Thursday, May 17, 2012

Tak pernah Terjangkau di fikiran

Bismillahirrahmanirrahim.


10 tahun dulu, apa cita-cita anda?

7 tahun dulu, apa impian dan angan-angan anda?

3 tahun dulu, apa plan masa depan anda?

Dan sekarang, di mana anda? Siapa anda?

Oih. Gaya soalan SPM tak lepas.





Saya dulu, pernah berimpian nak jadi doktor. Itu cita-cita zaman sekolah rendah.Entah laa kenapa sampai ke kerjaya doktor yang menjadi idaman time tuh. Tapi agaknya, itu pilihan atas dasar ikutan.

Kawan-kawan nak jadi doktor, cheq pon nak jadi doktor juga lah.Lagi pula waktu tu hanya tahu doktor je yang macam kerja femes wa superb kat dunia ni. Gaji pun mahal.

Dan begitulah, cita-cita itu berlarutan sampai masuk sekolah menengah. Naik form 2, tiba-tiba angin puting beliung Katrina datang dari Jepun (iya ke tornado Katrina kat Jepun? =.=') Pertukaran 196 darjah berlaku.

Kali tu, peguam pulak dah. Sebab rasa suka sangat membela kebenaran. I'm on Justice League! O yeah yeah.

Padahal, nak cakap selaju kilat depan orang ramai pun tak lepas. ~.~ sadisnyaaaa.

And then, bermula dari form 3, minat melukis dan menconteng menjadi-jadi. Ibarat mushroom yang tumbuh mekar di taman bunga.

Minat melukis walaupun tak terer sangat. Berjangkit dari abang-abang barangkali. Tak dinafikan, habitat eh...tabiat dan behavior saya banyak dicorakkan oleh abang-abang. Mewarisi kedegilan mereka, kelasakan mereka (dalam versi yang lebih ayu) and kegilaan mereka terhadap anime. Okay, saya layan Kreko, Naruto, Bleach and yup, Dragon Ball etc. Termasuklah Doraemon dan Shin Chan. -.-

Ok, sambung.

Bila minat makin bercambah terhadap art dan seni... makanya sejak dari form 3, cita-cita totally bertukar untuk menjadi seorang arkitek. Naik form 4, pencarian diri sendiri diteruskan. Dan bila tiba form 5, saya tekadkan niat memburu impian menjadi seorang ARKITEK.

Oh. oh. oh.
........................................
But then, where am I now?

Seorang pelajar asasi UIAM dalam jurusan Allied Health Science.

Sebelum sampai pada saya yang sekarang, terlalu banyak pencarian dan perjalanan yang ditempuh. Saya yang sekarang langsung tak pernah terlintas di fikiran saya yang dulu.

Dulu, tak pernah terlintas untuk menjadi seorang penghafal al-Quran. Bila singkap kembali cerita dulu, nama Darul Quran tak pernah saya dengar. Dan kemasukan saya ke sana juga atas dasar untuk meringankan beban ummi abah dari tanggung biaya belajar. Sebab di DQ, pelajar dapat elaun setiap bulan, makan pun ditanggung, asrama dapat.
Salah satu lagi sebab adalah atas dasar dua pilihan, ke PLKN atau masuk DQ. Kalau tak masuk DQ kena pergi PLKN. Walaupun waktu tu nak sangat pergi PLKN, tapi entah kenapa hati juga rasa berat untuk menolak tawaran ke DQ.

Lalu, akhirnya bila ditimbang tara antara keduanya, saya menerima tawaran ke DQ dan menangguhkan latihan di PLKN (moga bukan ditangguhkan, tapi dibatalkan terusss).

And then, bermulalah pengembaraan saya di bumi DQ. Masuk tanpa mengerti apa-apa. Yang saya tahu, pengajian hanya setahun setengah dan sebaik tamat tempoh terus sambung UIA dalam bidang pilihan.

Mati-mati ingatkan kat sana ada belajar Chemistry, Biology, Mathematic semuanya.

Tapi bila berada di sana, diri cukup teruja. Teruja dengan tasiknya, environmentnya yang cukup-cukup menjaga. Dipenuhi dengan wajah-wajah soleh dan solehah. Apa lagi yang lebih indah dari semua itu?

Tak kurang juga.... takut dan kecut perut. Mana taknya, belum pernah lagi saya dimarah dan diherdik semahu hati oleh para pendidik. Itulah kesan pentarbiyahan minggu taaruf. Cukup terkesan, sengsara, tapi itulah yang terindah.

Hinggakan ke satu tahap, dalam minggu pertama di sana, sebaik bangun tidur, saya cukup berharap yang keberadaan saya di DQ  hanyalah satu mimpi. Tak tahan kena marah, tak tahan lagi mengalirkan air mata.

Itu cerita lebih kurang dua tahun yang lepas.Nak katanya, di zaman sekolah menengah saya tak pernah menjangkau yang saya akan menjejakkan kaki di bumi tarbiyah itu.

Yang saya bayangkan, saya akan berada di bumi Mesir, ataupun Jordan. Bukan di Malaysia.

Dan saya juga tak pernah menyangka, Allah akan kabulkan niat saya untuk terus dapat bertudung labuh. Berada dalam environment dan biah di sana, hanya tudung labuh yang wajib dikenakan. Waktu tu cukup terasa, niat yang baik pasti akan dipermudahkan, Subhanallah.

Tamat DQ, saya menyambung pengajian ke UIA, seperti yang dijanjikan dalam MoU Program Persijilan Tahfiz DQ-UIAM.

Semester pertama, dalam jurusan Architecture and Environmental Design (AED). Pilihan atas dasar minat dan keinginan diri sendiri.Awal-awal kemasukan, saya cukup bersemangat! Walaupun pada awalnya, ummi seakan berat untuk merelakan, tapi akhirnya itu juga yang menjadi pilhan saya.

Dan dari itu saya belajar, mulut ibu tak semestinya akan menzahirkan apa yang ada di hatinya.

"Ummi, kakak rasa kakak betul-betul nak minta apply architecture. Tak pe ke? Ummi izinkan?"

"Minta je la kak, kakak yang nak belajar, bukan ummi. Ummi tak halang.''

Ye,ummi tak halang, tapi ummi cuma berpesan.

"Betul nak ambil arkitek? Dunianya sosial, kena kerja kat site, pergi tengok bangunan. Sanggup?"

Angguk. Degil. Rasa dah cukup kenal diri sendiri.

Semester pertama di UIA, ramai tak menyangka saya akan bergelumang dengan kos AED. Jumpa kawan-kawan lama dari sekolah,

"Ambil kos apa kat sini?"

"AED."

"Hah?''
************
"Eh, kos gapo?"

"Emm, AED."

"Oh, minat eah?"
***************
"Eh ambik gapo doh sini?"

"AED."

muka pelik dengan kening terangkat,
"Bakpo tok amek medic? Bukan result gempak dok kea?" -gempak la sangat-

"Em, result ok, tapi tok minat." 


"Oh, okay."


senyap,tapi masih dengan riak tak percaya dengan jawapan yang saya berikan.


"Eh biar betul,tok cayo nihh... bakpo tok ambik Medic? Ruginya," ditanya sekali lagi.


Sengih je lah.
***************

Tapi bila hampir berakhir satu semester, diri termalu dengan diri sendiri. Malu dengan ummi.

'Ummi benar. Anak ummi tak kuat untuk hidup dengan dunia arkitek.'

Waktu tu baru tersedar,
Mom do knows her daughter well.

Itulah cerita bagaimana saya end up dengan kos Allied Health Science.Habis satu semester dengan AED, terus apply tukar Allied. Ingat nak tukar je Medic teros, tapi agak-agak laaa kan nak transform pon. Kena reject terus ada laaahh.

Huiii. Dan dua tahun lagi saya juga tak dapat menjangka siapa saya. Majoring in Optometry, Dietetic, Radio or Audio. I have no clue. Atau mungkin bertukar lagi ke Dentistry or Medic.... or IRK? eheh.

Ohoo.. apapun possible.

Hanya berkongsi kerana sekarang musim student lepasan SPM dapat result UPU. Musim dan fasa di mana masing-masing masih sibuk mencari identiti diri sendiri. Dan sungguh pasca-mengenal kemampuan dan kebolehan diri sendiri ni akan tetap berterusan sampai ke akhir hayat. Dan ia menyeronokkan. Sumpah osem!

Fasa ini, masing-masing sibuk mencari,
Apa yang sesuai?
Apa yang terbaik?

Pilihan yang kita buat sekarang akan menentukan langkah seterusnya yang bakal kita ambil di masa depan.

Dan tak semestinya apa yang kita rancang akan berjalan seperti apa yang kita impikan.
Perancangan Allah penuh misteri. Dan di sebalik setiap aturan,tersembunyi seribu satu hikmah yang cukup indah. Yang hanya mampu dilihat oleh akal yang benar-benar mahu berfikir.

Lalu, jangan takut untuk membuat pilihan yang salah.....
Sebab Allah sentiasa ada untuk memandu kita kembali ke pilihan yang tepat.

::Omo, I'm hungry. Kat umah memang tak ada nafsu jamah nasi.::
Lailan saeed.

1 comment:

kembarmu said...

BAR xnak?haha.....