Monday, December 12, 2011

Kita Berbeza Tapi Sama.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hi. Whats up? cehh.. cari modal. Kebelakangan ini saya agak susah untuk melelapkan mata. agaknyaa,saya memang sudah menjadi spesis kelawar. atau paling tidak spesis burung hantu. golongan yang aktif di tengah malam. ahha.

Saya nak tanya satu soalan. satu soalan yang mungkin tak memerlukan jawapan. cukup dengan berfikir dan bertafakkur seketika. Ya,izinkan saya untuk mengajak kalian para pembaca bermuhasabah sejenak.

Soalan saya --------

Dah makan ke belum? ------------ LOL. bukan bukan...tipu jek,bukan yang ni!
                                           |
                                           |
                                           |
Oke,saya serius ---------- " Apa tujuan kita hidup ? "

________________________________________________

Satu rahsia saya....saya golongan yang gemar memerhati dan berfikir. ok,saya tipu. =)
Ya,saya banyak berfikir tapi saya susah meluahkan buah fikiran saya. sebab tu saya lebih dikenali sebagai golongan 'bisu' dalam bab-bab memberi ucapan atau pandangan. heh.

Dan entah kenapa melihatkan ragam manusia dalam dunia nyata mahupun dunia alam maya sekarang membuahkan persoalan itu dalam kepala otak saya. soalan itu memang benar tidak memerlukan jawapan.

Bukan kerana soalan itu tidak punya jawapan. Tapi dek kerana ia sudah punya jawapan lah maka jawapan saya mahupun kalian sudah tidak lagi diperlukan.

“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku.... " (Adz Dzariat:56)


Tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepadaNya..Yang Maha Mencipta!

Imam Ibnu Katsir dalam menafsirkan ayat ini beliau berkata bahawasanya Allah Taala menciptakan makhluk untuk beribadah hanya kepadaNya sahaja dan tidak ada sekutu bagiNya. Barangsiapa mentaatiNya maka Allah akan memberi balasan kepadanya dengan sempurna. Dan barang siapa yang derhaka kepadaNya maka Dia akan mengazabnya dengan azab yang sangat dahsyat.

Mungkin ada yang berpendapat ini klise!

'Tak payah sebut laaa,dah lama pun aku tau.'
'Hmm,dah pernah dengar.'
'Laa...memang tujuan hidup manusia untuk Allah pun.'

Yup..ini klise,biasa disebut orang,juga biasa didengar dalam mana-mana ceramah. Sebab itu dari awal sudah saya katakan jawapannya telah lama wujud dalam skema jawapan Allah. cuma kita para hamba yang sering lupa dengan hakikat jawapan itu.

Kalau dalam sehari kita perhatikan dan merenung kembali kerja-kerja seharian kita,mampukah agaknya kita katakan "Hidup aku untuk Allah!" ??

Si A terlalu asyik dengan dunia Facebook. chat dengan orang tu,chat dengan orang ni. komen sana komen sini. share benda-benda yang tak patut. atau mungkin digunakannya Facebook ke jalan dakwah,tapi sayang kewajipan solat sering tersasar di luar waktu.

Si B pula lain ceritanya. Dalam sehari dia cuma hidup kurang 12 jam! Tidur semedang...habitat atas katil. *terasanya i*



Si C pula pakai versi cerita Barat. Kerja kerja kerja. Fokus utamanya duit. Kena cari duit,nak bahagiakan anak bini,nak cepat kaya. nak beli Mercedes,rumah banglo 12 tingkat a.k.a apartment. Ibadat pula melayang entah ke mana.

Dan si D,dunianya dipenuhi bunga-bunga cinta. I love u.  I sayang u. I cinta u. Aishiteru. Wo ai ni. Saranghea. Sawadikap....erk?
Cinta manusia dikejar melebihi cinta Ilahi. Ke sana ke sini dengan buah hati. Maksiat terang-terangan mahupun sunyi-sunyian seakan sudah sebati dalam diri. Orang tegur buat dek. Pekak ke bang??!


.saya pon suka wajah dia,tapi takde la sampai tergilakan dia.
E pula kemaruk Korea. Min Ho, Seungri, Hong Ki, Kim Bum,Running Man, Boys Over Flower,Full House...blaaa blaa blaa. sehari tak tengok dan dengar lagu Korea tak sah hidup. Kalau boleh,cita-cita memang nak jadi orang Korea! Artis Korea jadi idaman,jadi pujaan. Ulama tabiin,sirah Rasulullah dipandang sepi.

Dan dalam banyak-banyak golongan seperti ABCDE, wujud pula golongan F. sekelompok manusia yang siap mempertaruhkan kesenangan diri dalam arena dakwah. Mereka bukanlah insan sempurna. Adakala mereka lalai,seringkali terleka,tapi mereka kerap punya kesedaran dan keinsafan. Lalu mereka bangkit! Bangkit bersama seruan jihad untuk menyeru manusia ke jalan Allah.

Itu hanya beberapa contoh. Belum termasuk kisah-kisah hidup manusia yang memang sudah terlalu jauh dari agama.Dan tujuan penulisan saya bukanlah untuk menghentam mahupun mengkritik semua golongan. Itu bukan hak saya. Dan untuk pengetahuan anda,saya juga termasuk dalam salah satu golongan ABCDE yang saya sebutkan...pendek kata,saya juga sering lalai. Yeaaahh..kita serupa!

Lalu dengarlah orang lalai berbicara. 

Keinginan dan kecenderungan kita terhadap dunia ternyata berbeza. Masing-masing punya minat sendiri. Ada yang minat K-Pop,ada yang minat nasyid,ada yang minat lagu jiwang,lagu dangdut,lagu rock. Tak kesahh laa.

Dan tiada yang salah pada semua kecenderungan itu. Ya,tak salah selagi mana ianya tidak melalaikan kita.
Tapi saya kira,kita manusia akhir zaman sudah terlalu jauh dari kehidupan berpandukan sunnah Rasulullah. Masing-masing asyik terleka dengan kecenderungan diri sendiri. Hinggakan hanya tinggal sedikit sahaja golongan yang benar-benar siap untuk mempertaruhkan diri dalam perjuangan demi agama. Yang berani bercakap perihal agama. Yang memandang berat soal hukum hakam. Yang rela ditarbiah!

Tapi dalam perbezaan kita, ada satu yang sama,

Semuanya mengimpikan Syurga!


Jalan ke syurga dipagari kenikmatan duniawi



Tujuan hidup kita,dan cara kita menyusuri tujuan itu....agak-agaknya mampukah membawa kita ke sana nanti? =.=

::: muhasabah bersama :::

3 comments:

i'm merely ME. said...

manusia.memg pelupa.
lalai.dalam semua bnda.



uda,sehat???
rindulahhh...
=)

alang ad post entri baru kt blog gen.jmput2lah tgok ye.=)

ibrahsalami said...

alang.. long time no seee. kenapa menghilang. fb pon xde dh..btw,ude dh baca ur entry. nice. =)

Hayati Haji Hamid said...

best :)