Saturday, December 1, 2012

Hadiah Sebuah Usrah

Happy Circle?
Ataupun Bulatan gembira ibarat kata Inche Gabbana. :)
Atau lebih sinonim dengan makna USRAH.




Pertama kali dengar term 'usrah' ketika di tingkatan satu sekolah menengah, Naim Lilbanat kesayangan. Usrah wajib untuk budak menengah rendah. So dari form 1 and form 2 memang ada usrah. Ada naqibah. Ada silabus yang diajar. Tapi entah kenapa kepala otak ni tak boleh nak recall langsung memori usrah time tuh?

Oh nyahnyuks!

Bukan nak kata, tapi waktu itu usrah setakat dengar,catat dan menguap. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ukhwah dengan naqibah mahupun sesama kawan-kawan se'usrah' lain langsung tak dirasai. Tak emphh! Setakat kenal nama, thats it.

Masuk form 4 and form 5 usrah dalam bentuk umum pula. Seingatnya setiap dua minggu, pagi Jumaat semua kena berkumpul di medan tarbiyah. Then ada lah ustaz bagi tazkirah. Waktu ni biasanya memang sibuk mencatat. Ya lah, bila dah masuk menengah atas dah mula ada keinginan untuk tambah ilmu. Dah mula sedar kepentingan tarbiyah. Biasanya memang tak sabar tunggu hari jumaat. ( Bajet bagus sikit)

Itu kisah di sekolah.

Masuk pulak DQ lain ceritanya. Persepsi pada 'usrah' bertukar 180 darjah.

Di sana baru terasa nikmatnya ber'usrah'. Baru terasa aplikasi rukun usrah ; taaruf, tafahum, takaful.
Di sana ada dua orang naqibah ; Ayong dan Along.
Ada tujuh adik beradik ; Angah, Alang, Anje, Achik, Ateh, Ude dan Acu.
Dan usrah kami namanya NAWAL RAIHANA!

Usrah kami ada pengisian. Ada peringatan. Ada gelak tawa. Paling penting, ada makan-makan.
Oh how i miss them!

Tapi tak dinafikan, dalam ber'usrah' ada juga yang terlepas pandang. 
And day by day ada tikanya ukhwah kami makin longgar. 
Tapi itu tak mampu memudarkan semua kenangan yang pernah terbina antara NAWAL RAIHANA.
InsyaAllah.

Itu cerita di sana.

Di sini, bertemu lagi dengan usrah. Tapi kali ini bukan sebagai 'anak usrah' tapi 'mak usrah'. Usrah yang terbina atas dasar inisiatif . Boleh bayang tak me jadi naqibah?

Awal dulu langsung tak yakin. Rasa berat nak bawa adik-adik kenal pada Islam sedang diri terasa masih tersangat kurang dengan ilmu. But then its been months kami melaluinya. Dari empat anak usrah bertambah menjadi sepuluh.

Diri tak pernah yakin dengan kekuatan diri. Tak pernah yakin boleh berjaya untuk sentuh hati mereka. Ternyata bukan senang untuk menjadi seorang murabbi.

Oh, jauh dari layak untuk menjadi seorang murabbi!

But then day by day jalan terus diselusuri. Terus pasakkan pada hati apa yang dilakukan adalah demi Islam. Dah namanya gerak kerja Islam, relakah untuk berpatah balik ke belakang? ~,~

Tanpa disangka makin hari kerja ini makin seronok. Dan Allah terus memberi khabar gembira.
Dalam satu jangka masa, satu demi satu adik-adik usrah menghantar mesej mengatakan rindu dengan kak naqibahnya, rindu untuk menceduk ilmu dalam usrah, rindu untuk menatap wajah satu sama lain.

Bila menerima mesej sedemikian dari mereka diri tertanya,
'Apa yang dah aku lakukan sampai begini sekali responnya?' -.-

Sumpah tak pernah menjangka untuk menerima respon sepositif itu kerana hakikatnya diri bukanlah seorang murabbi yang OSEM! Jauh dari sempurna untuk menjadi yang terbaik buat mereka.

Tapi barangkali itu hadiah dari Allah. Saat hati mula lemah dan terasa goyah untuk terus menjadi golongan yang menyampaikan, Allah mendatangkan semangat yang baru dalam diri melalui perantaraan adik-adik usrah.

Subhanallah.

Masuk semalam entah sudah berapa mesej sedemikian yang diterima dari adik-adik usrah. Dan buat kesekian kalinya mereka berjaya membuat diri terharu dan sebak. :')

"Sakinah mawaddah wa rahmah. To love, to care and to be blessed. Thanx sis. I miss you and our usrah! Please invite me if you have time to do that. "

Betapa hati mereka terlalu mencintai tarbiyah.

"O Allah, jagalah mereka sebagaimana Engkau telah menjaga hamba-hambaMu yang soleh selama ini. "

2 comments:

sinichi kudo said...

salam alaik, nice post akak, rindu nak jmpa usrah kita pulak :)

ibrahsalami said...

Huhu tau takpe. usrah kita yg jarang2 jumpa tapi hangat :). rindu pengisian~