Tuesday, November 16, 2010

penangan cinta...

Opss...kedengaran macam topik yang hangat nehh...
ya..!! kali ni kita akan membicarakan tentang  CINTA..

siapa tak kenal cinta? rasanya tada sapa tarak tau kata cinta...cinta monyet,cinta sejati,cinta romeo and juliet...begitu banyak istilah cinta pernah kita dengar...cinta gelifren and buayafren??ada sesiapa penah dengar?? Yaa...itulah dunia cinta!!
Tak cukup lagi...bunga,coklat,panggung wayang,duit,henset,sms...semua ini juga berkaitan dengan cinta muda mudi zaman sekarang..
Andai siapa pernah bercinta mahupun sedang bercinta pasti lebih mengerti dan expert right?
SO...whats the main point yg nak saya sampaikan?
cinta itu indah?cinta itu syok? cinta itu masam2 manis? atau mungkin pahit bagi sesetengah orang yang pernah putus cinta...mungkin.
 YA...cinta itu indah sekiranya ia benar2 disulam dengan ketaqwaan,cinta itu indah andai benar ia diikat dengan ikatan yg sah. Indah andai kita tahu utk menjalinkannya mengikut syariat... thats my opinion!
namun tulisan ni bukanlah nak membangkitkan semua persoalan itu..atau membahaskan kenapa dan kenapa opinion setiap orang berbeza kerna setiap individu punya tafsiran mereka sendiri tentang cinta.jadi terpulanglah pada diri masing2 utk mentafsirkannya..

Jika engkau mencintai BUNGA,
sedarlah BUNGA itu akan layu,
Jika cintakan MANUSIA,
sedarilah satu hari dia akan pergi,
Jika engkau cintakan HARTA,
HARTA itu nanti akan kau tinggalkan,
Namun jika engkau cintakan ILAHI,
hanya DIA yang akan kekal abadi...

Cinta palsu hanya membawa pada kehancuran...
buktinya sudah berapa banyak kes sebegitu pernah kita temui.
Bunuh diri dek kerna putus cinta,minum racun sebab kekasih curang,anak gadis menghilang ikut jejaka Lombok dan bla bla bla.Tak termasuk lagi kes2 terlanjur dan buang bayi yang berlambak lambak di dada akhbar maupun yang tersembunyi di serata pelosok setiap negori di Malaysia mahupun dunia.
Kerna cinta badan binasa...andai ia tak mampu kita kawal.

Carilah cinta hakiki...tinggalkan cinta plastik...cinta palsu!!
Bila diri mencintai Ilahi,cinta manusia pasti kan tiba walau tanpa diundang...













No comments: