Fuhfuh. Tiup habuk. Sambil terbatuk. Cough.
Setengah semester untuk semester akhir hampir berlalu baru sempat nak update belog. Ada idea nak menulis tapi selalu ditelan dek kesuntukan masa. Ceh. Alasan.
Kami dalam fatrah exam midterm sekarang. Fatrah memerah otak. Dan fatrah exam ini kembali menguji. Diserang sakit lagi. Atau lebih tepat exam fever. Lebih tepat ini sudah masuk kali kedua menjawab exam dengan suhu badan yang tak normal.
Tapi entah kenapa saya tak merungut, mahupun mengeluh. Honestly tetap tenang. Bajet, bajet. (*0*)
Pagi Sabtu sebaik bangun tidur dah mula terbatuk. Ingatkan batuk biasa je sebab hari-hari sebelumnya memang dah ada sindrom batuk. Masuk petang sikit, dah rasa macam tak larat. Badan pun kejap sejuk kejap panas. Sentuh dahi macam panas, tapi macam sejuk jugak. So buat bodoh je lah.
Selepas sesi belajar dengan kawan-kawan , turun ke bawah kejap beli panadol. Waktu tu dah mula syak diri demam tapi buat senyap je lah and masih berlagak kuat. Lepas Asar memang dah syahid terus, terbaring terus atas katil. Rasa tak larat sangat. Kawan tanya, nak makan tak? Saya cakap tak nak.
Lalu dia datang dekat. And tetiba sentuh dahi saya. Sesuka hati je kan raba orang.
"Jie panas badan kau ni. Kau demam eh?"
Tertanya sendiri, aku demam ke?
"Yeke, tak rasa panas pun," sambil sentuh dahi sendiri. Panas tu macam mana ya? Haha. Lepas kawan cakap barulah saya betul-betul sedar, saya demam rupanya. Alahai.
Kawan pesan suruh makan ubat, letak kain basah kat kepala. Diturutkan aje lah. Nak masuk Maghrib suhu makin naik. Apa lagi, mesej la ummi. Cakap demam and mohon doa dikuatkan untuk hadapi paper esoknya.
Masuk Maghrib belajar kejap, masih rasa kuat. And tiba-tiba ummi call, tanya kondisi. Risau barangkali. Kena la bebel secupak. Pasal tak makan kapsul siprulina ummi kasi. -,-
Malam sikit kawan datang bagi bekalan ubat. Kau mention je, ubat batuk, ubat demam semua ada. Gerun nak makan. Masuk waktu Isyak jamahlah si mak cik ubat batuk tu. Rasa dia perghh, sedap lagi ubat batuk Cap Ibu dan Anak. Tapi ditelan jugak, ubat kawan bagi kot. Kalau pakwe bagi boleh lah nak buang dalam tong sampah. Ya kawan lagi berharga dari pakwe. Harap maklum.
Dah makan ubat tu memang tak boleh nak cakap apa lah, terus koma atas katil. Nak mengadap buku pun buat apa, mata dah tak boleh nak bukak. So, tidur. Terjaga balik bila kawan panggil nama.
"Jie, berjuang dulu!" Saya pun tak paham apa maksud dia. Tapi bila mengingatkan Cik Chemistry belum hadam sepenuhnya lagi, gagah la jugak bangun. Kawan datang dekat bila dah nampak saya terduduk di katil. Dia sentuh lagi badan.
"Weh, makin panas ni," diambilnya kain yang saya letak di dahi.
"Kejap aku basahkan kain ni," kalut dia keluar bilik. Masuk semula, pantas dia lap badan yang makin naik suhunya. Masa tu air mata dah bergenang. Terharu bila ada yang mengambil berat. Tak cukup setakat tu dia tanya lagi dah makan ke belum, dah ambil ubat belum.
Sambil tu sempat lagi dia berseloroh,
"Kau ni kenapa. Exam fever ke apa, takut nak exam?" Sengih je lah.
"Mana ada takut. Tak tahulah dulu pun dah macam ni. Time Physics tu."
"Ya lah, time tu demam pun tinggi jugak markah kau." Heh. Itu Physics. Ini kalilah, ini Chemistry II kot. sobs.
Tahu saya tak makan lagi seorang lagi kawan sedekahkan roti butterscotch krim feveretnya. Tak lalu tapi makan je lah. Mereka pesan suruh makan ubat lagi. Seorang lagi datang dan tolong cairkan paracitamol. Rasa dia, lagi emphh. Pahit dowh, ingatkan manis. =.=
Tengah saya duk menatap ubat di depan, dua kawan di sebelah berbisik. Tetiba seorang bangun dan bersiap untuk turun ke bawah. Bila dia dah keluar, kawan sebelah beritahu,
"Ain turun bawah cari Cool Fever," saya terkedu. Kenapa mereka prihatin sangat? Allah.
Sahabat tadi naik semula dengan hampa. Kiosk dah tutup. Bila dia duduk kembali, mereka tanya nak pakai Cool Fever tak?
Mestilah jawab tak nak kan, tak sanggup menyusahkan mereka lagi. Bila kawan sentuh lagi leher, mereka buat keputusan untuk turun ke kiosk di mahallah brothers. Masa tu dah pukul sebelas malam. Di saat manusia lain sedang sibuk menelaah buku Chemistry non-stop tanpa apa-apa gangguan.
Malam tu entah apa yang sempat saya belajar. Mereka suruh saya tidur dan bangun pukul empat. Memikirkan ada benarnya saya pun tidur sebab kalau dipaksa sekalipun otak tetap tak mampu nak interpret apa-apa maklumat.
Saya tidur sampai pukul empat. Tersedar bila ada bunyi. Seorang sahabat dah bangun dari tidur. Senyap-senyap dia datang dekat dan sentuh dahi saya. Mungkin menyangka saya masih tidur. Dalam hati, betapa saya tahu mereka cukup prihatin.
Tak kurang juga di semester lepas sewaktu exam fever melanda juga, ada yang menyelimutkan saya dengan selimutnya. Ada yang datang meletakkan kain basah di dahi di kala saya tidur. Ada yang membelikan 100 plus.
Dalam hidup, andai ditanya apakah nikmat terbesar yang pernah saya miliki, maka nescaya akan saya jawab,
Dikurniakan dengan sahabat-sahabat yang beriman. Yang bukan sekadar sahabat di kala senang tapi juga di kala susah. Dan mungkin disebabkan mereka, saya masih bisa tenang menjawab soalan, walaupun semua maklumat dah bercampur aduk. Huhuhu.
O ALLAH, berikan aku peluang untuk membalas budi mereka.
Moga Allah mengurniakan kalian sebaik-baik balasan dan nikmat.
Kebelakangan ini antibodi makin lemah. Kalau dulu setahun sekali pun susah nak dapat sakit. Indeed, sakit itu juga tarbiah, kan?
#Dah makin baik, cuma batuk yang menyakitkan sehingga menekan kidney dan bawah liver#
#Moga exam fever berakhir setakat ini sahaja#
#Dan moga sahabat-sahabat saya lulus dengan jayanya. Ameen#
Showing posts with label dedication. Show all posts
Showing posts with label dedication. Show all posts
Monday, March 11, 2013
Sunday, January 6, 2013
ummi.
Terselongkar ipad Apple milik family semalam dan terjumpa nota ini. Ditulis oleh ummi tersayang 165 hari yang lalu pada 21/7 - tanggal hari lahir ummi sendiri.
"Pesan umi untuk anak-anak, hiasilah diri dengan iman dan ilmu pengetahuan, capaikanlah impian dan cita-cita kalian, demi untuk kesenangan kalian semua. Umi sangat berharap agar kalian tidak menghampakan impian umi untuk melihat anak-anak berjaya dengan segulung ijazah. Bahkan lebih dari itu. Sekali kita gagal bukan bererti kita gagal selamanya. Semua itu ada hikmahnya. Ingat setinggi mana pun kita berada jangan lupa asal kejadian kita, dari mana kita datang dan ke mana kita pergi akhirnya. Oleh itu lengkapkanlah diri kita dengan ilmu duniawi dan ukhrawi. Ingat, solat jangan tinggal. Renungilah kata-kata ini dan hayatilah. Ameen."
165 hari yang lepas, waktu tu saya di kampus. Masih sibuk dengan pengajian. Dan hari tu satu mesej dari ummi masuk ke dalam inbox, bertanyakan anak-anak,
'Ingat tak hari ni hari apa?'
Bila difikirkan, selalu juga ummi buat macam tu bila tiba tarikh-tarikh penting. :)
Membaca nota yang persis amanat itu membuatkan diri sebak. Sekali baca air mata terus bergenang. Dua kali baca memang leleh habis.
Bila ummi tanya,
"Anak-anak baca tak nota ummi tulis?"
"Bacalah. Nangis siap," saya jujur mengaku. Dan ummi hanya gelak seakan meraikan misinya.
Seorang ibu, jasanya terlalu banyak tapi tak pernah sekali jasanya diungkit. Oh ibu!
Salah satu peristiwa yang masih segar pada ingatan, di saat saya demam panas ketika kecil. Lepas maghrib saya hanya meringkuk di bilik ummi abah. Sesekali terjaga dan menangis akibat mimpi ngeri. Bila ummi ajak semua makan saya diam tak menjawab. Lalu abah cakap,
"Dia sakit tu, biarlah dia tidur."
Dan mereka terus biarkan saya tidur. Tertidur sampai ke tengah malam. Terjaga bila lampu dalam bilik ummi abah dah terpadam. Mengingatkan adik kembar sendirian di bilik saya bergerak masuk ke bilik sendiri melalui tandas yang menghubungkan bilik kami dan bilik ummi abah.
Bila dah melepasi tengah malam, ummi datang jenguk ke bilik. Ummi ajak makan. Tapi saya berdegil tak nak. Lalu ummi datang dengan sepinggan makanan dan ubat. Bersusah payah ummi suapkan makanan ke mulut. Perut tak boleh kosong katanya sebab nanti ubat nak masuk dalam perut. :)
Terlalu banyak jasa yang tak terungkap.
Dulu jugak, waktu mula-mula nak masuk Darul Quran ummi yang bersungguh. Bukan saya. Urus itu ini. Beli itu ini. Hingga sanggup memaksa ayah memandu jauh ke luar kawasan Kota Bharu untuk mencari beberapa helai jubah keperluan.
Sejak saya keluar Darul Quran pula ummi yang mengingatkan untuk selalu murajaah al-Quran, agar tak terlupa. Katanya kalau lama tinggal nanti susah nak ingat balik.
Pernah sekali ummi tanya,
"Kakak ulang tak al-Quran?"
Saya diam, teragak-agak untuk menjawab.
"Ulang, tadi dia suruh adik dengar tiga muka," adik back-up. Terselamat.
"Kalau tak ulang nanti lama-lama hilang. Kat sana ada ulang?" prihatinnya terhadap al-Quran yang saya pegang melebihi kepihatinan saya sendiri.
"Kat sana ada kelas. Dua minggu sekali," dengan rasa berat saya menjelaskan. sebab tersedar yang kadangkala ada juga kelas yang diponteng. :'(
Ummi juga kuat. Banyak kerja yang dilakukannya dalam satu masa. Dari pagi ke petang mengajar di sekolah. Malamnya pula sambung menjahit tempahan baju orang. Weekend ada kalanya keluar berbisnes. Demi sesuap nasi untuk anak-anak. Adik beradik masih ada enam orang yang perlu ditanggung pengajiannya.
Ummi juga seorang yang amat menitikberatkan silaturahim. Dulu berkali-kali beliau memaksa abah menziarahi keluarga abah yang dah lama tak dijenguk. Dah bertahun hidup anak-anak belum dapat mengenali susuk tubuh ahli keluarga abah ekoran cerita silam. Bertahun ummi menunggu, hingga satu masa pada raya tahun 2011 abah akur untuk membawa kami sekeluarga ke sana. Sampai anak-anaknya naik hairan dan raya tahun itu ibarat satu rahmat dan keajaiban untuk kami.
Setiap kali anak-anaknya pulang ke rumah juga ummi tak pernah serik meminta anak-anak menziarahi keluarga pak long yang letaknya beberapa meter dari rumah. Katanya sekadar tunjuk muka. Jaga adab. Jaga hubungan.
Sebagai isteri juga dapat dilihat ummi sebagai seorang contoh yang baik. Keperluan dan kehendak abah sedaya upaya ummi penuhi. Ada kala abah bermanja minta itu ini di saat ummi pening dengan kerja yang banyak, tetap ummi penuhi. Apa yang abah tak suka ummi tak buat. Bila abah tersalah ummi tegur.
Meniti kedewasaan baru saya dapat melihat betapa hebatnya seorang wanita yang selama ini telah membesarkan saya. Banyaknya air mata saya yang gugur mengingatkan pengorbanannya belum tentu dapat menandingi kerapnya air mata ummi yang tumpah mendoakan anak-anaknya.
Impian saya agar satu masa nanti saya mampu mencontohi ummi dalam keperibadiannya. Moga pengorbananmu Allah redhai.
Saturday, June 16, 2012
Bukan Senang Nak Menulis
Ting Tong!
Dah berhari rasanya kerja duk mengadap laptop je. Berjam-jam berlalu pun boleh tak sedar. Adik kata, dah gaya penulis novel lagaknya.
Sewaktu di UIA sepanjang minggu lepas, terima satu mesej di akaun Facebook dari seorang lelaki dari Penulisan2U. Katanya nak bagi peluang terbit untuk CintaDia dan meminta kami menyiapkan cerita ini untuk dinilai oleh mereka.
Seakan berita baik kan?
Tapi dalam berhari-hari duk sambung menulis ni rasa lain macam pula. Cerita seakan lari fokus. Dan hakikat sebenarnya, bila masuk untuk tulis bab jiwang sikit, diri sendiri tergelak. Heh, menulis sambil duk gelak. Can you imagine that? =.=
Dari cerita yang asalnya direka untuk nilai tarbiah seakan dah terlebih fokus untuk cerita cinta. Adoyai. Susah untuk menyelitkan nilai dan unsur agama juga fikrah-fikrah sendiri dalam penulisan rupanya! Perlu bijak menyusun dan bermain kata. Dan itulah yang memeningkan.
Lalu untuk beberapa ketika lagi, manuskrip ini nampaknya bakal tergendala lagi. Ya, research dan bacaan berterusan perlu dilakukan terlebih dahulu. Nak kata research, berpuluh-puluh artikel dalam bentuk PDF di dalam pendrive masih belum tersentuh.
Huhhu.
Bukan senang nak menulis.
Going back to CFS tonight, memulakan segalanya dengan semangat dan permulaan yang baru.
Pray for me. =)

Friday, June 15, 2012
Perginya Sebutir Permata Islam
Kelahiran
Sekitar zaman sebelum dan selepas Perang Dunia ke-2, Kampung Dewan, Labok yang terletak dalam jajahan Machang hanyalah sebuah kampung biasa yang tidak jauh bezanya dengan kampung-kampung Melayu di Kelantan. Pada ketika itu, penduduk kampung merupakan petani tradisional dan hanya sejumlah kecil sahaja terlibat dalam aktiviti perniagaan.Di Kampung Dewan inilah bertemunya Hj. Uthman b.Mat Kib dan Hjh. Halimah bt. Seman yang mana merupakan sepasang petani kecil yang menyara hidup mereka dengan hasil pertanian. Sepasang suami isteri yang hidupnya serba sederhana itu memiliki dua orang anak. Pada tanggal 22 September 1939, mereka dikurniakan seorang lagi putera iaitu Yahya.Yahya bin Uthman dilahirkan di kampung berkenaan merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik yang kesemuanya adalah lelaki.Sejarah tentang bagaimana namanya diperolehi ialah ketika ayahnya pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Ketika di sana, ayah beliau telah berjumpa dengan seorang alim ulama yang bernama Hj. Yahya Banggol. Ulama tersebut juga berasal dari Kelantan dan berkhidmat dengan mengajar ilmu agama di sana. Beliau adalah seorang yang suka membantu orang yang kesusahan dan dermawan. Justeru, Hj Uthman telah menanam hasrat untuk menamakan anak bongsunya nanti dengan nama Yahya kerana tertarik dengan keperibadian ulama tersebut.Akhirnya anak bongsunya itu diberi nama Yahya sempena nama ulama berkenaan.Yahya lahir dan membesar dalam zaman serba kekurangan, meleset serta sarat dengan cabaran.Tambahan pula ketika Perang Dunia kedua tercetus dengan pendaratan Jepun di Kota Bharu dan penjajahan kuasa Negara Matahari Terbit itu ke atas Malaya. Memang sukar hendak dibayangkan betapa kalutnya kemelut yang melanda. Walau bagaimanapun ianya tidak menghalang kedua ibubapa itu daripada terus menyalakan lampu masa hadapan bagi anak-anak mereka khususnya bagi si bongsu.
Pendidikan
Ketika usia Yahya menjangkau tujuh tahun,beliau telah dihantar masuk ke Sekolah Melayu Labok bagi mendapatkan pendidikan awal. Namun,pembelajarannya di sekolah itu hanya mengambil masa selama dua tahun setengah sahaja. Ini disebabkan beliau telah dihantar oleh orang tuanya ke Tanah Suci Mekah untuk menimba ilmu di sana pada tahun 1947. Di Mekah, beliau tinggal bersama ibu saudaranya dari sebelah ibu. Tetapi selepas empat tahun kemudian ketika umur menjangkau 12 tahun, beliau terpaksa berpindah mencari kediaman sendiri, menyara hidupnya sendiri dan berusaha apa sahaja demi meneruskan pengajiannya di Darul Ulum al-Diniyah. Kehidupan di sana menyedihkan kerana beliau sentiasa berada di dalam kelaparan.Meskipun demikian, Yahya tidak membuang masa malah tidak melepaskan kesempatan untuk samasama menelaah pelajaran di Masjidil Haram. Beliau banyak menelaah kitab-kitab besar dengan ulamaulama Arab dan Indonesia yang mengajar di situ khususnya dalam ilmu Hadith, Mustolah Hadith dan Tafsir.Sebagai seorang pencinta sastera dan bahasa,Ustaz Yahya Uthman juga merebut peluang untuk mempelajari Bahasa dan Kesusasteraan Arab daripada guru-guru yang datang daripada Mesir dan Indonesia. Maka tidak hairanlah beliau mampu memahami dan menguasai syair mahupun prosa Arab tradisional dan moden. Antara karya-karya yang telah dikuasai oleh beliau ialah karya-karya Taha Hussien, Mustafa Rifaie, al-Manfaluti dan sebagainya. Lantas sangatlah wajar disenaraikan guru-guru beliau di sana antaranya ialah Sheikh Hasan Masyak, Sheikh al-Maliki, Sheikh Amin Qutubi, Sheikh Abdul Kadir dan guru yang paling beliau kagumi dan sanjungi ialah Sheikh Yasin Padani yang berasal dari Padang Indonesia yang telah banyak mendidik dan menyayangi beliau.Pada tahun 1958, Yahya menamatkan pengajiannya di Darul Ulum ad-Diniyah, Mekah.Selanjutnya pada tahun 1960, beliau berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Azhar. Di sana beliau mengikuti pengajian Syariah wal-Qanun.Ustaz Yahya Uthman begitu gigih dalam menuntut ilmu. Hal ini kerana pelajar yang datang dari Tanah Melayu hanya gemar memilih jurusan Syariah kerana pengajiaanya boleh ditamatkan dalam tempoh empat tahun. Tetapi pengajian beliau dalam jurusan Syariah wal-Qanun mesti ditamatkan dalam tempoh lima tahun. Tetapi itu tidak sedikit pun membuat diri beliau gentar dengan cabaran tersebut.Beliau sangat yakin bahawa melalui pengajian yang dipilihnya itu beliau akan beroleh banyak kesempatan untuk mendalami ilmu undang-undang perbandingan,ekonomi politik, hubungan antarabangsa dan sebagainya.Pencapaiannya di Universiti al-Azhar sangat memberansangkan. Dengan kesungguhan beliau dalam pengajiannya, maka wajarlah beliau naik ke tahun dua di universiti tersebut. Bermula dengan detik kejayaan itu, Kerajaan Negeri Kelantan mula menghulurkan biasiswa sebanyak RM250 sebulan bagi menanggung kos pengajian beliau di sana.Beliau menerima biasiswa ini sehingga berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah wal-Qanun pada tahun 1966.Ibarat orang berkata, kerinduan yang teramat ialah kerinduan kepada tanahair dan keluarga apabila kita berjauhan. Perasaan ini juga bergelumang di dalam diri Ustaz Yahya Uthman dan beliau mengalaminya. Setelah beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda, beliau pulang ke tanahair buat pertama kali setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di bumi bertuah tanah tumpah darahnya. Beliau bersama keluarganya hanya selama tiga bulan sahaja dan kemudiannya kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti al-Azhar. Pengajian beliau mengambil masa selama empat tahun dan akhirnya berjaya menggondol ijazah Sarjana dalam bidang Politik Islam.Setelah beliau menamatkan pengajian di Darul Ulum ad-Diniyah pada tahun 1958 di Mekah, beliau telah memasang niat yang besar di dalam dirinya iaitu ingin mengembara. Hal ini kerana beliau ialah seorang pencinta ilmu yang arif tentang liku-liku cabaran dan riwayat hidup para ulama silam yang berdakwah dalam mencari dan menyebarkan ilmu dengan mengembara.Ustaz Yahya Uthman memulakan langkah pertamanya dengan penuh kental menuju ke Damsyik iaitu ibukota Syria. Walaupun hanya tiga bulan beliau berada di sana, peluang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. Beliau sentiasa berada dan beriktikaf di dalam masjid, mendalami kitabkitab,menghadiri ceramah-ceramah agama termasuklah mengikuti program ceramah oleh Dr.Mustafa as-Syiba’i iaitu ketua kepada pertubuhan pergerakan Ikhwanul Muslimin di Syria pada ketika itu. Sebenarnya tujuan utama beliau mengembara ke sana ialah untuk mengikuti ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ketua Ikhwanul Muslimin tersebut dan bergerak rapat mengikutinya sebagai sebuah harakah Islamiah.12 Kecintaanya kepada ilmu menyebabkan beliau sanggup mengembara ke Baghdad, Iraq. Di sana beliau mengisi masa-masa beliau dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Antaranya beliau sempat menadah kitabJami’ al-Imam Abu Hanifah di Masjid Abdul Kadir Jailany.
Bakat Kepimpinan
Bakat dan ciri-ciri beliau di dalam kepimpinan jelas terserlah sejak zaman persekolahannya lagi.Hal ini dapat dibuktikan
dalam usia yang muda lagi beliau telah dihantar oleh orang tuanya ke Mekah dan kehidupannya di sana penuh dengan cabaran dan kesusahan hidup sehingga memaksa beliau hidup berdikari dalam usia yang mentah yang tidak tahu menghadapi cabarancabaran hidup di dunia.Kepimpinan Ustaz Yahya Uthman mula terserlah ketika beliau baru berusia 15 tahun.Hal ini kerana pada usia tersebut beliau sudahdiberi kepercayaan untuk menduduki barisan Jawatankuasa Belia Negeri Kelantan di Mekah.Di dalam persatuan ini, beliau dilantik sebagai Penolong Setiauasaha badan tersebut.Kesibukan beliau dalam organisasi tidak menjejaskan tumpuan terhadap pelajaran. Beliau digelar ulat buku kerana ketekunan dan minat yang mendalam beliau terhadap buku.Tanpa buku-buku ilmiah disisi, hidup beliau dirasakan begitu sepi dan sunyi. Oleh yang demikian, beliau sanggup membelanjakan wang saku yang dihantar oleh ibubapanya semata-mata untuk membeli buku.Beliau sanggup menahan lapar dan dahaga demi untuk memiliki sesebuah buku dan sekiranya beliau tidak mampu, beliau akan meminjam buku-buku yang dikehendaki dengan rakan-rakan, di perpustakaan mahupun dengan guru-guru beliau.Di atas kesungguhan dan minat mendalam itu, beliau telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai
pustakawan untuk melancarkan proses peminjaman buku, menghasilkan buletin serta menyebarkannya.Minat yang mendalam beliau dalam pembacaan semakin terserlah ketika beliau menuntut di Universiti al-Azhar.Ketika itu beliau menetap di Kampung Melayu Abidin yang mana kampung atau kawasan kediaman tersebut didiami oleh pelajar-pelajar yang berasal dari Malaysia. Kawasan kampung tersebut begitu hampir dengan dengan perpustakaan terbesar di Mesir iaitu Darul Qutub al-Masyriah. Hal ini membolehkan dan memudahkan beliau untuk mengunjungi perpustakaan tersebut untuk menelaah dan mencari serta meminjam buku-buku ilmiah yang beliau perlukan.Sebagaimana ketika pengajian beliau di Mekah, di Kaherah juga beliau tidak mengabaikan kegiatan sosialnya.Justeru kepimpinan yang baik,
beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan di dalam Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Mesir pada tahun 1961, Setiausaha Biro Pendidikan pada tahun 1962. Dan pada tahun 1963,beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi wakil pelajar Malaysia dalam Kelab Pelajar Asing Antarabangsa.Dengan perlantikan-perlantikan tersebut beliau telah menjaga kebajikan dan keperluan-keperluan berkaitan dengan pengajian pelajar-pelajar Malaysia disamping pelajar-pelajar dari negara lain juga tidak diabaikan.
************
Hilangnya seorang murabbi, walaupun tak pernah mendapat tarbiah langsung darinya tapi seakan turut memberi kesan pada hati yang kasihkan ulama'.
Cuma sekali pernah mendengar ucapan beliau, ketika di Konvensyen Tarbiah Anak Muda Kelantan 2011. Seorang guru yang sudah kelihatan uzur sambil memegang tongkat setianya, tapi masih tetap bersemangat memberikan kata semangat pada jiwa-jiwa anak muda di hadapannya.
Ucapan yang amat memberikan kesan, seakan lahir tulus dari hati.
Moga pemergiannya bisa diganti dengan 1000 lagi jiwa anak muda yang berjiwa kental untuk terus memartabatkan Islam!
Pemergianmu tiada gantinya. Pemergianmu juga ditangisi. Tapi ini bukan bermakna perjuangan kita tamat kerana hilangnya sebutir permata.
Saturday, May 26, 2012
Edisi Khas CintaDia -ye lah tu.
Bedebuk! Nah, tu dia cover CintaDia versi edit by Hasuna Hasanan.
Asalnya direka untuk dimuat turun bagi tujuan menghantar karya pada ***** toink toink toink
not to mention anyone.
tapi usaha semacam gagal jek, hadoii.
Loading fail.
Jujurnya ini usaha kali kedua selepas proposal awal ditolak oleh pihak pertama.
Hehheh, bahagia~
Tak apalah, tak salah untuk berusaha, untuk mencuba.
Asal niat untuk berdakwah, berpencak lah di pentas mana pun,
insyaAllah tiada ganjaran yang lebih nikmat dari redhaNya.
"Kerana Cinta, aku memburu cinta,
Kerana Cinta aku mencari cinta,
kerana cintanya aku mengenal CintaNya"
Next part?
Tunggu semester yang bakal tiba ni tamat! Haha.
:)
Last entry for this semester. Hope so.
welcoming the newbie.
Wednesday, May 23, 2012
Puisi buat pejuang
Kadang hati keliru,
Buntu mencari jawapan,
Hidup ini untuk apa?
Sekadar untuk dunia,
Atau butuh juga pada akhirat?
Jawapan kalian,
Aku pasti,
Ramai yang akan membentak.
"sudah pasti untuk dunia dan akhirat"
Aku tahu.
Cuma,
Apakah amal kita benar-benar membuktikannya?
Atau sekadar omong kosong?
Dalam memaknakan tujuan,
Aku menemui wasilah.
Agar hidup juga untuk akhirat,
Aku merelakan diri bersama gerakan perjuangan.
Merelakan diri untuk terus ditarbiyah
Memasakkan semangat untuk sama-sama melawan arus dunia.
Tapi perjalanan tak semudah itu,
Hati aku dikotori
Hingga kadang-kadang turut merasa niat tersasar.
Diri di koreksi,
Kerana apa perjuangan ini dimulakan?
Kerana pembawanya?
Atau kerana jalannya?
Andai kerana pembawanya,maka perjuangan ini turut akan terhenti
Pabila para pembawanya terus lemah dan pincang.
Tapi andai kerana jalannya,
Maka langkah yang dituntun pasti
Akan mampu terus melangkah
Walau yang lain terus rebah dan mengalah.
Duhai hati
Yang telah berjanji
Untuk terus berjuang demi Islam!
Untuk apa engkau berada di jalan ini?
Kerana manusia,atau kerana Islam.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Perbaharui niat,jaga ikhtilat,awasi muamalat.
Menulis entry dengan iPad.ohoo,nice one~
belog masih dlm renovation =..=*

Friday, March 16, 2012
Pada Wajah Seorang Kanak-kanak
Seorang kanak-kanak yang riang, selalu tersenyum dan ceria. Bijak dan petah berkata-kata.
Namanya Ahmad, tapi kami memanggilnya Amad.
Kesempatan berziarah dan berprogram selama satu hari satu malam di sebuah rumah anak yatim di area Bukit Beruntung (ke Rawang? +.+) pada hujung minggu yang lalu mengenalkan saya pada kanak-kanak ini.
Handset menjadi satu tarikan buat Amad. Dan yang mendekatkan hati saya pada Amad juga adalah handset tua saya sendiri. Malam pertama berada di situ, handset Sony Ericsson yang sudah hilang ke-hensemannya menjadi bahan mainan Amad. Bukan sebagai alat untuk bermesej dengan makwe-cinta-monyetnya mahupun bermain-main miss call dengan cewek cantik sebelah rumah. Handset digunakannya sebagai kamera.
Malam itu, penat melayan dan mengajarnya untuk menekan keypad tertentu pada handset bagi membolehkan gambar ditangkap. Budak lelaki sekecil itu sudah punya hobi tersendiri – menangkap gambar!
Berkesempatan melayan kerenahnya, saya dan sahabat-sahabat mengajukan pertanyaan pada tubuh kecil itu.
“ Mak Amad mana?”
Dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibir, si kecil itu menjawab,
“Mak dah meninggal,” sambil tangan membelek-belek handset tua saya.
Sebak. Hati yang mendengar hanya mampu untuk menahan sebak. Sedangkan yang menjawab masih tersenyum tanpa sedikit pun riak sedih. Aduhai si kecil yang langsung tak mengerti apa-apa.
Petang hari terakhir berada di sana sekali lagi saya ‘meminjamkan’ handset tua saya kepadanya melihatkan dirinya yang mencapai handset-Nokia-siapa-punya-entah.
“Akak mana lampu?”
“Lampu?”
“Macam mana nak buka lampu?” (* merujuk pada lampu handset Nokia*)
“Ala, akak tak tahu la. Ambil yang ni lah, yang ni ada kamera. Amad suka ambil gambar kan?”
Bimbang kalau-kalau handset orang rosak, handset sendiri dihulurkan. Mode kamera dibuka sebelum dihulurkan padanya.
Amad tersenyum lebar. ^____^
Kamera handset di tangannya diacukan pada wajah saya.
Snap snap! Gambar diambil.
“Amad dah pandai. Akak, Amad dah pandai.”
Petang itu entah berapa lama saya melayan kerenahnya. Melayan sambil memantau keadaan handset. Mana taknya, kalau leka boleh jadi handset tu sampai ke tangan brothers. Uih. Amad ni bukan calang-calang budak.
Maka memang sakan lah Amad dan kawan-kawannya bersuka riang menjadi photographer petang itu. Tapi memang tak dinafikan cepat betul Amad belajar. Semalam baru saja diajar menggunakan kamera handset, petang itu dah jadi semacam expert menggunakannya. Gambar yang diambilnya dah nampak rupa gambar. Siap ajar orang lain lagi menggunakannya.
Penat memantau saya cuba berhelah mendapatkan semula handset.
“ Amad dah la tu ambil gambar. Tidur tidur,masa untuk tidur. Tengok, semua orang dah tidur ni.”
Dia buat dek.
“ Amad, akak nak balik dah ni. Akak nak minta balik handset boleh?”
“Tipu,” ok, dia tahu saya tak nak balik pun lagi. -,-
Dibiarkan saja dia terus bermain.
“ Amad, meh akak pula ambil gambar Amad.”
Handset dihulur kembali. Kali ni dia percaya bulat-bulat seh!
“Ok, senyum senyum. Cepat, buat peace. Peace..”
Simbol peace diangkatnya. Okay, saya tak bohong, gambarnya betul-betul diambil (gambar atas adalah buktinya)
“Okay,dah,” tangan cepat-cepat menyembunyikan handset di sebalik tudung.
Amad datang dekat dan meraba-raba mencari handset yang disembunyikan.
“ Mana,nak…nak.”
Perasaan goyah. Pandai betul budak ni mencairkan hatiku. ^^
“Tak ada dah. Dah dah, main lori pulak. Mana lori Amad?”
Perhatiannya berjaya dialih. Lorinya dicari.
Selesai bermain handset, saya-yang-tak-tahu-nak-buat-apa kembali bermain permainan zaman kecil.
Kapal origami.
“Amad nak kapal yang ada kotak.”
“Kapal ada kotak? Ala, akak tak pandai buat kapal ada kotak. Macam mana nak buat kapal ada kotak?”
“Tak tahu, Amad tak reti. Tapi blaaaa blaaa blaa kotak blaaa blaa kotak.”
Okay,saya tak fokus,hanya terdengar ‘kotak’ yang disebutnya.
“Siapa ajar buat kapal ada kotak?”
“Haikal dengan Aiman la blaaa blaa blaa..”
“Akak tak reti buat kapal ada kotak. Perahu ada kotak akak reti la,nak?”
Dia senyum. Senyum tanda setuju.
Tangan saya mula melipat kertas. Amad hanya menunggu dan melihat.
............................
“Akak lamanya. Dah penat dah Amad tunggu akak buat.”
Oh? Pandai budak ini mengeluarkan ayat berbisa. Adehh.
**********
Perahu siap, dia gembira. Pot pet pot pet nya kembali mengisi tadahan telinga saya.
“ Ni kereta, ada dua orang pot pet pot pet.”
“Amad ada kereta. Mana kereta akak? Bila Amad nak beli kereta untuk akak?”
“Akak dah besar.”
^.^
“Oh, akak dah besar so akak la ea kena beli hadiah untuk Amad.”
********
“Akak mana telefon?”
Aiyok. Dia ingat lagi pada handset!
Aiyok. Dia ingat lagi pada handset!
“Telefon? Tak ada dah. Bukan dengan Amad kan tadi? Amad tak bagi lagi eh?” saya berhelah. Eh… ber-bohong sunat.
Dia senyap dan melilau ke arah katil di ruang bawah.
“Ada kat atas tu kot. Tadi ada kat situ,akak letak situ” saya menunjuk ke arah katil.
“Tak,takde. Amad tak ambil. Ada dalam poket akak.”
Toink toink, saya hanya terdiam dan tersenyum dan tergelak sendiri. Rasa dibelasah dengan kata-kata budak sekecil itu.
Kepalanya saya raih dan dicium lembut.
*******
Dari sahabat-sahabat, saya dimaklumkan yang dahulu ketika kecil, Amad pernah diserang strok. Kata Nenek, penjaga dan pengasas rumah anak yatim itu, Amad ketika mula-mula sampai ke rumah itu, saiz kepalanya agak besar. Kata sahabat lagi, dahulu Amad disahkan punya barah otak. Tapi dengan izin dan kuasa Allah, ditambah dengan sikap Amad yang ceria, barah itu hilang tiba-tiba.
Subhanallah.
Cuma kesan dari strok dan pembedahan yang pernah dilaluinya dahulu, fizikal Amad ada sedikit cacatnya. Sebelah tangannya tidak boleh dibengkokkan. Jalannya pula agak terhincut disebabkan sebelah kaki yang tidak berapa kuat. Sahabat saya pernah bertanya padanya,
"Ni tangan kenapa?"
"Tangan macam ni je, tak boleh betul."
"Oh.. tangan sakit eh? Tak boleh bengkok?"
Dia angguk sambil tersenyum.
"Ni tangan kenapa?"
"Tangan macam ni je, tak boleh betul."
"Oh.. tangan sakit eh? Tak boleh bengkok?"
Dia angguk sambil tersenyum.
Namun apapun, bagi saya Amad tetap hensem! ^^
Moga dewasamu nanti bakal menjadi seorang rijal yang soleh dan professional yang bijaksana.
Juga photographer setanding Ustaz Azhar Idrus.
**********
Berada di kalangan mereka, rasa syukur kerap menyinggah. Betapa syukurnya diri ini masih punya ummi dan abah. Masih punya abang-abang dan adik-adik.
Nasib kanak-kanak seperti Amad di rumah itu mempunyai pelbagai cerita di sebaliknya.
Ada yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka disebabkan sedikit kecacatan fizikal yang mereka hadapi. Entah ke mana naluri keibubapaan menghilang dari diri ibu bapa sebegitu.
Wanauzubillah.
Kisah hidup mereka direncanakan oleh Allah sebegitu rupa. Nampak perit bagi yang memandang, tapi lagi pedih bagi yang menanggung.
Syukur juga bagi mereka kerna masih ada yang begitu ikhlas melimpahkan kasih dan sayang pada diri mereka. ^^
Alhamdulillah.
Dari jauh, kami amat mengasihi kalian duhai adik-adik.
Kerana kalian adalah insan istimewa yang dikasihi Rasulullah.
Hajat mengusap dan memeluk cium kepala insan-insan istimewa ini dimakbulkan Allah akhirnya. Alhamdulillah.
Kerana kalian adalah insan istimewa yang dikasihi Rasulullah.
Hajat mengusap dan memeluk cium kepala insan-insan istimewa ini dimakbulkan Allah akhirnya. Alhamdulillah.
Tuesday, February 21, 2012
Kisah Pertunangan Aku dan Dia
Hari ini dalam kenangan.
Hari yang akan sentiasa terpahat dalam lipatan memori.
Hari yang membawa seinfiniti erti dalam kamus hidup saya.
OK,Hari ini hari apa?
Yaaa bijak....hari Selasa. budak kicik pon bolee jawab
Dan hari ini juga,
Hari ulang tahun pertama pertunangan saya dengan si dia!
"Maka hari ini menjadi saksi bagaimana saya pulang ke kampung halaman dengan menaiki kapal selam sebab tiket flight habissss!!! semata-mata mahu bertemu si dia dan meraikan ulang tahun bersama di Hotel Renaissance."
uhhh....kalau laa petikan di atas terjadi,sungguh saya sendiri akan menempelak diri saya sebagai seorang yang gatal gedikss geletahhh.... kenapa? sebab tunang masih bukan seorang suami,tiada tiket yang menghalalkan untuk keluar ber-dating.
So,menjejak masa hingga ke hari ini,maka lengkaplah satu tahun pertunangan kami. First anniversary laaa nih kiranyaa. heheheee gelak gatal.
Terkejut?
Maaf,bukan niat mahu merahsiakan pertunangan ini dari sahabat-sahabat,tapi ye laaah,pertunangan tak perlu se-heboh pernikahan,kan?
Walaupun pada asalnya hukum menghebahkan pertunangan adalah harus, hebahkan takpe,tak hebahkan pun Okay,bergantung pada keadaan dan maslahat individu itu sendiri.
Okay,sila baca info tambahan di bawah;
( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )
Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).
Hadith ini diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.
Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa hadith ini berstatus dhaif. Sheikh Al-Albani telah menyebutkan sedemikian di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).
Ramai pula yang tersalah sangka, menyangkakan hadith di atas adalah hadith riwayat Ahmad daripada Abdullah ibn Zubair RA. Sedangkan, hadith riwayat Ahmad daripada Abdullah Ibn Zubair RA yang sebenar, yang dihassankan oleh Sheikh Al-Albani dalam kitabnya Irwa’ Al-Ghalil, hanya terdapat ayat:
"Iklankanlah pernikahan."
Tanpa menyebut pun: "Dan sembunyikanlah pertunangan."
Jadi, jelas bahawa, hadith tersebut do'if. Jelas kita nampak, yang dihassankan Sheikh Al-Bani pun hanyalah ayat: "Iklankanlah pernikahan." Al-Bani tidak pula menghassankan ayat: "Dan sembunyikanlah pertunangan."
~dipetik dari status Hilal Asyraf tak lama dulu. >,<
Pendek kata,saya berpegang pada qaul yang mengatakan hukum sebar pertunangan adalah harus,bukan haram.~ ok,ini iklan!
Agaknya mesti ramai yang tertanya kenapa baru sekarang saya nak bising-bising dan hebohkan hal pertunangan saya kan?
Eh,ada larangan ke untuk penulis menulis apa-apa di blog sendiri? ^__^
Serasa saya,ramai yang sudah maklum akan perihal pertunangan ini. Lagi-lagi sahabat-sahabat dari DQ,saya pasti mereka sudah sedia maklum akan perihal pertunangan saya dan dia. Cuma yang kurang mereka pasti adalah tarikh sebenar pertunangan saya dan dia.Ketot kata Pendek kata dah lama saya hebohkan cuma anda saja yang tak cakna? betol idak? =.=
Ehhh..mana ada,saya tak tahu punnn.
Yaa ke??
Tapi saya pasti kamu tahu sahabat oi.
Sebabnya,
sahabat-sahabat saya juga sudah bertunang.
Yang berbeza cumalah tarikh pertunangan kami semua. Dan boleh dikatakan,saya bertunang agak lewat berbanding sahabat sahabiah yang lain. Tak dinafikan,saya adalah antara golongan paling lewat menyelesaikan perihal pertunangan saya. Rata-rata dari kami telah siap melangsungkan pertunangan seawal bulan Januari 2011,atau paling tidak, awal bulan Februari 2011. Ada juga yang lagi gagah,bertunang seawal akhir tahun 2010. woooyoo! *clap*
Kelewatan saya mungkin kerana waktu itu saya memerlukan masa yang agak lama untuk 'menyesuaikan' diri dengan bakal tunangan saya. Tak kenal maka tak cinta kan? Sebelum bercinta,kenal-kenal la dulu. Ye ke?? =.=
Teman-teman,sudah tangkap maksudku atau belum?
Majlis Pertunangan
Hari pertunangan saya secara tidak rasminya berlangsung di hadapan seorang mursyidah dan disaksikan oleh sahabiah-sahabiah satu halaqah. Hari itu hari Isnin. Rancangan awal saya sebelum itu adalah untuk melangsungkan pertunangan pada hari Jumaat sebelumnya. Tapi dek kerana ketidakmampuan untuk membawa satu juzuk sekali gus dan juga kerana tidak mahu tergesa-gesa dan tersasar niat,saya tangguhkan ke hari Isnin,21 Februari 2011.
(ok,agaknya semua dah dapat teka saya nak cakap apa)
ohhhhhhhhhhhh...
Pagi Isnin selepas jam 10.30 pagi, saya melabuhkan duduk di hadapan ustazah. Sahabat-sahabat sehalaqah mengambil tempat di belakang,sedia untuk menjadi pengapit setia.
Lalu,bermula dari surah ad-Dhuha saya merasmikan pertunangan tersebut. Alhamdulillah,awalnya segalanya berjalan lancar....baca : awalnya. Akhirnya kenapa?
Ada satu perkara yang tak boleh dilupakan,iaitu apabila lidah saya tiba-tiba terasa berat dan kebas.Kelu dan keras untuk meneruskan bacaan saat hafazan sudah menghampiri ke surah an-Nas walaupun pada awalnya semua lancar habis. Berat,saya ingat ayatnya,tapi suara seakan hilang dan lidah seperti dibekukan.
Subhanallah. MasyaAllah.
Lidah saya kebas untuk beberapa saat dan saya hampir terhenti. Air mata hampir meleleh,tapi hati cuba digagahkan untuk meneruskan bacaan. Dan jujurnya,saya hampir berputus asa untuk meneruskan pertunangan itu. Seketika,lintasan untuk menangguhkan sekali lagi pertunangan itu datang menerjah kotak fikiran. Saya ketakutan sebenarnya. Takut sebab lidah tak pernah di'bisu'kan sebegitu,walaupun cuma untuk beberapa saat!
'Apa yang Engkau mahu tunjukkan ya Allah?'
'Permudahkanlah...'
Dalam beberapa saat yang singkat,hati sempat bermonolog memohon kekuatan dan petunjuk dariNya.
Hati memohon diteguhkan,dan tuppp....saya pengsan!
Eh....silap versi cerita. Tak pengsan pon..
Dengan izin Allah, lidah saya kembali pulang walau masih terasa kekebasannya.Bacaan diselesaikan dengan hati yang terasa membengkak dan mata yang kian hangat dengan lopak-lopak jernih air mata.
sadiss tak cerita saya? ok,jangan emo sangat . jangan juga bersimpati.
Dan alhamdulillah...majlis berjalan lancar.Dan bermula saat itu pertunangan saya dan 'dia' termeterai hingga ke akhir hayat. Pertunangan yang juga berupa sebuah kontrak! Disaksikan oleh para malaikat dan disahkan oleh Yang Maha Mencipta!
Insiden lidah berat,kelu,kebas dan keras membawa saya untuk bermuhasabah sendiri. Saya sendiri kurang pasti dengan apa yang Allah ingin tunjukkan.
Tapi saat hati memohon cahaya dariNya,satu bisikan datang membisik,
'Mungkin Allah mahu memberi peringatan. Bahawa al-Quran bukan satu bahan mainan. Dan saat kau menghabiskan sanad hafalan,maka saat itulah terbeban satu tanggungjawab yang sukar dilepaskan.Tanggungjawab menjaga kesemuanya.'
Mungkin. Dan walau apapun hikmah yang tersembunyi di sebalik insiden itu,saya ingin sentiasa bersangka baik denganNya. Dan tiada kata lain melainkan ALHAMDULILLAH mampu diungkapkan.
Saya bersyukur diberikan peluang untuk dikelukan lidah buat seketika,kerana akhirnya ia membuatkan saya tersedar yang pertunangan saya yang pertama ini tidak akan boleh dibatalkan sesuka hati pada bila-bila masa.
Oh yaaa,
Tunang saya...... adalah al-Quran!
Pertunangan saya tanpa sebentuk cincin,tanpa kehadiran ibu ayah,tapi saya pasti saat itu berkat doa mereka sentiasa mengiringi.Tunang saya tak pernah saya kenalkan pada ummi abah,tapi saya pasti sebelum saya lahir lagi ummi abah serta kalian amat menghormatinya.
Ok,rasanya tak lengkap saya berundur tanpa meninggalkan beberapa pesan. Kisah saya bukanlah satu cerita yang bagus mahupun hebat...nak buat cerpen pon tak laku sehh,apa lagi novel. Kisah ini hanya satu dari cebisan kisah yang terpahat dalam kehidupan setiap hamalatul quran. Dan tujuan saya berkongsi kisah ini bukan bertujuan untuk meraih simpati mahupun hormat dari setiap yang membaca. InsyaAllah tidak.
Apa yang ingin disampaikan oleh saya hanya mampu dinilai oleh Allah. Tapi begitulah...perjalanan seorang hamalatul quran tidak akan selamanya senang. Dari awal perjuangan menghafaz hingga ke akhirnya,dugaan dan godaan akan setia menemani. Dan dugaan terhebat adalah apabila kita diuji dengan kelupaan dan kelalaian pada setiap ayat yang telah dihafaz.
Dan benar,kebaikan akan diuji. Ada antara sahabat saya yang menerima pertaruhan nyawa insan tersayang dalam perjuangan mereka. Maksud saya,saat mereka mula berjinak dengan dunia hafiz dan hafizah,saat itu nyawa orang yang mereka sayangi diambil Allah. Ada juga yang diuji dengan permasalahan keluarga. Ada juga yang diuji dengan dunia cinta. Ada pula yang diuji dengan sikap putus asa dan sikap malas.Paling tak kurang pula,yang diuji dengan kesenangan dan kehebatan diri.
So,bagi sesiapa yang berkeinginan mengikat tali pertunangan dengan Al-Quran, bersedialah...anda akan diuji.
Gggaaaaaa... takut ke? Usah takut,setiap perkara baik memang akan sentiasa ditemani syaitan yang menghasut!
Akhir kata,
Doakan saya agar mampu menjaga tunang saya sebaiknya dan juga menjadi seorang tunang yang setia. Dan doakan saya apabila saya mati kelak,saya bisa ditemani tunang saya di dalam liang lahad. Ameen.
With love,
Khas untuk tunang tercinta.
Ok,yang awalnya terlopong boleh tutup mulut.
Yang terkejut boleh urut dada.
Yang jeles boleh laa senyum sekarang.
Yang patah hati?
....bolee blaa. =)
Bajet sikit ada orang patah hati. Haha. Yang patah hati....silakan jatuh hati dengan tunang saya.moga dengan itu,hatimu kembali.
Hari yang akan sentiasa terpahat dalam lipatan memori.
Hari yang membawa seinfiniti erti dalam kamus hidup saya.
OK,Hari ini hari apa?
Yaaa bijak....hari Selasa. budak kicik pon bolee jawab
Dan hari ini juga,
Hari ulang tahun pertama pertunangan saya dengan si dia!
"Maka hari ini menjadi saksi bagaimana saya pulang ke kampung halaman dengan menaiki kapal selam sebab tiket flight habissss!!! semata-mata mahu bertemu si dia dan meraikan ulang tahun bersama di Hotel Renaissance."
uhhh....kalau laa petikan di atas terjadi,sungguh saya sendiri akan menempelak diri saya sebagai seorang yang gatal gedikss geletahhh.... kenapa? sebab tunang masih bukan seorang suami,tiada tiket yang menghalalkan untuk keluar ber-dating.
So,menjejak masa hingga ke hari ini,maka lengkaplah satu tahun pertunangan kami. First anniversary laaa nih kiranyaa. heheheee gelak gatal.
Terkejut?
Maaf,bukan niat mahu merahsiakan pertunangan ini dari sahabat-sahabat,tapi ye laaah,pertunangan tak perlu se-heboh pernikahan,kan?
Walaupun pada asalnya hukum menghebahkan pertunangan adalah harus, hebahkan takpe,tak hebahkan pun Okay,bergantung pada keadaan dan maslahat individu itu sendiri.
Okay,sila baca info tambahan di bawah;
( أظهروا النكاح وأخفوا الخِطبة )
Terjemahan: (Zahirkanlah pernikahan dan sembunyikanlah pertunangan).
Hadith ini diriwayatkan oleh Ad-Dailami di dalam Musnad Al-Firdaus.
Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa hadith ini berstatus dhaif. Sheikh Al-Albani telah menyebutkan sedemikian di dalam kitabnya Silsilah Ad-Dho’ifah(no 2494) dan Dho’if Al-Jami’ Al-Saghir(no 922).
Ramai pula yang tersalah sangka, menyangkakan hadith di atas adalah hadith riwayat Ahmad daripada Abdullah ibn Zubair RA. Sedangkan, hadith riwayat Ahmad daripada Abdullah Ibn Zubair RA yang sebenar, yang dihassankan oleh Sheikh Al-Albani dalam kitabnya Irwa’ Al-Ghalil, hanya terdapat ayat:
"Iklankanlah pernikahan."
Tanpa menyebut pun: "Dan sembunyikanlah pertunangan."
Jadi, jelas bahawa, hadith tersebut do'if. Jelas kita nampak, yang dihassankan Sheikh Al-Bani pun hanyalah ayat: "Iklankanlah pernikahan." Al-Bani tidak pula menghassankan ayat: "Dan sembunyikanlah pertunangan."
~dipetik dari status Hilal Asyraf tak lama dulu. >,<
Pendek kata,saya berpegang pada qaul yang mengatakan hukum sebar pertunangan adalah harus,bukan haram.~ ok,ini iklan!
Agaknya mesti ramai yang tertanya kenapa baru sekarang saya nak bising-bising dan hebohkan hal pertunangan saya kan?
Eh,ada larangan ke untuk penulis menulis apa-apa di blog sendiri? ^__^
Serasa saya,ramai yang sudah maklum akan perihal pertunangan ini. Lagi-lagi sahabat-sahabat dari DQ,saya pasti mereka sudah sedia maklum akan perihal pertunangan saya dan dia. Cuma yang kurang mereka pasti adalah tarikh sebenar pertunangan saya dan dia.
Ehhh..mana ada,saya tak tahu punnn.
Yaa ke??
Tapi saya pasti kamu tahu sahabat oi.
Sebabnya,
sahabat-sahabat saya juga sudah bertunang.
Yang berbeza cumalah tarikh pertunangan kami semua. Dan boleh dikatakan,saya bertunang agak lewat berbanding sahabat sahabiah yang lain. Tak dinafikan,saya adalah antara golongan paling lewat menyelesaikan perihal pertunangan saya. Rata-rata dari kami telah siap melangsungkan pertunangan seawal bulan Januari 2011,atau paling tidak, awal bulan Februari 2011. Ada juga yang lagi gagah,bertunang seawal akhir tahun 2010. woooyoo! *clap*
Kelewatan saya mungkin kerana waktu itu saya memerlukan masa yang agak lama untuk 'menyesuaikan' diri dengan bakal tunangan saya. Tak kenal maka tak cinta kan? Sebelum bercinta,kenal-kenal la dulu. Ye ke?? =.=
Teman-teman,sudah tangkap maksudku atau belum?
Majlis Pertunangan
Hari pertunangan saya secara tidak rasminya berlangsung di hadapan seorang mursyidah dan disaksikan oleh sahabiah-sahabiah satu halaqah. Hari itu hari Isnin. Rancangan awal saya sebelum itu adalah untuk melangsungkan pertunangan pada hari Jumaat sebelumnya. Tapi dek kerana ketidakmampuan untuk membawa satu juzuk sekali gus dan juga kerana tidak mahu tergesa-gesa dan tersasar niat,saya tangguhkan ke hari Isnin,21 Februari 2011.
(ok,agaknya semua dah dapat teka saya nak cakap apa)
ohhhhhhhhhhhh...
Pagi Isnin selepas jam 10.30 pagi, saya melabuhkan duduk di hadapan ustazah. Sahabat-sahabat sehalaqah mengambil tempat di belakang,sedia untuk menjadi pengapit setia.
Lalu,bermula dari surah ad-Dhuha saya merasmikan pertunangan tersebut. Alhamdulillah,awalnya segalanya berjalan lancar....baca : awalnya. Akhirnya kenapa?
Ada satu perkara yang tak boleh dilupakan,iaitu apabila lidah saya tiba-tiba terasa berat dan kebas.Kelu dan keras untuk meneruskan bacaan saat hafazan sudah menghampiri ke surah an-Nas walaupun pada awalnya semua lancar habis. Berat,saya ingat ayatnya,tapi suara seakan hilang dan lidah seperti dibekukan.
Subhanallah. MasyaAllah.
Lidah saya kebas untuk beberapa saat dan saya hampir terhenti. Air mata hampir meleleh,tapi hati cuba digagahkan untuk meneruskan bacaan. Dan jujurnya,saya hampir berputus asa untuk meneruskan pertunangan itu. Seketika,lintasan untuk menangguhkan sekali lagi pertunangan itu datang menerjah kotak fikiran. Saya ketakutan sebenarnya. Takut sebab lidah tak pernah di'bisu'kan sebegitu,walaupun cuma untuk beberapa saat!
'Apa yang Engkau mahu tunjukkan ya Allah?'
'Permudahkanlah...'
Dalam beberapa saat yang singkat,hati sempat bermonolog memohon kekuatan dan petunjuk dariNya.
Hati memohon diteguhkan,dan tuppp....saya pengsan!
Eh....silap versi cerita. Tak pengsan pon..
Dengan izin Allah, lidah saya kembali pulang walau masih terasa kekebasannya.Bacaan diselesaikan dengan hati yang terasa membengkak dan mata yang kian hangat dengan lopak-lopak jernih air mata.
sadiss tak cerita saya? ok,jangan emo sangat . jangan juga bersimpati.
Dan alhamdulillah...majlis berjalan lancar.Dan bermula saat itu pertunangan saya dan 'dia' termeterai hingga ke akhir hayat. Pertunangan yang juga berupa sebuah kontrak! Disaksikan oleh para malaikat dan disahkan oleh Yang Maha Mencipta!
Insiden lidah berat,kelu,kebas dan keras membawa saya untuk bermuhasabah sendiri. Saya sendiri kurang pasti dengan apa yang Allah ingin tunjukkan.
Tapi saat hati memohon cahaya dariNya,satu bisikan datang membisik,
'Mungkin Allah mahu memberi peringatan. Bahawa al-Quran bukan satu bahan mainan. Dan saat kau menghabiskan sanad hafalan,maka saat itulah terbeban satu tanggungjawab yang sukar dilepaskan.Tanggungjawab menjaga kesemuanya.'
Mungkin. Dan walau apapun hikmah yang tersembunyi di sebalik insiden itu,saya ingin sentiasa bersangka baik denganNya. Dan tiada kata lain melainkan ALHAMDULILLAH mampu diungkapkan.
Saya bersyukur diberikan peluang untuk dikelukan lidah buat seketika,kerana akhirnya ia membuatkan saya tersedar yang pertunangan saya yang pertama ini tidak akan boleh dibatalkan sesuka hati pada bila-bila masa.
Oh yaaa,
Tunang saya...... adalah al-Quran!
![]() |
| :: saya dan tunang saya :: sweet tak?? ngee. |
Pertunangan saya tanpa sebentuk cincin,tanpa kehadiran ibu ayah,tapi saya pasti saat itu berkat doa mereka sentiasa mengiringi.Tunang saya tak pernah saya kenalkan pada ummi abah,tapi saya pasti sebelum saya lahir lagi ummi abah serta kalian amat menghormatinya.
Ok,rasanya tak lengkap saya berundur tanpa meninggalkan beberapa pesan. Kisah saya bukanlah satu cerita yang bagus mahupun hebat...nak buat cerpen pon tak laku sehh,apa lagi novel. Kisah ini hanya satu dari cebisan kisah yang terpahat dalam kehidupan setiap hamalatul quran. Dan tujuan saya berkongsi kisah ini bukan bertujuan untuk meraih simpati mahupun hormat dari setiap yang membaca. InsyaAllah tidak.
Apa yang ingin disampaikan oleh saya hanya mampu dinilai oleh Allah. Tapi begitulah...perjalanan seorang hamalatul quran tidak akan selamanya senang. Dari awal perjuangan menghafaz hingga ke akhirnya,dugaan dan godaan akan setia menemani. Dan dugaan terhebat adalah apabila kita diuji dengan kelupaan dan kelalaian pada setiap ayat yang telah dihafaz.
Dan benar,kebaikan akan diuji. Ada antara sahabat saya yang menerima pertaruhan nyawa insan tersayang dalam perjuangan mereka. Maksud saya,saat mereka mula berjinak dengan dunia hafiz dan hafizah,saat itu nyawa orang yang mereka sayangi diambil Allah. Ada juga yang diuji dengan permasalahan keluarga. Ada juga yang diuji dengan dunia cinta. Ada pula yang diuji dengan sikap putus asa dan sikap malas.Paling tak kurang pula,yang diuji dengan kesenangan dan kehebatan diri.
So,bagi sesiapa yang berkeinginan mengikat tali pertunangan dengan Al-Quran, bersedialah...anda akan diuji.
Gggaaaaaa... takut ke? Usah takut,setiap perkara baik memang akan sentiasa ditemani syaitan yang menghasut!
Akhir kata,
Doakan saya agar mampu menjaga tunang saya sebaiknya dan juga menjadi seorang tunang yang setia. Dan doakan saya apabila saya mati kelak,saya bisa ditemani tunang saya di dalam liang lahad. Ameen.
With love,
Khas untuk tunang tercinta.
Ok,yang awalnya terlopong boleh tutup mulut.
Yang terkejut boleh urut dada.
Yang jeles boleh laa senyum sekarang.
Yang patah hati?
....bolee blaa. =)
Bajet sikit ada orang patah hati. Haha. Yang patah hati....silakan jatuh hati dengan tunang saya.moga dengan itu,hatimu kembali.
Sunday, February 5, 2012
Sebuah ungkapan tanpa suara
Cinta dan Rindu itu ada
Tapi untuk mengungkapkan cinta itu aku rasa malu
Kerna hakikatnya aku sendiri tidak tahu
Tahap manakah cinta aku kepadanya
Hari ini 12 Rabiulawal. Mungkin agak lewat untuk saya ungkapkan semua yang terbuku di hati.
(Aisehh..tiba-tiba datang mood seriusnya)
Tak perlu diterangkan hari ini hari apa. Kerna saya pasti semua sudah maklum akannya. Em,except for orang yang baru terbangun dari tidur selama semingggu dari dalam gua. Golongan ni saya pasti akan terpinga-pinga.
Hari ni buka je Facebook, macam-macam post pasal Rasulullah boleh kita tengok. Mari berselawat, aku rindu padanya dan lain-lain. Alhamdulillah, kecintaan pada baginda masih bersemi dan kuat mencengkam hati umat-umat baginda di zaman ini.
Membaca setiap post yang dikongsi, mulut turut mengalunkan selawat pada baginda. Untung orang yang meng-share status sebegitu, ibarat MLM, bersambung-sambung pahala yang diterimanya. >.<
Tapi lain pula keadaan wall saya pada hari ini. Yup, sepi tanpa sebarang post yang sama. Entah,kali ni tak berani pula mengungkapkan rindu dan cinta itu.Kali ini ingin mengambil sikap berkecuali.
Opss,bukan berkecuali dari merindui dan mencintai baginda.
Tapi berkecuali dari mengungkapkan rasa itu. Dan alangkah indahnya andai umat baginda benar-benar mampu untuk mengaplikasikan segenap pengakuan rindu dan cinta itu sepanjang hidup mereka, bukan hanya terbatas pada tanggal 12 Rabiul Awal semata. Buat kesekian kalinya saya kembali terfikir...
Cinta dan rinduku pada baginda adakah hanya pada 12 Rabiul Awal?
Cinta dan rinduku pada baginda adakah hanya pada 12 Rabiul Awal?
Andai hanya pada tarikh itu cinta dan rindu itu berputik, maka tidaklah selayaknya cinta dan rindu itu aku ungkapkan.
Ya Rasulullah,
kami umat akhir zamanmu
Kami pewaris rantai-rantai perjuangan agamamu.
Tapi langkah kami sering tersasar
Perjuangan kami terlalu pincang
Kami ibarat anak kapal tanpa nakhodanya
Al-Quran dan sunnahmu seakan sudah jauh dari kami.
Ya Rasulullah,
Kami umat akhir zamanmu
Yang tak pernah kau temui
Tapi sering kau rindui.
Dan engkau ya Rasulullah,
Yang tak pernah kami tatap wajahmu
Yang tak pernah kami dengar suaramu
Tapi amanatmu menjadi dasar panduan hidup kami.
Ya Rasulullah,
Cinta dan rindu itu tak berani aku ungkapkan
Kerna aku tak pasti
Adakah benar aku mencintaimu
Cuma yang pasti
Aku yakin engkau tak berhenti mencintaiku
selaku umatmu.
Syafaatmu aku dambakan Ya Rasulullah
Pertemuan denganmu aku impikan di mahsyar kelak
Tapi pantaskah aku untuk semua itu?
Law Ka Na Bainana,
Seandainya engkau di samping kami...
Maka tiada apa yang aku inginkan
Melainkan sebuah taujihat dan menatap wajah indahmu.
Namun seandainya engkau di samping kami
Nescaya kami akan malu menghadapmu
Umatmu merinduimu
Tapi umatmu masih jauh dari mengamalkan segenap sunnahmu.
Duhai waktu,
Duhai angin,
Duhai awan dan segenap ciptaan Allah,
Bersaksilah atas nama cinta...
Aku cuba mengungkapkan rindu dan cinta ini
Pada seorang kekasih Allah
Yang selalu merindui ummatnya.
Dan bukan kerana 12 Rabiul Awal
Rasa ini ku ungkapkan
Tapi kerana satu nama miliknya,
Muhammad.
"Ummati,
Ummati,
Ummati."
Wednesday, January 4, 2012
Khabar Orang Mesir.
Semalam tengah mata ralit menelaah muka buku, handset tua kesayangan menyanyikan lagu riangnya.
Satu panggilan masuk, tanpa nombor. Hanya tertera 'with held' di skrin.
Bila tengok je skrin handset, hati bermonolog, okay,dah tau siapa..
'Orang mesir call.'
Orang mesir tuh. si dia yang jauh di Mesir agaknya kerinduan barangkali. lalalalaa~
Dan disebabkan hati juga kerinduan, panggilan dijawab.
Salam berbalas. Dan bila masing-masing tahu sama-sama tengah online maka panggilan ditutup dan terus beralih ke video call.
Agaknya baru masa nih orang mesir puas dapat menatap wajah saya! Haha. sekali sekala perasan.
Dah semacam jadi kebiasaan untuk orang Mesir call, sekurang-kurangnya sekali sebulan. Sometimes rasa bersalah juga, asyik dia je yang call, saya di sini hanya setakat menunggu dan menyambut panggilan.
Mem besar katakan.
Bila dah lama tak berhubung, biasanya macam-macam cerita la yang nak dikongsi. Tapi entah kenapa semalam tak keluar sangat topik hangat. Hui hui hui. Nanti lah ye orang Mesir, bila saya kembali ke cfs nanti insyaAllah banyak cerita yang bakal saya kongsikan bersama kamu. InsyaAllah.
Membaca seluruh tulisan di atas agak-agaknya mesti ada yang tercengang. Dan mesti ada yang buat tekaan sendiri saya sudah punya buayafren or someone special. Yedak? Kalau tak, maksudnya anda bijak. Tahniah.
Orang Mesir yang saya maksudkan memang banyak memainkan dan mencorakkan kenangan saya di bumi Darul Quran. Kadang-kadang dialah pengkritik tegar saya, juga pemusnah mood perasan saya. But most of the time, dialah pendokong saya. Tukang tebuk, tukang tasmik, dan juga geng ke masjid. Kadang-kadang ibarat alarm yang mengingatkan saya untuk cari modal.
Banyak kenangan bersama dia yang tak mampu saya buang terus. Tak sanggup nak buang pun.
Pernah sekali kami keluar outing berdua ke Low Yat, buat date sambil ditemani orang ketiga yakni kakaknya. Pukul 12 tengah malam baru kaki selamat sampai ke Darul Quran. Kenangan itu ibarat nightmare dan juga sweet dream buat saya. Nightmare bila diingat kembali betapa kami begitu runsing mencari jalan untuk pulang ke DQ dari stesen KTMB Rawang. Ye lah, bila dah malam, khidmat kereta api untuk sampai terus ke Kuala Kubu Bharu pun dah tak ada,makanya terpaksalah cari alternatif lain. Terfikir juga untuk menginap sahaja di hotel bajet berdekatan, tapi itu dah macam versi cerita fantasi je lah kan...nonsense.
Bila di call pak cik-pak cik prebek kepercayaan student DQ, semuanya menolak sebab dah lewat malam ditambah pula jarak yang agak jauh dari KKB. Jadi nak tak nak, terpaksa lah juga menerima pelawaan pak cik taxi India untuk membawa kami pulang. Waktu tu hanya tawakkal yang menemani. Malah sepanjang perjalanan dari Rawang ke KKB, saya langsung tak berani untuk lelapkan mata, takut nanti teksi melencong ke arah lain. Haha. Ye laa, saya bawa anak dara orang kot. Hehe.
Dan kenangan itu juga ibarat sweet dream sebab rasa-rasanya hanya kami yang pernah memecahkan rekod versi banat tunggal pulang sampai lewat malam macam tu. Pecah rekod lagi sebab buku outing selamat tanpa ditahan. Hehheh. Good job naahh~
Itu contoh satu kenangan, belum dikira betapa saya bersyukur dengan jasanya yang banyak melimpah ruah penuh satu baldi! *metafora*
Entah bila hubungan kami jadi rapat saya pun tak berapa ingat. Tapi begitulah roda kehidupan, rencana dan aturan perjalanan hidup kadang-kadang buat kita tak tersedar saat moment penting datang bersama mengiringi perjalanan itu. Okay, ayat sastera habis...ngeh ngeh ngeh.
Tapi yang pasti, saat hidup saya yang selalu ditemani mood-down and putus harapan, dia selalu bagi kata semangat. Selalu teman untuk iadah sama-sama. Waktu sem 2 siap buat soalan khusus lagi untuk saya dan Nur.. hanya untuk memastikan kami benar-benar iadah. Hui hui hui.
Tapi soalan tu saya hanya siapkan satu set je, satu set lagi terkubur terus tanpa jawapan. Haha.
Dia lah juga teman untuk menjalankan iadah berantai. --------------- chain-iadah.=)
Dan saat saya tertekan menghadapi dur thani sem 1 yang dijalankan sejurus selepas tamat imtihan sem 2, dia tak putus-putus menghantar mesej memberi semangat. Waktu tu boleh dikatakan bagai saat sejarah buat kami pemangsa dur thani. Orang lain dah boleh pulang riang menghabiskan cuti semester di kampung, tapi kami masih setia berada di kampus untuk menyudahkan 'paper tambahan spesel'. Dan dia waktu tu yang sudah selamat tiba di kampung, masih mengingati tarikh keramat perjuangan khusus kami di sini. Selesai membunuh paper tambahan spesel, dia terus bertanya khabar.. ok tak, dapat jawab tak, soalan macam mana, susah tak blaa blaa blaa. Penat juga saya nak melayannya. *berpeluh-peluh* miaahhaha
Sakit bila diingat kembali, tapi sakit itu hanya sedikit untuk dibandingkan betapa nikmatnya hadiah dan anugerah yang saya terima dari Allah. Dan waktu itu Allah sedarkan saya yang saya punya sahabat istimewa yang selalu mendokong dan menyokong langkah tempang saya. Kenangan dur thani amat istimewa dan dia serta sahabat-sahabat lain merupakan salah satu dari keistimewaan itu.
Masih juga diingat kali terakhir kenangan pahit menemani saya dan beberapa sahabat lainnya, dia turut bersama. Kenangan hadiah istimewa tashfiyah (sebut macam mana entah). Saat orang lain sudah merasakan kebebasan hakiki sejurus selepas menamatkan paper akhir imtihan final semester, dia memilih untuk menemani kami yang masih setia dengan iadah.Seingat saya, dia turut bersama mengaji dan ber-iadah walaupun kebebasan sudah dimilikinya. Malah siap menawarkan diri untuk menjadi bibik tak bergaji... membancuhkan air.
Maka sekali lagi saya tak dapat menafikan betapa saya amat bersyukur dikurniakan nikmat tashfiyah. Yes, I have never regret for having such moment. Malah title maqbul juga satu hadiah bermakna buat saya. Buat apa nak malu kan? haha. Kalau bukan saya yang maqbul siapa lagi. olololo~
Kerana dari situ saya belajar banyak perkara dan erti. Juga dari situ saya mampu mengenali dan mensyukuri nikmat punya seorang sahabat yang cukup istimewa.
Mengingatkan kenangan tersebut, hanya sekeping gambar yang mampu mengubati sakit rindu itu. Sekeping gambar saya dan dia yang saya terima sebagai hadiah darinya. Cukup lawak mengingatkan bagaimana dia menyelitkan gambar itu senyap-senyap tanpa saya sedari, di bilik saya sendiri.
Gambar tak dapat dikongsi atas sebab takut bahaya fitnah datang menyerang! hehheh.
Dear Aimi, if it happens that you read this, tolong jangan gelak...tak kelakar pun okay. Haha. And please kesat air mata yang hampir meleleh tu. Ambil tisu banyak-banyak ea. Susah tau nak dapat chance tengok kami tuliss ayat jiwang bagai macam ni. :p
Akhirul kalam.... Good Luck Exam next week! Mid-sem je pun...so steady..hee. Aimi kan teror, bakal menjadi doktor peribadi kami nanti, so you have to work hard untuk jadi pekerja kami. wakakaka.
Peace. I'm glad to have you, to know you. Opss..kami takde cerita rahsia pun. Jangan risau, bila dah sampai seru hati kami betul-betul terisi dengan satu perasaan, I'll let you know. peh peh peh. bajet mengada.
Jawab exam elok-elok. Kalau rindu tatap surat kami yang spesel tuh. muahhhahaha.
special for Nur Amira Aimi binti Mahazi, a medical student of al-Azhar University,
from Jie chomell (hehe, besarkan sikit), a future-student of ALLHS, CFS IIUM.
Doakan kami baik-baik saja di sem baru. =}

*********************

| masjid yang sentiasa dirindui. |

Tuesday, January 3, 2012
Salahkah punya Cinta?
Bismillah,
Aku punya cinta
Dan ingin aku labuhkan cinta ini pada pemilik segala Cinta
Tapi seandainya aku memberikan cinta ini pada yang bukan haknya
Harus bagaimana lagi aku menyandarkan cintaku hanya keranaNya?
Seseorang yang disegani ramai pernah berkata,
Cinta sebelum kahwin tidak salah, yang salah adalah cara menjalankan hubungan cinta sebelum kahwin.
Pertama kali membacanya, saya agak terkedu. Rasa semacam ada satu renjatan elektrik mengalir masuk ke urat sendi pembuluh darah. Dan saya jadi terfikir.
Senyap senyap, perlahan lahan, kepala diangguk.
Kalau dulu, boleh dikatakan saya tergolong dalam kalangan manusia yang dilihat agak keras dan tegas (baca; syadid) dalam isu-isu macam ni. Mungkin disebabkan kehidupan selama 5 tahun di sekolah menengah tanpa dikelilingi oleh kaum bernama Adam membentuk pemikiran dan penilaian sebegitu dalam diri saya.
Kebiasaannya, bila isu couple dan love story diketengahkan kepada saya, hati jadi memberontak. Hingga kadang-kadang saya membuatkan mad'u makin menjauh tanpa saya sendiri sedar. Bila difikir balik, saya memang gagal memahami perasaan mad'u sebegini. Gagal menyelam perasaan mereka secara mendalam. Gagal memberi solusi paling mujarab sebagai penawar, malah mungkin sikap dan attitude sendiri tak ubah ibarat menambah garam pada luka berdarah di hati mereka.
Pernah juga sekali, seorang adik berkongsi ceritanya dengan saya. Cerita cintanya dengan seorang jejaka yang jauh lebih tua. Kisah bagaimana dia ditinggalkan oleh si jejaka untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan keluarga. Hingga akhirnya dia jadi buntu dengan status dirinya sendiri dengan si jejaka itu, adakah masih sebagai seorang kekasih atau hanya sebagai seorang perempuan simpanan.
Katanya lagi, cerita itu telah banyak dikongsikannya pada teman-teman lain dengan harapan agar sekurang-kurangnya mereka mampu memberi solusi terbaik untuk dirinya. Tapi di akhir, hanya kata-kata sinis dan desakan yang diterimanya.
"Clash je. Couple ni haram laa."
Saya hanya memasang telinga, hanya mengambilnya sebagai cerita untuk menyelami lagi hati mereka, gagal untuk memberi apa-apa solusi. *Kesal* Bersikap lepas tangan untuk hanya mendengar kerana bimbang jika saya turut melontarkan desakan yang sama akan menambahkan lagi bengkak di hatinya. Bimbang juga andai saya turut menghentam dan mendesak, maka tiada beza antara saya dan rakannya yang lain.
Mungkin ada baiknya untuk tidak menjadi golongan yang terus menghukum tanpa merawat.
Tutup cerita.
Ramai orang melihat erti 'couple' sebagai sesuatu yang sinonim dengan dating, berpegang tangan, panggilan manja blaaa blaaa blaaa yang bertentangan dengan ajaran agama dan adat budaya ketimuran. Dan mungkin sebab itu munculnya istilah 'Bercouple itu haram!'
Yup,saya setuju dengan pendapat sebegitu. Jenis bercouple sebegitu sememangnya haram. Ish ish ish.*geleng kepala*
Sehinggalah satu saat, ada orang berkata,
''Couple tak haram."
Heh,bukan orang biasa yang mengucapkan sedemikian, tapi seorang yang ada ilmu agama dan punya tarbiah. Lalu sekali lagi saya terfikir. Emm... angguk, betul juga.
Yang membuatkan couple itu haram, adalah cara bercouple itu sendiri. Sentuh menyentuh, cuit mencuit, beraksi romance tak kena tempat ,tak kenal dosa pahala. Bermesej yang tak patut tanpa urusan selama 24 jam. Malah gayanya bercinta terlebih melampau dari orang sudah berkahwin.
Tapi, seandainya wujud (seandainya wujud) 'couple jenis kedua' ini tanpa hubungan melalaikan sebegitu, apakah ianya masih haram? Seandainya wujud satu pasangan yang suka antara satu sama lain dan serius untuk berkahwin, malah mampu untuk menjaga batas perhubungan sehingga saatnya mereka disatukan...jatuh haram lagikah couple sebegini?
Mungkin ada yang membantah,
"Bagaimana pula dengan zina hati? Tak takut ke nanti asyik duk teringat kat si dia jaa? Zina hati jangan pandang remeh weh."
Bab ni, saya menolak untuk mengolah panjang, mungkin cukup dengan dua link ini?
Okay, saya selitkan sedikit kesimpulan perbahasannya;
Begitu juga halnya dalam masalah mengingati atau merindukan si dia atau pun merasakan getaran di hati ketika memikirkan si dia, bukanlah serta merta boleh tergolong sebagai “zina hati”. Pengertian “zina hati” adalah mengharap dan menginginkan kepada persetubuhan luar nikah sebagai memenuhi syahwat.
Berbalik kepada persoalan 'couple jenis kedua' yang saya sebutkan tadi, aplikasinya mungkin sukar untuk di realisasikan. Andai anda mampu untuk mencegah dan menghalang diri anda dari keluar berdua-duaan, berpegangan tangan macam Romeo dan Juliet yang lain, memanggil dengan panggilan manja (Abang, Sayang), Calling calling tak tentu masa dengan rengek suara halus menggoda, serta membonceng motosikal bersama dia tanpa walinya di tengah, maka persilakanlah untuk bercouple dengan jenis kedua ini.
Tapi andai anda juga tidak mampu, maka bersabarlah hingga saat mengizinkan kalian bersatu. Namun bagi saya, saya lebih suka untuk menghindarkan diri dari terjebak dalam mana-mana istilah couple, sama ada dari jenis pertama mahupun jenis kedua. Malah bagi saya istilah bertunang dan taqdim juga takkan menjamin ketenangan dalam hati saya. Mungkin bagi orang semacam saya, prevention is better than cure, eheh.
Orang selalu cakap, bertunang lama-lama tak elok. So there goes taqdim and what so ever you called it, berlama-lama pun tak elok juga. Paling selamat, nikah terus. huii huii ~ ke tak?
Tiada yang salah untuk terus memendam rasa dan cinta pada si dia, yang salah bila munculnya 'zina hati' yang sebenar. Dan andai kata 'couple jenis kedua' juga tak mampu untuk menghindarkan zina hati dalam diri anda, maka bermakna hanya tinggal satu solusi bijak... kahwin! Selamat dunia akhirat.
Selesainya menulis entry kali ini membuatkan saya terfikir lagi.... ada beza ke couple jenis kedua ni dengan taqdim? ~.~
Em em emm... *teleng kepala* ada ke? ahha.
Ok,mungkin sama.. istilah je berbeza. Taqdim untuk orang ber-tarbiah sikit. -.-
Apa-apa je lah minah oii. Ohoii.
Sebelum berpisah untuk kali ini, saya tinggalkan sedikit pesan. Rilek arr, tak panjang lagi ni saya tulis. Ok,kalau penat baca, eja je. Haha. Izinkan saya untuk membebel sedikit lagi coz this gonna be my last entry kat rumah... agaknya. =.=
![]() |
| Haramu jiddan untuk yang belum berkahwin! Laki-perempuan laaa.. |
Pesan kakanda buat adinda; Jangan sangka saya menyokong couple. Bukan juga anti-couple. Andai kalian memang sedang hangat bercinta, perbaharuilah niat kalian dalam berpacaran. Dan perelokkanlah cara kalian berhubungan. Jangan overdos, nanti kemanisannya hilang selepas menikah. Ingat!(kata Upin Ipin)
Tak salah punya cinta. Yang salah, bila kita salah membawa cinta itu. --->jawapan untuk soalan atas.
p/s; hanya menulis untuk menjernihkan pemikiran pada istilah couple itu sendiri, bukan kerana menyokong, bukan juga kerana gatal kena gigit semut.Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan kain lap kaki.
Maas salamah, wa ila liqa' fi cfs ya teman-teman. sumpah takut nak hadapi sem baru. Ohh, sumpah osem!
Allahumma yassir!
Subscribe to:
Posts (Atom)