Thursday, November 18, 2010

Hati....

COretan demi cOretan mengisi setiap isi kosong blOg ni...
Mampukah diri utk mengatakan ''Aku puas!'' atau berasa bangga dengan setiap tulisan yang dicatat?

Diri hanya mampu menulis,pOst demi pOst..
Tapi diri tak mampu menjamin setiap tulisannya diangkat sebagai satu IBADAT di sisi Allah..
Jauh.
Mungkin masih terlalu jauh.
Kerna dalam setiap penulisan ini niat sering tersasar.
Riak,sOmbOng dan sum'ah serta beribu lagi perasaan mazmumah sering datang bertandang.
Mengaburi mata hati.
Hingga akhirnya hanya kekOsongan yang berjaya dicapai.KosOng dari sebarang ibrah,kOsong dari sebarang keinsafan.
KOSONG!

Perbaharui niat. Mungkin itu yang akan ramai utarakan sebagai solusinya.
Namun ia tak semudah yang disangkakan..
Hati memerlukan mujahadah yang tinggi utk disucikan.
Sedangkan nafsu dan dunia musuh utama yang tak putus2 datang mengancam.

HATI yakni RAJA dalam diri..
seringkali bertukar menjadi HAMBA.
AKAL merangkap PENASIHAT dalam diri..
selalu merelakan diri menjadi PENGIKUT yang amat setia..
Kerna NAFSU yang jawatan asalnya adalah PENJAHAT dalam diri
telah dinaikkan pangkat menjadi TUHAN diri sendiri.

Manusia sering tewas kerna berTUHANkan nafsu. Sering tergelincir kerana terlupa utk menyucikan hati sebelum melakukan sesuatu urusan.

Bila HATI telah dikotori,saat itulah NAFSU tanpa segan silu mengangkat dirinya sebagai TUAN.

...........Betapa sukarnya utk menjaga sekeping HATI.

...Dan begitulah sukarnya utk menjaga ketulusan niat....
 Hingga diri tak mampu utk mengatakan ''Aku telah menyumbang utk agama''...

Dah ditampalkah setiap koyakan di hatimu?




No comments: