Friday, March 16, 2012

Pada Wajah Seorang Kanak-kanak





Seorang kanak-kanak yang riang, selalu tersenyum dan ceria. Bijak dan petah berkata-kata.
Namanya Ahmad, tapi kami memanggilnya Amad.

Kesempatan berziarah dan berprogram selama satu hari satu malam di sebuah rumah anak yatim di area Bukit Beruntung (ke Rawang? +.+)  pada hujung minggu yang lalu mengenalkan saya pada kanak-kanak ini.

Handset menjadi satu tarikan buat Amad. Dan yang mendekatkan hati saya pada Amad juga adalah handset tua saya sendiri. Malam pertama berada di situ, handset Sony Ericsson yang sudah hilang ke-hensemannya menjadi bahan mainan Amad. Bukan sebagai alat untuk bermesej dengan makwe-cinta-monyetnya mahupun bermain-main miss call dengan cewek cantik sebelah rumah. Handset digunakannya sebagai kamera.

Malam itu, penat melayan dan mengajarnya untuk menekan keypad tertentu pada handset bagi membolehkan gambar ditangkap. Budak lelaki sekecil itu sudah punya hobi tersendiri – menangkap gambar!

Berkesempatan melayan kerenahnya, saya dan sahabat-sahabat mengajukan pertanyaan pada tubuh kecil itu.

“ Mak Amad mana?”

Dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibir, si kecil itu menjawab,
“Mak dah meninggal,” sambil tangan membelek-belek handset tua saya.

Sebak. Hati yang mendengar hanya mampu untuk menahan sebak. Sedangkan yang menjawab masih tersenyum tanpa sedikit pun riak sedih. Aduhai si kecil yang langsung tak mengerti apa-apa.

Petang hari terakhir berada di sana sekali lagi saya ‘meminjamkan’ handset tua saya kepadanya melihatkan dirinya yang mencapai handset-Nokia-siapa-punya-entah.

“Akak mana lampu?”
“Lampu?”
“Macam mana nak buka lampu?” (* merujuk pada lampu handset Nokia*)
“Ala, akak tak tahu la. Ambil yang ni lah, yang ni ada kamera. Amad suka ambil gambar kan?”

Bimbang kalau-kalau handset orang rosak, handset sendiri dihulurkan. Mode kamera dibuka sebelum dihulurkan padanya.

Amad tersenyum lebar. ^____^
Kamera handset di tangannya diacukan pada wajah saya.
Snap snap! Gambar diambil.

“Amad dah pandai. Akak, Amad dah pandai.” 

Petang itu entah berapa lama saya melayan kerenahnya. Melayan sambil memantau keadaan handset. Mana taknya, kalau leka boleh jadi handset tu sampai ke tangan brothers. Uih. Amad ni bukan calang-calang budak.

Maka memang sakan lah Amad dan kawan-kawannya bersuka riang menjadi photographer petang itu. Tapi memang tak dinafikan cepat betul Amad belajar. Semalam baru saja diajar menggunakan kamera handset, petang itu dah jadi semacam expert menggunakannya. Gambar yang diambilnya dah nampak rupa gambar. Siap ajar orang lain lagi menggunakannya.

Penat memantau saya cuba berhelah mendapatkan semula handset.

“ Amad dah la tu ambil gambar. Tidur tidur,masa untuk tidur. Tengok, semua orang dah tidur ni.”

Dia buat dek.

“ Amad, akak nak balik dah ni. Akak nak minta balik handset boleh?”
“Tipu,” ok, dia tahu saya tak nak balik pun lagi. -,-

Dibiarkan saja dia terus bermain.

“ Amad, meh akak pula ambil gambar Amad.”
Handset dihulur kembali. Kali ni dia percaya bulat-bulat seh!

“Ok, senyum senyum. Cepat, buat peace. Peace..”

Simbol peace diangkatnya. Okay, saya tak bohong, gambarnya betul-betul diambil (gambar atas adalah buktinya)

“Okay,dah,” tangan cepat-cepat menyembunyikan handset di sebalik tudung.

Amad datang dekat dan meraba-raba mencari handset yang disembunyikan.

“ Mana,nak…nak.”

Perasaan goyah. Pandai betul budak ni mencairkan hatiku. ^^

“Tak ada dah. Dah dah, main lori pulak. Mana lori Amad?”

Perhatiannya berjaya dialih. Lorinya dicari.

Selesai bermain handset, saya-yang-tak-tahu-nak-buat-apa kembali bermain permainan zaman kecil.
Kapal origami.

“Amad nak kapal yang ada kotak.”
“Kapal ada kotak? Ala, akak tak pandai buat kapal ada kotak. Macam mana nak buat kapal ada kotak?”
“Tak tahu, Amad tak reti. Tapi blaaaa blaaa blaa kotak blaaa blaa kotak.”

Okay,saya tak fokus,hanya terdengar ‘kotak’ yang disebutnya.

“Siapa ajar buat kapal ada kotak?”
“Haikal dengan Aiman la blaaa blaa blaa..”
“Akak tak reti buat kapal ada kotak. Perahu ada kotak akak reti la,nak?”

Dia senyum. Senyum tanda setuju.
Tangan saya mula melipat kertas. Amad hanya menunggu dan melihat.

                                                                    ............................

“Akak lamanya. Dah penat dah Amad tunggu akak buat.”
Oh? Pandai budak ini mengeluarkan ayat berbisa. Adehh.

                                                                    **********

Perahu siap, dia gembira. Pot pet pot pet nya kembali mengisi tadahan telinga saya.
“ Ni kereta, ada dua orang pot pet pot pet.”
“Amad ada kereta. Mana kereta akak? Bila Amad nak beli kereta untuk akak?”
“Akak dah besar.”
^.^
“Oh, akak dah besar so akak la ea kena beli hadiah untuk Amad.”

                                                                    ********

“Akak mana telefon?”


Aiyok. Dia ingat lagi pada handset! 

“Telefon? Tak ada dah. Bukan dengan Amad kan tadi? Amad tak bagi lagi eh?” saya berhelah. Eh… ber-bohong sunat.

Dia senyap dan melilau ke arah katil di ruang bawah.

“Ada kat atas tu kot. Tadi ada kat situ,akak letak situ” saya menunjuk ke arah katil.
“Tak,takde. Amad tak ambil. Ada dalam poket akak.”

Toink toink, saya hanya terdiam dan tersenyum dan tergelak sendiri. Rasa dibelasah dengan kata-kata budak sekecil itu.
Kepalanya saya raih dan dicium lembut.

                                                                          *******

Dari sahabat-sahabat, saya dimaklumkan yang dahulu ketika kecil, Amad pernah diserang strok. Kata Nenek, penjaga dan pengasas rumah anak yatim itu, Amad ketika mula-mula sampai ke rumah itu, saiz kepalanya agak besar. Kata sahabat lagi, dahulu Amad disahkan punya barah otak. Tapi dengan izin dan kuasa Allah, ditambah dengan sikap Amad yang ceria, barah itu hilang tiba-tiba.

Subhanallah.

Cuma kesan dari strok dan pembedahan yang pernah dilaluinya dahulu, fizikal Amad ada sedikit cacatnya. Sebelah tangannya tidak boleh dibengkokkan. Jalannya pula agak terhincut disebabkan sebelah kaki yang tidak berapa kuat. Sahabat saya pernah bertanya padanya,


"Ni tangan kenapa?"


"Tangan macam ni je, tak boleh betul."


"Oh.. tangan sakit eh? Tak boleh bengkok?"


Dia angguk sambil tersenyum.

Namun apapun, bagi saya Amad tetap hensem! ^^
Moga dewasamu nanti bakal menjadi seorang rijal yang soleh dan professional yang bijaksana.
Juga photographer setanding Ustaz Azhar Idrus.

                                                                        **********

Berada di kalangan mereka, rasa syukur kerap menyinggah. Betapa syukurnya diri ini masih punya ummi dan abah. Masih punya abang-abang dan adik-adik.

Nasib kanak-kanak seperti Amad di rumah itu mempunyai pelbagai cerita di sebaliknya.
Ada yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka disebabkan  sedikit kecacatan fizikal yang mereka hadapi. Entah ke mana naluri keibubapaan menghilang dari diri ibu bapa sebegitu.

Wanauzubillah.

Kisah hidup mereka direncanakan oleh Allah sebegitu rupa. Nampak perit bagi yang memandang, tapi lagi pedih bagi yang menanggung.
Syukur juga bagi mereka kerna masih ada yang begitu ikhlas melimpahkan kasih dan sayang pada diri mereka. ^^

Alhamdulillah.

Dari jauh, kami amat mengasihi kalian duhai adik-adik.


Kerana kalian adalah insan istimewa yang dikasihi Rasulullah. 


Hajat mengusap dan memeluk cium kepala insan-insan istimewa ini dimakbulkan Allah akhirnya. Alhamdulillah.

No comments: