Wednesday, May 23, 2012

Puisi buat pejuang

Kadang hati keliru,
Buntu mencari jawapan,

Hidup ini untuk apa?
Sekadar untuk dunia,
Atau butuh juga pada akhirat?

Jawapan kalian,
Aku pasti,
Ramai yang akan membentak.

"sudah pasti untuk dunia dan akhirat"

Aku tahu.

Cuma,
Apakah amal kita benar-benar membuktikannya?

Atau sekadar omong kosong?

Dalam memaknakan tujuan,
Aku menemui wasilah.

Agar hidup juga untuk akhirat,
Aku merelakan diri bersama gerakan perjuangan.
Merelakan diri untuk terus ditarbiyah
Memasakkan semangat untuk sama-sama melawan arus dunia.

Tapi perjalanan tak semudah itu,
Hati aku dikotori
Hingga kadang-kadang turut merasa niat tersasar.

Diri di koreksi,
Kerana apa perjuangan ini dimulakan?

Kerana pembawanya?
Atau kerana jalannya?

Andai kerana pembawanya,maka perjuangan ini turut akan terhenti
Pabila para pembawanya terus lemah dan pincang.

Tapi andai kerana jalannya,
Maka langkah yang dituntun pasti
Akan mampu terus melangkah
Walau yang lain terus rebah dan mengalah.

Duhai hati
Yang telah berjanji
Untuk terus berjuang demi Islam!

Untuk apa engkau berada di jalan ini?
Kerana manusia,atau kerana Islam.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Perbaharui niat,jaga ikhtilat,awasi muamalat.

Menulis entry dengan iPad.ohoo,nice one~
belog masih dlm renovation =..=*

No comments: