Tuesday, January 3, 2012

Salahkah punya Cinta?

Bismillah,



Aku punya cinta
Dan ingin aku labuhkan cinta ini pada pemilik segala Cinta
Tapi seandainya aku memberikan cinta ini pada yang bukan haknya
Harus bagaimana lagi aku menyandarkan cintaku hanya keranaNya?

Seseorang yang disegani ramai pernah berkata,
Cinta sebelum kahwin tidak salah, yang salah adalah cara menjalankan hubungan cinta sebelum kahwin.

Pertama kali membacanya, saya agak terkedu. Rasa semacam ada satu renjatan elektrik mengalir masuk ke urat sendi pembuluh darah. Dan saya jadi terfikir.

Senyap senyap, perlahan lahan, kepala diangguk.

Kalau dulu, boleh dikatakan saya tergolong dalam kalangan manusia yang dilihat agak keras dan tegas (baca; syadid) dalam isu-isu macam ni. Mungkin disebabkan kehidupan selama 5 tahun di sekolah menengah tanpa dikelilingi oleh kaum bernama Adam membentuk pemikiran dan penilaian sebegitu dalam diri saya.

Kebiasaannya, bila isu couple dan love story diketengahkan kepada saya, hati jadi memberontak. Hingga kadang-kadang saya membuatkan mad'u makin menjauh tanpa saya sendiri sedar. Bila difikir balik, saya memang gagal memahami perasaan mad'u sebegini. Gagal menyelam perasaan mereka secara mendalam. Gagal memberi solusi paling mujarab sebagai penawar, malah mungkin sikap dan attitude sendiri tak ubah ibarat menambah garam pada luka berdarah di hati mereka.

Pernah juga sekali, seorang adik berkongsi ceritanya dengan saya. Cerita cintanya dengan seorang jejaka yang jauh lebih tua. Kisah bagaimana dia ditinggalkan oleh si jejaka untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan keluarga. Hingga akhirnya dia jadi buntu dengan status dirinya sendiri dengan si jejaka itu, adakah masih sebagai seorang kekasih atau hanya sebagai seorang perempuan simpanan.

Katanya lagi, cerita itu telah banyak dikongsikannya pada teman-teman lain dengan harapan agar sekurang-kurangnya mereka mampu memberi solusi terbaik untuk dirinya. Tapi di akhir, hanya kata-kata sinis dan desakan yang diterimanya.

"Clash je. Couple ni haram laa."

Saya hanya memasang telinga, hanya mengambilnya sebagai cerita untuk menyelami lagi hati mereka, gagal untuk memberi apa-apa solusi. *Kesal* Bersikap lepas tangan untuk hanya mendengar kerana bimbang jika saya turut melontarkan desakan yang sama akan menambahkan lagi bengkak di hatinya. Bimbang juga andai saya turut menghentam dan mendesak, maka tiada beza antara saya dan rakannya yang lain. 

Mungkin ada baiknya untuk tidak menjadi golongan yang terus menghukum tanpa merawat.

Tutup cerita.



Ramai orang melihat erti 'couple' sebagai sesuatu yang sinonim dengan dating, berpegang tangan, panggilan manja blaaa blaaa blaaa yang bertentangan dengan ajaran agama dan adat budaya ketimuran. Dan mungkin sebab itu munculnya istilah 'Bercouple itu haram!'

Yup,saya setuju dengan pendapat sebegitu. Jenis bercouple sebegitu sememangnya haram. Ish ish ish.*geleng kepala*

Sehinggalah satu saat, ada orang berkata,

''Couple tak haram."

Heh,bukan orang biasa yang mengucapkan sedemikian, tapi seorang yang ada ilmu agama dan punya tarbiah. Lalu sekali lagi saya terfikir. Emm... angguk, betul juga.

Yang membuatkan couple itu haram, adalah cara bercouple itu sendiri. Sentuh menyentuh, cuit mencuit, beraksi romance tak kena tempat ,tak kenal dosa pahala. Bermesej yang tak patut tanpa urusan selama 24 jam. Malah gayanya bercinta terlebih melampau dari orang sudah berkahwin.

Tapi, seandainya wujud (seandainya wujud) 'couple jenis kedua' ini tanpa hubungan melalaikan sebegitu, apakah ianya masih haram? Seandainya wujud satu pasangan yang suka antara satu sama lain dan serius untuk berkahwin, malah mampu untuk menjaga batas perhubungan sehingga saatnya mereka disatukan...jatuh haram lagikah couple sebegini?

Mungkin ada yang membantah,
"Bagaimana pula dengan zina hati? Tak takut ke nanti asyik duk teringat kat si dia jaa? Zina hati jangan pandang remeh weh."

Bab ni, saya menolak untuk mengolah panjang, mungkin cukup dengan dua link ini?



Okay, saya selitkan sedikit kesimpulan perbahasannya;

Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.

Berbalik kepada persoalan 'couple jenis kedua' yang saya sebutkan tadi, aplikasinya mungkin sukar untuk di realisasikan. Andai anda mampu untuk mencegah dan menghalang diri anda dari keluar berdua-duaan, berpegangan tangan macam Romeo dan Juliet yang lain, memanggil dengan panggilan manja (Abang, Sayang), Calling calling tak tentu masa dengan rengek suara halus menggoda, serta membonceng motosikal bersama dia tanpa walinya di tengah, maka persilakanlah untuk bercouple dengan jenis kedua ini. 

Tapi andai anda juga tidak mampu, maka bersabarlah hingga saat mengizinkan kalian bersatu. Namun bagi saya, saya lebih suka untuk menghindarkan diri dari terjebak dalam mana-mana istilah couple, sama ada dari jenis pertama mahupun jenis kedua. Malah bagi saya istilah bertunang dan taqdim juga takkan menjamin ketenangan dalam hati saya. Mungkin bagi orang semacam saya, prevention is better than cure, eheh.

Orang selalu cakap, bertunang lama-lama tak elok. So there goes taqdim and what so ever you called it, berlama-lama pun tak elok juga. Paling selamat, nikah terus. huii huii ~ ke tak?

Tiada yang salah untuk terus memendam rasa dan cinta pada si dia, yang salah bila munculnya 'zina hati' yang sebenar. Dan andai kata 'couple jenis kedua' juga tak mampu untuk menghindarkan zina hati dalam diri anda, maka bermakna hanya tinggal satu solusi bijak... kahwin! Selamat dunia akhirat.

Selesainya menulis entry kali ini membuatkan saya terfikir lagi.... ada beza ke couple jenis kedua ni dengan taqdim? ~.~

Em em emm... *teleng kepala* ada ke? ahha. 

Ok,mungkin sama.. istilah je berbeza. Taqdim untuk orang ber-tarbiah sikit. -.-

Apa-apa je lah  minah oii. Ohoii.

Sebelum berpisah untuk kali ini, saya tinggalkan sedikit pesan. Rilek arr, tak panjang lagi ni saya tulis. Ok,kalau penat baca, eja je. Haha. Izinkan saya untuk membebel sedikit lagi coz this gonna be my last entry kat rumah... agaknya. =.=

Haramu jiddan untuk yang belum berkahwin! Laki-perempuan laaa..

Pesan kakanda buat adinda; Jangan sangka saya menyokong couple. Bukan juga anti-couple. Andai kalian memang sedang hangat bercinta, perbaharuilah niat kalian dalam berpacaran. Dan perelokkanlah cara kalian berhubungan. Jangan overdos, nanti kemanisannya hilang selepas menikah. Ingat!(kata Upin Ipin)


Tak salah punya cinta. Yang salah, bila kita salah membawa cinta itu. --->jawapan untuk soalan atas.

p/s; hanya menulis untuk menjernihkan pemikiran pada istilah couple itu sendiri, bukan kerana menyokong, bukan juga kerana gatal kena gigit semut.Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan kain lap kaki. 

Maas salamah, wa ila liqa' fi cfs ya teman-teman. sumpah takut nak hadapi sem baru. Ohh, sumpah osem!

Allahumma yassir!


No comments: