Saturday, March 5, 2011

...::::::::::::BERMORAL ATAU BERAKHLAK:::::::::::::::...

5 Mac 2011......

Kaki berserta badan keseluruhannya selamat menjejakkan kaki ke bumi Kelantan.Alhamdulillah,kerinduan terubat..hOmesick menjauh!! Cuti terakhir dari dQ yg dirasakan cukup bermakna*ding3....

Maka,buat sesiapa yang menyambut birthday hari ni...

                                   HAPPY BIRTHDAY !!!
                   SANAH HELWAH !!!
                        moga panjang umur,dilimpahkan rezeki yang halal lg berkat..insyaAllah.. :)
                                        
Dan hari ini,secara rasminya saya merasmikan corat coret first utk tahun ini..
Saya terfikir tentang perihal moral dan akhlak.Dua perkara yang mungkin nampak sama tapi hakikatnya wujud perbezaan antara keduanya.

Malah,seorang ustaz di sekolah dahulu pernah memberikan satu jalan cerita untuk menjelaskan perbezaan antara keduanya.
#Ceritanya berkenaan seorang pemuda yang menziarahi keluarga seorang teman perempuannya,ehem2 lebih tepat lagi ~keluarga kekasihnya..maka dengan penuh sopannya dia meminta izin kepada si bakal bapa mertua,

  '' Pak cik,pak cik...hari ni saya berhajat nak bawak si Fulanah berjalan jalan sekeliling kota.boleh tak agak-agaknya pak cik,kami keluar berdua?Pak cik jangan bimbang,sebelum pukul 12 tgh malam confirm saya hantar dia balik.Boleh ye pak cik?'' dengan muka seposennya dia memohon.

Maka,keizinan diberikan tanpa syarat.
Dan tepat sebelum jam berdetik pukul 12 tgh malam,si Fulanah selamat tiba di rumah dengan jayanya,alhamdulillah...

Kesimpulan yang terselit di sebalik kisah ringkas :

1.Pemuda tersebut sememangnya bermoral.Alasan? dia dah kotakan janjinya untuk menghantar si gadis ke rumah sebelum jam 12 tgh malam.
2.Pemuda tersebut kurang berakhlak. Sebab? Agama tak pernah mengizinkan seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan bukan mahram kerana yang demikian pasti akan disertai oleh pihak ketiga,yakni musuh utama,si setan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.”

(at-Tirmidzi)




Begitulah secara ringkasnya definisi moral dan akhlak yang diterjemahkan oleh al-fadhil ustaz.
Sebahagian lain pula mengatakan seandainya sewaktu kita melihat seseorang yang ditimpa kesusahan dan hati kita masih ragu untuk memberikan bantuan,maka saat itu ketahuilah,kita masih belum berakhlak.


Dan jika diteliti kehidupan kita seharian,kebanyakan kita malah saya sendiri cukup bermoral,tapi kurang berakhlak.Sedangkan baginda nabi Muhammad s.a.w diutuskan untuk membentuk akhlak umatnya,bukan setakat moral umatnya.


Sememangnya,definisi moral dan akhlak belum cukup sempurna untuk diterjemahkan dengan cerita ringkas macam kat atas.Tapi saya kira ia cukup tepat untuk membezakan antara keduanya.


Maka dalam usaha menjadi muslim yang soleh bukan moral yang diperlukan tapi akhlak yang diutamakan.Dan acuan terbaik untuk membentuk akhlak yang MANTOP,datangnya dari contoh tauladan yang baik...yakni Rasulullah s.a.w.


 "sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang orang yang  
  mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah." 
     
  (al-ahzab ayat 21)


Sekadar perkongsian~







No comments: