Wednesday, May 2, 2012

memBERSIHkan kotoran 28-4

Kebersihan sebahagian dari iman.

Dan setiap yang kotor haruslah dibersihkan.
Dan apabila ia menjadi semakin kotor hingga terhijab segala kebenaran, dan  terus diselebungi dengan kezaliman dan kebatilan maka HARUS itu perlu ditukar menjadi WAJIB.

Aiwaaaaah, pandai sungguh saya bermain kata. =.=

BERSIH 3.0

Hari Kuning seMalaysia.

Cerita ini saya kutip dari pengalaman-pengalaman mereka yang menjejakkan kaki ke sana. Menempah risiko menjadi sebahagian dari mereka yang bangkit menentang kerajaan.

Melihat laporan di dada-dada akhbar dan media lainnya yang pro-kerajaan, saya kira tidak adil untuk menilai apa yang berlaku di hari Bersih melalui itu sahaja.

Mereka yang berada di sana hakikatnya lebih tahu di sebalik setiap yang berlaku.

Cerita seorang teman,
Sebaik tiba di stesen LRT  Masjid Jamek, suasana memang meriah. Meriah dengan ribuan manusia berbaju kuning dan bersemangat kuning. Tak kira bangsa, Melayu, Cina, India juga Mat Soleh semuanya dapat dilihat.

Tika itu dapat dirasa, semangat  1 Malaysia yang dilaungkan Yang Berbahagia Dunia dan Akhirat (ameen) Perdana Menteri Malaysia kita telah berjaya direalisasikan oleh  para pejuang penuntut hak rakyat. Makanya, Yang Berbahagia PM kita patut berbangga dan berterima kasih pada mereka - pejuang Bersih.

Turut hadir bersama ke Bersih 3.0 adalah para wirawan negara berbaju seragam biru. Siap sedia memerhati dan mengawasi perhimpunan aman itu. Tak lupa juga tugas sampingan sebahagiannya – menghuru harakan keadaan. Oppss~

Saya tak kata semua polis tak baik, dan saya juga tak kata semua peserta Bersih adalah orang-orang baik.

Tapi, yang jelas pada pandangan umum hasil tarbiah media massa Berita Hairan dan TV 3-suku, semua peserta Bersih adalah pengganas, dan polis serta kerajaan adalah hero dunia.

Dan yang terhijab dari pandangan umum serta hanya diketahui oleh mereka yang benar-benar membuka hati untuk melihat kebenaran tertegak – peserta Bersih telah dizalimi.

Perhimpunan yang pada asalnya dibenarkan untuk dijalankan secara aman di Dataran Merdeka telah bertukar menjadi perhimpunan secara perarakan di kawasan sekitar KL akibat sekatan dari pihak kerajaan ~ oh, memang tak ada beza dari sejarah Bersih 2.0, janji palsu kerajaan.

Laungan Bersih, Bersih, Bersih, Bersih menjadi patah perkataan paling banyak dituturkan oleh rakyat Malaysia pada hari itu.

Kata teman lagi, cubaan untuk menghuru-harakan keadaan langsung tiada. Huru hara hanya timbul apabila timbul provokasi dari mata-mata yang menyamar. Perhimpunan 'Duduk dan Bantah' yang dikatakan berlangsung hampir 10 jam sejak dari pagi memang berjalan secara aman tanpa sebarang huru-hara.

Sebaliknya, huru hara hanya timbul selepas perhimpunan itu disuraikan secara rasmi. Bermula dari isu mengangkat barricade di dataran sehingga timbulnya isu kereta polis diterbalikkan (mengikut riwayat media pro-kerajaan) dan isu-isu lainnya.

Dan setakat pengalaman yang dilalui teman saya, keadaan paling teruk yang berlaku di kawasan perarakan yang disertainya hanyalah mem ‘booo’ pihak polis.

Tiada pula adegan baling-baling objek dengan manjanya ke arah pihak polis yang dapat dilihatnya.
Polis lalu… ‘Booo’,itu sahaja.

Tapi sebaliknya pula yang berlaku.
Para peserta bertindak aman, polis membalas dendam.

Gas pemedih mata dilepaskan tanpa sebarang amaran. Keadaan perhimpunan yang aman dari mula hingga ke akhir tiba-tiba bertukar menjadi huru-hara.

Teman yang terpinga-pinga melihat peserta lain melarikan diri terkaku seketika.

‘Apa yang berlaku, awat semua lariiiiii?’

Then, baru terhidu bau asap. So, ikut pecut juga laaa.
Pengalaman ditembak dan disembur dengan gas pemedih mata.. memang syokk habiss.

Dalam huru hara yang tercetus, para peserta masih cakna akan keadaan yang lainnya.
“Garam garam! Pakai garam! “
“Garam! Garam! Siapa nak garam?”

Masing-masing saling menghulur dan menyumbang tanpa mengira bangsa dan agama.

Teringat juga pada seorang sahabat yang menunjukkan garam di tangannya,
“Ada seorang pak cik Cina bagi garam ni kat saya.”

Dan di saat tangan asyik menenyeh mata yang kepedihan, seorang lelaki tak dikenali melepasi sambil berpesan,
“Jangan gosok sangat mata tu.”

Concern.

1 Malaysia sekali lagi berjaya disuburkan.
Eh.. tapi ini 1 Bersih!

Dan dalam perarakan yang sendat dan padat serta bersesak-sesak, yang lelaki masih lagi melindungi para wanita,

“Muslimat, muslimat! Buka laluan, muslimat nak lalu.”
“Adik, jangan duk kat sini, kat sini diorang nak terpekik melolong cara ganas sikit. Tu, gi duk bawah pokok tuh.”

Kotorkah Bersih?

Tak dinafikan juga, dalam sibuk berdemonstrasi dan bersemangat menyuarakan hak, kewajipan solat masih tak dilupakan. Di Central Market, solat Zohor masih dilakukan secara berjemaah di tengah kepanasan terik matahari dan di saat polis masih sibuk berkawal. Moga mereka hero negara juga tidak meninggalkan kewajipan solat. ^^

Di Sogo, lain pula ceritanya. Cerita yang lebih dahsyat. Yang langsung tidak disiarkan di mana-mana akhbar mahupun televisyen pro- kerajaan. Cukuplah video ini menerangkannya ;



Masing-masing punya opinion sendiri untuk menilai di sebalik apa yang terjadi dalam video ini.
Siapa yang benar, siapa yang salah memang di luar pengetahuan kita.

Tapi setidaknya, ini bukti media bersikap berat sebelah. Juga bukti bahawa huru hara bukan timbul dari peserta Bersih sahaja. Dan jika benar huru hara timbul angkara peserta Bersih, pasti ada sebab musabab yang mendorong mereka bertindak sedemikian.

Dan tak lupa juga masih ada yang mempertikaikan kerelevanan Bersih.
Ada yang membantah, well, that’s for sure akan ada yang membantah dan tak bersetuju, malah dipandangnya serong pada yang melibatkan diri dalam Bersih.

Setiap perjuangan pasti ditentang, right?
Dan setiap orang pasti merasakan mereka berada di pihak yang paling benar.

Tak kurang juga yang masih menyoalkan,
‘Apa faedah adakan Bersih? Ada ke hasilnya nanti?’

Hasil tak akan keluar tanpa usaha, dan Bersih 2.0 mahupun Bersih 3.0 dan mungkin Bersih 4.0 adalah satu usaha untuk merealisasikan hasilnya. Dan di negara kita, untuk menentang kezaliman tunggak pimpinan negara, demonstrasi adalah cara terbaik.

Tuntutan Bersih.

Sungguh tuntutan ini tak akan terlaksana selagi hati tunggak pimpinan negara masih buta dari melihat kebenaran.

:: Menjelang PRU 13 ::
'' Naikkanlah Islam Ya Allah."

> bangga menjadi sebahagian dari 'penentang' <


No comments: