Wednesday, May 25, 2011

Dia disesatkan...kita diingatkan

Kelmarin tengah syok diri layan facebook,bukak blog,selongkar sana sini,terpandang satu link yang dikongsi oleh seorang sahabat di group gen-e banat.

                        http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/

Jemput-jemput la dijengah dan diterjah,lepas tu buat la penilaian dan muhasabah sendiri.

Tak dinafikan,hati dan mulut terkumat kamit beristighfar tatkala baca setiap isi blog tersebut.
Entah apa motif dan matlamatnya tidak lah diketahui..

Begitu kuat hentaman dan cacian yang diterima oleh mak cik hajjah sitt al-wuzara tersebut.
Kesian?
Tidak sesekali.
Padan muka dia?
Tepat sekali. (haha)

Dan saya bukanlah insan yang selayaknya nak menghukum dan menghakim seorang makcik yang jelas tersesat. Atau mungkin bukan tersesat tapi sudah sesat dan disesatkan serta menyesatkan,kerna ada yang mengandaikannya bukan Islam.Mungkin juga telahan ni benar.

Cumanya hati sedikit terkilan membaca komen-komen yang dilemparkan ke atas mak cik sesat tersebut.
Ya benar,disebabkan perasaan marah yang membuak-buak dan keinginan mempertahankan agama,pelbagai kata dan ucapan yang menggambarkan sikap umat Islam Malaysia jelas tergambar.

Ya,orang Islam Malaysia jelas sayangkan agama mereka.Tiada siapa yang rela melihat agama diinjak-injak sesuka hati oleh mereka yang jelas bermusuhan dengan Islam.

Saya tiada kuasa untuk menghukum,tapi saya punya hati dan akal untuk menilai.

Andai dirasakan yang cacian dan makian sera herdikan dan hentaman merupakan cara yang cukup bijak dan berkesan untuk menghentikan propaganda seperti yang dilakukan oleh makcik hajjah sitt al-wuzara tersebut, maka teruskanlah untuk berdekad lamanya.

Tapi saya tetap merasakan mentaliti kita perlu di ubah.

Bagi saya(ini pandangan peribadi),selaku umat Islam yang bijak kita tak perlu menghamburkan kata-kata kesat dan kotor sebab akhirnya itu mencerminkan agama kita sendiri sedangkan Islam tak mengajar kita untuk bersikap demikian.

Sabar,itu ajaran Rasulullah. Dakwah bilhikmah,itu amalan baginda Khatimul Anbiyaa'.

Seperkara lagi yang terlintas di fikiran saya,daripada terus mencaci dan mengherdik dengan cara yang kurang bijak,ada baiknya kita jadikan tindakan biadap musuh-musuh Islam seumpama makcik sitt hajjar al-wuzara itu sebagai pengajaran buat kita.

Kerana selama ini kita masih mengabaikan banyak hukum hakam Allah,suruhan dan larangannya serta hak-hak Allah yang begitu banyak kita belum tunaikan.Mungkin kerana kita adalah khalifah akhir zaman yang hanya suka mengambil ajaran agama mengikut keperluan dan keinginan kita.Hukum dan ajaran yang kita kurang selesa kita tinggalkan.

Kalam Allah ada berbicara,

'' Wahai orang-orang yang beriman,masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan.Sungguh ia musuh yang nyata bagimu.''
(al-Baqarah ayat 208) 

Kelakar juga apabila membaca setiap komen-komen tersebut.Hmm,kelakar memikirkan apabila timbulnya masalah sebegini baru ramai yang bangkit nak mempertahankan agama.Mungkin kerana ini isu besar yang membabitkan akidah,mungkin. Tapi tak ramai pula yang bangkit mempertahankan isu tukar jantina,bersekedudukan,murtad dan pelbagai lagi masalah sosial yang membabitkan akidah.(atau mungkin saya yang kurang cakna?)

Islah nafsi,ubah mentaliti.Tegakkan agama melalui hikmah dan sunnah. :)
~peringatan buat diri yang sememangnya lemah.

No comments: