Friday, November 9, 2012

Di sebalik kekalahan

Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah.
Walhamdulillah.
Wa La Ilaha Illallah.
Allahu Akbar.

Result exam bakal keluar mulai petang ini.
Dup dap dup dap.
Dah tak tahu nak cakap apa.

Tapi rasanya kegerunan tu dah turun sikit bila tengok pointer semalam.
At least hati dah bersedia untuk terima walau segala kemungkinan.

Bila tengok pointer semalam jujurnya hati hampa. Yang diimpikan tidak berlaku seperti apa yang diharapkan. Hati nak je memberontak. Tapi Allah terlebih dahulu menegur melalui perantaraan sahabat.

Kata sahabat,
" Kita kena ikhlas terima apa yang kita dapat. Mungkin itu yang terbaik. "

Hati tersentak. Ya benar, kita kena ikhlas. Tapi ikhlas itu terlalu sukar untuk menemani hati yang terlalu larut dengan harapan keduniaan.

Jujurnya satu sem yang lepas adalah ternyata jauh lebih baik dari sem sebelumnya. Semester lepas kesibukannya melebihi semester sebelumnya. Komitmen lebih tinggi diperlukan dari semester sebelumnya. Dan cabaran jauh lebih kuat dari semester sebelumnya.

Tapi di semester yang sibuk, yang penuh komitmen, yang banyak tugasan itulah Allah beri bantuan yang lebih. Result kuiz yang jarang sekali menghampakan, clash masa yang juga sangat-sangat jarang berlaku dan pendek kata macam-macam bantuan lagilah. Yang tak dapat nak diterjemahkan di sini melalui kata-kata. Heww~

Melalui satu semester lepas hati yakin keputusan yang baik akan mampu dicapai setelah melihat akademik yang dilihat makin stabil. Tapi tup tup bila lihat je pointer semalam , nah kau! Bahana over confident sangat kot.



Sedih. Kecewa. Nak nangis.
Tapi Alhamdulillah tak sempat nak menangis lagi.

Dari kekecewaan tu Allah mengajar.
Awal yang baik tak semesetinya akan punya pengakhiran yang baik.
Senyum. Hati hanya mampu untuk terus tersenyum.

But never mind.
Kekalahan kali ini juga memberikan saya satu lagi kemenangan yang jauh lebih bermakna.
Kemenangan untuk mampu melihat musibah sebagai nikmat!

~Preparing for the worst~

Thursday, November 8, 2012

Cerita Cuti

Second entry sesudah dua minggu di rumah.

Menulis ni boleh dijadikan ubat penduka lara sebenarnya. Tak kisah lah ada orang baca ke tak , yang penting ada rasa Osem pada secebis tulisan itu!

Cuti ni entah kenapa rasa lebih bermanfaat dari cuti yang biasa. Sebab dah jadi lebih rajin agaknya. Dah ringan tulang nak tolong-tolong mak. Kalau dulu bolehlah dikatakan agak liat sampai kena bebel-bebel lagi. :)

Bila cerita pasal cuti, masing-masing ada cerita sendiri. Ada yang cari kerja. Ada yang dah menelaah buku-buku penting untuk tambah thaqofah. Ada juga yang tak ada kerja melainkan bangun makan online tidur -,-

Dan saya dalam cuti?
Saya buat latihan.

Latihan memandu?
'Takde duit.'

Latihan kurangkan lemak kot?
'Aku sayang lemak aku.'

Dah tu?

Latihan menjadi anak solehah, ibu mithali dan isteri cantik. Erkk.

Rutin saya kat rumah memang tak lari dari masak memasak, basuh membasuh, kemas mengemas, lipat melipat, jaga menjaga. Baru terasa nikmatnya menjadi seorang anak yang rajin! Ha Ha Ha

Tolonglah ... bagi saya can nak perasan kejap.

Di rumah rupanya ummi sedang melatih anak perempuannya buat semua kerja. Bila tersilap berulang kali ummi tegur. Terlupa simpan barang lepas masak lah, tak kemas dapur lepas masak, tak mop lantai, tak kemas meja makan, lupa angkat jemuran.

Fuh. Penat juga menjadi anak didik course tak berdaftar ni.

Beriya ummi tegur dan ulang-ulang sebut kesalahan sampai saya naik terfikir kenapa lah penting sangat semua ni?

Sampai satu masa ummi cakap,
" Nanti kat rumah mertua tak boleh buat macam ni. Kena rajin tolong mertua."

Rupanya ummi bimbang untuk melepaskan anak gadisnya ke tangan keluarga lain.

Dan bila saya terlupa nak simpan sayur ke dalam peti balik, ummi kata lagi,
"Duk ulang kesalahan sama je. Tak lepas lagi ni nak mengurus rumah tangga."

Dan adik menyampuk,
"Tak lepas lagi nak kahwin tu." Dan ummi mengiyakan.

Dan saya kata dengan penuh angan-angan melampau,
"Ala, baru ingat nak kahwin tahun depan."

Adik usik lagi,
"Lambat lagi la ummi nak dapat menantu laki."

"Hm lambat lagilah gayanya."

Nampaknya tak lepas lagilah. :(

*Buat-buat sedih*

*******

Melalui rutin seorang suri rumah (walaupun masih belum bersuami) baru terasa betapa penatnya seorang ibu. Baru benar-benar terasa betapa penatnya ummi selama ni.

*Menangis*

Tapi walaupun penat kenapa seorang ibu tak pernah merasa penat dan lelah?
Tak pernah mengungkit walau sekelumit?

Anda punya jawapan?
Saya ada.

Jawabnya kerana melakukannya adalah ibadah.
Menjadi seorang ibu, walaupun penat terpaksa juga merelakan diri untuk buat semuanya. Walaupun tak nak, terpaksa juga merajinkan diri untuk menguruskan segala keperluan keluarga.

Tak percaya?
Then, please help your mom at home.

Seronok!

Kat rumah jugak jadi babysitter. Melayan semua kerenah si anak dara dan anak teruna junior. Siap babysitter kena buli lagi. Kena cakar, kena gigit, kena tarik rambut, kena baling benda. Pendek kata semua dah kena.

Muhammad Haziq Aiman



Maisarah Qashrina


Tapi bahagia melayan dua anak kecil ini. Menatap wajah mereka menginsafkan diri. Mereka ibarat kain putih dan mak ciknya sudah susah nak kata ibarat kain apa. Kain batik maybe? =.=

Dan tanggal 2 November lalu lahirlah pula seorang lagi putera permata keluarga. Juga anak abang long dan kak ipar. Moga lahirnya membawa rahmat dan dewasanya nanti menjadi mujahid pembawa agama. Ameen.

Muhammad Hakim ...

Dalam cuti saya sudah merasa jadi suri rumah. Juga jadi ibu. :) pengalaman bermakna seumur hidup.
Moga Allah redha.

Manfaatkan masa bersama keluarga bila berpeluang.^^

#sekadar coretan malam#

Sunday, October 28, 2012

Iman yang hilang


Orang kata, iman tidak boleh diwarisi. Hatta anak kepada seorang nabi belum tentu bisa mewarisi keimanan
kental si ayahanda.

Al-imanu yazid wa yankus.
Iman itu seringkali bertambah dan berkurang.

Ada tikanya di atas, melambung tinggi hingga ke puncak Gunung Jerai. Dan ada masanya di bawah, terdampar lemah di celah-celah batu karang di dasar Laut China Selatan.

Yang membezakan adalah bagaimana usaha kita memantapkan balik iman yang makin kita sedari berkurang saban waktu.

Ada yang berusaha bermati-matian mempertahankan imannya, ibarat Spiderman yang rela mempertaruhkan nyawanya demi MJ tercinta.

Dan ada yang membiarkan sahaja imannya terus-terusan lesu dan layu, ibarat seorang pejuang yang siap mengangkat bendera putih pada sang lawan.

                                                           ............................

 Pernah dahulu saya mengenali rakan yang gaya dan tingkahnya seakan otai. Kalau kat sekolah dulu boleh dikategorikan sebagai geng nakal. Atau dalam loghat Kelate, 'sek meto'.

Pergi masjid lambat, tudung singkat, ponteng kelas prep, bercintan bercintun dengan budak lelaki entah dari sekolah mana. Dan macam-macam lagi kenakalan yang dipandang sinis oleh 'geng malaikat' mereka lakukan.

Namun sekarang?

Sesetengahnya berubah 180 darjah! Mula berpakaian lebih sopan. Mula mendekatkan diri dengan usrah. Mula berjinak-jinak dengan dunia dakwah. Post-post di laman Facebooknya sering mengingatkan orang lain pada Allah.

Subhanallah. Andai itu dikira keajaiban makanya tiada lagi keajaiban lain yang mampu mengatasinya.

Itu berita gembira. Ada pula cerita yang sedih.

Cerita tentang mereka yang awalnya hidup dalam dunia tarbiyah. Malah diri amat dekat dengan al-Quran. Saban waktu, saban hari tak pernah berjauhan walau dari satu ayat al-Quran.

Mereka mengenal hukum hakam. Mereka arif tentang ilmu Islam. Dan masyarakat memandang mereka sebagai golongan yang diharapkan mampu untuk membawa sinar pada manusia di sekeliling mereka.
Sanjungan setinggi Eiffel Tower tak pernah lekang dari susuk-susuk tubuh yang lahir dari dunia tarbiyah itu.

Namun iman bukan milik hakiki. Hidayah bukan barang belian di pasar-pasar malam.

Lalu mereka turut berubah 180 darjah!
Menjatuhkan keizzahan yang ada pada mereka dengan calit-calit kotor jahiliyah.

Batas syariat sudah tidak dipedulikan. Hukum hakam ditolak ke tepi. Pandangan manusia lainnya dibuat dunno.

Maka aktiviti-aktiviti yang belum pernah mereka rasai sebelumnya mula menjadi satu hobi buat mereka. Cintan cintun, kenal perempuan itu kenal lelaki ini, dating, rokok ...

Iman mereka menangis dan nafsu mereka melonjak keriangan!



Aduhai pembawa agama,
Pada dirimu terpalit nama Islam.
Namun engkau tegar mengorbankan keizzahan Islam itu hanya untuk kepuasan dirimu.

Sudahkah engkau lupa pada satu kata-kata,

Hasanatul 'abrar sayyiatul muqorrobin. 
Mungkin juga apa yang engkau lakukan engkau pandang enteng.

Katamu,
"Itu biasa, orang lain pun buat, bukan teruk sangat pun."
Namun sekali sang ustaz membuat silap, selamanya kepercayaan akan luntur dari mereka yang memandang tinggi padamu.
Maka sedarlah itu juga biasa, apabila kepercayaan tidak lagi diberikan padamu.

Sedih bila ada yang menghamburkan,

  "Bodoh giler! Dah la budak Dikiyu!"

Adakah kita makin lupa akan usul kita?
Agaknya kita makin teruk... 

Wednesday, August 15, 2012

Memaknai sebuah Tadhiyah

26 Ramadhan.
Hari kedua di rumah.

. . . . . . . . . . . . . . . . .  . . . . . . . . . . 

Tik tik trett...

Bunyi mesej masuk. Dari seorang sahabat.

'Tahniah, enti terpilih untuk menjadi fasi program bla bla bla bla blaa blaa.'

Allahu Allah. Apakah?
Aku sudah punya perancangan sendiri hujung minggu ni. Ada janji dengan kawan, and then nak balik rumah abang!

There's no way I would cancel my plan! 

Tapi ni peluang untuk menyumbang dalam gerak kerja Islam.

Fiqh aulawiyat wehh! Pentingkan mana yang lebih penting.

Apa, ingat tak penting ke plan aku?! Janji dengan orang kott!

Mana lagi penting, stakat janji nak outing dan balik rumah ambil dokumen yang mungkin boleh ditangguhkan atau gerak kerja Islam yang rencana pelaksanaannya hujung minggu ni?

Allah sedang menguji sejauh mana hambaNya sanggup berkorban. Ya, peluang untuk memahami dan mengaplikasikan konsep tadhiyah yang selama ini laju meniti bibir.

Hati berperang lalu mesej dibiarkan sepi seketika.
Macam-macam perasaan berbaur.

Lalu minda ligat memikirkan solusi. Kepentingan diri atau kepentingan Islam?

Minda selaju kilat menerjah perkara silam. Betapa selama ini diri seakan asyik ingin melarikan diri dari jalan perjuangan. Banyak kali memberontak. Banyak kali membangkang dalam diam. Mungkin kerana kefahaman yang belum mantap. Mungkin juga kerana melihat banyaknya kepincangan dalam akhlak pendokongnya.

Hati ditekadkan.

Mesej dibalas.

'In sha Allah.'

Aku bekerja bukan kerana manusia, tapi kerana Allah dan RasulNya. Kerana mahu melihat Islam difahami dan dihayati.

Air mata menitik. Moga Engkau terima ia sebagai ibadah di sisiMu ya Rabb.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Secebis kisah sekecil kuman yang mungkin pernah terjadi dalam kalangan kita.

Oh my Eeeee.. Iman!
Apa objektifnya?
Heh.

Bila mana diri sudah berikat setia untuk merelakan diri dalam sebuah perjuangan, tika itulah Allah akan mula menguji. Sejauh mana kita sanggup bertahan. Sejauh mana kita sanggup berkorban. Sejauh mana kita sanggup mengetepikan kepentingan diri?

Selama ini kita ditarbiyah. Ada yang melalui jalan yang penuh lembut dan halus. Ada yang melaluinya dengan jalan yang syadid dan keras.

Dan selama ditarbiyah, kita dimomokkan dengan erti tadhiyah (pengorbanan).

Teringat lagi tika menghadiri satu usrah, akak naqibah bertanya,

"Mana yang datang dulu, tarbiyah atau tadhiyah?"

Sahabat menjawab,
"Tarbiyah."

"Kenapa?"
 Semua diam. No clues.

"Yang lain?"
"Tadhiyah dulu."
"Sebab?"
"Sebab dalam nak mencapai tarbiyah kita perlu berkorban."

Angguk.

"Yang lain?"
"Emm, kalau jawab seiring?" saya mengambil giliran.

"Okay wasatiyah ni. Kenapa seiring?"
"Sebab dalam nak dapatkan tarbiyah kita perlu berkorban and dalam kita berkorban kita sebenarnya sedang ditarbiyah."

Angguk. Tapi angguk bukan bermakna mengiyakan. (^.^)

Lalu selesai bersoal jawab, akak naqibah menjelaskan,

"Yang sebenarnya tarbiyah datang dulu sebelum tadhiyah."

Dan begitulah panjang lebar beliau menjelaskan. *padahal tak ingat apa yang dijelaskan* ~.~`

Tapi begitulah, tanpa tarbiyah kita mungkin takkan kenal makna pengorbanan. Dan betapa petang hari ketika ber-usrah itu, saya mengagumi kekuatan jiwa naqibah sendiri yang sanggup datang jauh dari Kelantan semata-mata untuk menemui kami!

*mulut terlopong*

Dan menyelusuri kembali kisah para sahabat seumpama Saidina Uthman bin Affan yang terkenal dengan kekayaannya memberi penjelasan yang tepat untuk saya, saya kira.

Bagaimana dalam kisah Saidina Uthman mengenal Islam, beliau menerima tarbiyah direct dari Rasulullah s.a.w. dan hasil tarbiyah itu akhirnya sejarah mencatatkan kisahnya yang langsung tidak teragak-agak untuk menginfakkan sebahagian malah kesemua hartanya untuk membantu perjuangan Islam.

Itu makna tadhiyah hasil dari tarbiyah yang agung! 

Sebetulnya, kita kadang-kadang dengan bangganya mengisyitiharkan diri sebagai seorang yang benar-benar cool dan osem dalam bab menegakkan Islam. Malah kita kadang-kadang merasa cukup hanya dengan itu.

Tapi pabila datang perkara yang meminta kepentingan Islam didahulukan melebihi kepentingan diri,beribu alasan dicipta!
 
Alamak, saya nak balik rumah laa weekends ni, ada walimah nenek saudara sepupu abang ipar mak sedara suami kakak saya!

Oh I cannot I cannot coconut laa, dah janji nak outing dengan kawan kat Times Square. Nak main ice skate!

*peluh*
Panjang lebar alasan dicipta.



Sekali jiwa dipertaruhkan di jalan perjuangan, beribu kali tadhiyah meminta untuk dipenuhi!

Hamba yang menulis bukanlah hamba yang hebat pengorbanannya.
Beribu kali terlalu jauh dari kesempurnaan perjuangannya.
Kerna hakikatnya empunya jari yang laju meniti keyboard masih rapuh dalam kefahamannya.
Masih bertatih mengenal erti perjuangan.
Moga hati-hati ini terus thabat di jalan agamaMu ya Allah. Relakan hati kami untuk mati di jalanMu.

Ameen ya Rabb.


Thursday, July 19, 2012

Hasuna Hasanan's 1st entry: Semalam Ohsem.

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma Solli wa Sallim 'ala Muhammad wa 'ala Aali Muhammad.

Ehem ehem. For the 1st time, mengumumkan ketibaan Hasuna Hasanan ke blog ini. He3. Sudah lama tidak menulis sebenarnya, blog sendiri pun tidak ter'update'. Bukan masa yang menghalang, tapi idea yang membeku. Alhamdulillah, hari ini tergerak hati untuk menarikan kembali jari jemari di atas keypad laptop kerana dirasakan ada sesuatu yang ingin dikongsikan. 

Alhamdulillah semalam berkesempatan untuk hadir ke 'Bicara Selebriti' atas gesaan dan paksaan adik. Haha, nampak di situ ketidak ikhlasan untuk pergi, pada awalnya. (~.~) Tapi disebabkan dia juga telah saya paksa  untuk menemani diri ke 'PRU 13: Hala Tuju Islam' pada minggu-minggu lepas, jadi terpaksalah juga temankan dia untuk berjumpa dengan Mas Azzam nya semalam. Ya lah, budi baek orang kenalah kita balas kan. (~.~)

Pada mulanya, tidak berapa tertarik untuk pergi, kerana saya bukanlah salah seorang peminat tegar selebriti-selebriti. *Cehh, poyo je.* Tapi tergerak jugak hati untuk ke sana kerana tahu ada input yang baik akan saya dapat kerana program itu bukanlah program yang menambah aset catatan 'Atid bahkan, panel-panel yang dijemput itu adalah selebriti-selebriti yang boleh kita angkat sebagai contoh dan tauladan, mengambil sedikit sebanyak pengalaman dan 'ibrah (pengajaran) dari mereka atas penghijrahan mereka. Mereka-mereka yang tetap berpegang teguh dengan syariah Islam walaupun set penggambaran/shooting/rakaman itu medan mereka. Mereka-mereka yang tulisannya memberikan kesan di hati.
Dan mereka-mereka itu adalah Yatt Hamzah, Anna Rafali, dan juga hero KCB, Mas Khalidi Asadil Alam a.k.a Mas Azam. :) Dan tidak lupa juga ustaz yang amat saya hormati dan kagumi Ustaz Hasrizal yang turut menjadi panel undangan, juga moderator yang hebat dan mantap, Amin Idris.

Melihat dan mendengar petah bicara Yatt dan Ana Rafali, diri ini tersedar. Dahulu, kita lihat mereka di kaca TV dengan aurat yang tidak ditutup sempurna, tapi sekarang, Alhamdulillah syariat Allah itu telah dan akan terus mereka jaga. Moga mereka dan kita terus istiqamah. :) Sungguh, sahabat. Hidayah itu milik Allah. DIA sahaja yang berhak memberikan hidayah kepada siapa sahaja yang DIA kehendaki. Hatta manusia yang paling jahat di atas muka bumi ini juga boleh berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik sekiranya hidayah itu Allah campakkan ke dalam hati mereka. 

Tetapi kita lupa bahawa yang buruk bisa berubah menjadi baik, yang baik bisa berubah menjadi buruk. Mungkin kerana itu kita lebih senang dan gembira menghina dan mengherdik manusia lain atas kesalahan dan dosa yang mereka lakukan daripada mendoakan mereka agar berubah suatu hari nanti. Ya, doa. Itu
selayaknya kita berikan untuk mereka, bukan herdikan dan cacian. Kerana apa? Kerana mereka itu saudara seIslam kita, saudara seAkidah kita. Ataukah kita lupa bahawa mereka itu saudara kita?
Jika kelak insan yang pernah kita lemparkan cacian dan makian itu berhijrah, pasti ketebalan muka kita mencapai tahap maksima. Malu, kerana insan yang pernah kita hina itu telah berubah, bahkan mungkin jauh lebih baik daripada kita.

Kalau tidak dapat juga ditahan keinginan untuk mencaci, maka cacilah. Tapi bukan mencaci mereka, tapi cacilah kejahatan dan dosa yang mereka lakukan itu. Bukan pada pelaku, tapi pada kelakuannya. Pada pelaku, kirimkanlah doa buat mereka, moga sinar hidayah itu milik mereka.

Tapi yang lebih teruk adalah orang-orang yang terus sahaja mencaci menghina mereka-mereka yang telah pun berhijrah ke arah yang lebih baek ini. Orang-orang sebegini, mungkin sahaja caci maki itu hobi mereka kot. *sorry to say* Pelik bukan? Orang yang ingin menuju ke jalan Allah dicaci maki, bukan sokongan yang diberi. Bak kata Ustaz Hasrizal, "Orang-orang sebegini, hiraukan sahaja kata mereka, kerana mereka ini memang sebegitulah, Bukan orang saja yang mereka maki, pokok-pokok, haiwan-haiwan juga mereka maki." Yeah, I agree with you, Ustaz. :)

Kerana semalam juga, saya mengimpikan sesuatu. Mengimpikan untuk punya suami seperti Mas Azam. Haha, gurau saja, ok. Saya mengimpikan suatu hari nanti, di Malaysia juga lahir filem-filem dan drama-drama seperti KCB. Juga lahir aktor-aktoriah seperti Mas Kholidi, Oki, dan aktor-aktor KCB yang tetap berpegang pada prinsip syariah. Mereka membuktikan bahawa sentuhan antara bukan muhrim dan pelanggaran syariat Allah itu tidak pun diperlukan untuk menghidupkan sesuatu cerita dan lakonan. Ya, memang TAK PERLU pun. Kerana semalam juga, saya mula menanam semangat dan impian untuk menceburi bidang lakonan. *abaikan, tipu sahaja.* saya mengharapkan akan muncul pemuda soleh dan wanita solehah yang berani untuk menceburi pentas lakonan dan membawa arena perfileman dan pen'drama'an ke arah Islam. Berlakon, berlakon jugak. Islam jangan letak kat tepi tauu. 

Sejujurnya,memang banyak input yang saya dapat, dan banyak juga output yang mereka kongsi. Ini hanyalah sedikit perkongisan dari saya. Ingin tahu lebih lanjut, layarilah bicara selebriti di kelantantv.
 
Moga mereka dan kita terus istiqamah. Allahu musta'aan.

kerana CINTA Allah, kita berhijrah.
Salam Ramadhan. *maaf dipinta andai ada salah dan silap*

Saturday, June 16, 2012

Bukan Senang Nak Menulis

Ting Tong!


Dah berhari rasanya kerja duk mengadap laptop je. Berjam-jam berlalu pun boleh tak sedar. Adik kata, dah gaya penulis novel lagaknya.

Sewaktu di UIA sepanjang minggu lepas, terima satu mesej di akaun Facebook dari seorang lelaki dari Penulisan2U. Katanya nak bagi peluang terbit untuk CintaDia dan meminta kami menyiapkan cerita ini untuk dinilai oleh mereka.

Seakan berita baik kan?

Tapi dalam berhari-hari duk sambung menulis ni rasa lain macam pula. Cerita seakan lari fokus. Dan hakikat sebenarnya, bila masuk untuk tulis bab jiwang sikit, diri sendiri tergelak. Heh, menulis sambil duk gelak. Can you imagine that? =.=


Dari cerita yang asalnya direka untuk nilai tarbiah seakan dah terlebih fokus untuk cerita cinta. Adoyai. Susah untuk menyelitkan nilai dan unsur agama juga fikrah-fikrah sendiri dalam penulisan rupanya! Perlu bijak menyusun dan bermain kata. Dan itulah yang memeningkan.

Lalu untuk beberapa ketika lagi, manuskrip ini nampaknya bakal tergendala lagi. Ya, research dan bacaan berterusan perlu dilakukan terlebih dahulu. Nak kata research, berpuluh-puluh artikel dalam bentuk PDF di dalam pendrive masih belum tersentuh.

Huhhu.

Bukan senang nak menulis.

Going back to CFS tonight, memulakan segalanya dengan semangat dan permulaan yang baru.
Pray for me. =)

Friday, June 15, 2012

Perginya Sebutir Permata Islam



Kelahiran

Sekitar zaman sebelum dan selepas Perang Dunia ke-2, Kampung Dewan, Labok yang terletak dalam jajahan Machang hanyalah sebuah kampung biasa yang tidak jauh bezanya dengan kampung-kampung Melayu di Kelantan. Pada ketika itu, penduduk kampung merupakan petani tradisional dan hanya sejumlah kecil sahaja terlibat dalam aktiviti perniagaan.Di Kampung Dewan inilah bertemunya Hj. Uthman b.Mat Kib dan Hjh. Halimah bt. Seman yang mana merupakan sepasang petani kecil yang menyara hidup mereka dengan hasil pertanian. Sepasang suami isteri yang hidupnya serba sederhana itu memiliki dua orang anak. Pada tanggal 22 September 1939, mereka dikurniakan seorang lagi putera iaitu Yahya.Yahya bin Uthman dilahirkan di kampung berkenaan merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik yang kesemuanya adalah lelaki.Sejarah tentang bagaimana namanya diperolehi ialah ketika ayahnya pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Ketika di sana, ayah beliau telah berjumpa dengan seorang alim ulama yang bernama Hj. Yahya Banggol. Ulama tersebut juga berasal dari Kelantan dan berkhidmat dengan mengajar ilmu agama di sana. Beliau adalah seorang yang suka membantu orang yang kesusahan dan dermawan. Justeru, Hj Uthman telah menanam hasrat untuk menamakan anak bongsunya nanti dengan nama Yahya kerana tertarik dengan keperibadian ulama tersebut.Akhirnya anak bongsunya itu diberi nama Yahya sempena nama ulama berkenaan.Yahya lahir dan membesar dalam zaman serba kekurangan, meleset serta sarat dengan cabaran.Tambahan pula ketika Perang Dunia kedua tercetus dengan pendaratan Jepun di Kota Bharu dan penjajahan kuasa Negara Matahari Terbit itu ke atas Malaya. Memang sukar hendak dibayangkan betapa kalutnya kemelut yang melanda. Walau bagaimanapun ianya tidak menghalang kedua ibubapa itu daripada terus menyalakan lampu masa hadapan bagi anak-anak mereka khususnya bagi si bongsu.


Pendidikan

Ketika usia Yahya menjangkau tujuh tahun,beliau telah dihantar masuk ke Sekolah Melayu Labok bagi mendapatkan pendidikan awal. Namun,pembelajarannya di sekolah itu hanya mengambil masa selama dua tahun setengah sahaja. Ini disebabkan beliau telah dihantar oleh orang tuanya ke Tanah Suci Mekah untuk menimba ilmu di sana pada tahun 1947. Di Mekah, beliau tinggal bersama ibu saudaranya dari sebelah ibu. Tetapi selepas empat tahun kemudian ketika umur menjangkau 12 tahun, beliau terpaksa berpindah mencari kediaman sendiri, menyara hidupnya sendiri dan berusaha apa sahaja demi meneruskan pengajiannya di Darul Ulum al-Diniyah. Kehidupan di sana menyedihkan kerana beliau sentiasa berada di dalam kelaparan.Meskipun demikian, Yahya tidak membuang masa malah tidak melepaskan kesempatan untuk samasama menelaah pelajaran di Masjidil Haram. Beliau banyak menelaah kitab-kitab besar dengan ulamaulama Arab dan Indonesia yang mengajar di situ khususnya dalam ilmu Hadith, Mustolah Hadith dan Tafsir.Sebagai seorang pencinta sastera dan bahasa,Ustaz Yahya Uthman juga merebut peluang untuk mempelajari Bahasa dan Kesusasteraan Arab daripada guru-guru yang datang daripada Mesir dan Indonesia. Maka tidak hairanlah beliau mampu memahami dan menguasai syair mahupun prosa Arab tradisional dan moden. Antara karya-karya yang telah dikuasai oleh beliau ialah karya-karya Taha Hussien, Mustafa Rifaie, al-Manfaluti dan sebagainya. Lantas sangatlah wajar disenaraikan guru-guru beliau di sana antaranya ialah Sheikh Hasan Masyak, Sheikh al-Maliki, Sheikh Amin Qutubi, Sheikh Abdul Kadir dan guru yang paling beliau kagumi dan sanjungi ialah Sheikh Yasin Padani yang berasal dari Padang Indonesia yang telah banyak mendidik dan menyayangi beliau.Pada tahun 1958, Yahya menamatkan pengajiannya di Darul Ulum ad-Diniyah, Mekah.Selanjutnya pada tahun 1960, beliau berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Azhar. Di sana beliau mengikuti pengajian Syariah wal-Qanun.Ustaz Yahya Uthman begitu gigih dalam menuntut ilmu. Hal ini kerana pelajar yang datang dari Tanah Melayu hanya gemar memilih jurusan Syariah kerana pengajiaanya boleh ditamatkan dalam tempoh empat tahun. Tetapi pengajian beliau dalam jurusan Syariah wal-Qanun mesti ditamatkan dalam tempoh lima tahun. Tetapi itu tidak sedikit pun membuat diri beliau gentar dengan cabaran tersebut.Beliau sangat yakin bahawa melalui pengajian yang dipilihnya itu beliau akan beroleh banyak kesempatan untuk mendalami ilmu undang-undang perbandingan,ekonomi politik, hubungan antarabangsa dan sebagainya.Pencapaiannya di Universiti al-Azhar sangat memberansangkan. Dengan kesungguhan beliau dalam pengajiannya, maka wajarlah beliau naik ke tahun dua di universiti tersebut. Bermula dengan detik kejayaan itu, Kerajaan Negeri Kelantan mula menghulurkan biasiswa sebanyak RM250 sebulan bagi menanggung kos pengajian beliau di sana.Beliau menerima biasiswa ini sehingga berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah wal-Qanun pada tahun 1966.Ibarat orang berkata, kerinduan yang teramat ialah kerinduan kepada tanahair dan keluarga apabila kita berjauhan. Perasaan ini juga bergelumang di dalam diri Ustaz Yahya Uthman dan beliau mengalaminya. Setelah beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda, beliau pulang ke tanahair buat pertama kali setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di bumi bertuah tanah tumpah darahnya. Beliau bersama keluarganya hanya selama tiga bulan sahaja dan kemudiannya kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti al-Azhar. Pengajian beliau mengambil masa selama empat tahun dan akhirnya berjaya menggondol ijazah Sarjana dalam bidang Politik Islam.Setelah beliau menamatkan pengajian di Darul Ulum ad-Diniyah pada tahun 1958 di Mekah, beliau telah memasang niat yang besar di dalam dirinya iaitu ingin mengembara. Hal ini kerana beliau ialah seorang pencinta ilmu yang arif tentang liku-liku cabaran dan riwayat hidup para ulama silam yang berdakwah dalam mencari dan menyebarkan ilmu dengan mengembara.Ustaz Yahya Uthman memulakan langkah pertamanya dengan penuh kental menuju ke Damsyik iaitu ibukota Syria. Walaupun hanya tiga bulan beliau berada di sana, peluang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. Beliau sentiasa berada dan beriktikaf di dalam masjid, mendalami kitabkitab,menghadiri ceramah-ceramah agama termasuklah mengikuti program ceramah oleh Dr.Mustafa as-Syiba’i iaitu ketua kepada pertubuhan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Syria pada ketika itu. Sebenarnya tujuan utama beliau mengembara ke sana ialah untuk mengikuti ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ketua Ikhwanul Muslimin tersebut dan bergerak rapat mengikutinya sebagai sebuah harakah Islamiah.12 Kecintaanya kepada ilmu menyebabkan beliau sanggup mengembara ke Baghdad, Iraq. Di sana beliau mengisi masa-masa beliau dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Antaranya beliau sempat menadah kitabJami’ al-Imam Abu Hanifah di Masjid Abdul Kadir Jailany. 

Bakat Kepimpinan

Bakat dan ciri-ciri beliau di dalam kepimpinan jelas terserlah sejak zaman persekolahannya lagi.Hal ini dapat dibuktikan

dalam usia yang muda lagi beliau telah dihantar oleh orang tuanya ke Mekah dan kehidupannya di sana penuh dengan cabaran dan kesusahan hidup sehingga memaksa beliau hidup berdikari dalam usia yang mentah yang tidak tahu menghadapi cabarancabaran hidup di dunia.Kepimpinan Ustaz Yahya Uthman mula terserlah ketika beliau baru berusia 15 tahun.Hal ini kerana pada usia tersebut beliau sudahdiberi kepercayaan untuk menduduki barisan Jawatankuasa Belia Negeri Kelantan di Mekah.Di dalam persatuan ini, beliau dilantik sebagai Penolong Setiauasaha badan tersebut.Kesibukan beliau dalam organisasi tidak menjejaskan tumpuan terhadap pelajaran. Beliau digelar ulat buku kerana ketekunan dan minat yang mendalam beliau terhadap buku.Tanpa buku-buku ilmiah disisi, hidup beliau dirasakan begitu sepi dan sunyi. Oleh yang demikian, beliau sanggup membelanjakan wang saku yang dihantar oleh ibubapanya semata-mata untuk membeli buku.Beliau sanggup menahan lapar dan dahaga demi untuk memiliki sesebuah buku dan sekiranya beliau tidak mampu, beliau akan meminjam buku-buku yang dikehendaki dengan rakan-rakan, di perpustakaan mahupun dengan guru-guru beliau.Di atas kesungguhan dan minat mendalam itu, beliau telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai

pustakawan untuk melancarkan proses peminjaman buku, menghasilkan buletin serta menyebarkannya.Minat yang mendalam beliau dalam pembacaan semakin terserlah ketika beliau menuntut di Universiti al-Azhar.Ketika itu beliau menetap di Kampung Melayu Abidin yang mana kampung atau kawasan kediaman tersebut didiami oleh pelajar-pelajar yang berasal dari Malaysia. Kawasan kampung tersebut begitu hampir dengan dengan perpustakaan terbesar di Mesir iaitu Darul Qutub al-Masyriah. Hal ini membolehkan dan memudahkan beliau untuk mengunjungi perpustakaan tersebut untuk menelaah dan mencari serta meminjam buku-buku ilmiah yang beliau perlukan.Sebagaimana ketika pengajian beliau di Mekah, di Kaherah juga beliau tidak mengabaikan kegiatan sosialnya.Justeru kepimpinan yang baik,

beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan di dalam Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Mesir pada tahun 1961, Setiausaha Biro Pendidikan pada tahun 1962. Dan pada tahun 1963,beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi wakil pelajar Malaysia dalam Kelab Pelajar Asing Antarabangsa.Dengan perlantikan-perlantikan tersebut beliau telah menjaga kebajikan dan keperluan-keperluan berkaitan dengan pengajian pelajar-pelajar Malaysia disamping pelajar-pelajar dari negara lain juga tidak diabaikan.


************
Hilangnya seorang murabbi, walaupun tak pernah mendapat tarbiah langsung darinya tapi seakan turut memberi kesan pada hati yang kasihkan ulama'.

Cuma sekali pernah mendengar ucapan beliau, ketika di Konvensyen Tarbiah Anak Muda Kelantan 2011. Seorang guru yang sudah kelihatan uzur sambil memegang tongkat setianya, tapi masih tetap bersemangat memberikan kata semangat pada jiwa-jiwa anak muda di hadapannya.

Ucapan yang amat memberikan kesan, seakan lahir tulus dari hati.

Moga pemergiannya bisa diganti dengan 1000 lagi jiwa anak muda yang berjiwa kental untuk terus memartabatkan Islam!

Pemergianmu tiada gantinya. Pemergianmu juga ditangisi. Tapi ini bukan bermakna perjuangan kita tamat kerana hilangnya sebutir permata.