Saturday, June 4, 2011

mY othEr hAlf..

Bismillahirrahmanirrahim....

Ku dedikasikan tulisan ini buat si Dia yang jauh di PJ.Ehh tak tak,mungkin dah bertolak ke Nilai agaknya pagi ni.( Tak bertolak lagi rupanya waktu ni,sedang menunggu bas katanya.)
And as i promised you before,this is the reply-entry for your last entry,

http://najibah-muszai.blogspot.com/2011/06/buat-some0ne-yang-dekat-di-hati.html

Dan kepada sesiapa yang terbaca entry ini,maaf,ini langsung tidak berkaitan dengan anda dan mungkin tiada input yang boleh diceduk dari entry ini untuk kali ini. So sorry kerana ini hanya luahan rasa.Dipersilakan tukar ke channel lain seandainya perlu. wee~

                                    ************************

Hope you doing fine there.
Ermm,tak tahu nak mulakan dari mana.
Could I start from the beginning? The day we are separated?

Jujurnya,waktu satu kiriman pos laju dari Darul Quran Jakim sampai ke tanganku,aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan.Sebenarnya naluri aku dah dapat mengagak yang hanya aku yang akan dapat tawaran tu.And then when the letter came,it proved that my instinct was right.

Ya,aku tak fikirkan sangat apa yang akan aku lalui tanpa mu,oo my half.
Tapi dari air muka mu waktu tu,aku seakan dapat rasakan sedikit kegusaran.
Bukan cemburu yang pasti,kerana aku tahu sepanjang sejarah hidup kita bersama,tak pernah laa pulak masing-masing nak cemburu or dengki atas kelebihan yang salah seorang dapat.

Tapi aku lega 'coz you let me to decide for my own best.Dan tak sikit pun kau menghalang atau menghalau.
Seakan kau redha aja dengan apa yang akan aku putuskan.

Timbang punya timbang,akhirnya satu keputusan aku capai.

"Aku rasa aku pergi je lah," that was my answer.Jawapan yang pada awalnya aku sendiri ragui.

Dan kau hanya diam membisu,or were you saying something? hehe...
Entah kenapa waktu tu aku mengharapkan jawapan darimu,whether you want me to go or not.Andainya kau cakap JANGAN ada kemungkinan aku tolak tawaran tu.But once again i'm glad you were not saying that.Hingga akhirnya aku mampu merasa semua keindahan yang dah aku rasai.Thanks to you little sis. =)

Were you crying at the moment sis? I just don't know. Dan benar katamu,aku elok-elok aja dalam masa menyiapkan segala persiapan ke DQ. Elok yang hanya pada wajah,tapi hati seakan berkocak dengan perasaan yang pelbagai.

Huu,aku masih ingat kita bergaduh waktu tu.Entah kenapa hati ni cukup sensitif waktu tu selepas di provoke oleh Big Monster,abang ke empat.Walau hanya gurauan,aku cukup sensitif dan merasakan kau dan yang lain akan benar-benar senang jika aku tiada. Itu tandanya,aku juga masih bingung dan berat untuk pergi sampai ke hulu Selangor waktu tu.

Sepanjang di DQ,at first,i felt nothing.Yehh,aku tak menangis waktu ditinggalkan (i am a big girl).Ada rasa teruja untuk mencuba sesuatu yang baru,untuk berdikari dan bla bla bla. Ditambah dengan penderaan yang dirasai sepanjang Minggu Haluan Siswa dan Mafatihul Mahabbah,keduanya seakan mengalih perhatian aku dari meratap nasib bersendirian. (sadisnya bunyi,jangan percaya sangat).

Aku kurang memikirkan rumah waktu tu,mungkin sebab otak dah betul-betul fokus dengan minggu suai kenal kot. Tapi tak dinafikan,ada kalanya aku terfikir,"Kan bagus kalau Jibah pun ada di sini." Huu,I was lonely at the moment you know. It really took me times to get along with the others,as I am not a person that can easily get well and be friendly with strangers. I was missing your presence at that moment.

Awal-awal di sana,I cried a lot.Tandas menjadi tempat mencurahkan air mata..hehe,mimpi la kalau nak tengok aku menangis berlagu-lagu depan orang ramai secara tiba-tiba.Kalau bukan menangis,aku akan keluar dari bilik,termenung sendirian di tempat ampaian baju,melihat ke langit dan berfikir,'Are you looking at the same stars i am looking at?' ermm,lebih kurang begitulah monolog aku waktu tu.Guess so.

Tapi hari demi hari,aku makin OK.Makin ceria walau ada kalanya masam mencuka dan moody semacam.Itu lumrah.Aku yang sibuk dengan jadual kelas di DQ (sibuk laa sangat),kau pulak kebosanan bercuti panjang di rumah.Hingga kekadang membuatkan aku terfikir keadaan kau di sana. You must be so lonely,right?

Sebulan,dua bulan,tiga bulan,empat bulan,lima bulan... tibanya saat kau pula yang harus memutuskan hala tuju seterusnya.
Kau keliru untuk memutuskan..
Sama ada nak pilih matrikulasi Perak atau tawaran Bahasa Arab di UIAM.

The truth is,aku mengharap sangat sangat sangat kau akan memilih UIAM.So that we can be together...dan rasanya aku ada sedikit mempengaruhi kau kan? Sorry about that..memang aku berniat! Tapi tak apa la kan,for at least you glad to be there,going through all the circumstances. Semuanya benar-benar mematangkan kau kan? I hope so.

Dan tak dinafikan,awal kemasukan kau ke dunia baru aku cuak dowhh!! Memikirkan sama ada kau OK atau tak. Kakakmu ni sedikit gusar barangkali. Ye la kalau dulu,you depended on me a lot.(hehe,perasan)

Dulu kecil-kecil,masa zaman sekolah rendah,I bought you food.
Dan sebab tu aku terfikir,will you be able to be independent? Will you be just fine without me around?Boleh ke kau beli nasi sendirian berhad nanti? Kang balik-balik tinggal tulang je nanti.Haha...

Tapi,hari demi hari dapat perkhabaran kau dari sana,dan kata kau,kau makin selesa di sana,at least itu melegakan aku.Senang rasanya bila dapat tahu kau bergaul dengan sahabiah-sahabiah yang baik dan caring and supporting. Fuhhh... sO,aku tak risau dahh.

Saat aku masuk semester dua dan diuji dengan ujian yang aku sendiri tak duga,kau dari jauh tak putus-putus hulurkan semangat.Bagi nasihat,tenangkan perasaan.

Paling tersentuh,waktu pulang bercuti pertengahan semester dua iaitu pada minggu Aidilfitri,aku luahkan semua kesedihan aku and of course i cried. Tapi tak semena mena kau pun ikut menangis.Kau usap kepala aku and told me to be patient. Aku terharu... =)

Masuknya pertengahan semester dua,aku hampir putus asa.Meneruskan hafazan dengan kekosongan di jiwa.Waktu tu dah terasa benci sangat untuk terus berada di DQ,kerana DQ waktu tu aku rasakan tak ubah macam penjara. Masih ingatkah saat aku menghantar sms menyatakan keinginan aku untuk berhenti,dan apa yang akan ummi rasa kalau aku menetapkan keputusan sedemikian?

Tapi kau menghalang. Katamu,sabar.InsyaAllah ada hikmah di sebalik tiap apa yang berlaku.
And then,I felt the strength. Sesungguhnya benar,di sebalik setiap ujian,ada hikmah yang tersembunyi.Kata-kata ini aku pegang.

Allah berikan aku kekuatan untuk teruskan perjuangan sampai ke akhir. Salah satu wasilahnya datang dari setiap kiriman mesej yang engkau kirimkan. Saban hari kau bertanya akan khabarku, "Are you okay big sis?"...dan agaknya setiap kali itulah jawapan aku sering menggusarkanmu. Sorry once again. =)

You always be my crying shoulder.
Kalau boleh semua benda nak aku kongsikan bersama. Lalu,waktu cutilah yang sering dinantikan.Sebab waktu tu pelbagai cerita akan dibuka.Bedtime stories yaa...huhu.

Aku berjaya harungi semua badai sepanjang di DQ. Manis,masam,pahit dan kelat serta sweet sour sudah aku rasai.Pelbagai rasa,pelbagai kejadian,pelbagai pengalaman yang akhirnya mematangkan aku.

Sahabat-sahabat aku menilai aku sebagai seorang yang cool you know.
Esok nak kena tebuk ngan ustazah,malam tu boleh je rilek ngaji,tanpa riak cuak atau gusar di wajah. Tak sempat iadah semua pun,elok jer pergi kelas pagi esoknyaa.

Jadi orang pertama kena tebuk pun boleh jer tersenyum riang gembira sedangkan yang lain mati-matian menolak undangan khas menjadi yang pertama.

Gagal jawab banyak soalan masa the real syafawi-final exam,boleh je keluar sengih-sengih walaupun dah dijanjikan tashfiyah oleh mumtahin.Siap bercerita penuh semangat sambil mengukir senyuman lagi.

Kena tashfiyah pun,macam tak ada apa-apa.Masih mampu untuk terus berjalan pergi ke masjid waktu orang lain dah bebas merdeka dari final exam,tanpa sedikit pun rasa rendah diri atau malu-malu kucing.Juga,masih mampu memberikan semangat pada yang lainnya.Agaknya itulah cara aku kuatkan diri,pura-pura gagah macam The Hulk.

Mereka nampak aku gagah,kental dan cool sepanjang masa.*Cehh,poyo jer ayat..
Sebabnya,aku hanya menangis sorang-sorang dalam bilik,ni lah rahsianya,hehe. I didn't tell you I was crying right?
Sebab aku tak mahu ulang kesilapan yang sama masa sem 2,seakan aku meratap dengan ujian yang Allah berikan.So,aku ambil keputusan untuk tak kongsikan apa yang aku rasa,juga senyap tanpa pemberitahuan perihal tashfiyah tersebut kepada ummi.

You know what,malam sebelum tashfiyah syafawi,buat pertama kalinya aku bercengkang mata tahap maksima.Teruskan mengulang dari petang sampai ke malam di masjid sebaik tamat paper Understanding Islam petang Khamis tu.Sambung lagi sejurus selepas balik dari masjid pukul 12 tengah malam sampai ke pagi.Bila dah mengantuk,ambil giliran untuk tidur dengan sahabat-sahabat lain hingga akhirnya semua tertidur dari jam 4 pagi sampai ke Subuh.

Peritnya mujahadah tapi di situlah aku temui kemanisannya.Manisnya hidup dengan al-Quran waktu tu.Manisnya hidup bersahabatkan mereka,sahabiah-sahabiah Gen E yang terlalu banyak membantu. Lalu, bilik depan Coway menjadi saksi malam tersebut.

Dan berdepan dengan semua tu membuatkan aku hanya mampu bermonolog sendirian.Kataku, 'Its okay Jihah,you can do it.Ini ujian,and maybe you deserve this..' 


Kentalnya aku mungkin hanya pada wajah kerana yang tersembunyi di sebalik tu hanyalah sekeping hati yang rapuh.Badai di hati,siapalah tahu...lalu kepada Allah jugalah kekuatan dipohon.
Dan mungkin pengalaman DUR dan ujian sebelum ni menjadikan aku lebih rileks untuk terima sebarang kemungkinan apa yang akan berlaku.

Ujian tashfiyah memberi aku peluang untuk bermuhasabah balik tentang kesilapan diri.
Mungkin ada silapnya di mana-mana...yaa,ada!

Sorry to keep it as a secret.

Tiba saat untuk meninggalkan DQ.
Selepas apa yang aku dah lalui di sana,ia membuatkan aku terfikir...alangkah baik jika kau dapat rasakan apa yang aku rasa.I wish you were there,with me,sharing all the moments. Tapi ini hanya ilusi dan angan-angan.

So,don't be worry little sis,we'll be together in PJ nanti start dari bulan September atau Oktober kan? InsyaAllah.
Kalau juga tiada rezeki,jumpa nanti di Gombak. Doakan lah agar hati aku kembali tertaut pada AED. ngeh ngeh ngeh...

Masa tu bolehlah kita bertukar-tukar shift dan melakukan penyamaran.Kalau aku bosan dengan kelas AED,aku gantikan kau ke kelas BAHASA ARAB dan kau ke kelas aku. Amacam,bernas tak idea aku?

>>>>>>>> Thanks a lot for all the support that you give.
       >>>>>>> thanks for being my other half.

    SYUKRAN JAZILAN YAA UKHTI MAHBUBATI.


                     ni gambar kitorang masa kecik-kecik >> silakan percaya.    
                            nak letak juga..sorry ya sis,you are not cute as i am,hehe.









 >>> dulu aku di sini..                  


                                                                     kau pula di sini <<
















                                                           bertemu nantinya di sini


                                                                 The Garden of Knowledge and Virtue
                                                                                  I'm on my way!

No comments: