Tuesday, November 16, 2010

sebuah pertemuan..

Takdir kadangkala mempertemukan sesuatu yg tak diundang,
menduga dalam bermacam ragam,
memberi apa yg tak dirancang,
membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan,
Dan takdir juga membuatkan kita rasa kehilangan,
namun takdir memberi kita erti perkenalan,
menyulam erti kasih sayang,
mengecap erti sebuah persahabatan,
merasai erti kegembiraan,
mengenali sebuah ketabahan,
dan mendalami erti sebuah keakraban,
juga memberi peluang utk menilai siapa sebenarnya sahabat,kawan dan siapa sekadar kenalan dlm mengisi ruang episod kehidupan..

Jauh perjalanan merentas kehidupan,bermacam ragam,kerenah,akhlak dan tingkah laku manusia yg kita temui..
Ada yg menyenangkan dan menenangkan,ada juga yg menyakitkan dan menjengkelkan.
Indahnya manusia kerna kita tak sama..
Indahnya manusia kerna kita berupaya utk saling menteladani antara satu sama lain.
Yang baik dijadikan contoh,yang buruk cukuplah sekadar dijadikan sempadan bkn utk diikuti.
Dan dalam setiap episod kehidupan itulah takdir menemukan kita dengan insan2 yg byk mewarnai hidup kita.
Malah,dalam setiap suka dan duka yg dilalui,kita berupaya utk mengenal dan mebezakan antara kenalan,kawan dan sahabat.
so,bersyukurlah andai engkau berkesempatan utk bertemu dan merasai erti persahabatan..kerana nikmat sebenar persahabatan dan ukhwah yg terjalin itu hanya benar2 mampu dirasai oleh mereka yang bersahabat kerana Allah.

Sahabat,
andai leka ada yg menegur,
andai salah ada yang membetulkan,
andai sedih ada yang menghibur,
andai terluka ada yang merawat,
andai gembira ada yang turut merasa..

Andai benar kita bersahabat,berdoalah agar ia kekal ke syurga...


No comments: