Saturday, March 10, 2012

Dai'e itu bukan hanya pada Nama

Bismillah.

Setelah fasa mid-semester examination berakhir, baru kini terasa sedikit lapang untuk kembali ke alam blogger.

Peperiksaan pertama setelah peralihan semula arah ke kos sains. Dan setelah otak yang sudah 2 tahun menyimpan karat kembali berjuang di medan peperiksaan, itu menandakan banyak peluru sesat telah dilepaskan ke atas kertas jawapan. Ohh man~

( Menyiapkan diri untuk menerima hakikat pointer akan jatuh merudum!)

Fasa examination mengajar saya banyak perkara.
Fasa examination menarik kembali hati-hati yang makin larut dengan dunia kepada Tuhannya.
Fasa examination menjadi saksi mujahadah hamba-hambanya dalam jihad menuntut ilmu.

Moga mujahadah kita bukan kerana sehelai kertas peperiksaan semata, tapi lebih kepada keizzahan ilmu itu sendiri. Demi Allah, demi masa depan Islam. InsyaAllah.

Dan fasa examination juga mengajar saya yang diri ini masih perlu lebih berusaha untuk mencari gali ilmu-ilmu Islam. Menyedarkan saya yang ternyata di sekeliling saya masih ramai yang merangkak dalam mencari sinar Islam.

Malam sebelum paper terakhir Physic, saya sempat berdiskusi  dan berhujah tentang Islam dengan seorang classmate. Sungguh tak disangka yang perihal sebegitu akan berlaku. Pada awalnya, sahabat tersebut hanya meminta diajarkan tentang ciri-ciri Islam yang ada dalam silabus subjek Understanding Islam yang diambilnya.

Tapi berakhir dan bertukar menjadi sebuah diskusi akidah dan kefahaman tentang Islam. Dan untuk meyakinkan dia pada setiap jawapan yang diberikan amat susah. Sulit. Dan payah.

Persoalan yang diutarakan cukup mencabar. Menjangkaui akal fikiran. Sampaikan ada beberapa soalan yang saya hanya mampu mambalasnya dengan senyum kucing meow meow meow. Tak mampu diolah dan dicari analogi paling tepat sebagai jawapan untuk persoalan cepu mas sebegitu.

Kenapa saya katakan soalan yang diutarakan amat mencabar?
Sebab setiap soalannya melibatkan akidah dan keyakinan.

Andai soalan yang diajukan berkisar perihal ibadat atau common question tentang ikhtilat, hukum hakam maka  itu satu persoalan yang dapat dijawab tanpa rasa terbeban.

But when it comes to akidah matter, saya jadi bimbang. Takut andai tersalah memberi hujah dan jawapan. Dan lebih parah,andai dengan sebab itu membuatkan keyakinannya makin goyah.

Diskusi face-to-face yang berlangsung lebih kurang sejam lebih saya rasakan banyak dibantu oleh Allah. Dari Allah kekuatan untuk mengeluarkan hujah dan jawapan muncul dari dalam diri. Juga dari Allah, ilham untuk mengeluarkan pendapat dan hujah itu datang.

Persoalannya banyak berkait dengan keyakinan terhadap Allah, al-Quran dan juga rukun iman.

‘Macam mana nak yakin Allah tu ada?’
‘Macam mana nak yakin al-Quran tu benar-benar satu mukjizat dan tak pernah diubah dari dulu?’
‘Jewish menganggap diri mereka sebagai The Chosen One. Kenapa?’

.
.
.
.
.
.
.

And so on. Berpuluh lagi soalan yang ditanya. Ketar dan kecut segala urat sendi dibuatnya. Dan berdepan dengan seorang gadis 16 tahun yang banyak bermain dengan persoalan dalam mindanya menyedarkan saya tentang erti seorang dai’e.

Bahawa dai’e itu bukan hanya tersandar pada satu nama, tapi bergantung pada bagaimana dia menyebarkan Islam itu sendiri.

Ramai yang mengaku dan melabelkan diri sebagai dai’e, tapi berapa ramai yang benar-benar sanggup untuk turun berjuang ke medan sebenar seorang dai’e?

Yang sanggup berdepan dengan segala mehnah dan tribulasi yang selayaknya ditimpakan ke atas susuk tubuh yang bergelar dai’e?

Dan saya kira ujian buatnya juga merupakan ujian buat saya. Keinginan tingginya untuk lebih memahami Islam ibarat satu tanggungjawab buat saya untuk lebih mendekatinya dan menerapkan apa yang saya faham tentang Islam dalam dirinya.

Hingga ke akhir diskusi, saya tak pasti apa yang dia benar-benar peroleh dari hujah-hujah yang saya utarakan. Dan saya juga tak pasti apakah kesemua itu membantu dirinya untuk lebih memahami Islam dan mengenal  Allah.

Dan sebagai penutup diskusi malam itu, hanya novel ‘Syahadah Gadis Ateis’ dan buku ‘ Quran Saintifik’ tulisan Dr. Danial Zainal Abidin milik sahabat-sahabat mampu saya pinjamkan padanya.

Jauh di dasar hati, saya senang berpeluang membantu dan menyelam rasa dirinya. Betapa selama ini saya langsung tak sedar yang dia sedang asyik berperang dengan persoalan mindanya sendiri.

Kami sering bersama ke kelas, menyiapkan lab report dan tutorial bersama, tapi baru malam itu saya sedar yang selama ini di sisi saya wujudnya insan yang begitu dahagakan sinar Islam.

“ Duhai dai’e….
   Bangkitlah!
   Sungguh di sisimu ada insan-insan yang masih ketandusan hidayah.

  Apa dengan itu,
  Engkau masih tegar bersenang lenang,
  Berselebung selimut di waktu dhuha,
  Sedang mereka masih merangkak mencari sinar.

  Teguhkan ilmumu duhai dai’e
  Kerna Islam tidak akan tersebar hanya dengan kata-kata kosong
  Islam adalah wahyu
  Dan menyampaikannya memerlukan ilmu. “

Dan jauh di dasar hati... benar-benar berharap yang IQRA' boleh lakukan sesuatu. ^^



Dan malam itu, detik jam 11malam baru diri berpeluang menghadap nota-nota Physic untuk peperiksaan petang esoknya. Sesekali syaitan datang mencucuk untuk mengeluh dengan masa yang diluangkan bersama sahabat tadi. Mengingatkan itu juga sebagai sebahagian dalam usaha menolong agamanya, istighfar menemani.

Sekali lagi...syaitan sentiasa menemani langkahmu duhai dai'e!

(^,^)

No comments: