Sunday, December 19, 2010

Tudung labuh:antara tanggapan dan harapan

Bismillah....

Izinkan saya utk terus mencOret di sini..
Dan utk kali ni diri seakan terpanggil utk menulis sesuatu yang sebati dengan diri sendiri,yang dipraktikkan saban waktu.Pendek kata ia sebahagian dari diri saya sendiri,juga sebahagian dari diri segelintir wanita muslimah lainnya.

Terkenang zaman persekolahan dulu,saya pernah memasang niat utk terus  memakai tudung labuh,masih terngiang di telinga,masih segar di minda akan perbualan yang dikongsi dengan adik kembar tentang angan2 tersebut.

Tak dinafikan,hati dan mata saya seakan sejuk dan tenang tatkala memandang muslimah yang masih setia berpakaian mengikut syariat..alhamdulillah.

Berpakaian sebegitu sudah cukup membuatkan diri rasa dilindungi,rasa dihOrmati..

Pernah sekali ketika saya keluar bersama keluarga ke sebuah shOpping komplex di Putrajaya,dan sewaktu menaiki eskalatOr saya terpisah dengan ahli keluarga lainnya(mungkin sebab terlalu lembab berjalan)..di tengah2 kami 3 orang pemuda yang menjadi temBok pemisah..

Takpe lah,bukan jauh pun...

Tapi tiba2...jeng3!!

Pemuda di depan saya memberi laluan,dia beralih ke sebelah kanan memberi saya peluang mendaki puncak eskalator,merapati famili di hadapan...saya pun apa lagi...naik je lahh!!
dan waktu tu terdengar la sayup2 suara salah seOrang dari mereka berkata...

''Tepi2 bagi laluan,ustazah nak lalu''

Ya,ustazah nak lalu,tepi2 sikit...jauhkan jarak anda dari saya,1 meter plizz...

Saya cuma tersenyum,dah terbiasa dengan panggilan sebegitu..dah cukup sinOnim dengan kami.

Ya,begitulah..sama ada mereka cuma bercanda atau mengherdik ataupun memang menghOrmati,itu tak dapat la nak diterOkai pemikiran dan anggapan mereka secara lebih mendalam.Biarkan lah,pada saya..I take that as an hOnour.

Di akhirnya hanya Alhamdulillah yang mampu dituturkan,kerna sekurangnya mereka masih memahami..memahami yang kami merupakan wanita yang mahu dirinya dihOrmati.

Scene kedua...
Dalam tren dari Kkb ke KL sentral..
Saya dan 3 rakan lain terperangkap dalam satu shoOting sebuah stesen tv.
Secara tiba2 diberi peluang utk menjadi model2 penghias skrin televisyen.

Mungkin melihatkan kami bertudung litup dan saya ketika tu secara terang-terangan menyandang beg Darul Quran..mereka beramah mesra dengan kami.
Mulanya tak perasan ada seOrang ustazah yg juga merupakan seOrang selebriti utk stesen tv tersebut turut berada dalam tren yg sama.
Lama kelamaan baru terperasan,laa...

tapi kami tak la terkinja2,terlOmpat2 atau terOver secara mendadak dengan peluang yg datang secara tiba2..
mungkin kerna tiada apa yg perlu dibanggakan,kerna hakikatnya kita adalah manusia yang sama,tiada lebih melainkan dengan taqwa.

Lalu selepas sesi beramah mesra,salah seOrang akak meminta kami utk duduk di deretan kerusi yang dikOsongkan,meminta kami utk menjadi backgrOund..mulanya teragak-agak,segan la weii..
semua antara kami keberatan,ya la mana mungkin tiba2 nak pi tayang muka kat camera tu.
Tapi dek desakan dan permintaan mereka,kami relakan...tak pe la senangkan kerja diorang sikit.

Apakah kerna kami bertudung labuh dan berjubah maka mereka meminta kami utk memenuhi skrin,bukan org lain yg turut berada di dalam coach yg sama?
Itu tak dapat la den nak jawab noh..yang pasti,I take that as an hOnour!!

Tiba di KL sentral,saya bergegas ke kaunter tiket ERL..
Bermulanya perjalanan sendirian ke Putrajaya..naseb baik dah biasa.
Dalam perjalanan sendirian camni saya pun biasanya ketakutan dan kebimbangan..
Dalam keadaan camni lah,ayat kursi lancar menutur di bibir,hati tak putus berdoa minta dilindungi dari kejahatan manusia..dan hanya tawakkal yang diserahkan.

Penakut?memang..mana taknya platfOrm menunggu ketibaan ERL memang biasanya sunyi dari kesesakan manusia,tak macam LRT dan KTM..cukup berbeza.

16minit lagi,penantian yg dirasakan menyesakkan hati..macam2 bleh berlaku dalam waktu singkat ni.
Tak pe la..tunggu je.

Saya segera melabuhkan punggung di deretan kerusi2 yang kosong...
1 minit,2 minit masa berlalu...
Setelah berminit-minit muncul lah 2 pemuda...dari pengamatan saya berdasarkan wajah sedia ada depa, seOrang mungkin Melayu,sorang lagi Cina..kalau tak silap la.

Mulanya nampak macam mereka mahu mengambil tempat di sisi saya..pemuda Cina dah hampir berjalan ke arah kerusi2 di tepi.

Dalam hati..
''Jangan la,jangan la...duk tempat lain banyak lagi''
Ntah nape penakut sangat...no kOmen!!

Dan seakan suara hati saya kedengaran di seluruh pelusuk stesen bawah tanah tu (padahal saya tak pakai mic pun)...pemuda lelaki Melayu lantas menarik lengan rakannya ke tempat lain.
Ke kerusi sebelah sana yang diduduki seOrang gadis Cina.

''Fuhh...tahu pun''..kata hati sambil tersenyum jahat.

Apa yang membuatkan mereka mengambil langkah sedemikian?
Hanya Allah yang tahu apa yang bermain di benak fikiran mereka waktu tu..
Apakah kerna mereka tahu saya segan dengan kehadiran mereka..?
Atau kerna anggapan mereka terhadap gadis bertudung labuh?
Anggapan yang saya sendiri tak tahu apa yang mereka anggapkan..

Dari kisah2 lain yang pernah didengar dan diceritakan oleh sahabat2 dan orang lain di sekitarnya,masih banyak yang boleh ditimbang tarakan..banyak yang boleh disimpulkan.

Itu cuma sebahagian...sebahagian cerita kecil tapi besar maknanya buat diri saya.
tak kurang ada yang memandang jelek dan pelik terhadap  kami.
Ada yang menyisihkan diri dari kami.

Tak kurang juga cerita sahabat yang berhadapan dengan orang tak dikenali yg menagih simpati meminta wang..dengan cara pukau!! hanya kerna mereka bertudung litup..

 Kerna apa duhai muslimah?

Mungkin...
Kerna kita terlupa utk menjaga hati mereka..
Kerana kita gagal memahami mereka..

Lalu,para muslimah ayuh kita koreksi diri..
Di mana silap kita?
Adakah kerana kita terlalu cepat menghukum dari menyampaikan?

Sama2 muhasabah..sama2 kita perbaiki.

Harapannya...walau apa yang dianggap oleh sebahagian yang lain terhadap saya,terhadap kamu,terhadap kita..janganlah disebabkan itu kita berasa lemah..

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
-Ali imran ayat 139-

 Perbaiki diri di luar juga di dalam...
Itulah yang dikatakan muslimah sejati..
insyaAllah..

2 comments:

hasunaa hasanan said...

like it sis...heheheh
~x sbr nk Blik~

ibrahsalami said...

oppsii..jangan memuji,kembang idung t mung jgak yg susah.
yo,i'll wait for u...
ada cerita terbaru ke??
cant wait to hear it from ya..!!
selamt pulang.