Thursday, November 8, 2012

Cerita Cuti

Second entry sesudah dua minggu di rumah.

Menulis ni boleh dijadikan ubat penduka lara sebenarnya. Tak kisah lah ada orang baca ke tak , yang penting ada rasa Osem pada secebis tulisan itu!

Cuti ni entah kenapa rasa lebih bermanfaat dari cuti yang biasa. Sebab dah jadi lebih rajin agaknya. Dah ringan tulang nak tolong-tolong mak. Kalau dulu bolehlah dikatakan agak liat sampai kena bebel-bebel lagi. :)

Bila cerita pasal cuti, masing-masing ada cerita sendiri. Ada yang cari kerja. Ada yang dah menelaah buku-buku penting untuk tambah thaqofah. Ada juga yang tak ada kerja melainkan bangun makan online tidur -,-

Dan saya dalam cuti?
Saya buat latihan.

Latihan memandu?
'Takde duit.'

Latihan kurangkan lemak kot?
'Aku sayang lemak aku.'

Dah tu?

Latihan menjadi anak solehah, ibu mithali dan isteri cantik. Erkk.

Rutin saya kat rumah memang tak lari dari masak memasak, basuh membasuh, kemas mengemas, lipat melipat, jaga menjaga. Baru terasa nikmatnya menjadi seorang anak yang rajin! Ha Ha Ha

Tolonglah ... bagi saya can nak perasan kejap.

Di rumah rupanya ummi sedang melatih anak perempuannya buat semua kerja. Bila tersilap berulang kali ummi tegur. Terlupa simpan barang lepas masak lah, tak kemas dapur lepas masak, tak mop lantai, tak kemas meja makan, lupa angkat jemuran.

Fuh. Penat juga menjadi anak didik course tak berdaftar ni.

Beriya ummi tegur dan ulang-ulang sebut kesalahan sampai saya naik terfikir kenapa lah penting sangat semua ni?

Sampai satu masa ummi cakap,
" Nanti kat rumah mertua tak boleh buat macam ni. Kena rajin tolong mertua."

Rupanya ummi bimbang untuk melepaskan anak gadisnya ke tangan keluarga lain.

Dan bila saya terlupa nak simpan sayur ke dalam peti balik, ummi kata lagi,
"Duk ulang kesalahan sama je. Tak lepas lagi ni nak mengurus rumah tangga."

Dan adik menyampuk,
"Tak lepas lagi nak kahwin tu." Dan ummi mengiyakan.

Dan saya kata dengan penuh angan-angan melampau,
"Ala, baru ingat nak kahwin tahun depan."

Adik usik lagi,
"Lambat lagi la ummi nak dapat menantu laki."

"Hm lambat lagilah gayanya."

Nampaknya tak lepas lagilah. :(

*Buat-buat sedih*

*******

Melalui rutin seorang suri rumah (walaupun masih belum bersuami) baru terasa betapa penatnya seorang ibu. Baru benar-benar terasa betapa penatnya ummi selama ni.

*Menangis*

Tapi walaupun penat kenapa seorang ibu tak pernah merasa penat dan lelah?
Tak pernah mengungkit walau sekelumit?

Anda punya jawapan?
Saya ada.

Jawabnya kerana melakukannya adalah ibadah.
Menjadi seorang ibu, walaupun penat terpaksa juga merelakan diri untuk buat semuanya. Walaupun tak nak, terpaksa juga merajinkan diri untuk menguruskan segala keperluan keluarga.

Tak percaya?
Then, please help your mom at home.

Seronok!

Kat rumah jugak jadi babysitter. Melayan semua kerenah si anak dara dan anak teruna junior. Siap babysitter kena buli lagi. Kena cakar, kena gigit, kena tarik rambut, kena baling benda. Pendek kata semua dah kena.

Muhammad Haziq Aiman



Maisarah Qashrina


Tapi bahagia melayan dua anak kecil ini. Menatap wajah mereka menginsafkan diri. Mereka ibarat kain putih dan mak ciknya sudah susah nak kata ibarat kain apa. Kain batik maybe? =.=

Dan tanggal 2 November lalu lahirlah pula seorang lagi putera permata keluarga. Juga anak abang long dan kak ipar. Moga lahirnya membawa rahmat dan dewasanya nanti menjadi mujahid pembawa agama. Ameen.

Muhammad Hakim ...

Dalam cuti saya sudah merasa jadi suri rumah. Juga jadi ibu. :) pengalaman bermakna seumur hidup.
Moga Allah redha.

Manfaatkan masa bersama keluarga bila berpeluang.^^

#sekadar coretan malam#

No comments: