai di rumah shout kat umi,

"Umi,orang baru balik!" sambil tersengih-sengih.

"Kuat teh anak umi ber'derak'."

*Note, 'derak'-merayau

Seawal pagi,minta abah hantar ke stesen bas,menunggu kawan datang menjemput dengan kereta. Hajat hari itu nak konvoi berziarah ke rumah sahabat yang sedang sakit. Lalu semata-mata hendak memenuhi tuntutan ziarah, sengaja mohon cuti dari boss. Dari Kota Bharu ke Tanah Merah, macam-macam yang sempat dirasa.

Dari Kota Bharu ke Salor hanya bertiga. Kereta di-drive oleh sahabat muslimin, merangkap anak ustaz di sekolah menengah. Kami dua perempuan ambil tempat di belakang. Tempat penumpang di depan sengaja dikosongkan untuk seorang lagi sahabat muslimin yang bakal dijemput di rumahnya. Itu pertama kali merantau sedikit jauh dengan kawan lelaki. Kalau diketahui umi, mesti akan diusik hebat.

Kalau dulu bergerak dalam satu kereta dengan lelaki dipandang jelek oleh saya. Bimbang perkara sebegitu boleh menimbulkan fitnah.Tapi bila diri sendiri berada di dalam situasi tersebut, terpaksa akur. Kadang-kadang diri yang terlalu memandang negatif perkara sedemikian. Hakikatnya, jika batas masih mampu dijaga, perkara mungkar mampu dielak. Sebenarnya terpaksa berkongsi kereta dengan mereka kerana tiada muslimat yang berkemampuan drive atau memiliki kekosongan kereta dari Kota Bharu. Ada banyak masa, hal berkongsi kereta memang kami elakkan.

Dalam kereta, kami kurang berborak kosong. Dan saya lebih banyak memasang telinga, cuma menjawab bila diaju soalan. Nature anak ustaz rupanya peramah dan gemar mengusik seperti ayahnya. Dulu, mati-matian ingat terlebih thiqah dan syadid. Sepi dalam kereta banyak berbicara soal keadaan sahabat yang sedang sakit. Dan sempat bertaaruf sedikit sebanyak antara satu sama lain. Pecah perut juga semalam bila disakat oleh mereka. Memang tak matang -.-'

Kami walaupun sudah lebih setahun bergerak kerja dalam barisan yang sama, kenal nama, tapi sikap masih belum cukup masak dikenal. Ziarah semalam cukup mendatangkan makna. Sekurangnya serba sedikit perangai dan sikap mereka mampu dikenal.

Sampai di Machang, jemput pula dua sahabat muslimat. Bertambah isi kereta, dan bertambah hangatlah kereta dengan bidas-membidas. Sebelumnya kereta pula ditimba musibah pecah tayar. Bahana drive terlebih speed. Sempat juga driver berpesan pada saya, "Jangan report kat ustaz ana bawa laju." (-.-)

Nak masuk tengah hari baru tiba di masjid berdekatan rumah sahabat. Di sana kami sucikan air gelen dengan bacaan ayat al-Quran. Sempat juga bersolat hajat untuk keadaan sahabat yang sakit. Dah selesai, ditaklimatkan pula dengan keadaan sebenar sahabat yang hendak diziarah. Sempat mereka berpesan untuk sentiasa basahkan lidah dengan ayat Allah atau zikrullah. Sebagai pendinding diri. Naik meremang juga bulu roma.

Macam-macam bermain di kepala.

Dalam kereta untuk sampai ke rumahnya, semua lebih banyak diam. Mulut kami terkumat-kamit dengan bacaan masing-masing. Sampai di rumahnya memang ada rasa sedikit lain. Kepala terasa berat, bulu roma pun naik meremang.

Bila melihat keadaan sahabat,kami semua cuba menceriakan suasana. Keadaannya memang seperti yang digambarkan. Sakit yang tidak diketahui punca. Awalnya dia menolak untuk membuka mata dan keluar bertentang mata dengan muslimin. Namun bila diasak, pujukan berjaya. Jenuh juga mereka memujuk.

Banyak yang diceritakan oleh ibu bapanya. Banyak juga yang berdaya dikorek. Dan cerita itu biarlah ditutup kemas dan diambil iktibar oleh yang mengetahui. Cuma apa yang mampu dikongsi, (1) Berhati-hatilah dalam memilih kawan. Biar kawan yang dipilih adalah kawan yang jernih akhlaknya, suci perwatakannya. (2) Dosa silam bukan penghalang untuk terus membina diri. Allah itu Maha Pengampun dan taubat nasuha adalan jalan untuk kembali kepadaNya. Kita sebagai manusia sentiasa diberi peluang oleh Allah untuk mensucikan diri. Seberat apapun dosa yan pernah kita lakukan Dia tidak pernah lokek untuk menimpahkan kasihan belas kepada hambaNya.

Moga dia terus diberi kekuatan untuk mencari diri.

Ziarah selesai jam tiga setengah petang. Jauh melangkaui masa yang dirancang sehingga terpaksa membatalkan hasrat melawat bapa seorang lagi sahabat. Seterusnya kami bergerak ke Machang,menikmati juadah yang telah disiapkan di rumah seorang lagi sahabat. Biar bilangan ahli jaulah sudah berkurang sebab ada yang sudah balik tapi semangat tetap tak luntur.

Sempat bergambar di pelamin yang belum diroboh beramai-ramai. Sempat berkenal-kenalan dengah ahli keluarga sahabat, dan merasa keenakan kek coklat moist. Nyummy!

Enam lebih baru bertolak pulang dengan sedikit krisis kereta. Nasib saya dan sahabat, driver kami pulang awal maka tercicir buat sementara. Untung masalah settle dan menumpang pulang dengan mereka yang pulang ke arah Pasir Pekan. Dicampakkan ke Wakaf Che Yeh, terus call abah datang ambil. Inilah padahnya bila tak reti drive sendiri. ~.~'

Sampai di rumah, adik kata busuknya bau badan. Parah. Kesan kembara seharian. Malamnya bercerita keadaan sahabat pada ummi dan adik-adik. Setakat yang boleh diceritakan. Juga membongkar cerita kongsi kereta dengan muslimin. Respon ummi?

"Adik, kakak pergi dating rupanya hari ni." Adik terburu-buru keluar bilik. Sudah dijangka. =.='

Mujur,usikan ummi tak dibawa ke hati. Mujur juga muslimin-muslimin yang bersama muda setahun dari diri, dan hanya dianggap sebagai adik. Afuhh. Dan antara kami, ada barrier yang sengaja dibina. Biarlah ukhuwah antara muslimin dan muslimat tetap dan teguh dengan batas dan syariat. Bergelar sahabat, tapi bukan semua perkara boleh dilakukan melebihi batas yang tersedia.

Paling penting bila bersama mereka (muslimin dan muslimat), hati kembali terisi. Walau hakikatnya tiada pengisian ilmu yang sempat dikongsi. Sekadar bersama mengutip makna sudah cukup me'refresh'kan kembali charge-charge yang lemah. Moga ukhuwah kami terus dikuatkan dengan tautan akidah dan iman.

Insya-Allah.

Thursday, August 1, 2013

Dua beradik dalam Omar the Series

Mengisi Ramadhan - saya marathon satu movie.
A great movie to share.

Omar The Series.

Movie series yang direcommend-kan oleh Cik Hasuna Hasanan.
Awal-awal rasa tak berminat nak menonton cerita sejarah. Tapi bila dah tengok satu episod, jadi ketagih.
It was interesting.



Movie ini menceritakan secara khususnya tentang Saidina Omar. Dan secara umumnya tentang sahabat-sahabat yang lain. Fokus cerita ni dari waktu Saidina Umar belum masuk Islam dan menentang Islam sehinggalah zaman beliau menjadi khalifah Islam kedua.

Kalau dulu hanya belajar sejarah Islam, kisah rasul, kisah para sahabat dari buku-buku dan lembaran-lembaran kertas tapi kali ni berpeluang membayangkan secara 3d. Hehheh. Seriyesly, menonton cerita ni seolah-olah kita juga berada di sana, bersama sahabat.

Malah setiap kali menonton, I keep wondering myself :
Kalaulah aku dihidupkan pada zaman ini, di pihak mana aku akan berada? Pihak yang menentang, atau yang menerima Islam?

Jadi insaf seketika.

Dari movie ni juga, I met a few sahabah that were unfamiliar. erm, to me.
Abu Jandal salah seorang. Ha kenal?

Terasa cetek semula ilmu bila masih tak kenal ramai sahabat-sahabat yang disayangi Rasulullah.
Abu Jandal rupanya adik kepada Abdullah ibn Suhail. Dan ayah mereka, Suhail ibn Amru adalah salah seorang dari pembesar Quraisy yang petah berhujah, dan menentang Rasulullah pada awalnya.

Pada awal perkembangan Islam, Abdullah ibn Suhail terlebih dulu mendahului adik dan ayahnya memeluk Islam. Tapi kerana bimbang dikurung dan dimarahi Suhail bin Amru, Abdullah ambil keputusan untuk menyembunyikan keislamannya.

Sehinggalah pada satu petang, ketika Abdullah duduk termenung dan berfikir, Umar r.a datang ke sisinya. Ketika itu Umar belum Islam. Lalu Abdullah bertanya ;

"Wahai Umar, yang mana lebih engkau suka, kawan yang pengecut atau musuh yang berani?"

Umar r.a dapat meneka maksud pertanyaan Abdullah dan beliau menjawab;

"Sudah tentu musuh yang berani lebih aku sukai dari kawan yang pengecut."

Kata-kata Abdullah menimbulkan satu kekuatan untuk Abdullah hingga akhirnya beliau pulang ke rumah dan mengistiharkan keislamannya kepada Suhail Ibn Amru dan Abu Jandal.

Abu Jandal yang ketika itu juga telah Islam tapi juga terpaksa menyembunyikan keislamannya walaupun ketika itu Abdullah bin Suhail telah mengakui keIslamannya. Abu Jandal cuba sedaya upaya untuk mempertahankan abangnya di hadapan Suhail ibn Amru. Dipendekkan cerita setelah beberapa ketika Abu Jandal turut mengakui keIslamannya di hadapan Suhail Ibn Amru.

Suhail ibn Amru pun apa lagi, rasa makin terhimpit kerana dia bermati-matian menentang Rasulullah namun dua anaknya mengikut ajaran baginda. Lalu ketika Muslimin telah keluar berhijrah ke Madinah, Abdullah ibn Suhail dan Abu Jandal dikurung oleh Suhail ibn Amru.

Seronok menyaksikan gelagat dua saudara yang bertegas dengan prinsip akidah mereka walaupun keluarga sendiri menentang. Abu Jandal disifatkan sebagai seorang yang selalu tertinggal dari abangnya Abdullah, kerana Abdullah selalu mendahuluinya dalam beberapa perkara.

Abdullah ibn Suhail terlebih dahulu memeluk Islam.
Abdullah ibn Suhail juga mendahuluinya menggabungkan diri dengan muslimin di Madinah,
Dan Abdullah ibn Suhail juga yang lebih awal menemui syahid.

Kata Abdullah ibn Suhail sewaktu Abu Jandal diheret pulang oleh Suhail ibn Amru yang datang berunding dengan Rasulullah dalam Perjanjian Hudaibiyah ;

"Itulah adikku Abu Jandal yang sering ketinggalan di belakang."

Pelakon Syria yang memainkan watak Umar.
Samer Ismail.
Watak Abu Jandal. Oleh Majd Feda.


Saranan, dapatkanlah Omar The Series. :)
Its fun.

Tapi cerita ni dahulunya menimbulkan kontroversi juga. Pasal menggambarkan rupa sahabat baginda. saya juga berfikir yang sama. can we or cannot, wallahu'alam. tapi apapun ambillah sebanyak mana manafaat yang ada.

After a while.

Sudah lama tak menjengah ke ruangan ini :)
Salam Ramadhan Kareem.

Moga dilimpahkan rahmat dan berkat menjelang penghujung Ramadhan ini. InsyaAllah.

Sepanjang tak menulis di sini, macam-macam dah berlaku.
Pengalaman menjadi guru selama sebulan. Memenatkan. Hingga satu masa rasa naik menyampah dengan budak-budak. Nakal sangat. Naik jenuh nak menegur. Nak marah tak tergamak. Tapi seronok dapat cubit-cubit si budak-budak.

Sungguh penat jadi cikgu. Walaupun sekadar cikgu sementara. Sehingga ke hari ni, dah dapat go along dengan fiil budak-budak. Yang degil. Yang suka main. Yang tak dengar kata. Dan tak tahulah apa sangat yang menarik pada cikgu baru ni, sampaikan kalau jumpa anak-anak ni akan senyum, say hi, even bukan dari kelas yang saya ajar.

Kata mereka, "Ustazah baik."
                      "Ustazah tak garang."

Tak boleh nak kata apa. Semua guru-guru Kafa yang lagi senior semuanya garang-garang bagi mereka. Heh, bagi saya pun. Pada satu ketika saya fikir itu bukan psikologi terbaik untuk anak-anak ni. Dan pada satu sisi lagi adakalanya saya fikir garang itu perlu.

Satu perkara yang pasti, kanak-kanak belajar dari apa yang mereka lihat. Mereka lihat, tafsir dan ikut. Contoh lepas solat dalam bulan Ramadhan ni kami tak akan masuk kelas. Hanya kumpul ramai-ramai dekat dewan solat, ajar budak-budak bacaan solat,zikir dan so on sampai habis waktu fardhu ain.

Satu masa, bila mereka bising ustaz ustazah marah. Tak lama lepas tu mereka tengok ustazah-ustazah pulak yang asyik berborak sedangkan mereka suruh budak-budak ikut zikir. Jadi apa lagi? Terdengarlah sok sek sok sek "Dia suruh kita senyap dia pula bising tak apa."

Lalu mereka pun bising sekaki. Lepas tu kena marah balik dengan ustaz ustazah. ~.~
Sayangnya, mereka hanya belajar dari apa yang mereka lihat.

Memandang wajah budak-budak ni, saya selalu sematkan dalam hati betapa sucinya wajah-wajah yang menjadi tatapan mata saya. Pada mereka tiada secalit dosa. Kata-kata mereka jujur. Mereka cuma nakal. Dan fitrah kanak-kanak, mereka suka bermain. Sebab tu rasanya tak tergamak nak menengking anak-anak kecil ni.

Adat anak-anak dalam kelas yang diajar pula kadangkala mencuit. Biasanya awal kelas saya suruh mereka buka Al-Quran. Kemudian seorang akan lead bacaan, yang lain ikut. Atau sometimes, saya sendiri yang pergi dengar bacaan sorang-sorang.

Ada yang dah boleh baca dengan lancar. Ada yang tak reti baca dan awal-awal dah pesan "Ustazah saya tak reti baca. Saya baru Iqra 2." Kasihan pun ada, bangga pun ada dengan kejujuran mereka. "Okay takpe, ustazah ajar. Awak ikut."

Bila kita leka sikit, maka start la budak-budak ni bermain kat belakang. Siap main lubang tikus lagi kau. Cara nak halang mereka main, sama ada ugut dengan nama Ustazah Zainab, ummi saya atau tulis sesuatu di papan hitam.

Bila kena ugut, serta merta mereka diam dan stop main. Lepas tu start la mereka pujuk "Alah ustazah kami tak bising pun. Kami main je."

Atau bila tak larat saya start mengajar di papan hitam. Tiba-tiba bunyi bising dah hilang. Bila berpaling ke belakang semua dah ada kat tempat duduk masing-masing dan buka buku. Siap-siap nak tulis. Masa tu rasa nak tergolek je. Belum bagi arahan untuk salin mereka dah start salin.

They really make my day.

Tinggal tiga minggu lagi berbaki untuk bersama mereka, and then kembali ke alam kampus!
Bila sebut pasal kampus ni, tak sabar lah pula nak bergelar pelajar degree.

Officially a student of Dietetic.

Bachelor of Dietetic (BA Hons)
InsyaAllah.

Walaupun awalnya bermatian nak Optometry, akhirnya ini jawapan yang diterima. Dietetic jujurnya pilihan ketiga. Tapi nak buat macam mana, redha saja. Mujur tak ada rasa frust menunggeng. Rasa sedih pun tidak. Gembira pun tidak.

Tak sabar nak ke Kuantan. Tapi pada masa yang sama, bimbang dan cuak. Masa mendatang, cabarannya pasti lagi kuat menggigit. Tangisan pasti lebih hebat. Agaknya.

Moga hati-hati ini makin kuat! amiin.

Wednesday, July 10, 2013

Memori Ramadhan Dulu-Dulu

Ahlein ya Ramadhan.

Berpagi hari menghirup udara 1 Ramadhan.
Masuknya Ramadhan kali ni dah 21 kali Ramadhan , dan nafas masih sempat bertemu dengan bulan mulia  ni. Juga menandakan ini sudah kali kelima belas saya berpuasa.

Kalau diingat kembali seawal saya umur tujuh tahun dah dilatih berpuasa oleh umi abah.
Dulu kecik-kecik puasa 'yok yok' tak apa lagi. Umi pesan kalau puasa separuh hari pun tak apa dah. Kalau tak tahan buka je.

Tapi syukur, saya jenis budak yang kental. Hihi. Nak juga puasa sampai putus nafas! Eh, over. Dan alkisahnya umur tujuh tahun dah mampu puasa penuh. Naik umur lapan tahun dan seterusnya pun Alhamdulillah puasa penuh. Tapi tak pernah minta upah atau ganjaran dari umi abah. :) I guess.

Dulu kecik-kecik kalau puasa Umi selalu buat kuih atau puding untuk berbuka. Boleh kata hampir tiap hari. Kuih onde-onde, puding gula hangus, puding buah. Lazatnya. Oke, tarik air liur balik. Dan sumpah itulah yang menjadikan Ramadhan waktu kecik-kecik best. Ye lah, nak harapkan budak sekolah rendah hayati betul-betul bulan Ramadhan dari segi ganjaran pahala, solat terawih bla bla bla memang tak lah kan.

Bila hampir masuk waktu berbuka semua dah bersila mengadap makanan. Yang besar-besar boleh makan kat meja makan, yang kecil-kecik ni kena bersila kat bawah. Boleh kata tak pernah berpeluang berbuka di meja. Adik lah katakan.

Dulu dalam lepas Asar selalu ada siaran Mari Mengaji dalam pukul lima petang. Lepas tu pukul enam ada yang pasal sirah nabi tu, Jejak Rasul. Bila baik, melekat lah kat depan tv tu dari pukul lima, belajar mengaji sekali. Paling suka tengok yang Jejak Rasul tu. Dah jadi tabiat suka sangat baca dan dengar cerita-cerita pasal nabi-nabi waktu kecil. Dijadikan cerita, dulu kecil-kecil kami ada jilid buku kanak-kanak tentang pelbagai sirah zaman rasul. Habis saya rembat masuk bilik dan khatamkan semua. Even ada satu buku yang dah koyak rabak pun saya jaga dan usahakan untuk baca walaupun tulisan dia rapat-rapat dan kecil-kecil.

Sakit mata, tapi keazaman yang tinggi mengalahkan segala hasutan syaitan. Mesti syaitan menangis melolong-lolong tengok saya mengadap buku-buku tu dulu. ~.~

Sesekali ikut terbuai mimpi depan tv sampai nak masuk Maghrib. Waktu ni memang aman sikit, abang-abang lesap tak tahu ke mana. Jadi tv tu aku yang punya!

Masa kecik jarang sekali ikut pergi terawih. Atau mungkin tak pernah. Try nak recall mana-mana memori terawih tapi tak boleh nak tembus memori kepala. Cari cari tak jumpa. Nampak sangat tak pernah ada memori pasal terawih. Waktu kecik bab solat memang liat. Allah.

Waktu sahur, dengan malasnya bangun bila dikejut. Bangun-bangun makanan dah siap. Masa kecik, tolong umi kat dapur memang tak pernah! Berbuka pun tak, sahur apa lagi ! Penatnya umi melayan kerenah sembilan orang ahli rumah.

Time sahur berpeluang besar makan di meja, sebab abang-abang semua liat nak bangun. Selagi tak kena bebel panjang, tak kena simbah air dengan umi selagi tu lah mereka tak bangun. Bila semua bangun semua layu, nak tak nak je makan. Semua mata hampir-hampir nak tertutup balik. Mata saya je buntang besar. Sebab abang-abang selalu cakap,

"Luas la mata, macam hantu."

Saya sampai ke hari ni tak faham al-sebab mereka cakap macam tu. Agaknya abang-abang baru termimpikan hantu dan bila bangun tengok pulak mata si adik yang macam burung hantu, kecutlah perut mereka. Ha ha. Tapi nak buat macam mana, dah semula jadi mata bulat dan besar. Eh, ni orang yang cakap.

Lepas sahur, semua sambung tidur balik. Dari yang sulung sampai ke bongsu. Biasa abang-abang akan sambung tidur kat ruang tamu. Kami yang perempuan masuk bilik balik. Jarang-jarang sekali abang keempat join kami sekaki. Tidur sekali. Waktu kecik-kecik memang rapat dengan abang keempat tu, Anih.

Bila bangun untuk Subuh, atau bangun lepas Subuh tengok-tengok semua bertukar posisi. Yang tengah kat tepi, yang tepi kanan dah masuk ke tengah , yang tepi kiri pergi ke kanan. Hebat sekali semua beraksi dalam tidur.

Malam-malam pula main bunga api, itupun kalau ada stok. Itu paling power lah orang kata, untuk perempuan. Abang-abang lagi hebat menunjukkan keganasan, main mercun atau bedil orang Kelantan panggil. Pum pang pum pang sana sini. Nak tunjuk hero lagi, tu ha berlawan membedil rumah orang dengan anak jiran. Aku bedil rumah kau, kau bedil rumah aku.

Sesekali terliur nak main bedil. Tapi abang-abang bagi yang stok bedil bawang tu je. Itu pun dah kecut perut. Sekali abang buat jahat dia lempar mercun bawang tu kat kaki, larilah si adik ketakutan. Padahal apa lah sangat sakitnya tu.

Bila tiba malam Ramadhan terakhir sebelum masuknya satu Syawal, rutin semua orang pergi ke rumah Pak Long kat depan rumah. Itu memang rutin tahunan masa kecik-kecik. Bukan nak beraya, tapi nak main bunga api. Memang meriah lah. Lagi meriah bila yang lelaki pasang mercun roket. Dah macam roket betul. Dan semua macam eksaited bila mercun tu meletup kat udara.



Memori Ramadhan dulu-dulu, nilainya lebih kepada keseronokan untuk bergembira. Tapi itu jugalah yang membina diri hingga ke hari ini.

Rindunya nak berkumpul ramai-ramai cukup semua ahli keluarga, tapi sekarang semua dah jauh-jauh. Seorang di Jordan, lima di bumi Selangor, dan kat rumah hanya berempat.

Tapi apapun Alhamdulillah, Ramadhan kali ini julung-julung kalinya diberi peluang oleh Allah untuk berpuasa penuh di rumah, selepas lapan tahun asyik berbuka di asrama dan negeri orang.

Ahlein ya Ramadhan. Jangan lupa persiapkan diri dengan target-target baru ibadah untuk Ramadhan kali ini.

:)

Sunday, July 7, 2013

Untuk Misr.

Muhammad Mursi Isa al-'Ayyat.

Dr Mursi, satu-satunya Presiden Mesir yang menjadikan Islam sebagai tunggak kepimpinan.
Bila dapat berita tentang keadaan dan apa yang berlaku di Mesir, diri terfikir,
'Apa lagi yang diinginkan oleh rakyat Mesir?'

Tapi bila terus diselusuri dan update dengan keadaan di sana, mula faham. Semua itu berlaku kerana janji Allah itu benar.

"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu". (Al-Baqarah : 120)

Selama-lamanya mereka tidak akan redha dengan agama yang benar ini!

Solidariti untuk Misr.
Tembakkan doa bertalu-talu.

Jangan lupa juga untuk Palestin,Syria,Turki,Myanmar dan mujahidin-mujahidin di seluruh pelusuk dunia amnya.
Tak guna kalau pumpang pumpang dalam Facebook sahaja, tapi doa satu pun tak pernah di'tembak' untuk mereka-mereka di sana.



Sedikit masa lagi, Islam pasti menang!
Bertahanlah, wahai mujahidin.

Selama-lamanya kita tak akan pernah kalah.

Wednesday, July 3, 2013

Jodoh dengan Budak Usim. Ehh?

Ya, itulah dia tajuknya.

Sejak seminggu yang lepas sehinggalah detik pagi tadi asyik bertemu dan bertentang mata dengan budak-budak USIM. Sempat borak-borak, kenal nama. Pertemuan-pertemuan yang walaupun ringkas dan sekejap tapi sekurangnya mengisi dan menemani diri yang keseorangan -.-

Di Kursus Amilin Amilat Qaryah Ramadhan.

Saya dengan berani matinya, and all alone, tak berpakat dengan kawan-kawan yang lain pergi mendaftar nama untuk menjadi amilat perkampungan Ramadhan di stadium Kota Bharu. Abah dan ummi terkejut anaknya berani semacam tu. Siap ummi membebel lagi.

Tapi nak buat macam mana , bukan tak nak berpakat tapi sebab tergesa sangat dan tak sempat, plus peluang terhad dan perlu berlumba hantar nama dengan cepat. Awalnya ingat kekosongan dah penuh, tapi at last Alhamdulillah terima mesej dari pihak Nisa' Kelantan yang diri terpilih sebagai salah seorang amilat.

Lagipun bagi saya nak buat kerja amal tak perlu tunggu kita ada kawan baru bergerak. And plus, saya fikir once dah involved nanti boleh buat ramai kawan. Dapat kawan baru, ye dak? :)

Dan bila di sana, rasanya saya seorang saja yang datang tak berteman. Yang lain semua bergeng, tapi apa aku kisah? Untung jumpa juga student UIA, kawan si kembar tapi sempat borak sekejap je sebab dia pun bergeng ^^ Dan nak diceritakan waktu tunggu solat Asar ada seorang hamba menegur. Dia panggil saya Kak. Mature seketika. Sempat bertanya itu ini, dari mana, study mana. Dan tup tup tahu kami sama umur.

Orangnya mesra. Lembut dan sopan. Dan namanya Syahirah, tapi katanya biasa dipanggil Nur. Hai Nur :) Tapi sebab masa yang tak lama kami pun sempat berborak kejap je. Dia tahu saya datang seorang diri. Tiba time makan saya memilih untuk tak makan walaupun tahu makanan yang disediakan tu makanan hotel. Bukan sebab malu atau segan tapi sebenarnya sebelum datang sudah makan terlebih dulu. Nasib lah.

Jadi jamah air je lah. Nur yang kebetulan ternampak saya bertanya, ''Tak nak makan ke?" saya geleng, "Dah kenyang. Baru je makan sebelum ke sini." Dia angguk faham. Dalam rata-rata mereka yang ke sana saya melihat dari perspektif yang berbeza. Mereka yang sudah selesa dengan kelompok sendiri susah nak bergaul dengan kelompok lain. Mewujudkan barrier satu sama lain. Kau geng lain, aku geng lain so main jauh-jauh. Hingga kadang-kadang nak masuk dalam kelompok tertentu pun susah.

Mujur jugak ada Nur yang ramah.

Interview kerja

Jujurnya baru semalam. Selepas dah habis interview seorang ustaz suruh tunggu. Duduk la melanguk kat situ beberapa minit. Dan seketika kemudian seorang kakak yang juga baru selesai di-interview duduk di sebelah. Kami borak-borak sambil dia tunggu sepupu dia yang masih di-interview. Borak punya borak tahu la jugak dia baru habis degree di USIM. Dari pengkhususan Syariah, kalau tak silap. Sempat la bertukar-tukar cerita tentang USIM dan UIA. Tahu itu dan ini. Dia baru selesai praktikal, dan mohon untuk jadi guru fardhu ain di tempat praktikalnya sendiri memandangkan ada kekosongan.

Akak tu memang peramah, suka tersenyum. :)

Bila dah hampir tamat, ustaz yang tadi menyerahkan terus surat perlantikan pada saya dan meminta untuk pergi melaporkan diri di sekolah ummi ahri itu juga. Kakak yang tadi mengucapkan tahniah. Permohonannya pula bakal keluar dalam sehari dua lagi. Oke, ada diskriminasi di situ. Seterusnya kami bergerak keluar.

Sebelum balik sempat meminta diri pada kakak tadi. Sambil salam tangan dia saya baru teringat, nama tak tahu lagi. Barulah sibuk tanya, "Akak nama apa?"

"Saidah." saya angguk dan dia tanya balik nama saya.

"Najihah." Kami berbalas salam dan saya mula turun tangga.

"Tapi muka awak ni familiar lah, macam pernah nampak." Saya sengih.

"Tapi tak ada kakak kan, mungkin silap kot," Kak Saidah senyum. Moga jumpa lagi, akak.

MUET Speaking Test






Dalam slip exam mula pukul sebelas. Dan memandangkan abah kerja, call abah suruh balik ambil pukul 9.40 pagi. Exam mula pukul sebelas tapi terpaksa keluar awal sebab slip tak print lagi. Untung juga abah dah naik pangkat sebagai Penolong Kanan sekolah, jadi most day memang abah tak mengajar. Bukan niat nak menyusahkan tapi itulah kesan bila masih tak berlesen dan tak reti memandu. Nak ambil kelas memandu masalah duit pula. Kalau boleh memang tak nak pakai duit umi abah, biarlah pakai duit sendiri. Kena tunggu gaji masyuk dululah gamaknya.

Sampai di tempat kejadian dalam pukul sepuluh lima minit. Awal gegile. Antara orang terawal yang sampai. Orang kedua terawal sebenarnya sebab dari dalam kereta sudah ternampak kelibat seorang lelaki muda pakai kemeja membuka helmet di kepala. Terdetik dalam hati dia candidate jugak.

Bila ditanya pak guard tempat exam dia menunjukkan arahnya. Saya berterima kasih. Orang berbudi kan, kita berbahasa. :)

Dan tiba-tiba, lelaki segak tadi menegur. Dia terdengar agaknya saya bertanya pak guard. Dia tanya, "Ambil Muet juga eh?" Saya jawab ya dan tanya dia balik. Positif.

Dan kami berjalan seiringan. Dia tanya juga itu ini.

"Nombor giliran berapa?"

"0105 berapa entah," saya jawab mengikut apa yang diingat. Padahal bukan yang itu. Lantak lah, asal menjawab.

"Oh, sekali lah kot kita ni."

"Oh ya?" dalam kepala dah terbayang macam-macam, dan hati dalam berteriak Oh No! Tak pernah dalam hayat berganding speaking dengan lelaki.

 "Belajar mana?" saya jawab UIA dan tanya dia balik soalan sama. Guess what?

"USIM," ohh. Dan kami bersama-sama melilau, kekonfiusan dan meraba mencari arah dan tempat. Jumpa satu bilik yang tertulis 'Bilik Menunggu Muet', tapi kosong. Seriyesly? I was like, ini ada ke tak ada Muet nya ni?

"Kat sini dah kot," teman lelaki tadi cuba meyakinkan. Eh, teman lelaki? :D
Saya angguk, "Tapi kosong ni, tak ada orang pun."

"Lagipun mesti ada registration," saya tak puas hati memikirkan mustahil datang datang terus masuk exam. Tak beradab dan bertatasusila namanya begitu +.+

"Kena ada registration eh?" dia tanya balik.

"Takkan tak ada registration kot," menjawab balik ikut common sense. Dan saya terus berjalan ke depan, meninggalkan dia di belakang. Tapi berpatah balik bila di depan tu dah masuk area kelas pelajar. Bila pusing belakang rupanya dia juga ikut langkah kaki saya. Mengekor jugak.

"Betul dah kot kat sana," saya mengalah akhirnya, malas nak mencari. Dan kami tercegat di luar pintu, masing-masing teragak nak masuk. Mungkin dia berfikir apa yang saya fikir - lelaki dan wanita dalam satu bilik, haram. Berhati-hati walaupun kelas yang dijadikan bilik menunggu tu terbuka, bukan tertutup.

Dan serasa saya, itu pertama kali saya tak rasa kekok dengan lelaki. Tambah pula dia pun macam gaya sempoi je, gaya lebih kurang abang dan mungkin itu juga yang buatkan saya rasa biasa dan selesa sahaja nak menjawab dan bertanya dia.

Dia sekadar menunggu di luar. Bila dah terasa agak membazir waktu di situ, saya teringat kat abah. Bimbang kalau abah masih menunggu. Lalu saya bergerak untuk ke pintu pagar utama balik, dan waktu itulah ternampak seorang lagi sister. Gaya macam nak ambil Muet jugak. Saya menegur, "Datang ambil Muet juga eh?" Dia mengiyakan. Dan dia tanya, "Ada kawan ke?" Saya menidakkan. Dan dia pun sendirian berhad sahaja ke sana. Saya tanya belajar di mana and sekali lagi, "USIM".

"Budak lelaki tu pun USIM." Dia lihat ke depan.

"Tak kenal eh?" saya tanya lagi.

"Tak," dan dia sekadar tersengih. Saya berlalu mencari abah tapi kereta dah hilang. Berpatah balik ke bilik menunggu. Kawan perempuan tadi sedang bercakap di telefon, jadi tak tahu nak borak dengan siapa. Yang lelaki tu pulak masih tercegat kat luar bilik, juga tak tahu nak buat apa. Saya masuk ke bilik, kemudian keluar balik dan tercegat di muka pintu. Bila si budak lelaki tadi berpaling ke arah saya, saya beritahu , "Tu USIM jugak tu."

Dia sekadar Oh, memang nampak benar tak kenal antara satu sama lain. Tapi untung juga ada kawan satu U. Sehingga ke sudah saya menunggu kedatangan mereka-mereka dari UIA tapi hampa. USIM je ramai.

Dalam sejam lebih jugak menunggu sebelum masuk ke bilik exam mengikut group. Dan untung saya tercampak ke group pertama, tak adalah lama menunggu. Dan mujur lagi, ahli group semua perempuan. Sambil menunggu mulut ni berborak tanya itu ini dengan kawan perempuan USIM tadi. Namanya Fatihah, kos Quran Sunnah, baru habis tahun kedua. Yang lelaki tadi sampai ke sudah tak tahu nama. Tak sempat nak taaruf lama-lama.

Lama juga berborak dengan Fatihah. Orangnya pun nampak sempoi dan borak macam dah kenal lama. Bila dia bertanya sudah tahun ke berapa saya jawab, "Baru habis asasi."

"Umur berapa?" bila sebut asasi mungkin dia pun rasa saya sekitar belasan lagi.

"21."

"Oh, sebaya lah kita." Oke happy dapat kawan sama umur :) Bila saya tanya soalan sama balik, katanya dia di tahun kedua. Sama umur, tapi saya baru habis asasi dan dia sudah nak masuk tahun ketiga degree. Jauhnya beza.

Dia juga mungkin kepelikan kenapa umur saya tua sangat untuk title 'baru habis asasi'. Dia tanya lagi, "Asasi UIA berapa tahun?" saya pun menjelaskan lah itu ini. Perihal EPT, APT.

"Kiranya masuk ke sana dengan apa, spm?" dia menduga. Saya mengiyakan. Tapi langsung tak disebut tentang pit stop sebelum ke UIA selepas habis SPM. Sengaja. Mungkin kalau saya jelaskan baru dia dapat tangkap dan faham kenapa 'muda' sangat habis asasi. -.-

 Ada juga kami 'mengumpat' pasal budak lelaki tadi. Kata Fatihah dia memang tak kenal.

"Mungkin fakulti lain kot," dia menduga. Saya pun fikir begitu. Nama lagi universiti,bila fakulti berbeza possibility juga tinggi untuk saling tak mengenali.

"Tapi tak nak lah kalau satu kumpulan dengan dia," bimbang pulak dia.

"Kenapa, untung lah sikit ada kawan satu U sekurangnya."

"Eh tak nak lah, nanti terserempak kat USIM malu. Lebih baik dengan orang yang kita tak kenal." Saya gelak sajalah. But she got the feelling I had before :) inferior dengan kenalan.

Mulanya ingat kami dapat berada dalam satu kumpulan memandangkan nombor giliran pun dekat-dekat. Tapi al-kisahnya pemilik nombor giliran sebelum saya tak datang atau mungkin menarik diri, lalu tercampaklah saya pemilik angka 3525 ke kumpulan pertama. Sebelum saya masuk ke bilik exam Fatihah sempat ucapkan GoodLuck. Entah bila boleh jumpa lagi.

Untuk speaking tu ada seorang lagi pelajar USIM. Senior Fatihah, patutlah dia kata muka kakak tu seakan familiar. Dan dalam speaking test itu boleh dikatakan saya dan kakak tu yang lead. Bukan nak kata kami tak bagi peluang pada dua yang lain, tapi dapat lihat mereka sangat cuak dan takut. Dapat lihat mereka diam lama sebelum bercakap, dan terlalu takut untuk menyusun ayat. Nak tolong, tapi memang mustahil lah kan sebab untuk task pertama it's all depends on our ability to elaborate the point given. Yang saya mampu tolong hanya mengukir senyuman untuk relakskan mereka dan mengangguk sebagai tanda respon untuk point yang dicakap.


Malah kami cuba bagi peluang untuk mereka tambah point di task yang kedua. Dan Alhamdulillah they're getting well with it. Dan untuk task yang kedua apabila examiners meminta sesiapa sahaja untuk memulakan discussion  semua diam. Saya dah agak ini akan berlaku selepas lihat prestasi masing-masing di task pertama. Tapi mulanya saya fikir nak bagi kakak tadi saja yang memulakan, tapi dia pun pandang saya. And I took that chance, and responsibility.


Tapi sayangnya kami tak sempat nak buat conclusion. Saya terlepas pandang, ingat masa lama lagi. Kakak tu cakap, "Akak baru ingat nak bagi awak buat conclusion, tapi sayangnya kita main pass-pass lagi."

"Saya tak perasan time dah nak habis. Saya pula terfikir nak pass kat akak je conclusion tu."

"Tolak markah tak agaknya ya?"
"Entahlah kak."

Habis exam akak tu ajak cari tempat duduk sementara tunggu abah datang ambil. Lagi sekali, sempat berborak panjang itu ini. Tapi bila dah asyikk borak terlupa sampai ke sudah nak tanya nama. Yang tahu, akak tu juga dari jurusan Quran Sunnah, baru habis tahun ketiga dan tinggal satu semester lagi untuk tamat pengajian. Dan itu sudah masuk kali ketiga dia mengambil Muet. Untuk grad USIM kena at least dapat band 3. Tinggi jugak tu woih.

Akak yang cantik dan kecil molek. Juga peramah, dan tak lokek dengan senyuman.

Sempat jugak dia tanya saya ambil kos apa dan saya jawab, "Sains Kesihatan."

Dia menepuk tangan, "Patutlah hebat speaking." Saya gelak sajalah.

"Tak adalah Kak, cuma kami memang dah dilatih untuk speaking di UIA." Mana taknya, presentation in English, pengalaman EAW lagi, EPT test. Sememangnya jadi terbiasa dengan situasi Muet walaupun itu first time ambil Muet. Untuk pertama kalinya, rasa beruntung bila UIA strict dengan languange. ~.~

Dan sebelum balik, sempat salam tangan akak tu tanda hormat. Dia kata,"InsyaAllah jumpa lagi."

"InsyaAllah 20hb ni kalau ada jodoh kita jumpa lagi," saya menelah.

Untuk reading,listening and writing :)
moga-moga.

For this whole week, they have my respect. Malah terasa UIA dan USIM seakan adik beradik. Bila jumpa mereka, tiada halangan untuk berborak dan bermesra. Berbeza, tapi sama. :)

UIA love USIM. Hihih. Moga jumpa lagi teman-teman. Walaupun sekejap saja perkenalan tapi rasanya cukup dekat di hati. Moga berjodoh, kalau tidak di dunia, di akhirat sana insyaAllah.

Tuesday, July 2, 2013

Selamat Menjadi Guru

Hari ini.

Pagi tadi seawal pukul 8.15 sudah bertolak kluar rumah. Atas urusan interview kerja sebagai guru KAFA sementara kat sekolah lama, SK Kem Pengkalan Chepa.

Petang semalam baru dapat berita dari umi sebenarnya kena interview hari ini. Saya buat muka rilek walaupun hati separuh nak separuh tak nak untuk kerja. Ya lah, dah lama cuti makin rasa malas nak berpenat lelah kat luar.

Mujur semalam sempat jugak buat preparation sikit. Preparation apa? Belajar balik hukum tajwid yang lima dengan umi. Siap umi buatkan nota lagi untuk anak daranya. Maka bila dah miliki nota indah tersebut rasa dah cukup well-prepared dah la. Makanya semalam bisa tidur dengan lena. Bangun tidur lupa terus hari ini ada interview.

Bila di-interview?

Unexpected. Umi kata mustahil untuk ada ujian bertulis. Ya lah, ingat exam ke apa? Tapi bila sampai sana, nah kau kertas ujian 40 soalan dulu dia suruh jawab! Tersengih la sengsorang. Siap berkhayal, aku ni nak ambil exam umum ke apa?

Soalan dia, bukan main mencabar. Bila dah lama tinggal benda-benda kecil yang belajar dari sekolah rendah memang boleh kata hampir 80 peratus tak ingat apa dah. Al-kisahnya, main jawab saja lah. Apa yang diingat itu yang ditulis. Nasib baik terer lagi Arab ~.~

Tak cukup di situ. Diuji dengan lisan pula. Masuk bilik interviewer, disuruhnya baca beberapa surah lazim. Sempat jugak dia tanya pasal tajwid. Bila dia tanya definisi umum untuk hukum lima saya pergi terangkan satu-satu dari ikhfa' hakiki sampai idgham maalghunnah.

Ustaz tu mention sekali lagi. Definisi umum, kak. Err, tak tau la ustaz.

"Bila sebut definisi umum ni maknanya bila nun atau tanwin bertemu dengan huruf hijaiyah lalu menghasilkan hukum tertentu ke atas huruf-huruf tersebut." kata pak ustaz. Ohh.

"Huruf hijaiyah ada berapa?"

Alamak, nak kira tak sempat nih.

"Err, dua puluh lebih. Tak ingat la ustaz," sekurangnya jujur oke.

"28. Tapi bila ditambah hamzah dengan alif lam jadilah tiga puluh." Ohh lagi. Angguk-angguk.

Itu baru sedikit. Tak diceritakan lagi bab panjang. Lagilah memalukan. Tapi apapun Alhamdulillah, I got the job. Habislah lepas ni berperang dengan budak-budak. Tadipun dah serik rasanya nak suruh diam. Nak marah kang, hilang lah pulak keayuan :)

Tapi ternyata budak-budak ni ada time kena marah jugak. Main lembut kang dipijaknya kita. Patutlah nampak cikgu-cikgu ni tadi garang-garang. Terutamanya umi :) really that's not my mom :)

Selamat menjadi guru. (^.^)

Monday, July 1, 2013

|Cahaya di Veos|


             Kilat mulai sabung menyabung. Angin kencang yang bertiup seiring dengan hujan lebat yang mencurah membawa banyak lagi kerosakan pada tanah Veos. Ada pokok yang tumbang meranapkan atap pondok tempat para penduduk berteduh. Ada pukat dan jala yang melayang dibawa angin. Tok Juman meratib biji tasbihnya di tikar sejadah. Lelaki tua itu seakan tidak terusik dengan bencana yang melanda. Mulutnya terkumat-kamit membaca zikir.

            Dari luar kedengaran pintu biliknya diketuk perlahan. Suara anak muda meminta keizinannya untuk masuk. Tok Juman berhenti berzikir lalu memberi keizinannya. Sesaat kemudian pintu biliknya dikuak dan tubuh Yamin terjongol di muka pintu.

            “ Saya ada berita hendak disampaikan kepada Tok Juman,” Yamin berwajah ceria. Tok Juman mengangguk seraya menyambung ratibnya.

            “ White sudah pulang.”

             Melihat Tok Juman sekadar tersenyum, Yamin mengerutkan dahinya.

            “ Apakah Tok Putih tidak bergembira dengan perkhabaran ini?” Yamin menyuarakan kekeliruannya.  
     
            “ Masakan aku tidak gembira. Sudah tentu sekali aku cukup gembira. Cuma masih ada perkara yang aku runsingkan,” Tok Juman bersuara rendah. Tangannya masih ralit meratib biji tasbih di tangan.

            “Apakah perkara yang merunsingkan fikiran Tok Juman?” Yamin menyoal lagi.

            “Masa aku tidak lama. Dan aku khuatir sampai saat aku pergi menemui Tuhan aku masih belum mampu melihat cahaya di Veos.”

.......................

Dalam proses menulis cerita baharu. :)

Cahaya di Veos.



Kita tunggu dan lihat jadi apa nanti. Hoho.

Monday, June 24, 2013

Nikah kahwin - random talk

Its a hazy day -.- walaupun di sini masih selamat dari malapetaka jerebu.

Random post.

Walaupun sekarang cuti, tapi semangat untuk menulis sudah menghilang. Agaknya kesan dari di-brainwash di  lubuk tarbiyah hari tuu. Ohoh. Tarbiyah, yang walaupun caranya sedikit keras, tapi amat memberi kesan yang mendalam pada hati. Moga-moga kesannya kekal berpanjangan.

Recently, si kembar saya kerap buka Pesbuk and sekodeng insan-insan yang sudah selamat ber-baitul muslim,baitul dakwah plus lagi baitul haraki. Oh, saya tumpang sekaki. Lepas satu, satu akaun insan-insan bernasib baik tu dia buka.

Sesekali kami tergelak. Lucu. Tak sangka memang pelajar-pelajar UIA ramai yang kahwin awal. *buat-buat baru tahu* Bukan baru tahu, tapi tak tahu rupa-rupanya BaitulMuslim di UIA benar-benar berjaya. Lagi-lagi kat Kuantan. perghh.

Kahwin DQ sama DQ. Batch sama batch. Senior dengan junior. Gerakan sama gerakan. ~.~
Sungguh, memang berjaya baitulmuslim haraki di sana. (^.^)y

Ini perihal kahwin. Melihat keasyikan si kembar sekodeng akaun Pesbuk pasangan-pasangan tersebut, saya mengusik.

"Hang ni macam nak kahwin je."

"Taklah. Lucu kot," dia jawab. Nak nafikan lah tu yepp.

comell punya kad jemputan. sape punya entah, curi naa~

Cakap bab kahwin ni memang tak kan sudah. Tapi teringat balik apa yang pernah dibicarakan umi waktu wedding Abe Ngah  tiga minggu lepas. Kadang-kadang kata-kata ibu sendiri lagilah menaikkan semangat untuk kahwin. Ha ha ha *gelak tade perasaan*

Waktu kat rumah Ayah Chik, abang long umi, umi minta adik lelaki kami snap gambar hiasan daun sireh yang dihias pada tempahan hantaran. Bersungguh benar umi.

"Tangkap gambar, nanti masa depan boleh buat sendiri. Untuk majlis kakak pulak."

Saya terdiam. Ini baru wedding abang kedua, belum masuk wedding abang ketiga dan keempat lagi tapi umi dah jauh berfikir untuk wedding anak perempuannya.

Adik lelaki menurut kata sambil menyakat sekali.

"Mu bila nak nikah?"

"Aku? Dua tahun lagi." Saya bagi jaminan palsu. -.-

"Kakak kena buat sekali dengan Kak Ibah. Jimat belanja," umi seakan berfikir jauh. Macam dah siap planning dah.

............................................

Di kampung, atau selayaknya di rumah sendiri saya suka dengar orang tua berborak. Gaya mereka mengusik sesama sendiri. Gaya mereka buat lawak. Ada seni. :)

Bila umi sibuk dengan preparation untuk majlis sambut menantu, 
mak cik-mak cik sekitar rumah datang membantu. (pantun dua kerat)

Umi sibuk sediakan meja makan pengantin. Kami bantu seadanya. Sikit-sikit.

"Ni baru majlis anak lelaki Mak Ngah. Kalau anak perempuan lagi penat," seorang mak cik mengusik.

"Em, kalau anak perempuan rasanya tak bangun dah esoknya," umi mengiyakan.

"Berapa tahun lagi untuk anak perempuan, empat tahun lagi?"

"Eh kalau ada yang sudi nak jaga tengah-tengah belajar tu pun boleh," jawapan umi menyentak hati.

Itu petanda green light tuh. Ahha. -,-

Kami hanya memasang telinga dan tersengih. Dan lagi umi sebut di masa depannya nanti, wedding saya dan si kembar harus disekalikan.

"Nanti kalau majlis anak perempuan ni kena letak pelamin ni. Satu sini, satu lagi sini," umi berkira-kira.

"Pelamin untuk bergambar je, tak ada tepung-tepung tawar apa semua," umi tambah lagi. Mak cik-mak cik mengangguk.

"Majlis kakak pagi, Jibah petang," kata umi lagi. Mak cik-mak cik menyokong kata.

"Adik nak jugak," si bongsu pulak tak mahu kalah. Nak juga majlisnya disekalikan.

"Adik nak jugak? Kalau macam tu majlis adik malam lah," umi meraikan. Kami tergelak. Malam?

"Molek dah tu. Pagi, petang, malam. Tiba waktu adik sorang pun takde," sorang mak cik berseloroh.

"Esoknya tak terbangun dah umi dari katil." Sebab penat sangat.

Macam-macam.

******

Soal ini adalah perkara yang tak pasti. Mungkin, mengikut ketentuan Allah maut yang terlebih dulu datang menjemput.

Mungkinnya nanti, kita terlebih dulu bakal ber'nikah' dengan sakaratul maut. ;)

Dan kami, mempunyai persepsi kami sendiri tentang nikah kahwin. :)
Adakalanya, kami tak mahu kahwin. Hihi. Nonsense heh, tapi itulah kenyataan. Ada kalanya.

Dan tak dinafikan, kami mengimpikan biarlah perkahwinan itu nanti tidak menjadi batu penghalang untuk kami terus bergerak dan bekerja di lapangan dakwah dan jalan yang kami pilih.

Pernah sekali seorang kawan beriya-iya mengingatkan,

"Aku rasa kau kena kahwin dengan budak sama jemaah dengan kau lah. Senang untuk kau nanti."

Dulu pernah bermati-matian saya bertegas, tak sama fikrah pun tak apa. Atau tak sama jemaah pun tak apa.
Tapi sekarang, mungkin fikiran tu dah berubah.

Bukan bermaksud nak tambah lagi satu ciri atau kriteria pada hadis Rasulullah dalam bab memilih calon. Tak, malah jauh sekali !

Cuma berfikir,untuk kemaslahatan dalam kebebasan bergerak di masa hadapan. Hewhew~ untuk kami meninggalkan jalan ini jauh sekali kerana hati sudah terlebih dahulu disambar dan dicuri oleh Encik Perjuangan.

Moga Allah mendatangkan yang terbaik untuk kami. untuk Islam, untuk dakwah, dan untuk gerakan juga. Allahumma ameen.

Oh ya, kami dah ada sijil kursus kahwin. Anda bila lagi? muehe.



Tak mahu eih feeling-feeling 'siapa bakal imamku', 'siapa sayap kananku'. Geli.
Cukuplah sekadar mengisi masa dengan membina diri.

Mungkin, asbab kepada rasa tak nak kahwin itu kerana merasakan diri masih belum cukup baik. -.-

Cantikkanlah akhlak kami ya Allah.

Dua tahun lagi?
Atau mungkin di akhirat sana? :))

Tuesday, June 18, 2013

Farewell, and ahlan wasahlan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Secara rasminya, saya, Nornajihah binti Mustafa, telah graduate dari CFS IIUM. :')
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.




Makanya ;

Selamat tinggal CFS. Dua tahun di sini, mengajar diri banyak perkara. Dan segala yang pernah terjadi di sini pasti tidak akan dilupakan. Pahit, manis, masam dan kelat. Semuanya akan disimpan erat dalam lipatan memori.

Baru terasa sebak. :') Dan baru benar-benar terasa sayang untuk meninggalkannya.

Padang. Dari jauh Mahallah Khadijah, dan Mahallah Umar al-Khattab .
Mood : cuaca mendung


Mood : langit yang cerah
Bangunan smawp.
Kuliah, meeting, talaqqi, talk. So on.
Library. Rindu.
Amf. Dewan utama.
Cukuplah sekadar gambar yang berbicara. :')

Till then, farewell dear cfs.



............

And next,
welcoming self to Kuantan Campus !
O yeah.

Cuak.
Teruja.
Excited.
Tak sabar.

Pintu gerbang. Main entrance. 
Masjid Sultan Ahmad Syah. Masjid UIA. Masjid putih.

Sekian sahaja gambar berbicara. ^^

Untuk sekarang, hanya menunggu offer letter ke Kuantan. Majoring in apa, saya redha saja apa yang akan diperoleh. InsyaAllah , Dia akan sentiasa memberikan yang terbaik, sesuai dengan keadaan, usaha dan kemampuan.

Till we meet again, cfs -.-

Friday, May 24, 2013

Sayonara Cfs.

Back to writing.

Finally done berjuang di medan ilmu cfs. InsyaAllah, andai tiada musibah datang menimpa di hari yang mendatang (merujuk pada repeat subjek) Heh.

Officially, bolehlah dikatakan we are a graduating student, kan. Apa rasanya meninggalkan cfs?
Gembira? Sedih? Atau, langsung tiada perasaan? -.-

Kalau dulu, I thought that meninggalkan cfs takkan sama seperti meninggalkan dq. Mungkin, benar. Cfs dan dq takkan pernah sama. Dan cfs takkan pernah mampu menggantikan dq. Tapi tetap, meninggalkannya ibarat meninggalkan bermacam memori.

Di cfs, saya belajar banyak benda. Untuk lebih mengenal makna tarbiah, juga makna sebenar perjuangan. Pahit manisnya lebih terasa. Sungguh tak mampu nak menafikan semua yang sudah dirasa.

Di cfs lah, diri belajar untuk menjadi seorang kakak kepada adik-adik yang menagih ilmu. Untuk menjadi seorang pembimbing kepada yang mencari cahaya.

Untuk menjadi seorang pengikut kepada ketua yang hebat. Untuk menjadi rakan sekerja kepada yang menggerakkan. Untuk menjadi salah satu dari batu bata kepada barisan yang tersusun kukuh. Saling menguatkan.

Di sini, kami bekerja tanpa mendapat pengiktirafan. Senyap-senyap tanpa diketahui orang. -.- Disalah anggap, diancam, diherdik, dicaci, itu perkara biasa. Terkorban masa study, itu juga sudah biasa. Buku tak tersentuh sepanjang malam dalam masa seminggu, itu lumrah.

Dan kami tak pernah menyesalinya. Sedikit sebanyak, itu yang membantu diri untuk menjadi lebih baik. Medan cfs, adalah medan membina diri bagi saya. Di medan ini, diri berpenat lelah bersama mereka. Dalam meneruskan legasi dakwah. Dan dalam memastikan rantai perjuangan terus berjalan. Walaupun sumbangan tak seberapa nak dibandingkan dengan mereka yang jauh lebih hebat, tapi tetap bersyukur untuk terpilih berada bersama mereka.

Di medan ini juga, kami merasa semburan gas pemedih mata. Merasa kehangatan pru13 yang lepas. Sehingga mampu diberi peluang untuk membantu gerakan Islam di tengah masyarakat. Kami bersama mengibar bendera. Di boo oleh pihak lawan. Juga bersama meredah hiruk pikuk manusia demi sebuah keadilan dan mencabar diri untuk berhadapan dengan risiko berani mati.

Nak di-listkan satu persatu tak cukup muka surat agaknya. Sungguh, sayang benar untuk meninggalkan jalan ini. Tak sangka, kan. Kalau dulu, saya malah pernah berjanji bahawa medan cfs adalah medan terakhir saya melibatkan diri dalam this so called 'kerja-gila'. Sehingga pernah menyuarakan sendiri pada abang,

"Kalau aku tak nak teruskan kat main camp nanti, macam mana?" I really meant it.

Abang balas, tenang je.

"Terpulang, tapi kau yang rugi." I thought he would ask me why. =.=

Tapi kuasa Allah, Dia yang mengubah segalanya. Perasaan sayang dan yakin dengan apa yang dibawa makin kuat dalam diri. Sehingga diri berkata pada hati, kau akan rugi andai kau meninggalkannya.

Jujurnya , inilah satu sebab utama kenapa diri sangat sayang untuk meninggalkan UIA. Kerana ini jalan yang dipilih.

di Selayang, N19.

CFS memang tak mampu nak menyamai DQ. Tapi tetap ia punya tempat di hati kecil ini. Sayonara cfs. And here we come, Kuantan!

Moga kami terus terpilih untuk bersama dalam barisan yang sama di sana nanti. InsyaAllah. ^^

Saturday, March 16, 2013

sepuluh minggu.



LAGI.

Bertahanlah. Dan bersabarlah. Hanya untuk sepuluh minggu sahaja lagi.

And then, bukak fasa kehidupan yang baru. :)
Yosh yosh.

Kenapa tak sabar sangat nak habis cfs ni?  ~.~
*Jongket bahu*


Tuesday, March 12, 2013

Mari Mengenal Marhalah Tarbiyah


Terjumpa satu benda tadi, nak tahu apa dia? Tunggu dan baca sampai habis. Sebelum itu, diingatkan pada sesiapa yang anti-tarbiah atau telinga kuali dengan jenama cap syarikat tarbiah, sila bertukar ke behlogs lain. Sekian.



Ya, ini perihal tarbiah. Anda pernah berjalan di Jalan Tarbiah? Atau membelok ke Lorong Tarbiah ?
Alhamdulillah. Saya yakin pernah. Rata-rata antara kita pernah mengenali susuk tarbiah. Sudah lama berkecimpung dengan dunia usrah, daurah, mukhayyam. Erk. Apa lagi?

Tapi tahukan anda, tarbiah juga ada marhalahnya? Jeng jeng jammed..
Sebelum tu nak tanya, apa rukun usrah? Ha, belek buku balik.

Okay, berbalik kepada Tarbiyah. Tahukah anda Tarbiyah juga ada marhalah-marhalahnya tersendiri? Punyalah selama ni bercakap pumpang pumpang pasal tarbiah, tapi asas tarbiyah pun kita tak tahu, kan? Terkena batang hidung mancung aku oitt.



Marhalah Pertama - Taarif

Ini marhalah pertama, iaitu pengenalan. Dalam marhalah ini, kita akan melalui satu proses taaruf, ice breaking, kenal-kenal , manja-manja dengan Tarbiyah. Kenal apa itu usrah. Kenal apa itu daurah, katibah. Pendek kata, ini proses pertama dan core untuk ke peringkat seterusnya. Tanpa taarif, kita tak akan kenal apa itu Tarbiyah. Jauh sekali usrah dan segala apa yang menyelingkupi skop dan aspek tarbiyah.

Marhalah Kedua - Takwin

Peringkat pembinaan. Sinonimnya lagi, pembentukan. Setelah melalui satu proses pengenalan, anak-anak didik tarbiyah akan mula dibentuk. Dibentuk untuk apa? Pikir, pikir, pikir. Satu dua tiga, saya jawab. Untuk melahirkan para amilin. Iaitu mereka yang bekerja untuk Islam.

Contohnya dalam proses usrah. Usrah tujuannya bukan sekadar untuk melahirkan individu yang berfikir 24/7 Bukan, bahkan lebih sekadar itu. Usrah di akhirnya adalah untuk melahirkan para amilin, jiwa-jiwa yang sanggup bangkit untuk meneruskan perjuangan Islam.

Dalam proses takwin inilah, para amilin akan dikumpulkan dan disatukan melalui sistem-sistemnya yang tersendiri.

Marhalah Ketiga - Tanfiz

Makna kata, pelaksanaan. Sesudah melahirkan para amilin, maka nescaya mereka-mereka ini akan dihantar untuk bergerak di medan masing-masing dengan membawa matlamat dan tujuan yang sama. Segala didikan dan ilmu yang didapati hasil perjalanan tarbiyah akan dipraktikkan di marhalah ini. Mostly.

Namun, teringat pada kata-kata akak naqibah. Kata beliau, kebiasaannya di peringkat inilah para du'at dan para amilin akan berhadapan dengan masalah. Masalah yang lebih besar, iaitu futur di tengah jalan. Di peringkat ini jugalah, ramai yang akan berpaling arah dan berpaling tadah. Nau'zubillah min dzalik.

Kita sekarang, di marhalah mana?
Mungkin masih ada yang bertatih di marhalah Taarif. Teruskan, kerana jalan yang anda pilih takkan pernah salah.

Mungkin ratanya juga sudah menginjak ke marhalah Takwin. Siap untuk bergelar seorang jundi, da'ie dan ustaz ustazah. Erk.

Sesetengahnya ada yang sudah mencapai tahap Tanfiz. Bersiap sedia melaksanakan apa yang diarah.

Saya?
Masih di gerabak Takwin. InsyaAllah. Marhalah ini suatu proses yang panjang. Dan moga kita-kita akan terus tsabat melaluinya. Ameen.

Monday, March 11, 2013

Mutiara di sebalik Sakit

Fuhfuh. Tiup habuk. Sambil terbatuk. Cough.

Setengah semester untuk semester akhir hampir berlalu baru sempat nak update belog. Ada idea nak menulis tapi selalu ditelan dek kesuntukan masa. Ceh. Alasan.

Kami dalam fatrah exam midterm sekarang. Fatrah memerah otak. Dan fatrah exam ini kembali menguji. Diserang sakit lagi. Atau lebih tepat exam fever. Lebih tepat ini sudah masuk kali kedua menjawab exam dengan suhu badan yang tak normal.

Tapi entah kenapa saya tak merungut, mahupun mengeluh. Honestly tetap tenang. Bajet, bajet. (*0*)

Pagi Sabtu sebaik bangun tidur dah mula terbatuk. Ingatkan batuk biasa je sebab hari-hari sebelumnya memang dah ada sindrom batuk. Masuk petang sikit, dah rasa macam tak larat. Badan pun kejap sejuk kejap panas. Sentuh dahi macam panas, tapi macam sejuk jugak. So buat bodoh je lah.

Selepas sesi belajar dengan kawan-kawan , turun ke bawah kejap beli panadol. Waktu tu dah mula syak diri demam tapi buat senyap je lah and masih berlagak kuat. Lepas Asar memang dah syahid terus, terbaring terus atas katil. Rasa tak larat sangat. Kawan tanya, nak makan tak? Saya cakap tak nak.

Lalu dia datang dekat. And tetiba sentuh dahi saya. Sesuka hati je kan raba orang.

"Jie panas badan kau ni. Kau demam eh?"

Tertanya sendiri, aku demam ke?

"Yeke, tak rasa panas pun," sambil sentuh dahi sendiri. Panas tu macam mana ya? Haha. Lepas kawan cakap barulah saya betul-betul  sedar, saya demam rupanya. Alahai.

Kawan pesan suruh makan ubat, letak kain basah kat kepala. Diturutkan aje lah. Nak masuk Maghrib suhu makin naik. Apa lagi, mesej la ummi. Cakap demam and mohon doa dikuatkan untuk hadapi paper esoknya.

Masuk Maghrib belajar kejap, masih rasa kuat. And tiba-tiba ummi call, tanya kondisi. Risau barangkali. Kena la bebel secupak. Pasal tak makan kapsul siprulina ummi kasi. -,-

Malam sikit kawan datang bagi bekalan ubat. Kau mention je, ubat batuk, ubat demam semua ada. Gerun nak makan. Masuk waktu Isyak jamahlah si mak cik ubat batuk tu. Rasa dia perghh, sedap lagi ubat batuk Cap Ibu dan Anak. Tapi ditelan jugak, ubat kawan bagi kot. Kalau pakwe bagi boleh lah nak buang dalam tong sampah. Ya kawan lagi berharga dari pakwe. Harap maklum.

Dah makan ubat tu memang tak boleh nak cakap apa lah, terus koma atas katil. Nak mengadap buku pun buat apa, mata dah tak boleh nak bukak. So, tidur. Terjaga balik bila kawan panggil nama.

"Jie, berjuang dulu!" Saya pun tak paham apa maksud dia. Tapi bila mengingatkan Cik Chemistry belum hadam sepenuhnya lagi, gagah la jugak bangun. Kawan datang dekat bila dah nampak saya terduduk di katil. Dia sentuh lagi badan.

"Weh, makin panas ni," diambilnya kain yang saya letak di dahi.

"Kejap aku basahkan kain ni," kalut dia keluar bilik. Masuk semula, pantas dia lap badan yang makin naik suhunya. Masa tu air mata dah bergenang. Terharu bila ada yang mengambil berat. Tak cukup setakat tu dia tanya lagi dah makan ke belum, dah ambil ubat belum.

Sambil tu sempat lagi dia berseloroh,

"Kau ni kenapa. Exam fever ke apa, takut nak exam?" Sengih je lah.

"Mana ada takut. Tak tahulah dulu pun dah macam ni. Time Physics tu."

"Ya lah, time tu demam pun tinggi jugak markah kau." Heh. Itu Physics. Ini kalilah, ini Chemistry II kot. sobs.

Tahu saya tak makan lagi seorang lagi kawan sedekahkan roti butterscotch krim feveretnya. Tak lalu tapi makan je lah. Mereka pesan suruh makan ubat lagi. Seorang lagi datang dan tolong cairkan paracitamol. Rasa dia, lagi emphh. Pahit dowh, ingatkan manis. =.=

Tengah saya duk menatap ubat di depan, dua kawan di sebelah berbisik. Tetiba seorang bangun dan bersiap untuk turun ke bawah. Bila dia dah keluar, kawan sebelah beritahu,

"Ain turun bawah cari Cool Fever," saya terkedu. Kenapa mereka prihatin sangat? Allah.

Sahabat tadi naik semula dengan hampa. Kiosk dah tutup. Bila dia duduk kembali, mereka tanya nak pakai Cool Fever tak?

Mestilah jawab tak nak kan, tak sanggup menyusahkan mereka lagi. Bila kawan sentuh lagi leher, mereka buat keputusan untuk turun ke kiosk di mahallah brothers. Masa tu dah pukul sebelas malam. Di saat manusia lain sedang sibuk menelaah buku Chemistry non-stop tanpa apa-apa gangguan.

Malam tu entah apa yang sempat saya belajar. Mereka suruh saya tidur dan bangun pukul empat. Memikirkan ada benarnya saya pun tidur sebab kalau dipaksa sekalipun otak tetap tak mampu nak interpret apa-apa maklumat.

Saya tidur sampai pukul empat. Tersedar bila ada bunyi. Seorang sahabat dah bangun dari tidur. Senyap-senyap dia datang dekat dan sentuh dahi saya. Mungkin menyangka saya masih tidur. Dalam hati, betapa saya tahu mereka cukup prihatin.

Tak kurang juga di semester lepas sewaktu exam fever melanda juga, ada yang menyelimutkan saya dengan selimutnya. Ada yang datang meletakkan kain basah di dahi di kala saya tidur. Ada yang membelikan 100 plus.

Dalam hidup, andai ditanya apakah nikmat terbesar yang pernah saya miliki, maka nescaya akan saya jawab,



Dikurniakan dengan sahabat-sahabat yang beriman. Yang bukan sekadar sahabat di kala senang tapi juga di kala susah. Dan mungkin disebabkan mereka, saya masih bisa tenang menjawab soalan, walaupun semua maklumat dah bercampur aduk. Huhuhu.

O ALLAH, berikan aku peluang untuk membalas budi mereka.
Moga Allah mengurniakan kalian sebaik-baik balasan dan nikmat.

Kebelakangan ini antibodi makin lemah. Kalau dulu setahun sekali pun susah nak dapat sakit. Indeed, sakit itu juga tarbiah, kan?

#Dah makin baik, cuma batuk yang menyakitkan sehingga menekan kidney dan bawah liver#
#Moga exam fever berakhir setakat ini sahaja#
#Dan moga sahabat-sahabat saya lulus dengan jayanya. Ameen#

Monday, January 28, 2013

Projek Baru laa..



Projek baru mencari duit tambahan. Inilah hasilnya... Masih bertatih untuk belajar jahit, And thanks to my first costumer, Ibrah. ^^ Walaupun hakikatnya dipaksa jadi 1st costumer. Siapa lagi yang paksa kalau bukan hasuna yang baik hati. Tapi duitnya belum dibayar dong. RM 3.50 ya, jangan lupa. He2..
(Pesanan ikhlas dari hasuna untuk Ibrah)... Kui3. :p

*Post takde pekdah..*


Sunday, January 20, 2013

Diari Tahun Baru: Ajaran sesat..

Bismillah.

31/12/2012

Di tarikh ini Allah memberikan peluang buat hambaNya ini menyambut sambutan tahun baru masihi di Dataran Merdeka. Note: Dataran Merdeka. Bila disebut Dataran Merdeka dan Sambutan Tahun Baru, apa yang terbayang di ruang minda anda? Kalau saya, saya akan membayangkan suasana yang penuh sesak dengan orang ramai, dan di sana ada sebuah pentas khas yang menayangkan beberapa makhluk Allah yang sedang terkinja-kinja melompat melalak dan menyanyi. Maka, benarlah bayangan saya itu. 

Dan pada waktu itu, di situlah saya. Tetapi keberadaan saya dan sahabat-sahabat di situ pada tarikh itu, bukanlah untuk berpesta. Alhamdulillah, akal yang dikurniakan Allah ini masih sihat untuk menilai baik dan buruk. Dan kalau bertujuan meraikan tahun baru semata, lebih elok rasanya saya ke Shah Alam pada waktu itu. Tetapi kami berada di situ disebabkan ORKED 2013. 

Sempat jugalah kami mengedarkan beberapa risalah kepada mereka-mereka yang berada di situ. Edar risalah, nampak sahaja kacang, tapi sebenarnya susah. Walaupun ini bukanlah kali pertama, tapi tetap sahaja saya rasakan payah. Dan akhirnya, risalah-risalah di tangan saya kehabisan juga. Tetapi sedikit sesal, kerana sepatutnya kami cuba berborak atau beramah mesra dengan mereka, tetapi mulut ini susah untuk bertutur, tangan sahaja yang pantas bergerak. Respon mereka, pelbagai. Yang baik, alhamdulillah. Yang kurang, apa lagi mahu dikata. Yang paling tak tahan, ada yang men'transformasi'kan risalah yang kami edar itu menjadi tempat letak kulit kuaci. Tidak mengapalah, paling tidak ada juga jasa risalah itu. 

Selesai mengedar risalah, kami berkumpul di suatu tempat. Di situ, sempat juga kami ber'photoshoot'. Kenang-kenanganan, orang kata. Tidak lama kemudian, jelas kedengaran suara seorang remaja yang ditujukan kepada kami, " Ajaran sesaaat..." Ohh, pedih dan pilunya hati. Bukan sakit hati kerana dimaki. Tapi sakit hati kerana tidak tahu apa yang menjadi pertimbangan akal dan imannya. Ajakan ke Jalan Allah dikatakan ajaran sesat, sedangkan berpesta sakan bercampur perempuan dan lelaki tidak pula sesat. Jika sesat itu bermaksud terpesong dari jalan yang betul, seharusnya akal yang sihat ini sudah mampu menilai mana benar, mana salah.

Berada di sana, saya termuhasabah sendiri. Begini rupanya negaraku. Doaku, moga cepat-cepat Islam menang di Malaysia. 


Usai sahaja ORKED 2013, kami bergegas pulang. Tetapi disebabkan sudah lewat malam, kami tidak pulang ke kampus. Bimbang pula ditahan oleh Security. Masjid Syakirin KLCC menjadi tujuan. Di situlah kami bermalam. Jam 1 pagi, barulah mata dilelapkan. Tapi, tidur kami tidak lama. Jam 3 pagi, sudah ada suara makcik yang mengejutkan semua orang yang berada di situ supaya bangun berqiamullail. Hati mula berkata, ' Alaa makcik, kami baru je tidur. Lepas-lepas ni la kami bangun. Bla bla bla..' Lampu dibuka, taktik untuk mengganggu tidur. Mak cik yang baik itu terus sahaja mengejut semua orang yang masih tidak bangun-bangun termasuk kami. Tidak lama, lampu ditutup semula. Qiamullail sudah mahu bermula. Kedengaran adik kecil yang comel berkata kepada sahabat, " Akak, lampu dah tutup la, seronok ni tidur.." Nak tergelak mendengarkannya. 

Tapi, sungguh saya kagum dengan makcik tersebut. Beliau sabar sahaja mengejutkan semua orang, lembut pula tuturnya, 'Sayang, bangun sayang. Orang dah nak solat dah ni.'  Lebih kurang 45 minit selepas itu, bangunlah kami dari pembaringan. Rugi pula kalau tak bangun, tambah segan dengan diri sendiri. Ya lah, semalam bukan main semangat nak berdakwah, bila orang kejut bangun qiamullail, liat pula nak bangun. Alhamdulillah, di pagi hari itu dapat mendengarkan suara Ustaz Zulkarnain Oasis yang suara merdu tu berzikir dan bermuhasabah bersama. Beliau jugalah yang menjadi imam. Dan rupa-rupanya bukan saja-saja makcik tadi suruh bangun berQiamullail, tetapi itu adalah salah satu program yang dianjurkan oleh IKIM kalau tak silap saya, sambungan dari program mereka yang semalamnya. Alhamdulillah, Allah mengizinkan kami bersama. 

Usai solat Subuh, kami menyambung tidur yang tidak cukup kuota tadi. Bangun-bangun, mendengar sahabat berceloteh. Dan tergelak bila sahabat bercerita perihal soalan adik kecil yang comel tadi, tanyanya, " Akak, makcik tu cikgu akak ke?" -adik itu merujuk kepada makcik yang sabar tadi- Mungkin kerana di fikiran adik itu makcik itu tak tumpah persis seorang cikgu yang tak jemu-jemu mengejutkan anak muridnya, dan kami pula anak-anak muridnya yang degil dan liat untuk bangun.

31/12/2012 - 1/1/2013 mencatatkan sejarah dalam hidup saya. Selain bersejarah kerana setahun saya melepak di luar, ianya bersejarah kerana ianya amat bermakna.

Kata orang, pengalaman mematangkan kita. Moga pengalaman ini menjadi salah satu proses yang mematangkan diri saya. :)