Saturday, March 16, 2013

sepuluh minggu.



LAGI.

Bertahanlah. Dan bersabarlah. Hanya untuk sepuluh minggu sahaja lagi.

And then, bukak fasa kehidupan yang baru. :)
Yosh yosh.

Kenapa tak sabar sangat nak habis cfs ni?  ~.~
*Jongket bahu*


Tuesday, March 12, 2013

Mari Mengenal Marhalah Tarbiyah


Terjumpa satu benda tadi, nak tahu apa dia? Tunggu dan baca sampai habis. Sebelum itu, diingatkan pada sesiapa yang anti-tarbiah atau telinga kuali dengan jenama cap syarikat tarbiah, sila bertukar ke behlogs lain. Sekian.



Ya, ini perihal tarbiah. Anda pernah berjalan di Jalan Tarbiah? Atau membelok ke Lorong Tarbiah ?
Alhamdulillah. Saya yakin pernah. Rata-rata antara kita pernah mengenali susuk tarbiah. Sudah lama berkecimpung dengan dunia usrah, daurah, mukhayyam. Erk. Apa lagi?

Tapi tahukan anda, tarbiah juga ada marhalahnya? Jeng jeng jammed..
Sebelum tu nak tanya, apa rukun usrah? Ha, belek buku balik.

Okay, berbalik kepada Tarbiyah. Tahukah anda Tarbiyah juga ada marhalah-marhalahnya tersendiri? Punyalah selama ni bercakap pumpang pumpang pasal tarbiah, tapi asas tarbiyah pun kita tak tahu, kan? Terkena batang hidung mancung aku oitt.



Marhalah Pertama - Taarif

Ini marhalah pertama, iaitu pengenalan. Dalam marhalah ini, kita akan melalui satu proses taaruf, ice breaking, kenal-kenal , manja-manja dengan Tarbiyah. Kenal apa itu usrah. Kenal apa itu daurah, katibah. Pendek kata, ini proses pertama dan core untuk ke peringkat seterusnya. Tanpa taarif, kita tak akan kenal apa itu Tarbiyah. Jauh sekali usrah dan segala apa yang menyelingkupi skop dan aspek tarbiyah.

Marhalah Kedua - Takwin

Peringkat pembinaan. Sinonimnya lagi, pembentukan. Setelah melalui satu proses pengenalan, anak-anak didik tarbiyah akan mula dibentuk. Dibentuk untuk apa? Pikir, pikir, pikir. Satu dua tiga, saya jawab. Untuk melahirkan para amilin. Iaitu mereka yang bekerja untuk Islam.

Contohnya dalam proses usrah. Usrah tujuannya bukan sekadar untuk melahirkan individu yang berfikir 24/7 Bukan, bahkan lebih sekadar itu. Usrah di akhirnya adalah untuk melahirkan para amilin, jiwa-jiwa yang sanggup bangkit untuk meneruskan perjuangan Islam.

Dalam proses takwin inilah, para amilin akan dikumpulkan dan disatukan melalui sistem-sistemnya yang tersendiri.

Marhalah Ketiga - Tanfiz

Makna kata, pelaksanaan. Sesudah melahirkan para amilin, maka nescaya mereka-mereka ini akan dihantar untuk bergerak di medan masing-masing dengan membawa matlamat dan tujuan yang sama. Segala didikan dan ilmu yang didapati hasil perjalanan tarbiyah akan dipraktikkan di marhalah ini. Mostly.

Namun, teringat pada kata-kata akak naqibah. Kata beliau, kebiasaannya di peringkat inilah para du'at dan para amilin akan berhadapan dengan masalah. Masalah yang lebih besar, iaitu futur di tengah jalan. Di peringkat ini jugalah, ramai yang akan berpaling arah dan berpaling tadah. Nau'zubillah min dzalik.

Kita sekarang, di marhalah mana?
Mungkin masih ada yang bertatih di marhalah Taarif. Teruskan, kerana jalan yang anda pilih takkan pernah salah.

Mungkin ratanya juga sudah menginjak ke marhalah Takwin. Siap untuk bergelar seorang jundi, da'ie dan ustaz ustazah. Erk.

Sesetengahnya ada yang sudah mencapai tahap Tanfiz. Bersiap sedia melaksanakan apa yang diarah.

Saya?
Masih di gerabak Takwin. InsyaAllah. Marhalah ini suatu proses yang panjang. Dan moga kita-kita akan terus tsabat melaluinya. Ameen.

Monday, March 11, 2013

Mutiara di sebalik Sakit

Fuhfuh. Tiup habuk. Sambil terbatuk. Cough.

Setengah semester untuk semester akhir hampir berlalu baru sempat nak update belog. Ada idea nak menulis tapi selalu ditelan dek kesuntukan masa. Ceh. Alasan.

Kami dalam fatrah exam midterm sekarang. Fatrah memerah otak. Dan fatrah exam ini kembali menguji. Diserang sakit lagi. Atau lebih tepat exam fever. Lebih tepat ini sudah masuk kali kedua menjawab exam dengan suhu badan yang tak normal.

Tapi entah kenapa saya tak merungut, mahupun mengeluh. Honestly tetap tenang. Bajet, bajet. (*0*)

Pagi Sabtu sebaik bangun tidur dah mula terbatuk. Ingatkan batuk biasa je sebab hari-hari sebelumnya memang dah ada sindrom batuk. Masuk petang sikit, dah rasa macam tak larat. Badan pun kejap sejuk kejap panas. Sentuh dahi macam panas, tapi macam sejuk jugak. So buat bodoh je lah.

Selepas sesi belajar dengan kawan-kawan , turun ke bawah kejap beli panadol. Waktu tu dah mula syak diri demam tapi buat senyap je lah and masih berlagak kuat. Lepas Asar memang dah syahid terus, terbaring terus atas katil. Rasa tak larat sangat. Kawan tanya, nak makan tak? Saya cakap tak nak.

Lalu dia datang dekat. And tetiba sentuh dahi saya. Sesuka hati je kan raba orang.

"Jie panas badan kau ni. Kau demam eh?"

Tertanya sendiri, aku demam ke?

"Yeke, tak rasa panas pun," sambil sentuh dahi sendiri. Panas tu macam mana ya? Haha. Lepas kawan cakap barulah saya betul-betul  sedar, saya demam rupanya. Alahai.

Kawan pesan suruh makan ubat, letak kain basah kat kepala. Diturutkan aje lah. Nak masuk Maghrib suhu makin naik. Apa lagi, mesej la ummi. Cakap demam and mohon doa dikuatkan untuk hadapi paper esoknya.

Masuk Maghrib belajar kejap, masih rasa kuat. And tiba-tiba ummi call, tanya kondisi. Risau barangkali. Kena la bebel secupak. Pasal tak makan kapsul siprulina ummi kasi. -,-

Malam sikit kawan datang bagi bekalan ubat. Kau mention je, ubat batuk, ubat demam semua ada. Gerun nak makan. Masuk waktu Isyak jamahlah si mak cik ubat batuk tu. Rasa dia perghh, sedap lagi ubat batuk Cap Ibu dan Anak. Tapi ditelan jugak, ubat kawan bagi kot. Kalau pakwe bagi boleh lah nak buang dalam tong sampah. Ya kawan lagi berharga dari pakwe. Harap maklum.

Dah makan ubat tu memang tak boleh nak cakap apa lah, terus koma atas katil. Nak mengadap buku pun buat apa, mata dah tak boleh nak bukak. So, tidur. Terjaga balik bila kawan panggil nama.

"Jie, berjuang dulu!" Saya pun tak paham apa maksud dia. Tapi bila mengingatkan Cik Chemistry belum hadam sepenuhnya lagi, gagah la jugak bangun. Kawan datang dekat bila dah nampak saya terduduk di katil. Dia sentuh lagi badan.

"Weh, makin panas ni," diambilnya kain yang saya letak di dahi.

"Kejap aku basahkan kain ni," kalut dia keluar bilik. Masuk semula, pantas dia lap badan yang makin naik suhunya. Masa tu air mata dah bergenang. Terharu bila ada yang mengambil berat. Tak cukup setakat tu dia tanya lagi dah makan ke belum, dah ambil ubat belum.

Sambil tu sempat lagi dia berseloroh,

"Kau ni kenapa. Exam fever ke apa, takut nak exam?" Sengih je lah.

"Mana ada takut. Tak tahulah dulu pun dah macam ni. Time Physics tu."

"Ya lah, time tu demam pun tinggi jugak markah kau." Heh. Itu Physics. Ini kalilah, ini Chemistry II kot. sobs.

Tahu saya tak makan lagi seorang lagi kawan sedekahkan roti butterscotch krim feveretnya. Tak lalu tapi makan je lah. Mereka pesan suruh makan ubat lagi. Seorang lagi datang dan tolong cairkan paracitamol. Rasa dia, lagi emphh. Pahit dowh, ingatkan manis. =.=

Tengah saya duk menatap ubat di depan, dua kawan di sebelah berbisik. Tetiba seorang bangun dan bersiap untuk turun ke bawah. Bila dia dah keluar, kawan sebelah beritahu,

"Ain turun bawah cari Cool Fever," saya terkedu. Kenapa mereka prihatin sangat? Allah.

Sahabat tadi naik semula dengan hampa. Kiosk dah tutup. Bila dia duduk kembali, mereka tanya nak pakai Cool Fever tak?

Mestilah jawab tak nak kan, tak sanggup menyusahkan mereka lagi. Bila kawan sentuh lagi leher, mereka buat keputusan untuk turun ke kiosk di mahallah brothers. Masa tu dah pukul sebelas malam. Di saat manusia lain sedang sibuk menelaah buku Chemistry non-stop tanpa apa-apa gangguan.

Malam tu entah apa yang sempat saya belajar. Mereka suruh saya tidur dan bangun pukul empat. Memikirkan ada benarnya saya pun tidur sebab kalau dipaksa sekalipun otak tetap tak mampu nak interpret apa-apa maklumat.

Saya tidur sampai pukul empat. Tersedar bila ada bunyi. Seorang sahabat dah bangun dari tidur. Senyap-senyap dia datang dekat dan sentuh dahi saya. Mungkin menyangka saya masih tidur. Dalam hati, betapa saya tahu mereka cukup prihatin.

Tak kurang juga di semester lepas sewaktu exam fever melanda juga, ada yang menyelimutkan saya dengan selimutnya. Ada yang datang meletakkan kain basah di dahi di kala saya tidur. Ada yang membelikan 100 plus.

Dalam hidup, andai ditanya apakah nikmat terbesar yang pernah saya miliki, maka nescaya akan saya jawab,



Dikurniakan dengan sahabat-sahabat yang beriman. Yang bukan sekadar sahabat di kala senang tapi juga di kala susah. Dan mungkin disebabkan mereka, saya masih bisa tenang menjawab soalan, walaupun semua maklumat dah bercampur aduk. Huhuhu.

O ALLAH, berikan aku peluang untuk membalas budi mereka.
Moga Allah mengurniakan kalian sebaik-baik balasan dan nikmat.

Kebelakangan ini antibodi makin lemah. Kalau dulu setahun sekali pun susah nak dapat sakit. Indeed, sakit itu juga tarbiah, kan?

#Dah makin baik, cuma batuk yang menyakitkan sehingga menekan kidney dan bawah liver#
#Moga exam fever berakhir setakat ini sahaja#
#Dan moga sahabat-sahabat saya lulus dengan jayanya. Ameen#

Monday, January 28, 2013

Projek Baru laa..



Projek baru mencari duit tambahan. Inilah hasilnya... Masih bertatih untuk belajar jahit, And thanks to my first costumer, Ibrah. ^^ Walaupun hakikatnya dipaksa jadi 1st costumer. Siapa lagi yang paksa kalau bukan hasuna yang baik hati. Tapi duitnya belum dibayar dong. RM 3.50 ya, jangan lupa. He2..
(Pesanan ikhlas dari hasuna untuk Ibrah)... Kui3. :p

*Post takde pekdah..*


Sunday, January 20, 2013

Diari Tahun Baru: Ajaran sesat..

Bismillah.

31/12/2012

Di tarikh ini Allah memberikan peluang buat hambaNya ini menyambut sambutan tahun baru masihi di Dataran Merdeka. Note: Dataran Merdeka. Bila disebut Dataran Merdeka dan Sambutan Tahun Baru, apa yang terbayang di ruang minda anda? Kalau saya, saya akan membayangkan suasana yang penuh sesak dengan orang ramai, dan di sana ada sebuah pentas khas yang menayangkan beberapa makhluk Allah yang sedang terkinja-kinja melompat melalak dan menyanyi. Maka, benarlah bayangan saya itu. 

Dan pada waktu itu, di situlah saya. Tetapi keberadaan saya dan sahabat-sahabat di situ pada tarikh itu, bukanlah untuk berpesta. Alhamdulillah, akal yang dikurniakan Allah ini masih sihat untuk menilai baik dan buruk. Dan kalau bertujuan meraikan tahun baru semata, lebih elok rasanya saya ke Shah Alam pada waktu itu. Tetapi kami berada di situ disebabkan ORKED 2013. 

Sempat jugalah kami mengedarkan beberapa risalah kepada mereka-mereka yang berada di situ. Edar risalah, nampak sahaja kacang, tapi sebenarnya susah. Walaupun ini bukanlah kali pertama, tapi tetap sahaja saya rasakan payah. Dan akhirnya, risalah-risalah di tangan saya kehabisan juga. Tetapi sedikit sesal, kerana sepatutnya kami cuba berborak atau beramah mesra dengan mereka, tetapi mulut ini susah untuk bertutur, tangan sahaja yang pantas bergerak. Respon mereka, pelbagai. Yang baik, alhamdulillah. Yang kurang, apa lagi mahu dikata. Yang paling tak tahan, ada yang men'transformasi'kan risalah yang kami edar itu menjadi tempat letak kulit kuaci. Tidak mengapalah, paling tidak ada juga jasa risalah itu. 

Selesai mengedar risalah, kami berkumpul di suatu tempat. Di situ, sempat juga kami ber'photoshoot'. Kenang-kenanganan, orang kata. Tidak lama kemudian, jelas kedengaran suara seorang remaja yang ditujukan kepada kami, " Ajaran sesaaat..." Ohh, pedih dan pilunya hati. Bukan sakit hati kerana dimaki. Tapi sakit hati kerana tidak tahu apa yang menjadi pertimbangan akal dan imannya. Ajakan ke Jalan Allah dikatakan ajaran sesat, sedangkan berpesta sakan bercampur perempuan dan lelaki tidak pula sesat. Jika sesat itu bermaksud terpesong dari jalan yang betul, seharusnya akal yang sihat ini sudah mampu menilai mana benar, mana salah.

Berada di sana, saya termuhasabah sendiri. Begini rupanya negaraku. Doaku, moga cepat-cepat Islam menang di Malaysia. 


Usai sahaja ORKED 2013, kami bergegas pulang. Tetapi disebabkan sudah lewat malam, kami tidak pulang ke kampus. Bimbang pula ditahan oleh Security. Masjid Syakirin KLCC menjadi tujuan. Di situlah kami bermalam. Jam 1 pagi, barulah mata dilelapkan. Tapi, tidur kami tidak lama. Jam 3 pagi, sudah ada suara makcik yang mengejutkan semua orang yang berada di situ supaya bangun berqiamullail. Hati mula berkata, ' Alaa makcik, kami baru je tidur. Lepas-lepas ni la kami bangun. Bla bla bla..' Lampu dibuka, taktik untuk mengganggu tidur. Mak cik yang baik itu terus sahaja mengejut semua orang yang masih tidak bangun-bangun termasuk kami. Tidak lama, lampu ditutup semula. Qiamullail sudah mahu bermula. Kedengaran adik kecil yang comel berkata kepada sahabat, " Akak, lampu dah tutup la, seronok ni tidur.." Nak tergelak mendengarkannya. 

Tapi, sungguh saya kagum dengan makcik tersebut. Beliau sabar sahaja mengejutkan semua orang, lembut pula tuturnya, 'Sayang, bangun sayang. Orang dah nak solat dah ni.'  Lebih kurang 45 minit selepas itu, bangunlah kami dari pembaringan. Rugi pula kalau tak bangun, tambah segan dengan diri sendiri. Ya lah, semalam bukan main semangat nak berdakwah, bila orang kejut bangun qiamullail, liat pula nak bangun. Alhamdulillah, di pagi hari itu dapat mendengarkan suara Ustaz Zulkarnain Oasis yang suara merdu tu berzikir dan bermuhasabah bersama. Beliau jugalah yang menjadi imam. Dan rupa-rupanya bukan saja-saja makcik tadi suruh bangun berQiamullail, tetapi itu adalah salah satu program yang dianjurkan oleh IKIM kalau tak silap saya, sambungan dari program mereka yang semalamnya. Alhamdulillah, Allah mengizinkan kami bersama. 

Usai solat Subuh, kami menyambung tidur yang tidak cukup kuota tadi. Bangun-bangun, mendengar sahabat berceloteh. Dan tergelak bila sahabat bercerita perihal soalan adik kecil yang comel tadi, tanyanya, " Akak, makcik tu cikgu akak ke?" -adik itu merujuk kepada makcik yang sabar tadi- Mungkin kerana di fikiran adik itu makcik itu tak tumpah persis seorang cikgu yang tak jemu-jemu mengejutkan anak muridnya, dan kami pula anak-anak muridnya yang degil dan liat untuk bangun.

31/12/2012 - 1/1/2013 mencatatkan sejarah dalam hidup saya. Selain bersejarah kerana setahun saya melepak di luar, ianya bersejarah kerana ianya amat bermakna.

Kata orang, pengalaman mematangkan kita. Moga pengalaman ini menjadi salah satu proses yang mematangkan diri saya. :)

Thursday, January 17, 2013

Tak puas.

Dah dua minggu cuak menunggu jam lima hari ni. Siap bermimpi ngeri lagi dol.
Honestly on the way balik Kelantan lepas habis exam terus mimpi pasal result final semester lepas.

Bangun tidur rasa nak nangis je. nasib baik saya budak baik. tak diajar untuk menangis depan orang. Kenapa, tak percaya?

Tapi al-malangnya punya lah tunggu jam lima, bukak-bukak portal,

kosong wei

I was like,


melebih je.

Tanya kawan, dia kata ada desas desus sistem kena hack. data hilang. pendek kata ada masalah. ya bukan setakat jerung, kucing mahupun anjing je ada masalah. (tak habis-habis lagi). sistem database pun boley ada masalah. lagi hebbak!

Masa tu dah fikir macam-macam kemungkinan. Kena reseat balik amende lah segala bagai. Tapi buat donno je lah nak buat macam mana andai itu yang terbaik. Malam online balik, kawan bagi satu link suruh check pakai encoding-watsoever. Al-pendek katanya, tiba-tiba kena jadi pakar IT. Mantop lah siswa siswi UIA.

Then, alhamdulillah. Dapat tengok result. Cuma tak ada gpa dan cgpa. Yang ada hanya grade. Mula-mula nampak huruf yang mewakili grade-grade tu, taktau nak kata apa. Senyap tetibe dunia nih. Kembang kempis nafas turun naik. Sesaat dua saat baru terkeluar, "ALHAMDULILLAH."

Kecewa ada. Sebab tak semua A. ceh.

Tapi sepatutnya lebih dari Alhamdulillah yang perlu ada. Patutnya dah buat majlis kesyukuran sekali kan. Sebab tak terjadi seburuk mimpi. Ergh nightmare. Walaupun satu target tak lepas. :)

I tried my best. Dah sehabis baik mencuba waktu itu. maka tak ada yang patut disesalkan.

And again, nak check cgpa, kawan bagi satu link pulak. Ini pun kira macam dah jadi hacker lah. Masuk satu website mintak fund , and secara tak officialnya boleh tengok latest cgpa. sungguh bijak pelajar-pelajar UIA mencari jalan pintas. pergh.

And again, tak memuaskan. Lama kot tenung skrin. Tapi nak buat macam mana, memang adat susah tahap lipas kena ridsect nak hidup kembali untuk naik pointer. Ke tak?

Bila kawan tanya, tak puas hati lagi ke?
Baru nak tersentap tersentak tersedak segala bagai.

Manusia, diberi betis nak paha. Diberi paha nak sayap. Lagi lagi dan lagi. Tak pernah puas.
Tak reti nak bersyukur. Tak reti nak berterima kasih. Okay, dah insaf.

Thanks Allah for all the giving. Really, I should be thankful.

Bersyukurlah, maka mungkin di akhirnya nanti ada rezeki yang melimpah ruah tanpa disangka. Kata Allah,

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berkata, sekiranya kamu bersyukur maka nescaya akan kami tambahkan nikmatnya dan sekiranya kamu kufur maka azab Kami amatlah pedih . " (surah Ibrahim)


Kena usaha lagi untuk pecut naik pointer. Tapi, ini final semester. Kehangatannya lebih membara. Cabarannya lebih ganas. Lagi ganas dari gigitan nyamuk edes betina. 

Deyy, just go for it.

"Allah tak lihat hasil tapi Allah lihat usaha."

rindu nak pandai lagi.

ps : I promise this would be my last entry. that i beleber (baca:merapu) bout myself. 

sebenarnya sebab tade modal nak tulis mende. :)
kbai.


Hadiah dari Pakcik Teksi

Okay, I want to write something.

Tik Tok. Tik Tok.

Sejam berlalu. Mata menatap skrin. Kosong.

Huh! It is common... to me.

Mahu menulis sesuatu tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat kerana berbangga menjadi sebahagian daripada sejarah. See, niat pun dah tak betul. Tapi kemudiannya backspace ditekan.

Tetapi hari itu memang bersejarah dalam hidup saya, kerana kali pertama menyertai himpunan sambil menghafal nota kerana esoknya exam.

"Dah tahu exam, kenapa join jugak?"

Saja, nak tunjuk rajin kat himpunan sambil hafal nota. Dan saya dan sahabat-sahabat saya berjaya dalam menunjukkan rajin itu kerana tak terbilang di jari entah berapa kali kami menjadi model kamera-kamera canggih. So, lain kali kalau pergi himpunan, bawalah nota anda. Confirm jadi model tak berbayar.

Okay, tidaklah kerana itu. Melainkan kerana saya mahu menjadi mahasiswa cakna dan saya sayangkan negara saya. Fullstop.

Dan hari itu, saya belajar satu doa. Doa yang diberikan oleh pakcik teksi yang baik hati lagi budiman. Katanya, doa ini boleh dibaca sebagai pelindung diri dari dianiaya, dan katanya lagi beliau mendapatkannya daripada pelajar Ustaz Haron Din.


باسم الله الرحمان الرحيم

اللهم صلي على محمد وعلى آل محمد

الله لا إله إلا هو الحي القيوم

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين



Amal-amalkanlah doa ini. Pesan pakcik teksi yang baik hati lagi budiman itu, ini bukanlah ayat pengasih atau ayat penunduk ye...

Dan walaupun sebenarnya bimbang kesuntukan masa untuk membaca, tetapi entah mengapa mata yang selalunya sudah tertutup rapat pabila jarum jam menunjukkan jam 12, tapi mampu pula bertahan sehingga 2.30 pagi. Maka benarlah Allah membantu. =) Ya, sahabat. Selagi kita melakukan perkara yang betul, Allah pasti membantu.

Okay, motif saya yang sebenar hanyalah sekadar untuk berkongsi doa tersebut. Apapun, Just Nice. Assalamualaikum. =)