Sunday, December 19, 2010

Abang oh abang..

Hah,buat seketika otak ligat memikirkan sesuatu utk ditulis..

Berjam perjalanan pulang ke Kelate,badan tetap tak mau rehat,mungkin sebab dah terlalu lama 'berehat' atas kerusi bas 'empuk' yg terlalu empuk sampai sakit tulang tengkuk..
Apapun alhamdulillah kami selamat sampai jugak ke rumah,nikmat tak terkata..syukur tak terhingga
Rasa cam mau menjerit jer tadi sepuas hati..

  '' I LOVE KELANTAN!!!''
 tp tak kesampaian kerna rasa malu dan kesedaran adab yang  masih menebal dalam diri -perasan sikit-
Yehh,drOp that subject..
.
Okeh,sambung pada main pOint...

Sebuah drama yg disajikan sebuah stesen tv terkemuka Malaysia bakal menjadi subjek utk topik kali ni...
Personally, saya suka somethng bout that drama. Mungkin sebab ceritanya berkaitan hubungan adik beradik..kisah bagaimana dua orang abang yang terlalu menjaga adik perempuan mereka.
Tapi sayangnya,tiada langsung unsur agama maupun moral yang dapat diambil sebagai satu titik pengajaran dari cerita tersebut...atau mungkin saya jer yg tak mampu menilai...

Cerita ni memaparkan kisah dua orang abang yg sangat2 care pasal adik perempuan diorang sampaikan mana2 lelaki nak dekat(atau dlm erti kata sebenarnya...nak ngorat) pun diorang tak kan kasi,bkn setakat tak kasi,siap bagi hadiah free lagi..lebam biji mata woO..

Dari satu sudut,si abang mungkin dah jalankan tanggungjawab yg cukup baik..yakni menjaga si adik dari hanyut dengan dunia cinta. melindungi adik dari terjebak dalam kancah maksiat..

Baiknya abang cam ni kan??sO sweet huh?


Oppss,cerita tak berhenti setakat tuu...

Pendek kata hidup si adik terkongkOng dengan sikap abang2nya yang terchenta...
Manakan tidak,hak privasinya utk berkenalan dgn mana2 jejaka selalu je tak kesampaian...
Tapi abang2 nya bleh plak ikut suka hati depa nak pasang makwe la,nak dating la,nak ber'sayang2',ber'honey2' la...

MenOnton senario yang berlaku dalam drama ni membuatkan saya terfikirkan sesuatu...

Abang.........


dan


tanggungjawabnya pada seorang adik perempuan...

 Kalau dulu saya sendiri tak pernah terpikir utk memikirkannya secara lebih mendalam,walau saya sendiri pernah berkongsi tentang perihal ini dengan beberapa sahabat2 dalam sebuah tazkirah Asar..dalam keadaan paksa rela,agaknya...

Lalu di kesempatan ni ingin sekali saya berkOngsi sedikit pengetahuan yg dicari dan terjumpa dari satu group tazkirah di FacebOok a.k.a Kitabul Wujuh...dan moga2 kali ni saya mampu berkOngsi dengan penuh rela..insyaAllah

tentang....

Tanggungjawab 4 lelaki terhadap Perempuan:

  1. Ayah terhadap anak perempuan
  2. Abang terhadap adik perempuan
  3. Suami terhadap isteri
  4. Anak lelaki terhadap ibu
Tinggalkan 3 yang utama...
kerna fokus kali ini hanya utk yang di utamakan...ngee

Berdasarkan apa yang saya dapat dan yang termampu utk di ingat hingga skarang tentang tanggungjawab sebenar yang harus di mainkan oleh seorang abang terhadap adiknya,ia bukan hanya berkisar tentang tanggungjawab melindungi dan menjaga hal ehwal fizikal,keperluan maupun kebahagiaan si adik itu sendiri.

Malah,tanggungjawab sebenar si abang tergalas secara total terhadap si adik setelah ketiadaan ayah.
Tugas ayah utk menjaga,mendidik,melindungi dan mengasuh anak perempuan secara tak rasminya akan diserahkan kpd anak lelaki setelah kematiannya.

Lantas,tergalas lah pada bahu si abang tugas mendidik,mengasuh,menjaga dan pelbagai 'men' lagi ke atas adik perempuannya.

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah tentang tanggungjawab seorang abang utk mendidik dan sekaligus menjadi murabbi kepada adik perempuannya dalam mengenal hukum2 dan perintah Allah..pendek kata dalam mengenal agamanya sendiri. 
Mengenalkan mereka pada ayat2 suci,mendidik mereka cara menutup aurat,menjadi tauladan dan contoh ikutan terbaik dalam segenap perkara ,memberi nasihat pabila tersilap....itulah antara tugas2 sebenar seOrang abang..

Lalu,seOrang abang takkan sewenangnya bersenang tatkala seOrang adik mengabaikan perintah Allah,meninggalkan kewajipan fardhu,memperkecilkan yang sunat..
dia tak akan pernah bergembira dan berbangga melihat adiknya keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna... seandainya benar dia tahu akan tanggungjawabnya yg hakiki..

Seorang abang yang sebenar bukan hanya menjadi pelindung di dunia tapi juga di akhirat...
Melindungi adik dari menjadi bahan bakar api neraka..
Bukankah Nabi pernah berkata bahawa yg paling ramai menghuni neraka adalah dari kaum perempuan?


Sabda baginda,
''Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)



Manakala dalam hadis lainnya baginda berkata:
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Lindungi kami duhai abang..
lindungi kami dengan pesanmu..
dengan nasihatmu..

Sampaikanlah kepada kami walau satu ayat dari Allah dan Rasulmu...

.........seungkap kata tenkiu utk abang2 ku....im glad to have all of u as my brOthers...
   ....teguriku bila ku salah...nasihatiku bila ku terleka...


No comments: