Tuesday, December 21, 2010

Di sebalik Mimpi

Terasa mahu untuk menulis sesuatu...yakk!! gatal tangan sungguh nohh...well,apO nOk buat..

Teringat pada satu kisah yang diceritakan Oleh seOrang ustaz kat sekOlah dulu..
ceritanya ringkas...dan padat?
huhh,tak tau la tu padat ke tak...
insyaAllah ada pengajarannya,ibrah yang tersendiri..

 Ceritanya berbunyi begini.....tuttt tuttt tuuutttt..
dengar tak???!!
Hakk,intRo jer tu..

Tentang sebuah kisah yang mengisahkan ( atau sebuah cerita yang mengisahkan) seOrang raja yang menerajui sebuah negeri..tak kisah laa negOri apo pun..

 One day...

Raja yang tak bernama,tak juga terkenal oleh sapa2 itu telah bermimpi...dan mimpi tersebut asyik berulang ulang ditayangkan dalam pemain DVD kepalanya...sampai jemu baginda nak menengOknya...hemmmm

Mimpinya?
Apa mimpinya?

Baginda bermimpi SEMUA (tOlak 1) batang GIGI baginda hilang...missing in actiOn ea tuanku??
Takk...missiOn impossible!!...kata tuanku
Ya..semua gigi baginda patahh,satu demi satu melainkan satu..
Jawabnya hanya tinggal 1 dong...1 batang gigi yg tinggal.

Dek kerna mimpinya asyik berulang,baginda merasa sangat  hairan+pelik+curiga..

Lalu,pada masa2 emas beginilah khidmat para pentakwil mimpi amat2 di butuhkan...

Lantas,dengan pantasnya....
Baginda segera mengarahkan para panglima berlima mengumpulkan seramai mungkin para pentakwil mimpi yang wujud di seanterO pelusuk negerinya...

Hendak diceritakan...
Datang la seOrang pentakwil yang menawarkan khidmat baktinya untuk raja tersayang....

.......................................dan.........................................

Setelah selesai ditilik,dikaji,diteliti permasalahan dan rahsia yang terkandung di sebalik mimpi baginda,tanpa RAGU-RAGU pentakwil tersebut terus berkata...

'' Ohhh...ni kacang je Tuanku..kalau camni,ni maknanya SEMUA ahli keluarga,kaum kerabat Tuanku akan MATI kecuali Tuanku seOrang..'' ya,begitulah katanya.... kata2 yang sungguh berMAKNA..
 kenapa bermakna....kerna akhirnya sang Raja naik bengang dengan keputusan takwilan mimpi tersebut...

Mana taknya...saapa sih tak sayang keluarga? Sampai hati kamuu cakap camtu pentakwil,kesian betaa...wasOla kOlbu enta bilang begitu!!

Dipendekkan cerita yang dah pon saya panjangkan ni... si pentakwil pertama tadi dijatuhkan hukuman Oleh sang raja..
Hukuman apa tu tak de la dapat saya pastikan...

Dek kerna perasaan tak puas hati dan ditambah dengan sifat inkuiri yang begitu tinggi yang ada pada diri si Raja, pentakwil lain dipanggil datang menghadap..

      Lalu..................muncullah PENTAKWIL KE-2............
                 ............yang insyaAllah bakal menjadi yang terakhir...........dOakan..

Setelah mendengar penjelasan tentang setiap inci cerita tentang mimpi sang Raja,
Pentakwil ke-2 dengan penuh tawadhuknya berkata...

  '' Berdasarkan ilmu mentakwil mimpi tak seberapa yang ada pada patik,dan setelah patik teliti cerita di sebalik mimpi tuanku.......patik berani berkata bahawa di dalam ahli keluarga tuanku,Tuanku lahh yang paling panjang umurnya..''

Mendengar sahaja penjelasan yang diberikan Oleh pentakwil kedua itu,hati Sang Raja cukup2 merasa lega...
Alhamdulillah,umurku panjang......

SEKIAN...

Nananaaaaaaa,saya tak berhenti setakat tuu....

Di sebalik setiap cerita berMAKNA pasti ada sesuatu yang berNILAI terkandung di sebaliknya...

Dengan ini,izinkan saya berkOngsi ibrah yang terselindung padanya...

Ibrah pertama.....
  • Adakah bermimpi gigi patah itu memang benar tandanya ada antara ahli famili kita yang akan pergi meninggalkan kita?   < ...yang ni saya tak dapat nak jawab...>
Apapun,abaikan aja kerna bukan ini yang sebenarnya nak saya sampaikan...ngee


Berdasarkan cerita ni,satu2nya pengajaran yang dapat kita ambil adalah berkenaan dengan hikmah..
..................................HIKMAH................................

Ayuh kita teliti...
Dari apa yang dikatakan oleh kedua-dua pentakwil mimpi yang diceritakan tadi,kedua-duanya bermaksud utk menyampaikan kebenaran yang sama,yang terkandung di sebalik mimpi baginda..
bahawasanya semua ahli keluarga baginda akan pergi dahulu meninggalkan baginda.

Yang membezakannya adalah cara penyampaian,ayat yang digunakan,dan lenggok bahasa antara kedua-dua pentakwil itu.

Pentakwil pertama memperincikan maksud mimpi baginda dan memberi penjelasan secara 'direct' tanpa berselindung..

Manakala pentakwil kedua menyampaikan maksudnya dengan cara yang lebih tersirat , yang sesuai dan kena dengan keadaan semasa, yang cOcok dengan sifat sang Raja.

Cerita ini juga pernah saya kOngsikan dengan beberapa orang sahabat di kampus,mengaitkannya dengan tOpik perbincangan kami waktu itu..dan perkOngsian yang sama ingin saya bentangkan kali ini.

Tugas seOrang dai'e sememangnya tak lepas dari tanggungjawab utk menyampaikan,tabligh..
dan dalam usaha menyampaikan, seOrang dai'e terpaksa berhadapan dengan sikap dan kerenah para mad'u yg bermacam ragam.


Ada yang mudah ditegur,mudah menerima,lembut hatinya....
Ada juga yang pantang ditegur,kuat membangkang,keras hatinya...

Dan kerna itu tugas seOrang dai'e bukan bermaksud sekadar menyampaikan secara membabi buta,membuta tuli tanpa memikirkan penerimaan dari mad'u nya...

Lalu,di situlah mulanya kOnsep ber'HIKMAH' dalam menyampaikan pesan nabi,arahan Ilahi..

Hikmah dalam tutur kata,berhikmah dari segi cara penyampaian...bukan sekadar menghentam dan menghukum atas kesalahan dan silap mereka.
Tugas kita menyampaikan kerna kita hakikatnya hanyalah seOrang manusia,
dalam kerja menghukum, itu hak milik mutlak Allah.......(ilmu yang diserap dari novel sinergi)

...........tak lupa juga,kenalilah mad'u sebetulnya sebelum menyampaikan...apa yang diperlukannya,apa yang dicarinya.........

p/s : pengajaran buat diri jugak duhai penulis!! huuu...
       nOte: cerita ni telah disunting dan ditambah cket bahasanya tapi insyaAllah tak lari dari maksud sebenar.








No comments: