Showing posts with label tekad. Show all posts
Showing posts with label tekad. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Listen. Saya bodoh merancang.

Listen. Saya nak menulis.
Dan bila saya menulis, anda harus baca!

...............................

Perancangan.

I am bad in planning. Apa yang dirancang biasanya tak akan berjalan seperti apa yang diharapkan.
Dua tahun lepas, I made up my mind that I would be an architect. Itu cita-cita yang diputuskan dari zaman tingkatan empat. But then, bila dah lalui satu semester dengan gelaran pelajar jurusan architecture, saya mengalah. Tak sanggup. Tak sesuai dengan jiwa. Baru nak tersedar, dan baru nak menyesal.



Tapi Allah bukakan jalan. Nasib baik. Apply untuk tukar course, dan diterima. Itu pun nasib baik. 
Dah tukar course, maka perancangan juga harus diolah semula. Hala tuju harus diubah. Matlamat perlu ditetapkan balik.

Bila dah bergelumang dengan course baru, lain pulak masalahnya. Bukak facebook tengok gambar mereka-mereka di luar negara, terus terbit rasa cemburu tak sudah. Membaca status mereka tentang exam medical segala bagai, rasa nak menjerit sepuas hati. Dengki tahap bini keempat!

Tak cukup lagi, ditekan dengan harapan orang tua, nak merasa ada anaknya yang jadi doktor. Pernah umi cakap umi nak jugak paksa saya ambil medic. Saya senyap. Tak membantah.



Jujurnya seyh, menjadi doktor bukanlah impian saya. Bagilah intan berlian, emas permata, lembu bunting, kucing Parsi, anjing  gonggong tulang, sirip ikan yu sekalipun, I would say no. Takut darah. Tak sanggup nak gergaji perut orang. Eheh.

So I promise myself, kalau tak dapat bagi umi lihat anak dia jadi doktor, jadi dentist pun cukuplah. At least berurusan dengan manusia dalam urusan gigi-gigi jer. Paling penting ada juga gelaran doktor di pangkal nama. Dan bila di recall balik, dentist jugak pilihan saya dahulu kala selepas architecture. Ya, dulu jugak ia cita-cita saya. Deyy, berapa banyak cita-cita daa..



Listen.

Saya memasakkan janji. Membina perancangan. Habis foundation akan cuba apply pergi luar negara. Semangat makin membara bila mendengar ramai jugak senior yang langsung fly ke Mesir untuk buat Medical, Pharmacy and Dentistry kat sana. Saya positif, itu akan jadi jalan saya. Waktu tu memang dah tak nampak UIA. Hati berbunga-bunga dengan angan sendiri. Tapi saya tahu, itu hanya angan, jauh dari kepastian.

Perancangan dan impian itu dibina bersama seorang sahabat. Beriya bona dia mengajak untuk ke Mesir, ambil Dentistry sama-sama. Tapi saya tetap menjawab tak pasti. Sebab tahu keadaan keluarga. Impian itu disimpan sendiri. Teragak-agak nak beritahu umi mahupun abah.

Listen.

Satu hari, hal itu disampaikan jugak. Melalui adik. Dengan kiasan. Tapi jawapan yang diterima tak membahagiakan. Umi cakap kalau nak ke luar negara, ada biasiswa, silakan. Tapi kalau nak harapkan tanggungan sendiri mustahil. Kritikal.

Ya lah, nak ke Mesir lepas habis foundation hanya ada satu jalan. Melalui agensi swasta. Nak rebut peluang pergi pakai KPT memang taklah. Dan bila melalui agensi swasta, duit mesti banyak. Ada kawan terpaksa menggadaikan tanah untuk cari duit. Kalau family kaya memang syok habis lah.

Nak mengharapkan biasiswa JPA atau MARA boleh, tapi kena habiskan satu semester dulu di sana. Sebab nak apply biasiswa dorang kena ada result pengajian untuk satu semester. Kalau mumtaz, jayyid jiddan bolehlah lepas. Kalau setakat maqbul? Mimpi ajelah.

Dan nak tanggung sekurangnya satu semester sendiri, itu pun dah semput. Cukup-cukup nafas je. Maka terkuburlah sekali lagi impian dan angan-angan. Perancangan dibubarkan. Bubbai doktor gigi. :'(

Listen.
Kucing pun ada masalah. Ikan jerung pun ada masalah.

Saya ada masalah.

Perancangan perlu ditukar lagi. Dan sepanjang masa sehingga ke hari ini, hati saya kembali semula ke UIA. Bila kawan terus menerus ajak pergi Mesir saya cakap, "Aku dah jatuh cinta kat UIA."

Mungkin ini jalannya. Allah mahu saya terus di sini. Kalau dulu satu sebab saya beriya ingin ke Mesir adalah untuk melarikan diri. Lari dari semua orang yang saya kenal. Tak tahu kenapa, tapi benar-benar mahu melarikan diri. Saya nak bina diri saya yang baru. Itu fikiran saya. waktu itu.

Now, rasa itu masih ada. Tak boleh nak dibuang. Tapi tak apa, no worries. Kampus Kuantan itu besar. Possibility tak nak terserempak dengan orang yang dikenali tu amat cerah, an? Positif.

Listen. Listen. Listen.

Setakat ini, itulah perancangan saya. Ke Kuantan. Majoring in Opto. InsyaAllah.



Itupun kalau dapat. Kalau tak dapat, mengiau ajelah. :))
Kalau tak dapat, itulah yang terbaik. Opto katanya yang paling diidamkan budak-budak Allied Health Science UIA. So competition pun besar. Kuota pulak tak banyak.

ALLAH pasti akan bagi yang terbaik. Dan percayalah, perancanganNya juga yang terbaik. Sudah tercatat Allah tak mahu saya ambil architecture. Maka berjuanglah sekuat mana pun saya untuk architecture, saya akan kembali menurut kehendakNya. ^^

apapun hingga sekarang, sisa seni masih sebati. bermusafir lah ke mana pun, mata ni mesti ralit menatap reka bentuk rumah-rumah tepi jalan.

Listen. Let me speak.
Kucing walaupun banyak masalah, tetap ia binatang yang jinak. Erk.

Kita walaupun bijak dalam merancang, tetap tak akan dapat melawan ketentuan Dia Yang Maha Bijak.

Dan dalam menulis perancangan, saya jadi terfikir...
Perancangan akhirat sudah lunaskah??  =.="

Jangan dikejar dunia, hingga mengabaikan akhirat.
Merancanglah untuk jadi yang lebih baik dari hari semalam.
Sem penentuan, here we come. Dengan harapan yang tinggi. InsyaAllah.

Fuhh berjaya jugak update isu Listen! (lap peluh)

catatan,
mahasiswa peduli.



Saturday, June 16, 2012

Bukan Senang Nak Menulis

Ting Tong!


Dah berhari rasanya kerja duk mengadap laptop je. Berjam-jam berlalu pun boleh tak sedar. Adik kata, dah gaya penulis novel lagaknya.

Sewaktu di UIA sepanjang minggu lepas, terima satu mesej di akaun Facebook dari seorang lelaki dari Penulisan2U. Katanya nak bagi peluang terbit untuk CintaDia dan meminta kami menyiapkan cerita ini untuk dinilai oleh mereka.

Seakan berita baik kan?

Tapi dalam berhari-hari duk sambung menulis ni rasa lain macam pula. Cerita seakan lari fokus. Dan hakikat sebenarnya, bila masuk untuk tulis bab jiwang sikit, diri sendiri tergelak. Heh, menulis sambil duk gelak. Can you imagine that? =.=


Dari cerita yang asalnya direka untuk nilai tarbiah seakan dah terlebih fokus untuk cerita cinta. Adoyai. Susah untuk menyelitkan nilai dan unsur agama juga fikrah-fikrah sendiri dalam penulisan rupanya! Perlu bijak menyusun dan bermain kata. Dan itulah yang memeningkan.

Lalu untuk beberapa ketika lagi, manuskrip ini nampaknya bakal tergendala lagi. Ya, research dan bacaan berterusan perlu dilakukan terlebih dahulu. Nak kata research, berpuluh-puluh artikel dalam bentuk PDF di dalam pendrive masih belum tersentuh.

Huhhu.

Bukan senang nak menulis.

Going back to CFS tonight, memulakan segalanya dengan semangat dan permulaan yang baru.
Pray for me. =)

Thursday, May 17, 2012

Tak pernah Terjangkau di fikiran

Bismillahirrahmanirrahim.


10 tahun dulu, apa cita-cita anda?

7 tahun dulu, apa impian dan angan-angan anda?

3 tahun dulu, apa plan masa depan anda?

Dan sekarang, di mana anda? Siapa anda?

Oih. Gaya soalan SPM tak lepas.





Saya dulu, pernah berimpian nak jadi doktor. Itu cita-cita zaman sekolah rendah.Entah laa kenapa sampai ke kerjaya doktor yang menjadi idaman time tuh. Tapi agaknya, itu pilihan atas dasar ikutan.

Kawan-kawan nak jadi doktor, cheq pon nak jadi doktor juga lah.Lagi pula waktu tu hanya tahu doktor je yang macam kerja femes wa superb kat dunia ni. Gaji pun mahal.

Dan begitulah, cita-cita itu berlarutan sampai masuk sekolah menengah. Naik form 2, tiba-tiba angin puting beliung Katrina datang dari Jepun (iya ke tornado Katrina kat Jepun? =.=') Pertukaran 196 darjah berlaku.

Kali tu, peguam pulak dah. Sebab rasa suka sangat membela kebenaran. I'm on Justice League! O yeah yeah.

Padahal, nak cakap selaju kilat depan orang ramai pun tak lepas. ~.~ sadisnyaaaa.

And then, bermula dari form 3, minat melukis dan menconteng menjadi-jadi. Ibarat mushroom yang tumbuh mekar di taman bunga.

Minat melukis walaupun tak terer sangat. Berjangkit dari abang-abang barangkali. Tak dinafikan, habitat eh...tabiat dan behavior saya banyak dicorakkan oleh abang-abang. Mewarisi kedegilan mereka, kelasakan mereka (dalam versi yang lebih ayu) and kegilaan mereka terhadap anime. Okay, saya layan Kreko, Naruto, Bleach and yup, Dragon Ball etc. Termasuklah Doraemon dan Shin Chan. -.-

Ok, sambung.

Bila minat makin bercambah terhadap art dan seni... makanya sejak dari form 3, cita-cita totally bertukar untuk menjadi seorang arkitek. Naik form 4, pencarian diri sendiri diteruskan. Dan bila tiba form 5, saya tekadkan niat memburu impian menjadi seorang ARKITEK.

Oh. oh. oh.
........................................
But then, where am I now?

Seorang pelajar asasi UIAM dalam jurusan Allied Health Science.

Sebelum sampai pada saya yang sekarang, terlalu banyak pencarian dan perjalanan yang ditempuh. Saya yang sekarang langsung tak pernah terlintas di fikiran saya yang dulu.

Dulu, tak pernah terlintas untuk menjadi seorang penghafal al-Quran. Bila singkap kembali cerita dulu, nama Darul Quran tak pernah saya dengar. Dan kemasukan saya ke sana juga atas dasar untuk meringankan beban ummi abah dari tanggung biaya belajar. Sebab di DQ, pelajar dapat elaun setiap bulan, makan pun ditanggung, asrama dapat.
Salah satu lagi sebab adalah atas dasar dua pilihan, ke PLKN atau masuk DQ. Kalau tak masuk DQ kena pergi PLKN. Walaupun waktu tu nak sangat pergi PLKN, tapi entah kenapa hati juga rasa berat untuk menolak tawaran ke DQ.

Lalu, akhirnya bila ditimbang tara antara keduanya, saya menerima tawaran ke DQ dan menangguhkan latihan di PLKN (moga bukan ditangguhkan, tapi dibatalkan terusss).

And then, bermulalah pengembaraan saya di bumi DQ. Masuk tanpa mengerti apa-apa. Yang saya tahu, pengajian hanya setahun setengah dan sebaik tamat tempoh terus sambung UIA dalam bidang pilihan.

Mati-mati ingatkan kat sana ada belajar Chemistry, Biology, Mathematic semuanya.

Tapi bila berada di sana, diri cukup teruja. Teruja dengan tasiknya, environmentnya yang cukup-cukup menjaga. Dipenuhi dengan wajah-wajah soleh dan solehah. Apa lagi yang lebih indah dari semua itu?

Tak kurang juga.... takut dan kecut perut. Mana taknya, belum pernah lagi saya dimarah dan diherdik semahu hati oleh para pendidik. Itulah kesan pentarbiyahan minggu taaruf. Cukup terkesan, sengsara, tapi itulah yang terindah.

Hinggakan ke satu tahap, dalam minggu pertama di sana, sebaik bangun tidur, saya cukup berharap yang keberadaan saya di DQ  hanyalah satu mimpi. Tak tahan kena marah, tak tahan lagi mengalirkan air mata.

Itu cerita lebih kurang dua tahun yang lepas.Nak katanya, di zaman sekolah menengah saya tak pernah menjangkau yang saya akan menjejakkan kaki di bumi tarbiyah itu.

Yang saya bayangkan, saya akan berada di bumi Mesir, ataupun Jordan. Bukan di Malaysia.

Dan saya juga tak pernah menyangka, Allah akan kabulkan niat saya untuk terus dapat bertudung labuh. Berada dalam environment dan biah di sana, hanya tudung labuh yang wajib dikenakan. Waktu tu cukup terasa, niat yang baik pasti akan dipermudahkan, Subhanallah.

Tamat DQ, saya menyambung pengajian ke UIA, seperti yang dijanjikan dalam MoU Program Persijilan Tahfiz DQ-UIAM.

Semester pertama, dalam jurusan Architecture and Environmental Design (AED). Pilihan atas dasar minat dan keinginan diri sendiri.Awal-awal kemasukan, saya cukup bersemangat! Walaupun pada awalnya, ummi seakan berat untuk merelakan, tapi akhirnya itu juga yang menjadi pilhan saya.

Dan dari itu saya belajar, mulut ibu tak semestinya akan menzahirkan apa yang ada di hatinya.

"Ummi, kakak rasa kakak betul-betul nak minta apply architecture. Tak pe ke? Ummi izinkan?"

"Minta je la kak, kakak yang nak belajar, bukan ummi. Ummi tak halang.''

Ye,ummi tak halang, tapi ummi cuma berpesan.

"Betul nak ambil arkitek? Dunianya sosial, kena kerja kat site, pergi tengok bangunan. Sanggup?"

Angguk. Degil. Rasa dah cukup kenal diri sendiri.

Semester pertama di UIA, ramai tak menyangka saya akan bergelumang dengan kos AED. Jumpa kawan-kawan lama dari sekolah,

"Ambil kos apa kat sini?"

"AED."

"Hah?''
************
"Eh, kos gapo?"

"Emm, AED."

"Oh, minat eah?"
***************
"Eh ambik gapo doh sini?"

"AED."

muka pelik dengan kening terangkat,
"Bakpo tok amek medic? Bukan result gempak dok kea?" -gempak la sangat-

"Em, result ok, tapi tok minat." 


"Oh, okay."


senyap,tapi masih dengan riak tak percaya dengan jawapan yang saya berikan.


"Eh biar betul,tok cayo nihh... bakpo tok ambik Medic? Ruginya," ditanya sekali lagi.


Sengih je lah.
***************

Tapi bila hampir berakhir satu semester, diri termalu dengan diri sendiri. Malu dengan ummi.

'Ummi benar. Anak ummi tak kuat untuk hidup dengan dunia arkitek.'

Waktu tu baru tersedar,
Mom do knows her daughter well.

Itulah cerita bagaimana saya end up dengan kos Allied Health Science.Habis satu semester dengan AED, terus apply tukar Allied. Ingat nak tukar je Medic teros, tapi agak-agak laaa kan nak transform pon. Kena reject terus ada laaahh.

Huiii. Dan dua tahun lagi saya juga tak dapat menjangka siapa saya. Majoring in Optometry, Dietetic, Radio or Audio. I have no clue. Atau mungkin bertukar lagi ke Dentistry or Medic.... or IRK? eheh.

Ohoo.. apapun possible.

Hanya berkongsi kerana sekarang musim student lepasan SPM dapat result UPU. Musim dan fasa di mana masing-masing masih sibuk mencari identiti diri sendiri. Dan sungguh pasca-mengenal kemampuan dan kebolehan diri sendiri ni akan tetap berterusan sampai ke akhir hayat. Dan ia menyeronokkan. Sumpah osem!

Fasa ini, masing-masing sibuk mencari,
Apa yang sesuai?
Apa yang terbaik?

Pilihan yang kita buat sekarang akan menentukan langkah seterusnya yang bakal kita ambil di masa depan.

Dan tak semestinya apa yang kita rancang akan berjalan seperti apa yang kita impikan.
Perancangan Allah penuh misteri. Dan di sebalik setiap aturan,tersembunyi seribu satu hikmah yang cukup indah. Yang hanya mampu dilihat oleh akal yang benar-benar mahu berfikir.

Lalu, jangan takut untuk membuat pilihan yang salah.....
Sebab Allah sentiasa ada untuk memandu kita kembali ke pilihan yang tepat.

::Omo, I'm hungry. Kat umah memang tak ada nafsu jamah nasi.::
Lailan saeed.

Wednesday, April 4, 2012

Rahmat Ujian

Gadis itu hanya termenung jauh.

Sesekali keluhan berat dilepaskan. Seakan mengeluh dengan segala permasalahan hidup yang menghimpit.


"Aku penat.”

“Penat dengan apa?” suara di sebelahnya menyoal balas.
“Dengan hidup ni.”
“Kalau penat, apa kau rasa kau boleh buat untuk hilangkan penat tu?”

Gadis itu senyap. Seakan teragak-agak untuk menjawab.


“Mati,” dia menjawab ringkas.

“Mati boleh selesaikan masalah?”

Dia menggeleng.


“Tapi sekurangnya jauh dari masalah,” dia tak mahu kalah.

“Tapi Allah kurniakan kita hidup. Kenapa harus dambakan kematian?”
“Aku rindukan Allah. Aku mahu kembali pada Dia,” air mata gadis itu membasahi pipi.

Suara itu hanya membiarkan hati rapuh si gadis melepaskan rasanya.


“ Tapi Allah juga rindukan kau,” suara itu kembali menenangkan.

“Maksud kau?”
“ Ujian dari Dia tanda Dia merindui kau.”

Gadis itu mengusap air mata di pipinya. Kepalanya diangkat.


“Maksud kau, Allah rindukan rintihan aku?”


Suara itu hanya diam. Maksudnya berjaya disampaikan.


“Astaghfirullah. Subhanallah,” air mata kembali laju menemani rintihan hati gadis  itu.


“Ujian hidup juga adalah nikmat, bukan sekadar musibah. Jadi mengapa harus mengeluh setiap masa? Bersyukurlah duhai Gadis kerana itu tandanya Allah masih mengingati dan merinduimu,” sayup-sayup suara itu mengalunkan mutiara katanya.  Perlahan-perlahan suara itu makin menjauh.


Hatinya dikuatkan. Tekadnya dibulatkan. Dia harus kuat! Pantang menyerah selagi masih hidup!

………………


Hidup ini memang tak lepas dari ujian.

Siapa kata orang yang cantik dan kacak tidak diuji?

Mereka juga diuji. Diuji dengan pujian melangit dari manusia sekeliling. Diuji dengan harapan yang dihulurkan dari insan-insan sekeliling yang begitu mendambakan cinta dari si lawa dan si kacak.

Siapa kata orang kaya tidak diuji?

Mereka diuji dengan ujian iman. Mahu bongkak atau masih tetap bersyukur dan membantu insan yang memerlukan.

Siapa kata orang cerdik dan pintar tak diuji?

Mungkin benar mereka tidak diuji dengan kesusahan dalam akademik. Tapi dari sudut lain mereka tetap diuji. Masalah keluarga, ujian hati atau mungkin permasalahan lainnya yang langsung tak terlintas di fikiran kita.

Dan siapa kata yang memakai serban,kopiah, berjubah , bertudung labuh dan mereka yang dipandang baik tidak diuji?

Hakikatnya, hati mereka juga sering berperang dengan iman sendiri. Pada masa yang sama,masih mencari dan membina iman di hati.

'' Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (Al-Baqarah:214)


Sometimes, melalui hari-hari yang penuh dengan komitmen yang bertindan, kerja persatuan yang melambak, jadual kelas yang pack, assignment yang berderet dan masalah akademik yang kritikal, kita banyak mengeluh.


‘Dah penat dah dengan semua ni.

’‘Kenapa mesti aku?Kenapa tak orang lain yang diuji sebegini?’
‘Asal la aku ni lembap dan  bodoh sangat?!’

Kadang-kadang,



‘@#$%&^%%*#@$!!!’ (ayat sensored)

Sedar tak sedar, kita banyak mengeluh. Ungkapan ‘kenapa’ dan 'kalaulah’ menjadi peneman setia yang tak pernah lekang dari bibir.


‘Alhamdulillah’, ‘Subhanallah’, ‘La haula wa la quwwata illa billah’ pula dah cukup asing dan berat untuk dituturkan.


Tak cukupkah Allah sebagai penolong?

Ujian datang dariNya, dan kepadaNya jua semuanya kembali.

Atau adakah hati-hati ini masih belum cukup yakin dengan adanya Dia sebagai penolong yang ultimate?


Mungkin. Dan mungkin kerana itu, kita lebih gemar mengadukan semua masalah pada manusia lainnya. Jarang sekali masa yang ada sanggup dihabiskan untuk berteleku di tikar sejadah dan meluahkan segalanya pada Dia.


Versi Aku Penat






Benar, aku penat Ya Allah. Dalam hidup, tak pernah lagi rasanya berhadapan dengan masalah akademik yang sekritikal begini, dah tahap layak masuk ICU dah ni. Fail mostly semua kuiz, result yang cincai dan hanya nyawa-nyawa ikan dalam peperiksaan. Teruk.


Lalu, dalam banyak keadaan aku banyak mengeluh, dan menyesal.Mujur ada sahabat dan keluarga yang tetap utuh memberi sokongan. Adanya mereka, bukankah itu juga sebagai tanda Engkau tak pernah tinggalkan hambaMu yang lemah ini?


Dan di sebalik semua ini akhirnya aku belajar,


Hidup jangan bersandar pada kenangan. Kejayaan dahulu kala di zaman bangku sekolah tak akan menjamin kejayaan pada masa sekarang mahupun di masa hadapan.


Dan bak kata drsinichi, kejayaan adalah hasil 20% usaha dan 80% doa. Rupanya, bukan setakat usaha yang belum cukup tapi juga doa pada Allah yang perlu terus di-top up setiap masa.


Versi Mereka penat


Mereka pelajar, tapi pada masa yang sama memikul tanggungjawab lain sebagai committee society, committee program, ketua itu dan ini. Akademik yang awalnya Okay mula merosot akibat kesibukan melampau.


Keluar bilik awal pagi, pukul 10 malam baru sampai semula ke bilik. Di kampus, ke hulu ke hilir saja kerjanya.


Hati yang kadang-kadang lemah banyak mengadu. Sesekali rasa ingin berputus asa dan menghentikan perjuangan di separuh jalan.


Hingga akhirnya niat dibetulkan. Untuk apa sebenarnya perjuangan itu?Kerana Allah? Atau kerana pujian manusia?


Beruntunglah kalian menjadi manusia-manusia yang sibuk. Kerana dengan kesibukan itu, masa kalian dapat dimanfaatkan. Benda lagha dapat dielakkan.


Beruntunglah kalian kerana di sebalik kesibukan itu kalian telah menjadi antara para pemuda dan pemudi Islam yang sanggup berkorban masa dan tenaga di jalanNya.


Maka pelaburan atas nama kesibukan kalian itu bukan lagi satu kerugian, malah satu keuntungan! 



Tekad!

Sungguh,jarang sekali kami sedar dengan nikmat yang melimpah di sekeliling kami. Yang jelas pada pandangan kami hanyalah ujian dan musibah yang jarang-jarang sekali Kau turunkan.


Kembalikan kami padaMu ya Rabb.


Dan andai ujian adalah tanda Engkau begitu merindui rintihan kami, kuatkan hati kami untuk tetap rela menerima ujian itu.



Moga dengan setiap masalah, kita mampu kembali padaNya.


Di sebalik ujian, ternyata ada rahmatNya! 

Tuesday, December 27, 2011

" Mu nok sapo kak?"

Boleh faham bahasa title di atas?

Need a translation? nehhh~ tak paham gi laa try google translate naa. uhhu~

Okay..ini soalan cepu mas dari adik saya. Beberapa saat bermula dari saat huruf pertama dalam post ini ditulis.
Soalan cepu mas yang main-main. Tak hairan,kami adik beradik selalu berjenaka dengan hal sensitip seperti ni. Eheh,ye laah,sensitip laa sangat kan.

Of course laaa! Soal hati dan perasaan ni sensitip laaa. (pura-pura hati saya berteriak terpekik melolong pakai ayat ni naa)


Fikir punya fikir,betul juga kan...saya suka siapa sebenarnya ya? Fikir jawapan untuk soalan macam ni pun boleh buat sesak kepala hotak. Tak cukup jari jemari nak bilang. Suka si A ke si B ke si C ke blaa blaa blaa blaaa S ke T ke blaaa blaaaa blaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Y ke Z?

Huh huh huh. Penat mengira...banyak sangat semut idaman kalbu. Hahahaaa. Saya bercintan dengan semut kat rumah jek! Tu yang ramai tuhh.

Okay,kembali ke mood serius.

Seriously,soalan macam ni tak perlu diajukan pada aku duhai klon ter-sayeng. Ini bukanlah sebuah cerita drama Melayu di mana aku tersepit untuk memilih cinta dua puluh tiga orang jejaka. Seorang jejaka apatah lagi..huii. Cerita saya tak pernah dilakonkan sebiji seperti dalam drama-drama love story orang Melayu kita. Kalau cerita bertepuk sebelah tangan tu ada laa. Heh,itu cerita lama + pelik lagi ganasss wa superb.

Manakan tidak,adik sendiri kepelikan bagaimana si kakak boleh berkenan dengan seorang jejaka yang tak pernah ditemuinya di depan mata. Ohoii..cerita pelik tapi benar tuh. Apapun,itu cerita lama. Perasaan pelik tu sukar nak diungkapkan....sampai sekarang masih menjadi misteri dalam diri saya. Heehh..MISTERI NUSANTARA~

Soalan seperti di atas sememangnya tidak memerlukan jawapan dari saya. Tapi ia membuatkan saya terfikir.
Terfikir betapa kotornya hati yang sedang bertempek dalam badan saya. Kalau dulu,di zaman persekolahan yang saya langsung tak mengenal mana-mana lelaki,hati ni boleh dikatakan suci,agak laa. Mana taknya,sekolah budak perempuan semuanya...of course laa terjaga. Tambah pula,saya dan adik bukan lah jenis ada kawan lelaki dari sekolah luar. So,boleh dikatakan itu satu bonus.

Tapi bila menginjak ke usia yang lebih matang, (pasca tamat persekolahan) dunia ternyata lebih luas. Dan mata saya lebih luas terbentang! eiik,betul ke ayat? Maknanya life view saya mula terbuka sikit demi sikit. Macam-macam orang saya kenal. Dan mungkin boleh dikatakan juga pada awalnya saya agak culture shock bercampur dengan lelaki. Tapi mujur,biah di sana sangat menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. So boleh laa nak kata itu positive-culture-shock. 

Tapi itulah bila dah mula mix dengan yang namanya lelaki, bekerja sekali, bergerak sekali, macam-macam perasaan timbul. Ada kalanya saya begitu menjaga..dengan certain orang. Dan ada kalanya,saya main-main...dengan certain orang. Macam-macam perasaan timbul. Diasak pula dengan gosip dan usikan kawan-kawan...haha,memang tak boleh blaaah laa depa ni.

Tak dinafikanlah, gosip dan usikan kawan kadang-kadang buatkan saya tergelak dan tersenyum sendiri. Tapi lama-lama hati rasa macam makin kotor. Lalu,for certain gossips,saya jadi anti dengannya. Lalu sesekali ada juga terfikir untuk menjauhkan diri. Malah kalau boleh nak terus lari dari dunia ini. Sama tak situasi kita Mama Bi? Cumanya ana respect dengan enti sebab berani untuk benar-benar melarikan diri. Toink3.

::tolongg amik plaster,tampal hati saya::


Dalam bab macam ni tak ada siapa yang perlu dipersalahkan melainkan hati saya sendiri. Saya tak pandai mengawal hati dan mungkin sebab itu saya masih belum berani memberikan hati ini pada siapa-siapa. besi tak jawapan aku Jibah? terimalah ia sebagai jawapan untuk soalanmu. hihi.


Kadang-kadang rasa menyesal dan geram dengan diri sendiri yang asyik muncul dalam ruangan-ruangan yang tak sepatutnya. Malah somestimes rasa lebih baik kalau diri saya langsung tak dikenali oleh mana-mana lelaki. Alangkah indahnya~ huu. Boleh bergerak bebas tanpa perlu merasa kekok dan kaku. Bolehkan impian Najihah menjadi kenyataan? ahha.


Teringat pada kata-kata Alang Husna... being invisible is just too great! 


Teringin sekali untuk merasakan ke-great-an itu. =D
Kita tengok sampai bila saya bisa bertahan.


main ym pon dah syok kot. huii huii huiii. 


n o t e ; CINTA DIA part 5 akan kembali dalam masa terdekat. sempat lagi promote dol.


DOL? i called it... dzikir out loud. to replace LOL.

Friday, November 25, 2011

:: Saya Dan Facebook ::

Hari ini hari kedua kami hidup tanpa Facebook. well,siapa kata Facebook itu satu keperluan? atau satu kewajipan? ehhehe.

Dan buat masa sekarang hanya Yahoo Messenger yang berfungsi untuk terus berhubung dengan kawan-kawan. tapi tu pun tak semua kawan mampu di-add. ohho. oh yeah,not to forget this blog. sepanjang tempoh pengasingan diri dari Facebook ni i guess i'll make use of this blog semaksima-maksimanyaa. lalalaaa~



Dan kenapa saya mengasingkan diri dari Facebook?

Entah. Hati tak tenang kot. Tak dinafikan Facebook banyak manfaatnya. Malah dari Facebook laa saya yang biasanya kurang cakna perihal isu semasa berubah menjadi seorang yang lebih terbuka mindanya. Berita hangat dan ilmu-ilmu bermanfaat memang banyak disebarkan ke laman Facebook. Malah kadang-kadang laman Facebook laah menjadi medan diskusi ilmu bersama sahabat-sahabat.

Itu satu. satu pandangan dari sudut positif.

Nak dibandingkan diri saya yang dulu dengan diri saya yang sekarang, saya rindukan diri yang dulu. cehh.
Hmm,saya mula kenal dunia Facebook ketika berada di DQ. Itu pun akaun ni adik yang buatkan. Mula-mula nak guna dulu memang macam rusa masuk kampung...hahaa. Lawak kot kalau diingat. cam budak terencat IT jer. memang pun.

Bila dah expert, macam-macam saya pandai buat. stalk wall orang. hehe. komen sana komen sini,sampai digelar kaki komen oleh adik-adik. suka hati laa..


Lagi satu hal bila dah online tu memang tak terkira lah lamanya. 4 jam berlalu pun boleh tak sedar. seakan addicted. memang addicted kot... Tambah-tambah lagi di musim cuti sem sebegini,yang hidupnya hanya terperap dalam rumah (mak tak bagi kerja) memang lagi tak boleh nak tahan dari online 24 jam. huhu. kalau boleh nak masuk terus dalam skrin laptop tuu!!


Mungkin disebabkan itulah lama kelamaan hati semakin larut. Yang hak bercampur sekali dengan yang batil. seakan sebati dan tak dapat nak dipisahkan. Lalu hati turut hilang bersama kelalaian tersebut. Hati saya lari. Dan ia perlu dipujuk.


Saya sendiri tak tahu sama ada langkah meng-deactivatekan akaun Facebook adalah langkah terbaik atau tidak. Tapi sekurangnya deactivation tersebut mendatangkan ketenangan. Dah lama ketenangan sebegini hilang,baru sekarang saya merasakannya kembali. sangat bernilai.


Apapun,deactivation tu takkan lama. i'll be back. kih3. tapi hati perlu dirawat dahulu. dan mungkin saya perlu tetapkan had baru dalam ber-facebooking sepanjang tempoh pengasingan ini. insyaAllah.

Kadang-kadang niat dan tujuan murni kita sendiri akan teruji. sebab itulah jalan tarbiah dan perjuangan bukan jalan yang senang. Orang kata,di sepanjang jalan perjuangan terdapat duri-duri yang tajam.



Saya dah terpijak duri dakwah itu dan kaki saya sudah berdarah hingga saya hampir pengsan dan koma. Tiba masa untuk berjumpa doktor!!

Moga pengasingan ini bermakna. 


:: tengah tengok drama Dakwah Muharam ::nice:: cara dakwah kontemporari::

Wednesday, November 23, 2011

Hafizah Kaset?






'Hafizah kaset'.
Pernah dengar perumpamaan ini?

Heh,sesiapa yang menjadi rakan muka buku saya pasti pernah terlihat status sebegini milik saya,

" Abang pesan jangan jadi hafizah kaset ".




Hafizah kaset. satu lagi perumpamaan yang dimasukkan dalam kamus hidup saya. ooohh.

Malam kelmarin sempat berusrah bersama abang nombor 3 selepas solat maghrib berjemaah(ceh,ada nombor siap) >nak buat macam mana ramai sangat abang< 

It is our first time gathered together adik beradik perempuan dan di'brainwash' oleh my third brother.
Sebelum ni tak pernah oasis tiba-tiba tahan kami lepas solat dan buka majlis secara rasmi.

Terkejut oden semalam. tapi ok laa,momentum yang baik sebagai permulaan untuk mentarbiah keluarga. i guess he made a good starting last night. *perasan dah tuu..*

so semalam i was asked to give a speech,tazkirah dalam usrah tersebut. but then,i refused to. sebab kesan kejutan elektrik masih tak hilang so memang tak boleh nak fikir isi sangat. tambah-tambah sememangnya saya jenis yang tak boleh nak bagi respon dalam keadaan spontan sebegitu. soft skill kurang mehh.

so oasis ambil alih.
dikupasnya perihal tafsir ayat. lebih kurang laa. i cant really focus last night. haha. tapi bukan sekitar isu pengisian usrah semalam yang saya mahu sampaikan.

".......ولما رأى المؤمنون الأحزاب"

oasis mentioned bout this verse. dia suruh saya sambung...

sengih. sengih. dan sengih lagi... sungguh aku dilupakan ayat itu.

melihatkan saya yang terkedu,dia sambung sendiri dan ditanya lagi kedudukan ayat. 

" bahagian mana,atas ke tengah ke bawah. sebelah kiri ke kanan?"

saya terus bayangkan. 
seterusnya paparan imaginasi minda saya menunjukkan ayat itu berada di bahagian bawah,sebelah kiri. 
tapi hati meragui. ooohh~

" em, bawah kot.."

"bahagian bawah sebelah kiri laaa. haishh,aku yang bukan hafiz pun boleh sambung lagii ayat tu."

anda tak terasa? saya sungguh terasa.
sesi usrah diteruskan dengan saya yang memang macam cacing kepanasan. ahhahahaa.

maka berlakulah lagi beberapa sesi tebuk menebuk dan menggerudi yang mana i failed all the gerudi gerudi test. 

Sejak kebelakangan ini juga saya sering menilai solat sendiri. saya seakan solat dengan jiwa yang kosong.Tak tahan duduk dengan prestasi solat sendiri,hati seakan memberontak.

" Ke mana hilangnya roh solat aku?"

Tapi begitulah..hati hanya mampu menyoalkan tapi diri tak tahu perlu bertindak bagaimana.
Lalu semalam,seolah-olah pemberontakan jiwa yang tidak tenang ditenangkan oleh Allah. melalui usrah semalam.

oasis menerangkan perihal solat serta bacaannya. apakah apa-apa yang dibaca sudah difahami maksudnya?sudah dihayati isi maknanya?

saya sedar. makin sedar. dahulu seringkali saya yang menjadi rujukan beberapa kawan.menjadi info centre. dahulu pernah seorang kawan bertanya,

''macam mana nak khusyuk dalam solat?''

sekadar membantu,saya berkongsi ilmu yang ada.

''nak dapat khusyuk,mesti tahu makna bacaan.hayati maksudnya.tunaikan semua rukun,especially tamakninah tu,ramai yang ambil remeh je soal tu.lagi satu,cuba hadirkan hati ketika solat.''

dan kini,saya terasa diuji dengan kata-kata sendiri.Lalu benarlah kata-kata seseorang yang berkata,ujian terbesar adalah apabila kita diuji dengan kata-kata diri sendiri. yes,i admit it.

Solat saya seakan hilang maknaya. sekadar menjadi adat bukan lagi ibadat. mungkin itulah yang membezakan antara adat dan ibadat.

Usrah semalam juga menyedarkan saya seperkara lagi. Huffaz dan da'ie perlu bersedia dengan segala kepakaran dan ilmu.

Apa yang membuatkan saya tersedar?
Solat jenazah.

sekali lagi,bila isu ini dibuka saya sekali lagi terkedu.
ok,honestly,i've been thinking bout it all this while.
tak tipu jika saya katakan yang saya selama ni teramatlaah memikirkan soal praktikal ilmu yang perlu saya miliki.

sekadar memiliki ilmu tanpa dipraktikkan bukanlah satu kebanggaan bagi saya.
bila disebut solat jenazah bukanlah solat jenazah itu sendiri yang merunsingkan saya.
tapi pengurusan jenazah. urusan memandikan jenazah.mengkafankan jenazah. dan seumpamanya.

mungkin saya dan anda punya ilmu tentang itu,tapi tak semua antara kita pernah melalui praktikalnya.
mungkin yang ada hanya ilmu teori semata. itu tak cukup.

Praktikal olok-olok pun jadilah. tapi even that praktikal olok-olok pun saya tak pernah sempat buat. aissshh~

Jadi apa kaitannya semua ini dengan 'Hafizah Kaset'?
well,pernah dengar alunan bacaan al-Quran dalam kaset? its smooth isnt it? tiada kesalahan tajwid. tiada tersekat-sekat sebab tak ingat ayat.sedap je dengar...

oasis pernah beritahu,his friend once said that,
'apa guna jadi hafiz? aku dengar orang ngaji kat kaset takdak beza pun ngan hafiz. dari jadi hafiz baik dengar orang ngaji kat kaset je.'
 >lebih kurang laa macam ni..dah lama,tak ingat sangat.<

Awal-awal dulu sewaktu dengar kata-kata sebegitu,saya masih bergelar pelajar di DQ. kata-kata sebegitu memang melemahkan semangat saya. waktu tu sememangnya saya benci mendengarkan kata-kata sinis sebegitu. Buat lemoh semangat den ajo...<<<

Dan masih segar di ingatan bagaimana saya menangis selepas itu,dan terus rasa ingin give-up. tapi adik kembar menenangkan,

" Laa,jangan la lagu ni. kalau tak dop orang ngapa quran sape nak jaga quran?"

Tapi bila pesanan 'jangan jadi hafizah kaset' muncul kembali,saya berfikir lagi. Dan kali ini saya tidak lagi membenci kalimah emas itu,tapi menghargainya. Dan saya berfikir tentangnya dari sudut positif. cehh..haha.

Menjadi hafiz mahupun hafizah yang sekadar tahu mengaji secara tartil dan betul segala tajwidnya masih tidak cukup. Setakat menjadi seperti itu langsung tiada bezanya dengan alunan bacaan qari qariah dalam kaset.

Yang membezakan hafiz mahupun hafizah al-Quran sebenar dengan apa yang ada pada kaset,mungkin adalah amalan dan penghayatannya sendiri terhadap al-Quran. 

Dan bagaimana dia mengaplikasikan segenap ilmu al-Quran dalam kehidupannya. memahami makna dan tafsirnya sekali. bukan setakat tahu baca,tahu ayat berapa dan berapa,di surah mana dan juzuk berapa.

Dan sungguh saya masih jauh dari semua itu. Iadah saya masih merangkak. Dan saya bukanlah golongan masyi,yang diberi kelebihan oleh Allah untuk mampu mengingati sebahagian besar ayat-ayatnya. Mungkin pengorbanan saya masih belum cukup.

Tapi ibarat kata ustazah Syarifah Hasanah,my beloved ustazah tasmi; : masyi itu milik Allah!

Yang penting,kita terus berusaha untuk terus menjaga kalamnya. teruskan iadah sampai mati. Itu yang penting,usaha. so gandakan usaha jihah!!!!


kontrak hidup sampai mati!

Juga jangan lupa untuk terus berusaha berakhlak dengan akhlak al-Quran.Dan terus topup ilmu,yang fardhu mahupun kifayah.  =)

Pesan oasis di akhir usrah;
" Jangan jadi hafizah kaset."

honestly,i dont get you so interpret it this way.ehhehe. betul dah ni rasanya. 

Pesan adik saya; jangan cari hafiz kaset. =.=

Terima kasih ya Allah atas teguran ini. saya perlu pecut momentum dari sekarang,hati dah terlalu asyik dengan dunia. mungkin tiba masa untuk melarikan diri dari dunia buat seketika. terfikir untuk meng-deactivatekan facebook,for a while. ('',)






Saturday, November 19, 2011

Pukau atau Bodoh?

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pernahkah anda bertanya dan berfikir di mana tahap kekuatan dan kelemahan diri anda?
Atau pernahkah anda rasa anda tersangatlaah bodoh  kurang cerdik atas kekurangan kecerdikan anda melakukan satu perkara kurang cerdik?

Atau sesekali pernahkah perasaan need to improve yourself datang menerobos ke dalam hati?
Bagi saya,saya belajar dari pengalaman. Jika saya bodoh,eh kurang cerdik,maka pengalaman menjadikan saya lebih cerdik. Jika saya kurang bertegas maka pengalaman membentuk saya untuk lebih bertegas di masa hadapan. Jika saya kurang cantik,maka pengalaman men'transform'kan diri saya menjadi lebih cantik. Ehh,boleh ke? Hahaa.

Insya-Allah.

Ada satu cerita. Cerita yang saya kira amat memalukan untuk diceritakan. Cerita yang berlaku pada seorang gadis,biarlah saya menamakannya A.

Saya nak mengaibkan dia ke? Oh tidak,tidak. Sekadar berkongsi pengajaran untuk kita-kita semua.

A,yang saya kira bolehlah dikatakan seorang yang pemalu dan penyegan tak kena tempat. sometimes laa. Kebiasaannya,orang-orang sekeliling yang kurang rapat dengannya pasti akan men'judge' dirinya sebegitu. Bagi orang yang rapat,mereka tahu dia agak kurang pemalu sebenarnya. sometimes lawak. sometimes evil. adakalanya baik,cehhh. heh,macam-macam lagi laa.

Tapi begitulah,masing-masing punya persepsi sendiri terhadap seseorang. Dan bagaimana diri kita biasanya hanya dimaklumi oleh insan-insan yang banyak menghabiskan masa dengan kita.

 But most of all,bagaimana diri kita hanya diketahui oleh Yang Mencipta,isnt it?
 Even insan-insan yang dekat dengan kita takkan tahu hal-hal tersembunyi yang kita lakukan,tapi Yang Mencipta maklum semuanya.
Theres nothing we can hide from Him.

Ok,rasanya dah melalut tempat lain ni.

Dipendekkan ceghita, si A ditakdirkan Allah untuk mengembara seorang diri dari tempat tinggalnya ke satu daerah di kota metropolitan bagi menguruskan satu hal di madrasah,tempat dia menuntut ilmu.

Seorang gadis,mengembara sendirian,tanpa teman di sisi. Takutkah dia sendirian? Diikutkan cerita, she felt no fear. Bukan apa,sebab dah biasa kot. Atau dia sebenarnya tengah mencuba untuk membiasakan diri.

Tapi,kalau diikutkan agama, memang seorang gadis yang ingin mengembara sepatutnya ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang lelaki mahram atau paling tidak,dua orang perempuan lainnya. Kan?kalau tak silap lah. Ke?

Tapi disebabkan tiada yang mampu menemani,dan hal yang perlu diuruskan pun agak urgent,maka dia tiada pilihan lain.

Dipendekkan lagi cerita, urusan di madrasah selesai. Eh,tak,separa selesai. Dan tiba masa untuk PULANG ke daerah kampung halamannnnn.

Maka,tengah hari 16 November yang lalu (baru sangat), dia berangkat keluar bersama beberapa rakannya yang juga ingin pulang. Tapi,setibanya di Stesen You,mereka masing-masing berpecah. A dan seorang rakan mengambil cab ke Valley Tengah,seorang lagi menaiki LombongRailTrain ke KLsentral,seorang lagi terus ke  ShahAlamaya.

Setibanya di Valley Tengah,A berpisah dengan rakannya yang seorang tadi. Rakannya yang hanya menetap Buluh Runcing River mengambil keputusan untuk bersiar-siar di Valley Tengah,shop the ping apa yang patut sebelum pulang.

Maka A meneruskan perjalanannya sendiri. Destinasi seterusnya adalah ke Putra perHentian. A perlu mengambil tiket dari Putra perHentian ke New Castle untuk tiba di Qaryah Telipot,daerah halamannya.

Untuk ke Putra perHentian,A terlebih dahulu perlu mengambil train KereTapiMelayu.

Lalu,di sinilah cerita bermula! *punya panjang intro. haha.*

A hanya seorang gadis.Gadis kampung yang masih belum masak dengan ragam kota. A juga seorang yang langsung tidak reti bertegas dengan orang asing. Itu kelemahannya.

Satu fenomena biasa kita lihat di laluan ke kaunter tiket stesen KereTapiMelayu Valley Tengah adalah wujudnya sekumpulan manusia yang sering mengambil peluang untuk mempromosi barang-barang mereka. sungguh serabut melihatkan fenomena sebegitu. Lebih menghairankan, fenomena sebegitu dihangatkan oleh bangsa-bangsa Cina.

A memang maklum akan fenomena sebegitu. Tapi tak pernah terjangkau di fikirannya,dia akan terperangkap buat kesekian kalinya. Mulanya,dia terus berjalan laju tanpa menghiraukan Cina tersebut. Difikirkannya sudah selamat,tapi malang memang tak berbau,kan? Seorang lelaki Cina mengejar dan menghalangnya dari terus berlalu.


" ooopp oppp nanthhhi2.. ini bukaaaannnn macam awak pikir maa. bla blaa  bla blaa blaaa..." dengan slang Melayu yang kurang fasih lelaki Cina itu terus potpet potpet.

A terkedu.

' Aduii..amende laa dia cakap,tak paham langsung.'
Dipendekkan cerita, awalnya A bersangka baik yang lelaki Cina itu hanya ingin meminta bantuannya melakukan survey harga terhadap barangan yang ada di tangannya.

" ini tanda u support balang kitolang,u sign sini je maa tanda u support kitorang punya balang. yang ni rm30,yang ni rm60 yang ni (bape entah). so,kalao u berapa harga u mau kasi?yang ini,yang ini or yang ini?"

Itu yang A paham. sebagai tanda support, bantu mereka tetapkan harga untuk barang mereka.just sign.sangkanya,semua tu langsung tak ada kena mengena dengan urusan jual beli.

Ditulisnya terus rm 30 dan sign. Tapi,tiba-tiba...

"Ok. u ada duit kecil rm30? kalau ada rm50 pun tak apaa,saya bole bagi rm20 balik."

Hahhh?! wattaa..

"emm,nak duit ke? 30?"

" Ya laa,30."

Ok,A bingung. Dan mula rasa dia dah masuk perangkap. Apa nii..tadi cakap nak survey,tanda support art diorang amende laa.,ni tiba-tiba minta duit apasal?

*konfius*

Tapi seakan dipukau,A terus mengeluarkan duit dari dompet. Entah kenapa,walau tahu dia termasuk perangkap,tapi dia sendiri tak boleh menghalang pergerakan tangannya. Dipukaukah dia atau bodohkah dia?

Satu lagi incident yang tak boleh blaaa..
Sekeping duit syiling A terjatuh sewaktu dia mula membuka dompetnya.

Lelaki Cina tersebut mengutipnya. Ingatkan nak bagi balik,tapi boleh pula dia cakap,

" Eh,duit jatuh. Jatuh dari mana yaa? dari atas kaa?" sambil mata berpura-pura melilau-lilau ke atas.

Bijak sangat Cina tuu. setahu A kat atas ada bumbung jer. ada orang menetap atas bumbung ke? Lakonan yang memang layak diberikan award!

Juga entah kenapa,A juga tak mampu berbuat apa-apa menegakkan haknya. Dibiarkannya sahaja syiling dan rm30 melayang.

"Ok tq. nah u amik ni,untuk adik u.tQ. ok sekarang u tolong kawan i pulak."


ni la barang berharga rm30. berbaloi amaaaat!



'ok, adakah ini bermaksud i paid him for this thing? ohh bodohnya aku.'

Selepas Cina tu beredar,baru A tersedar,

'Apasal aku tak buat apa-apa? ya Allah...lemahnya hambaMu.'

ohh wait..kawan? ada lagi nak perangkap A?

"hai. bla blaaa blaaa," seorang gadis Cina muncul. dia cakap apa pun memang A dah tak boleh fokus.serabut!

Dengan bahasa Melayunya yang diselit slang Cinanya,gadis Cina tadi terus pot pet pot pet. Dann..... A tak paham. telinga dah berasap. otak dah menggelegak. hati panassss!

" Maksudnya apa nii?! tak paham." A bengang. nak je cakap,'wei tolong laa cakap Melayu kasi paham sikit!'

Ambil kau,kan dah kena marah. Berani lagi nak kenakan orang.

Gadis Cina tadi seakan kaget.

"Tadi kan u tolong kawan i,kali ni u tolong i pulakk. tapi tadi u kasi dia 30,kali ni ikut sukaa la u mau kasi i berapa,10 kaa."

Tiga kali gadis Cina ulang ayat dia,baru dapat difahami.

"oh. emm,tak nak kot." dengan mimik muka sinis A menolak.

'Cukuplah sekali terkena. Permainan kedua jangan harap aku nak tertipu lagi.'

Beredar dari situ, A berfikir.

'Ujian apa kali ini ya Allah. Melayang duit tiket aku. Tapi pasal duit aku tak kisah. Aku cuma rasa bodoh sangat ya Allah. Lemahnya aku,senang sangat ditipu.'

Mengembara sendirian dan diuji sedemikian,A tak rasa dirinya kuat. A hampir menangis meratap kebodohan diri sendiri. Lalu,istighfar menghiasi bibir. Difikirkannya hikmah di sebalik ujian.

so guys,di sebalik kebodohan A yang juga kebodohan saya....ehh,saya? *haha,tak paham lagi?*

apa iktibar yang boleh diambil sebagai pengajaran?
Bagi diri saya selaku A, apa yang berlaku sememangnya atas sebab kebodohan dan kelemahan diri yang langsung tak pandai bertegas dengan orang luar. Mungkin juga, sebab diri selalu menganggap semua orang baik. huh.

Teringat pesan seorang sahabat dahulu yang mengingatkan saya supaya berani untuk berkata 'tidak',berani untuk defend diri sendiri,berani untuk melawan jika ditimpa kejadian seperti ini.

Tak sangka,saya sudah melaluinya dan saya langsung tidak berani untuk melawan mahupun menolak.

Duit yang melayang,itu saya tidak kisah. Yang saya kisah adalah perspektif Cina tersebut terhadap orang Islam. Saya bimbang sekiranya saya telah menunjukkan kelemahan seorang Muslim di hadapannya. Nauzubillah.

Apapun,ini adalah pengajaran,khususnya buat gadis di luar sana.

#1; Buat gadis kalau nak keluar rumah sebaiknya berteman. Kalau keluar beramai-ramai insyaAllah anda tidak akan diganggu.

#2; sebelum keluar,baca doa pelindung. Bila difikirkan balik,sebelum ditimpa kejadian itu saya keluar tanpa berdoa memohon perlindungan dari Allah. well,ini satu peringatan agaknya,kan?

#3; rezeki di tangan Allah. dan duit yang ada di tangan kita bukanlah milik kita. moga duit rm30 saya disalurkan ke jalan halal.insyaAllah.

#4; moga Allah memberi balasan setimpal kepada mereka-meraka ynag suka menipu. moga hidayah Allah juga dilimpahkan kepada mereka. Ameen.

A yang bodoh kini semakin masak dengan ragam dunia. Hikmah kembara! 
A mahu belajar menjadi lebih tegas. untuk Islam.

Thursday, November 3, 2011

Berdepan Cabaran Baru!

Selamat malam dan selamat pagi.
Selamat bertahajud juga kepada insan-insan yang masih diberi hidayah,kudrat dan keinsafan untuk memeriahkan suasana malam yang hening dengan aktiviti 'khalwat' terindah bersama sang Khaliq.

Hari ini juga hari yang biasa untuk saya.Masih diberikan peluang untuk hidup dan melihat alam.Heh,walaupun alam saya setakat ni hanyalah persekitaran rumah...tetap perlu disyukuri kan? :)

Cuma yang membezakan hari ini dengan hari yang lainnya adalah kerana.....

Satu berita. Berita baik untuk saya,saya kira. Tapi mungkin tak berapa baik untuk sesetengah insan...a few friends of me.

Ok,pagi tadi,hati terdetik untuk online tiba-tiba(hakikatnya memang hari-hari online),rasa macam ada something..yang akan dah terjadi.

"Tahniah Jihah,permohonan layak."
mesej dari Qilah,diselitkan sekali link berkaitan.

Jantung berdebar.Seakan boleh dirasakan denyutannya.

'Permohonan layak?' awalnya,memang susah nak percaya.
So,mahu tak mahu,diri yang cuak memberanikan diri menyemak sendiri senarai nama yang tertera pada link yang dihantar sahabat.

First cari...
'Tak jumpa pun! Mana ni..Qilah silap tengok ke?' huu..

Rupanya.. result to change programme for semester 2 2011/2012.
Haha,cuak punya pasal dowh,diri sendiri yang silap tengok,memang laa tak jumpa!

Dah sedar tu,maka menggelabah laah seorang insan kekalutan beralih ke senarai nama application untuk semester 3....

Dari atas ke bawah..mata melilau mencari nama. Tuupppp..bola mata terhenti. Tu diaa haihhh..

Accepted.

Jujurnya,tak tahu nak rasa apa. Tapi senyuman tetap terukir,dan terus meyakinkan diri,inilah jawapan terbaik!

Khabar dikongsi bersama sahabat-sahabat yang saya kira perlu tahu akan keputusannya.
Tahniah.Mabruk.Congrates.Alhamdulillah...jawapan yang diterima dari mereka.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.InsyaAllah ini yang terbaik.

Tapi,tak dinafikan saya cukup bimbang.

Yeaaahh..ini bermakna I have to start a new beginning in my study.Bergaul dengan orang baru.Dah tak ada istilah studio. Dah tak menggunakan pedang dah,tersimpan rapilah nampaknya di atas almari nanti.Juga dah tak akan ada submission task sampai dua tiga tasks seminggu. Dah tak guna water colour,marker,charcoal bla bla blaaa..

Moga saya tak akan merindui semua itu.
Tapi yang paling terkesan... saya dah tak boleh dapat roommate sebaik Fifi,Bibik dan Miera. Dah tak boleh nak bergaduh dan berperang dengan depa. Dah tak boleh buli adik-adik. Gonna miss all the moments with you guys.

Apapun,teringat pada satu petikan lagu sekolah rendah,
' The futures are not ours to see..' 
Heh,memang,masa depan bukan untuk dilihat. Tapi dicipta.

Entahlah..kurang yakin juga sebenarnya untuk terus melangkah dengan kos baru. Bertungkus-lumus dengan Bio yang membiolkan. Sungguh tidak pernah ku cinta akanmu Bio!

Tapi bila difikirkan...bukankah ini yang terbaik?
Allah terus memberikan hambaNya rezeki yang terbaik walaupun hambaNya bukanlah hamba yang maksum,malah memiliki bergunung dosa yang meninggi... Maha Pemurahnya Mu ya Allah. Kadang-kadang rasa malu untuk terus meminta. Tapi,Dia juga lah sebaik-sebaik tempat bergantung. So,berputar 360 darjah sekalipun,hanya Allah sebaik-baik tempat kembali. Walau malu,perlu terus meminta. Hakikat kehambaan..

Di sebalik semua yang dilalui sepanjang satu sem di CFS IIUM,bolehlah saya rumuskan beberpa perkara ;

Kuasa usaha,doa dan tawakkal memang mujarab.Percayalah!
Juga betapa manisnya hidup dalam pergantungan terhadap Allah dalam semua perkara.

Lagi?

Redha.
Dan bersyukur for every single things yang dikurniakan.Yang pahit,yang manis,yang masam..syukurin dong.

InsyaAllah di akhirnya jawapan terbaik yang akan diterima.InsyaAllah.


::I'm changing to Allied Health Sciences::
masih ragu-ragu permohonan lulus,moga tak tersalah tengok.huu..memang berfikiran negative.tak kesahlah.

Saturday, October 29, 2011

Syukurin dong...

uwaaaaaaaaaaaaaahh... (menguap)

Eh?
Hee..selamat pagi.

Pagi yang hening,dengan perut berkeroncong..menanti si adik pulang membawa nasi.
(p/s;orang kelantan memang breakfast makanan berat terus,tak yah nak heran laa yer).
Haha,nasib la korang dapat kakak tak reti masak. *wink wink*

Apa entry kali ni?
Nothing special yang nak ditulis,walaupun isu-isu yang melanda negara ter-chenta Malaysia ni hakikatnya berlambak-lambak..

Pagi ni hanya nak menyatakan kesyukuran..nyatakan je laa,nak buat kenduri tak ada daya kemampuan.
Bersyukurlah selagi mana iman masih mampu mensyukuri setiap nikmat kurniaanNya..

Alhamdulillah.
For what??

Untuk setiap helaan nafas yang masih diberi.
Untuk kesihatan hari ini.
Untuk rezeki hari ini.
Untuk tidur yang lena.
Untuk Malaysia yang masih aman.

Nak ditulis satu persatu memang takkan cukup satu hari ni, even satu hayat ni tak akan cukup...dok gitu?

"...dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya..." (Ibrahim;34)

Nikmat yang terlalu banyak. Rasa malu untuk terus meminta dariNya...huu.
Dengan nikmat yang banyak,ditambah dengan sedikitnya kita bersyukur,kita masih tak malu berterusan melakukan maksiat dan melanggar perintahNya. Bodohkah kita? Agaknya. Eh tak,memang bodoh. =.=''

Bila difikir,tak susah pun nak ucapkan 'Alhamdulillah'.
Satu patah perkataan je pun.
Bukan nak kena sembahkan apa-apa pun...tapi kenapa kita masih kurang bersyukur?

Sebab ego?
Atau sebab buta hati?
Atau sebab bagi kita nikmat yang diberi masih belum cukup?

(kita lebih bernasib baik dari dia)


"Weyh,kelas kau makan apa jamuan akhir tahun ni?"
"Dengar kata depa nak tempah piza 1 lori,ayam KFC 24 dozen,kek Secret Recipe 99 pieces.Lagi, nasi ayam barbeque setiap orang tambah kambing bakar sekor sorang."
"Bapak sedap! Kitorang makan nasi goreng cina je ngan air sky juice je kotttt...untung arr ko dapat ketua kelas sporting."

Sometimes..kita macam kat atas ni. Tak sedap ke nasi goreng cina? Ok what.. (",")
And some other times,kita macam di bawah..


ohhh kejayaaannn!

"Minah,result kau macam mana?"
"Alhamdulillah.Ok laa... 4 flat."
"Woaa...teror giler kau. Aku 3.99 je kot.Tak puas hati betul....ni lecture la ni...bla bla bla..nota tak bagi bla bla..."

Tak pasal-pasal orang lain yang disalahkan..huhu.
Ok,dialog kat atas hanya kiasan semata. Ada ke pointer 3.99?Haha..

Tapi kadang-kadang itulah kita.Kan?

So kalian budak-budak cfs iium...result sudah keluar.
Dah bersyukur atau belum?
Bersyukurlah walau result teruk,sederhana mahupun gempak tahap gaban.

Kalau teruk,usaha lagi. Gagal sekali tak bermakna gagal selamaaaanya kan..tu orang selalu kata.
And I say;
Berjaya sekali tak bermakna berjaya selamanyaaa..
Beware of it.

But most of all,Allah says;

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan,Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu),maka pasti azabku sangat berat.'' (Ibrahim;7)

Dan saya..alhamdulillah,bersyukur untuk keputusan yang diperoleh kelmarin. *toink toink*
Doa dimakbulkan,pointer melepasi target. (^____^)
Dan sekarang hanya berserah kepadaNya untuk keputusan seterusnya. HUU..saya masih menunggu satu keputusan penting. Announcement seterusnya lebih mencuakkan dari menunggu result exam!

Hanya mengharap yang terbaik walau diri sendiri tak tahu mana yang terbaik.
Maan najah untuk langkah seterusnya di semester-semester akan datang. Good luck!

Aim short sem >> Dean's list at least. :) ameen,insyaAllah!

uwaahhaha..mampu ke?belum coba belum tahu.
naseb baik xdak GC sem2..haha,ada chance!
:: Teringin nak ikut pi ijtima' tarbawi...abang pi tak ajak.wowoo..oasis oh oasis ::
:: nasi dah balik.jom makan! ::

Saturday, May 28, 2011

Impian dan cita,perlukah dibiarkan kosong?

Salam alaik.
Tengah malam,mesti ramai dah ketiduran.
Dan saya masih di alam nyata,memaksa mata untuk tak tertutup lagi.Mencari idea mungkin.

Hari ini menjadi saksi saya di mana saya telah berjaya menyelongkar meja belajar yang semak dengan pelbagai khazanah ilmu yang dah lama tak bersentuh di dalam bilik. Al-hasil....benda yang dicari akhirnya ditemui!!!

                              ini fail saya,penuh dengan habuk...uhuk uhuk uhuk

Fail additional mathematics and physics,not to forget modern maths.
Niat membara nak belajar balik semua benda yang saya dah pun alzheimer dengan mereka.

Baru buka buku latihan add maths,otak dah blurr. Blurr blurr blurr....
"apa ke benda la f(x) g(x) semua ni,'' mulut terkumat kamit membaca mantera-super power membebel.

                           buku menggunung tinggi,ilmu jangan secetek air dalam lopak

Boleh la jawab soalan-soalan cincai.Bila masuk yang susah punya,terpaksa cari ikhtiar tanya sahabat-sahabat dalam alam maya. Waktu ni la baru kuat terasa Facebook ada manfaatnya. Alhamdulillah...

Petang tadi pula penyakit TARADUD makin menjadi-jadi.Kesian Ummi teringin sangat nak tengok anaknya jadi doktor,paling kurang pun dentist. 'Should i just go on with AED?'
Ujian,waktu yang memang dah terlambat-expired-tak buleh nak tarik balik  ni la baru nak taradud-taradud. Masya-Allah.

Apa keputusannya nanti,tak lah saya ketahui.Diri sendiri pun dah tak tau nak ikut yang mana sekarang,Tapi nak tak nak terpaksa juga teruskan dengan AED dulu.Either im going to change course or not,tu kena lah tunggu dalam masa satu sem agaknya.

Kata Ummi,course macam AED ni gayanya susah nak dapat kerja pada masa depan nanti. Tergugat hati,biaq betoi...Siapa yang tak risau kemungkinan menganggur di masa depan?Sebab citaku bukanlah menjadi suri rumah sepenuh masa so it wont be weird to see me worrying 'bout it..huhu.

Tapi entah dari mana kekuatan wujud dari hati yang mengatakan,''Rileks.jangan risau sangat.Andai niat belajar tu tulus dan suci kerana Allah pasti akan ada rezekinya.''

Hmm,rezeki Allah tak siapa dapat duga. Diberikannya pada siapa saja yang Dia kehendaki.

Teringat pula pada tekad dan azam yang sedia dipasang dulu.Kata hati,saya kena juga ambil risiko dengan course ni sebab dah terang lagi bersuluh yang course ni tak ramai huffaz yang ambil.Ternyata,tak ramai tenaga huffaz dalam bidang ni.Kata hati lagi,saya kena jadi pemangkin kepada perubahan dalam bidang ni,in the future..insyaAllah. Itu kata hati dahulu.

Itu azam dan tekad saya dahulu. Would i dare to challenge myself??

Impian dan cita,walau apa pun kita di masa depan..sama ada doktor,jurutera,ahli farmasi,pakar ekonomi,pensyarah,arkitek,ahli fizik,pembantu perubatan dan yang sewaktu dengannya. Ciptalah kelainan melalui kerjaya tu,jadikan ia sebagai medium untuk terjemahkan isi al-Quran kepada mad'u sekeliling..itu pesan murabbi.

Teringat pada pesan yang pernah disampaikan oleh seseorang-yang saya lupa dari siapa sebenarnya,katanya kalau dah jadi doktor,jadilah doktor pakar,jurutera biarlah jurutera yang memang dah layak digelar profesor,kalau jadi ahli farmasi biarlah ahli farmasi yang bukan biasa-biasa tapi yang memang EXPERT.

Nak katanya,impian dan cita kita bukanlah setakat nak jadi seorang doktor,nak jadi seorang engineer,seorang  pharmacist mahupun seorang arkitek.
Impian dan cita kita,perlu ditambah perkataan 'pakar' di akhirnya.

Moga dengan itu seorang lagi Ibn Sina,al-Khawarizmi,Ibn Hayyan,al-Kindi,al-Farabi,al-Razi dan yang selebihnya dapat dilahirkan semula.Walau bukan muka seiras mereka tapi sekurangnya ilmu seakan mereka.

[Ya Allah,jika ini pilihanku maka tunjukilah aku apakah ini yang terbaik?? =)]  >> iklan.

Moga jalan yang kita pilih adalah jalan yang terbaik untuk diri,keluarga juga ummat manusia yang lainnya.

Ayuh kita tajdid niat,belajar kerana Allah,belajar untuk mengubah minda masyarakat,belajar untuk menyumbang di jalan Islam.

Ikhlaskan niat kami ya Allah untuk terus melangkah ke CFS IIUM PJ and NILAI,not to forget ke EGYPT,IRELAND and JORDAN perhaps.

Insan yang ke'taradudan'...