Monday, January 2, 2012

Oh Malaysiaku.

02.01.2012

First entry untuk tahun 2012. *blink*
Apa khabar pembukaan tirai 2012 anda?
Dan di manakah anda saat kemuncak detik 12 tengah malam 31 Disember lalu?

Di dataran Shah Alam bersama UAI dan Zizan Raja Lawak?
Di Masjid Negara bersama Program Himpunan 1 Jiwa Anda Bijak Jauhi Zina?

Atau,

Di Padang Merdeka menonton pertunjukan bunga api yang meletup gah di awangan?
Mahupun di I-City bersama PM kita,sambil berhibur sakan dengan lagu-lagu rancak?

Atau seperti saya,
Terbaring lena atas tilam empuk? ~.~ Uhuu.

Melihatkan fenomena dan budaya di Malaysia, agaknya masing-masing dah boleh buat penilaian sendiri antara  budaya dan nilai kebaikan/keburukan yang dibawa oleh dua kelompok di negara kita.

Kalau dulu, budaya sambutan Tahun Baru di negara kita penuh dengan hiburan dan pesta yang terlalu super melampau. Nyanyian sana sini. Percampuran antara lelaki dan perempuan yang sudah hilang batasnya. Dan juga pembaziran overdos!

Kerap kali saya mencaci dan memaki atas dasar tidak puas hati terhadap pesta dan sambutan saban tahun di Padang Merdeka. Sememangnya dahulu boleh dikatakan agak kurang program ilmiah dan bermanfaat yang mampu menarik anak-anak muda sempena sambutan Tahun Baru.

Program pertama yang membuka minda saya dan membuatkan hati ini agak lapang dan lega dengan usaha-usaha sedemikian bagi menggantikan budaya pesta dan hiburan melampau sempena sambutan Tahun Baru adalah program Himpunan 1 Jiwa; Anda Bijak Jauhi Zina. Saya sempat menyertainya di ambang Tahun Baru 2011 yang lepas. Siap jumpa Maher Zain face-to-face lagi kot. Dia lalu tepi saya jek. Heh,jangan jeles.

Berada di Masjid Negara di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur memberi peluang pada kami para peserta untuk menyaksikan sendiri betapa liar dan dahsyatnya aktiviti anak-anak muda di malam Tahun Baru. Aksi rempit menghiasi jalan-jalan di tepi Masjid Negara saat kami para peserta baru selesai dari slot muhasabah dan ceramah di dewan masjid. Tak cukup dengan aksi rempit, muncul pula adegan romance anak muda membonceng awek manisnya. Dari jauh pula terdengar sorak suara mereka diiringi dengan bunyi dentuman bunga api meletus. Sukanya hati diorang..

Agaknya itulah impian para pemimpin negara kita....melahirkan generasi anak muda,pewaris negara yang asyik dengan hiburan dan kelalaian dunia. Aduhaii, sempitnya pemikiran pemimpin kita. Mahasiswa lagi matang kot. -.-

Dan di ambang tahun baru 2012, sekali lagi kita berpeluang menyaksikan sogokan dan 'hadiah istimewa' dari pemimpin negara untuk anak-anak muda bertempat di I-City Shah Alam. Dalam diam, saya turut mengkritik usaha di sebalik anjuran program ini yang turut dihadiri oleh PM kita.



Tapi Alhamdulillah, bengkak dan lebam di hati terubat sendiri bila mengetahui wujudnya beberapa program lainnya yang bukan sahaja berunsurkan hiburan semata, tapi juga lengkap dengan pengisian rohani. At least, ada juga penawar untuk racun berbisa yang semakin menular pada malam ambang tahun baru. huh.

2012 juga membawa kita menyorot insiden yang berlaku di hadapan UPSI pada malam 1 Januari yang lepas. Insiden mahasiswa dibantai oleh pasukan polis dan FRU. Isu yang agak panas untuk diketengahkan. Ohh very very sensitip. uhuii.

Disebabkan kepanasan isu ini yang panas membara, ditambah pula siasatan yang belum selesai serta keraguan pada sesetengah bukti dari kedua-dua belah pihak, maka saya menarik diri untuk menaip panjang-panjang. feehh. Saya tak juga berpegang pada hujah yang mengatakan polis bersalah. Mungkin ada benarnya, pihak polis hanya bertindak atas slogan 'Kami hanya menjalankan tugas.' 






Orang kata , Bertindak mengikut Arahan!


Dan saya juga tak berani memberi komen dan hujah sendiri untuk menyokong tindakan mahasiswa walaupun pada hakikatnya saya turut bersimpati atas musibah yang menimpa barisan pimpinan demonstrasi malam itu. Jujurnya, saya cenderung untuk menyokong tindakan dan kebangkitan mahasiswa, tapi untuk sesetengah hal yang masih samar dan belum diketahui kesahihan kebenarannya, takut juga untuk memberikan hujah dan meletakkan kesalahan atas pihak polis dan FRU.

Tapi dalam bab menolak BN dan meragui berita buletin utama TV3, itu saya tak ragu lagii. (^^)

=.=''

Apapun bagi saya, isu ini benar-benar membuktikan kebangkitan mahasiswa. Revolusi anak muda!
Mungkin ada juga yang berfikiran bahawa anak muda masih kurang matangnya untuk melibatkan diri dalam hal begini.

''Hingus pun tak kering laagii wehhh...konon laa nak cakap bab politik bagai.''
"Mak bapak hantar pergi U suruh belajar, bukan buat demo gaya nak berperang!"

Apa nak jawab? Senyap je lah.

Apapun bagi saya, kebangkitan Islam di zaman baginda Rasulullah dulu banyak dibantu dan diperkukuh dengan bantuan  tenaga anak-anak muda. Saidina Ali Karamallahu Wajhah, Mus'ab bin Umair dan Usamah bin Zaid adalah antara tiga contoh yang saya ingat bakti dan curahan tenaga mereka untuk Islam di saat usia mereka masih belasan tahun. Malah, tokoh Sultan Muhammad al-Fateh juga bangkit menakluk kota Konstantinopel di saat usianya baru mencecah 21 tahun.



Tak kurang juga, kebenaran mengundi di negara kita juga diwajibkan pabila semua rakyat sudah genap usia 21 tahun. Kalau mahasiswa masih tak matang, patutnya tak payah laa suruh mengundi lagi kan... baik naikkan je had umur sampai 40, 50 tahun baru boleh mengundi. Betul jugak kan?

Jadi, siapa lagi berani mengatakan mahasiswa masih berada di umur yang langsung tidak matang untuk berbicara soal hal ehwal negara? Puhh-liss.


= tiba-tiba masuk bab politik hari ni. haha. sebab saya sayangkan Malaysia.=

2012.. please be nice to all Malaysians Ya Allah,please make 2012 be nice to us.

Moga ada sinar bahagia untuk negara Malaysia menjelang PRU ke 13. *blink3*

::Ada kedatangan author baru di blog saya.
Meet Hasuna Hasanan, juga penulis CintaDia. =)


Di masa depan mungkin Ibrah Salami akan jarang meng-update blog ini. So memandangkan Hasuna Hasanan yang memiliki laptop (saya takde laptop, yet), saya bakal menyerahkan takhta kaki-update-entry pada dia. Good luck laa Hasuna Hasanan. 


Mood takut nak berdepan sem baru! Course baru, Syllabus baru, buku baru, kawan baru + gerak kerja. 
Moga cabaran baru mengajar kita sesuatu. ^^/



No comments: