Saturday, March 17, 2012

Bersahabat dengan Lelaki?

Lelaki dan wanita ; bolehkah menjadi kawan?
Lelaki dan wanita ; bolehkah menjadi sahabat?

Teringat pada soalan yang pernah ditanya pada insan-bertuah-yang-tak-diketahui-siapa melalui mesej kepada ustaz ketika sesi pembelajaran Understanding Islam di Auditorium Sheikh Muhammad Nor   (perghhh lama tak sebut nama audi ter-chenta ni!) di Darul Quran dahulu.

Kata ustaz,

Tiada larangan yang menegah dari bersahabat dengan berlainan jantina. Even kalau diselusuri kembali sirah Rasulullah, baginda Nabi juga turut dikelilingi ramai sahabiah yang menyokong perjuangan baginda.

Tokoh besar seperti Asma’ Abu Bakar, Sumayyah, Ummu Sulaim dan yang lainnya (radiallahu anhum) merupakan figura-figura wanita yang turut tergolong dalam mereka yang bergelar  ‘sahabat’.

Secara peribadi, pendapat ini saya pegang dan setujui.
Bersahabat dan berkawan dengan lelaki tidak ditegah. Yang ditegah adalah cara yang tidak betul dalam  menjalin persahabatan itu.

Tak dinafikan untuk menjaga diri  dari kawan-kawan lelaki yang dikenali sejak kecil agak susah.
Saya melaluinya. Dan terkadang saya juga turut tersasar.

Situasi.

Apa perlu dilakukan bilamana seorang kawan lelaki di bangku sekolah dahulu datang menegur di laman sosial?
Tak dilayan, nanti dikatakannya sombong. Kalau terlebih mesra susah pula. Otoke? +.+

Situasi ini banyak berlaku pada diri saya, akhawat mahupun ikhwah di luar sana.
Mungkin tindakan terbaik adalah dengan mengambil jalan tengah. Tidak terlalu syadid (keras), tidak juga terlalu terbuka.

“Berprinsip jangan jumud, terbuka jangan hanyut.”

Bertegur sapa biarlah sekadar keperluan, bukan kemahuan.

Andai terlalu syadid dan mengambil jalan untuk terus menutup dan memutuskan hubungan atas dasar kawan yang terjalin sejak kecil, bagi saya itu bakal mendatangkan fitnah. Berdepan dengan mereka yang tidak berada dalam biah tarbiah yang sama, jalan pertengahan mungkin adalah jalan yang paling selamat.

Akhawat bersahabat dengan Ikhwah. Bolehkah?

^ Sahabat, tapi bukan kawan. ^


Kedua-duanya berada dalam biah yang sama. Punya tarbiah yang sama dan juga fikrah yang sama terhadap Islam.

Tapi perhubungan antara keduanya terkadang jauh lebih ‘open’ dari  sepatutnya. Berkongsi cerita dan bertukar masalah melampaui had batas.  Berhubung pula tanpa urusan yang benar-benar perlu.
Adakah disebabkan kita berada dalam jalan perjuangan yang sama membenarkan diri masing-masing untuk berhubung sesuka hati?

Apakah itu yang digelar bersahabat?
Apakah gelaran sahabat itu menjadi tiket untuk mengizinkan kita melayan mereka sama seperti layanan yang diberikan kepada sahabat-sahabat sejantina dengan kita?
Tidakkah layanan semesra itu dikira sebagai ikhtilat dalam bermuamalat?

Jika diselidik kembali kepincangan dalam perjalanan sebuah perjuangan dakwah, isu ini sememangnya menjadi satu masalah besar.

Pernah sekali, adik kembar berpesan,
“Senior aku pernah cakap, bila berada dalam jalan dakwah, masalah hati adalah ujian terbesar buat para dai’e. Ramai yang tumbang  disebabkan masalah hati.”

Masalah hati yang lahir dari hasil pincangnya muamalat kita dalam urusan dakwah.

Ikhwah sememangnya merupakan golongan yang banyak membantu dalam segenap urusan dan gerak kerja yang dilakukan. Dan selayaknya mereka itu digelar ‘sahabat’ bagi akhawat.

Tapi ‘sahabat’ dalam erti kata dan maksud yang berbeza. Mereka ‘sahabat’, tapi bukan kawan,teman dan rakan. Kerana antara kita dan mereka, masih ada batasan-batasan yang perlu dijaga dan diawasi. Pendek kata, mereka hanya sahabat yang merupakan kenalan. 

Gelaran sahabat yang disandarkan pada mereka hanya merujuk pada pahit getir dan susah senang yang banyak dilalui bersama di atas jalan perjuangan dan urusan gerak kerja. Hanya sekadar itu.

Dan yang mengikat perhubungan itu hanyalah sebuah ikatan rabitah hati atas nama perjuangan dan juga akidah. 

Andai gelaran sahabat yang dimiliki mereka itu disalahtafsirkan hingga sampai ke tahap meletakkan mereka sebaris dengan sahabiah sahabiah lainnya, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kepincangan besar perjalanan sebuah perjuangan dakwah.

Dan andai benar kita adalah du’at yang sudah sepenuh hatinya mengikat janiji setia untuk terus hidup dalam dunia tarbiah dan dakwah, sediakanlah batas pemisah yang mampu menjaga diri dari menjadi fitnah buat ‘sahabat’ di sebelah sana.

Kerana mereka adalah sahabat, maka kerana itu keselamatan iman mereka bergantung pada bagaimana kita menetapkan batas dalam pergaulan dan perhubungan.

Bak kata pepatah saya,
‘Bukan syadid, tapi menjaga.’  ^^

Dan buat seketika baru saya tersedar rupanya saya punya ramai sahabat lelaki. Tapi tak satu pun antara mereka berani saya angkat untuk digelar sebagai kawan. Sekadar kenalan, itu sudah cukup.

Bila ummi tanya,
“Tak ada ke kawan lelaki kat DQ yang berkenan nak dijadikan suami? Ummi  suka benar  kalau budak DQ.”

Erk. Sengih melebar je lah.

Dalam hati,
‘Kakak mana ada kawan lelaki.’  =.=’

:: Selingan ::
Peringatan buat diri sendiri yang menulis. ^^

No comments: