Saturday, February 4, 2012

Oh my Life

Assalamualaikum.

Back to this ber-sawang blog. Dushh!
Dah lama tak berblogging. memang tak bergerak lah gamaknya kalau dah busy semedang tuh. Opss, tak istiqamah eh namanya tu? =.=

Setelah sebulan kembali ke kampus pengajian, I gained a lot. Susah senang sengsara gembira, semua dah dirasa hanya dalam jangka masa sebulan.

But most of all, saya belajar untuk kenal diri sendiri.
Begini rupanya aku.
Hodoh rupanya akhlak aku.
Pincang rupanya watak aku.

Kembali ke CFS dengan gelaran baru sebagai budak pure-science, em em,memang mencabar. Setelah 2 tahun diri meninggalkan segala ilmu eukaryote,prokaryote, theory big bang, v = u + at  bla bla blaa dan kemudiannya tercampak kembali untuk mereguk dan menagih ilmu-ilmu itu,maka tiada apa yang mampu diluahkan kecuali ARGHHHH!!

Huh, gaya budak tension. Okay, Islam tak ajar umatnya mengeluh.
Mengeluh dan bersabar itu totally different.

Tapi begitulah,kesakitan itu sudah saya rasakan. Perit bila ilmu dahulu kala ditarik kembali oleh Allah. Dalam kelas ter-blur blur, lecturer sebut somatic cell,terus terdiam. Somatic cell? Biskut cap apa tu?! Then baru recall balik... ohh,somatic cell.



Itu baru Biology, tak masuk Physic lagi.



Masuk bab Physic pula, segala formula dahulu kala tu tak payah la nak di-mention-kan..semuanya dah lupus dari ingatan. Formula velocity,acceleration dan semua basic yang lain memang sudah ku lupa. ~.~
Dan bila yang basic pun dah tak ingat, apa lagi nak pick up ilmu baru..memang jadi jenis lampi laa. (Lampi = lambat.pick.up)

Allahu Allah.

Tapi yang best bila masuk alam baru bilamana saya berpeluang kenal orang baru. Circle of friends bertambah.

Dan kadang-kadang ujian masa juga ibarat satu malapetaka besar buat diri. Uuhh.
Boleh bayang tak dalam satu malam dihimpit dengan kelas tasmik,discussion Bio dan discussion English. Plus tuto Physic yang belum siap dan Lab Report yang belum settle dan perlu di-submit esok. Dan modal iadah yang masih kosong.

Otoke Otoke?

Syaitan datang menghasut...
"Tak yah pergi la kelas tasmik tu,habis pukul 10 malam,mana nak sempat kau pergi dua discussion sekaligus? Modal pun tak ada,takyah mimpi laa."

Sesekali rasa termakan dengan hasutan. Nak je bagi alasan excuse pening kepala. Tapi bila difikirkan yang kewajipan menjaga al-Quran tu dah menjadi satu tanggungjawab yang perlu diutamakan, hati diteguhkan kembali oleh Allah. Bukan bermaksud nak abaikan tanggungjawab yang lain, tapi sebabnya hanya dalam kelas tasmik lah diri punya masa untuk fokus terhadap al-Quran. Nak harapkan masa lain memang tak lah,jadual pack je semedang.



Bila hati dipasakkan pada keyakinan akan pertolongan dan bantuan Allah, insyaAllah semua akan elok dan okay. Cuba untuk yakin.

Dan walaupun malam itu semua kerja tak siap, tapi hati tak langsung diundang gelisah. Allah datangkan ketenangan. Esoknya presentation English berterabur, tuto Physic memang tak siap, dan Lab report pun hanya cincai cincai. Semua kerja tak settle kan? Haha, tapi hati masih tenang.

Oh,sebulan pertama ini betul-betul membuatkan hidup saya hectic. Makan pun tak teratur, breakfast dan lunch dah jadi brunch. Jumpa nasi hanya pada waktu makan malam. Hingga satu kali pernah skip kelas English sebab tekak rasa loya gara-gara perut kosong. Heh, itu baru sikit, tak masuk simptom worst macam sem satu dulu. Perut kosong menghasilkan tindak balas acid yang agak teruk sampai suhu badan tak balance,perut senak sampai ke tulang,dahi berpeluh-peluh,kepala sakit teramat bagaikan ada sesuatu yang tajam datang mencucuk-cucuk dan mulut terasa mual dan loya. Kalah orang mengandung erk? Di tengah-tengah sesi presentation pula tu.

Membayangkan semua tu, tak sangka saya berjaya melaluinya. Aicewah.. haha,bajet sikit. Agaknya kalau ummi tahu memang panjang lebar la saya kena syarah. Makan la,makan makan makan! Ding dong,better to keep it a secret. Tapi serasanya ummi patut bangga sebab anak ummi bijak berjimat cermat! Hehheh.



Dibekalkan ujian dari Allah, ramai yang tak sedar yang Dia punya Allah sebagai centre untuk adukan masalah dan cari sumber jalan penyelesaian. Malah kadang-kadang kita lebih suka luahkan dan adukan pada sahabat-sahabat, kawan-kawan, roommates.

Saya pun begitu.

Memang tak salah untuk berkongsi masalah. Yang saya rasa salah bilamana kita tak berpaling pada Dia yang menurunkan ujian itu. Malah mungkin,disebabkan kealpaan dan kelalaian kita dalam mengingati Pencipta kita sendiri, Dia turunkan 'batu kecil' untuk menyedarkan kita yang terlalu selesa dengan nikmat hidup.

Tapi,tidakkah menyedihkan kalau dengan 'batu kecil' itu pun kita masih tak mampu untuk tersedar yang kita masih punya Dia dalam hidup kita?

"Jangan katakan pada Allah, Aku punya masalah,
Tapi katakan pada masalah yang Aku punya Allah."


note ; balik rumah jernihkan kembali fikiran. Kuiz Physic menanti minggu ini. -.-
           Dan moga semuanya berjalan lancar untuk pembukaan stall sempena Rafest. Allahumma ameen. >.<

No comments: