Saturday, December 22, 2012

Tiada kerehatan melainkan kematian

Jumaat semalam, dari lepas Zohor hingga masuk waktu Isyak kami keluar.
Keluar ke KL Sentral mencari tiket balik kampung.
Semester dah nak tamat kan, so adatlah budak-budak sibuk duk pikir pasal balik kampung. :)

Kemudiannya ke Mid Valley mencari barang dan window shopping. sempat jugak merasa makanan korea di Dubu-Dubu tapi erkk lidah Melayu ni memang tak fit dengan santapan Korean.

Dan seperti kebiasaan, bila berjalan terlalu lama kepala pasti berdenyut. Sedikit sakit menujah kepala yang sudah menjadi kebiasaan pabila penat. Time tu rasa nak baring jer tak nak bangun-bangun. -,-

Bila sampai ke bilik, terus solat Isyak bila mengingatkan ada janji pulak dengan kawan sekitar waktu itu. Dan usai solat kembali bersiap. Melihat saya kembali bersiap si adik bertanya,

" Nak ke mana pulak ni kak?"

Saya sengih. Rasanya tak perlu dijawab memandangkan mereka sudah punya jawapan.

" Meeting lagi la tuh," si adik menelah. saya hanya gelak buat-buat tanpa memberikan jawapan. 

" Akak...," leretnya panjang. Saya masih buat tak endah sambil tangan laju mencapai sarung kaki.

" Bawak-bawak rehat la kak ," ada nada risau dalam pujuknya. Mungkin sebab tadinya saya menyuarakan rasa sakit di kepala. 

" Akak, sudah-sudah la tu," seorang lagi yang dari tadi diam turut menyampuk. Okay, ini dua lawan satu.

"Apanya, tak apalah. Hidup kita kena berbudi," saya jawab berbasa basi.  

"Berbudi pun kalau tak ada masa untuk diri tak jadi juga," dan lagi mereka menegah.

"Tapi hidup kita bukan untuk kita jer. Hidup kita juga untuk orang lain," saya tak mahu mengalah.

"Ya lah, tadi pun akak keluar, bukan untuk akak. Akak keluar tadi untuk kitorang juga,kan?" saya terdiam. Budak-budak ni, risaunya mengalahkan para emak-emak.

" Akak, jangan lawan fitrah," katanya lagi.

Okay , ini mesti kes belajar Basic Themes of al-Quran. Masya Allah!

"Apa yang lawan fitrah?"

"Tak rehat tuh lawan fitrah lah tu."

Saya berfikir. Selama ni rehat saya sudah lebih dari cukup. Tak pernah tidak tidur, tak pernah tak makan walau sehari.

"Cuba tengok nabi dulu. Nabi hidup bukan untuk dirinya je, untuk orang lain juga," saya kembali berhujah.

"Ya, tapi ada tak nabi tak rehat? Tak ada,kan?"

"Nabi rehat, tapi rehatnya waktu tidurnya je," saya membalas.

Keduanya terdiam.

"Hmm, dah tak boleh nak bangkang dah," salah satunya mengalah dan saya hanya tersenyum kelat.

"Ikut akak lah, hidup akak," ayat penutup dari mereka.

Mereka risau, itu saya faham. Mereka mengambil berat, itu juga saya mengerti. 

Berkejaran dengan silabus dua subjek di pasca shortsem yang begitu singkat banyak meragut masa. Dengan kelas sampai ke malam pada kebanyakan hari, kuiz, tutorial dan projek core subjek serta presentation kadang-kadang membuatkan saya rasa ingin berhenti. Berhenti untuk terus thabat. Sudah terlalu banyak komitmen lain yang diabaikan hingga rasa bersalah benar-benar menghantui diri. Maka disebabkan itu , malam tadi saya tak mampu menolak untuk tidak menghadirkan diri.

Allah mengurniakan insan-insan yang tersangat baik di sekeliling saya. 
Apa yang mereka tampak pada zahirnya, itu hanya secebis. Saya ke hulu ke hilir sudah nampak seakan saya adalah 'orang busy' pada pandangan mereka. Namun hakikatnya di sekeliling saya masih terlalu ramai insan yang super duper busy dari saya. Dan mungkin kerana itu saya tak mampu untuk menepis dan menolak dari terlibat dengan kesibukan yang sedikit ini. Andai saya tolak dan saya tepis, seganlah saya nanti dengan mereka-mereka yang jauh-jauh lebih sibuk.

Saya akui, tak semua benda yang kita lakukan mampu untuk buatkan orang faham. Dan mungkin sudah banyak kali diri melukai orang-orang di sekeliling. Tapi inilah jalan yang telah dipilih.

Dan jalan ini dipilih agar nantinya di mahsyar kelak ia mampu menjadi bukti yang aku pernah lakukan sesuatu untuk Islam. 



Makanya benarlah, tiada kerehatan yang hakiki melainkan kematian. Biarlah kami penat dengan gerak kerja Islam. Biarlah kami lemas di dalamnya.  
Biarkan kami untuk terus merasa lemah dan kuat dengannya. Biarkan kami untuk merasa semua pahit manis tarbiyah di dalamnya.

Kerana ini jalan yang telah kami pilih. Untuk tidak merasa rehat yang panjang di dunia.

Aku tak tahu sampai bila aku mampu untuk bertahan. Thabatkan kami, ya Allah~

5 comments:

Anonymous said...

teruskan berjuang. ramai diluar sana yang sebenarnya dengki dengan kalian, termasuklah saya. dengki kerana kalian mampu begerak aktif.

rajin noh update blog short sem nih. awat cheq nak update asyik tak boleh ja? akak guna line uia kan?

btw, tuka layout je kije dia. pilih satu sudah la -,-

ibrahsalami said...

Shira...
kata2 dik shira menyedarkan akak. btw thanks.. tak pernah terfikir akan ada yang cemburu dgn kami. rupanya bukan kami je cemburu ngan orang yg tak aktif n duk senyap mengadap buku 24jam. haha.

..ini namanya tukar angin. :)

tak puas hati , bagi link blog shira!!

ibrahsalami said...

and yes guna line uia yg slow cam siput ni je.. :) suka menulis tu yg jadi tak jemu nak update. hehheh

Anonymous said...

eh? sape shira? salah org eh? tape2 :)

ibrahsalami said...

neh.. biaq betik tekaan salah. haha. habis ni sape?