Thursday, May 17, 2012

Lagi soal hati



Semalam, sibuk melihat ummi siapkan barang hantaran untuk majlis pertunangan saya .... punya abang. Haha.
Asyik melihat sampai termenung jauh. Memikirkan nasib.

'Bilalah agaknya time aku pulak?' agaknya tu lah yang bermain di fikiran semalam. Haktuii.

"Kakak ada orang nak tapi dia yang tolak."

Saya yang termenung jauh tersedar bila diri disebut.

'Apa ke hal tiba-tiba masuk topik anak perempuan sulung ummi pulak ni?' Terkesima.

Blurred out. Tapi faham apa yang ummi maksudkan.

"Hah, yeke? Siapa kakak tolak?" adik bongsu bertanya.

Saya pun buat muka kehairanan juga.

"Tu ke, *********?"

"Ha ye lah kot. Ummi pun tak tau," pandai ummi mengelak.

"Eh... dia tu nak kat Kak Ibah," adik menyangkal.

"Oh Kak Ibah eh, bukan kakak?" ummi pun dah seakan keliru.

"Ha betul-betul. Jibah, bukan kakak," saya mengiyakan. Lantak la siapa pun dia nak, tapi suka benar gandingkan dia ngan kembar. Hahha.

"Oh ingat ngan kakak. Oh ye, kakak ngan yang tu. Ala, yang duk kat mana tuu.."

Saya senyap, siapa pulak kali ni. Dan terperasan sendiri, ada yang masuk line lagi ke, tapi ummi tak cerita?Berdebar rasanya.

"Siapa? ###### ke?" adik meneka.

"Ha, yang tu la."

"Heh, yeke, dia masuk ke?" adik tolong tanya kegusaran hati.

Ummi gelak.

"Takde lah. Saja je usik."

Fuhhh, kus semangat. Baru ingat nak reject lagi sekali. =.='

"Si ####### tu pun ngan Jibah juga, bukan kakak," adik menambah.

Tiba-tiba terfikir, asyik Jibah je, aku siapa nak? Hahahhahahaaa. macam kempunan la pulak gayanya.

"Ha betul-betul. Tu pun ngan Jibah. Gandingkan je semua ngan Jibah," saya berlepas tangan.

"Kakak mesti nak yang tahfiz," ummi meneka. Seakan faham hajat hati anak sendiri.

Saya yang dah kemerahan dan kebas muka hanya mendiamkan diri.

Dan begitulah soalan yang sama dengan waktu lepas diulang tanya kembali.

"Takde siap-siapa lagi ke Kak?Si A tak mahu? Dia tak minat ke kat Kakak? Ummi dah berkenan, smart lagi.''

Saya menggeleng keras. No no no. Bagi free pun tak mahu. Dia minat pun tetap tak mahu.
Menolak keras untuk digandingkan dengan kawan sekolah sendiri.

Adik bongsu pulak mencelah,
"Ada ummi, ada. Yang kerja dengan kakak. Handsome juga."

Saya menggeleng. Ok, kena lagi.

"Oh ye, orang mana?"

"Pahang."

ok, nak sekeh je rasanya kepala budak ni.

"Wuissh, jauh tu. Susah la nanti nak kenduri kendara."

"Mana ada ummi, takde, takde.Ramai je pun yang pernah kerja ngan kakak. Takde2, takde siapa-siapa lagi," saya menidakkan.

"Kalau ada, kakak mesti cerita kat ummi," ummi memandang adik. Seakan turut menidakkan usikan adik.

"Betul-betul," laju je saya megiyakan.

InsyaAllah, when that time comes, the moment my heart fell for someone I'll let you know, mom. Walaupun mungkin saat itu tak akan pernah berlaku.


Heh, saya tak mengerti apa itu cinta atau suka pada seorang lelaki. 

Huii, teringat lagi pernah sembang-sembang soal hati ini dengan Azie, jiran depan bilik.

"Kak Jiha tak ada ke berkenan kat sape-sape?"

"Emm, entah. Akak tak tau rasa suka tu macam mana, so akak tak tau akak pernah suka tak kat someone. Kalau masalah hati tu berlambak lah. Minat main-main tu pun ada lah." 

Sengih. Dan dia angguk.

"Akak takde terlibat ngan apa-apa persatuan? Kalau akak terlibat mesti ada orang suka kat akak."

Kening terangkat.

Ha ha ha, ada je akak terlibat, tapi cam takde lah pulak orang sangkut kat akak. nak je jawab camtu. siapa aku untuk diminati =.=

*****
Agaknya, di usia macam ni, anak-anak perempuan akan kerap ditanya oleh ibu bapa perihal calon bakal suami.

Dah ada ke belum?
Takde yang berkenan di hati ke?

Tak hairanlah, kawan-kawan pun duk cerita, balik je kampung, mak cik-mak cik, nenek, atuk sibuk duk tanya.... Bila nak kahwin?

Nasib la juga baik saya tak punya kampung, kalau tak nescaya akan makin kuat disakat. Di rumah sendiri pun dah tak tahan diusik dan dihentam dengan soalan-soalan cepu mas camtu. Tapi kadang-kadang rasa terhibur juga.


Dan bila kembali diusik dengan topik ini, saya kembali teringat pada doa sendiri,

Memohon agar diri ini tidak ditemukan dengan 'dia' buat masa sekarang, tapi terus didekatkan hati antara satu sama lain. 



Biar tak mengenal jasad, asal hati terus terjaga.
Dan biar terus berjauhan walaupun mungkin jarak sebenarnya dekat.
Dan biar tak tahu siapa dia, asal yakin ketentuan itu pasti akan tiba... andai maut belum menjemput. :D

"Tak perlu sibuk mencari, tapi sibuklah untuk membentuk diri menjadi yang solehah untuk yang soleh."

Tiba-tiba berjiwang. seram bulu roma heh.

Jeles dengan mereka yang telah bersatu hasil cerita cinta paling indah - Cinta Selepas Kahwin .

moga Allah terus menjaga hati 'aku' dan 'dia'.

No comments: