Showing posts with label perjuangan. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013
Mari Mengenal Marhalah Tarbiyah
Terjumpa satu benda tadi, nak tahu apa dia? Tunggu dan baca sampai habis. Sebelum itu, diingatkan pada sesiapa yang anti-tarbiah atau telinga kuali dengan jenama cap syarikat tarbiah, sila bertukar ke behlogs lain. Sekian.
Ya, ini perihal tarbiah. Anda pernah berjalan di Jalan Tarbiah? Atau membelok ke Lorong Tarbiah ?
Alhamdulillah. Saya yakin pernah. Rata-rata antara kita pernah mengenali susuk tarbiah. Sudah lama berkecimpung dengan dunia usrah, daurah, mukhayyam. Erk. Apa lagi?
Tapi tahukan anda, tarbiah juga ada marhalahnya? Jeng jeng jammed..
Sebelum tu nak tanya, apa rukun usrah? Ha, belek buku balik.
Okay, berbalik kepada Tarbiyah. Tahukah anda Tarbiyah juga ada marhalah-marhalahnya tersendiri? Punyalah selama ni bercakap pumpang pumpang pasal tarbiah, tapi asas tarbiyah pun kita tak tahu, kan? Terkena batang hidung mancung aku oitt.
Marhalah Pertama - Taarif
Ini marhalah pertama, iaitu pengenalan. Dalam marhalah ini, kita akan melalui satu proses taaruf, ice breaking, kenal-kenal , manja-manja dengan Tarbiyah. Kenal apa itu usrah. Kenal apa itu daurah, katibah. Pendek kata, ini proses pertama dan core untuk ke peringkat seterusnya. Tanpa taarif, kita tak akan kenal apa itu Tarbiyah. Jauh sekali usrah dan segala apa yang menyelingkupi skop dan aspek tarbiyah.
Marhalah Kedua - Takwin
Peringkat pembinaan. Sinonimnya lagi, pembentukan. Setelah melalui satu proses pengenalan, anak-anak didik tarbiyah akan mula dibentuk. Dibentuk untuk apa? Pikir, pikir, pikir. Satu dua tiga, saya jawab. Untuk melahirkan para amilin. Iaitu mereka yang bekerja untuk Islam.
Contohnya dalam proses usrah. Usrah tujuannya bukan sekadar untuk melahirkan individu yang berfikir 24/7 Bukan, bahkan lebih sekadar itu. Usrah di akhirnya adalah untuk melahirkan para amilin, jiwa-jiwa yang sanggup bangkit untuk meneruskan perjuangan Islam.
Dalam proses takwin inilah, para amilin akan dikumpulkan dan disatukan melalui sistem-sistemnya yang tersendiri.
Marhalah Ketiga - Tanfiz
Makna kata, pelaksanaan. Sesudah melahirkan para amilin, maka nescaya mereka-mereka ini akan dihantar untuk bergerak di medan masing-masing dengan membawa matlamat dan tujuan yang sama. Segala didikan dan ilmu yang didapati hasil perjalanan tarbiyah akan dipraktikkan di marhalah ini. Mostly.
Namun, teringat pada kata-kata akak naqibah. Kata beliau, kebiasaannya di peringkat inilah para du'at dan para amilin akan berhadapan dengan masalah. Masalah yang lebih besar, iaitu futur di tengah jalan. Di peringkat ini jugalah, ramai yang akan berpaling arah dan berpaling tadah. Nau'zubillah min dzalik.
Kita sekarang, di marhalah mana?
Mungkin masih ada yang bertatih di marhalah Taarif. Teruskan, kerana jalan yang anda pilih takkan pernah salah.
Mungkin ratanya juga sudah menginjak ke marhalah Takwin. Siap untuk bergelar seorang jundi, da'ie dan ustaz ustazah. Erk.
Sesetengahnya ada yang sudah mencapai tahap Tanfiz. Bersiap sedia melaksanakan apa yang diarah.
Saya?
Masih di gerabak Takwin. InsyaAllah. Marhalah ini suatu proses yang panjang. Dan moga kita-kita akan terus tsabat melaluinya. Ameen.
Saturday, January 12, 2013
12.1.2013
Hari ni hari mengukir sejarah.
KL112 atau juga HKR112.
Namun jasad tak mampu ke sana. Dan agak jeles sebenarnya membaca status mereka-mereka yang berpeluang menghadirkan diri. Dah melepasi tengah hari, agaknya perhimpunan mungkin sudah sampai ke kemuncaknya.
Kalau ada yang bertanya,
Kenapa nak sibuk-sibuk join perhimpunan macam ni? Tak ada kerja ke?
"Sebab takde kerja la aku cari kerja mcam ni. Daripada duk ternak lemak kat rumah."
Apa motif perhimpunan macam ni dibuat? Tak ada motif.
"Supaya satu hari nanti orang macam kau sedar selama ni kau tertipu. And supaya orang-orang macam kau melutut berterima kasih kat aku satu masa nanti sebab sanggup perjuangkan benda alah takda motif macam ni untuk masa depan kau."
Tak jadi apa pun heh. Takde maknanya.
" Lagi tak jadi apa kalau tak buat apa-apa."
Menghuru-harakan negara adalah. Lagi sesak jalan raya.
"Negara huru hara dengan pelbagai masalah sosial takde pulak kau nak bising-bising. Jalan sesak masa malam tahun baru dengan budak-budak buat maksiat tak ada pulak kau nak complain."
Beruntunglah mereka yang menjadi sebahagian daripada sejarah. Usaha ini mungkin dilihat sedikit dan kecil di mata mereka, tapi percayalah perjuangan ini akan ada hasilnya. Untuk membuatkan mereka kecut perut. :)
Melihat bilangan yang hadir di sana pun sudah cukup rasanya membuat mereka hilang arah. PRU 13, kami nantikan!
Ini kebangkitan! Bangkit dari kezaliman mereka yang berkuasa.
Moga semuanya berjalan lancar. Oh teringat memori BERSIH 3.0 :)
BERSIH 3.0 dahulu saya sebahagian sejarah :)
Memori pahit dan manis yang akan diingati, dan menjadi satu bahan cerita kebanggaan untuk bedtime story anak-anak satu masa nanti. Hehheh.
"Himpunan kita santai. Berjalan perlahan seperti di tepi laut. Berjalan perlahan seperti pengantin baru."
Ameen. Moga tidak ada lagi provokasi dari pihak polis, mahupun gas pemedih mata. Pedih tu woo, mata ini dah merasainya. :))
Jasad di sini, tapi hati di sana.
sekian,
mahasiswa cakna. :p

......................

Monday, January 7, 2013
Soal Jemaah
Bersedia.
Entry kali ini, agak berat.
Perkenalan
Dahulu, pernah diperkenalkan pada beberapa badan dakwah (baca:jemaah). Semenjak tu baru minda agak terbuka pada hal-hal sebegitu. Perihal dakwah, perihal keanggotaan. Perihal tarik menarik. :)
Jujur saya pernah ditarik untuk masuk ke dalam sebuah badan jemaah. not to mention which one. Tapi saya membangkang, menolak mentah-mentah atas alasan akademik yang teramat kucar waktu itu. Tak tipu, memang akademik jatuh teruk at that time. Mereka tak putus asa dan masih cuba mengajak, sampai abang yang kejauhan dimaklumkan akan perihal penolakan saya. Dia cuba berhujah dengan saya yang masih belum faham apa-apa. Saya tahu dia kecewa, amat. Tapi saya tetap dengan keputusan sendiri, masih dengan alasan akademik.
Akhirnya abang mengalah, dan mereka juga terpaksa melepaskan dengan rela. ceh, gaya macam orang laku la pulak kan.
Pencarian
Satu ketika di saat itu saya punya persepsi yang agak negatif terhadap benda ala-ala jemaah ni. Dan amat banyak yang saya persoalkan. Hingga satu saat saya dapat tahu yang adik saya juga mula melibatkan diri dengan sebuah jemaah. Agak terkejut walau sudah dijangka. Bersungguh-sungguh dia cuba memberikan kefahaman kepada saya.
Dulu saya anti jemaah sebab melihatkan sikap pembawanya. Suka sangat mengagungkan jemaah sendiri sampai tahap memperlekehkan jemaah lain.
Akhirnya saya menabur janji pada adik, saya mahu kaji sendiri. Mana jemaah yang betul, mana jemaah yang paling sesuai dengan diri sendiri. Saya tak mahu menganggotai jemaah atas dasar ikutan.
Satu hari, ada seorang sahabat datang menziarah. Dia mengajak saya menganggotai jemaah yang dia ikut. Saya jadi buntu. Nak ikut jemaah adik atau jemaah sahabat?
Akhirnya saya memberi kata putus,
"Untuk ikut jemaah awak dulu mungkin tak. Saya mahu kaji dulu. Kalau sekadar untuk merasa dan melihat untuk menilai, saya boleh ikut."
Akhirnya dia bersetuju. Mengangguk faham dengan kehendak saya. And then, saya mengikutnya menghadiri usrah. Ada naqibah dari luar, dan ramai rakan yang saya kenal. Dalam usrah tu kami belajar masalah fekah. Berbincang itu ini. Mula rasa sedikit terisi selepas sekian waktu tak mengikuti usrah. Dan kagum memikirkan kesanggupan akak naqibah yang sanggup berulang alik menyampaikan ilmu pada adik-adik.
Cerita saya ikut usrah sahabat saya ceritakan pada adik. Memaklumkan yang saya memang sedang membuat penilaian. Jadi untuk adil saya turut berusrah dengan adik. Adik sendiri menjadi naqibah.
Dua pengisian yang berbeza pada dua usrah yang berbeza. Tapi keduanya nescaya punya kelebihan tersendiri.
Pilihan
Akhirnya saya membulatkan tekad untuk memilih jemaah yang dirasakan paling cocok dengan diri. Cerita bagaimana saya end-up dengan pilihan sendiri masih panjang dan ada cerita luka dan sukanya sendiri. Tapi maaf, agak peribadi.
Hingga kini , saya masih belajar. walau kadang-kadang rasa goyah. Benar,syaitan tak kan pernah senang melihat kita berada pada jalan kebenaran. Ada kala saya rasa mahu berhenti. Bermacam-macam mehnah, dan sudah entah berapa kali air mata gugur disebabkan jalan yang telah dipilih.
Penat. Lelah. Tak cukup untuk digambarkan. Pelajaran menjadi taruhan. Kesenangan diri jadi korban. Namun itulah adat berjuang.
Kami belajar untuk tidak memandang rendah pada jemaah yang lain. Kerana hakikatnya jemaah hanyalah sebuah wasilah. Mana-mana jemaah, tujuannya hanya satu - untuk melihat Islam kembali tertegak. Yang berbeza hanyalah manhaj atau pelaksanaannya. Dan fokus yang juga mungkin berbeza.
Jadi mengapa harus berbalah dan saling menuding jari?
Hakikatnya kita sedang berjuang untuk benda yang sama.
Cuma mungkin, sindrom kecenderungan terhadap jemaah sendiri tu susah nak dibuang. saya mengalaminya.
Saya punya sebab sendiri dalam membuat pemilihan dalam memilih jemaah ini melebihi jemaah-jemaah lain. Walaupun mungkin pada awal pemilihan saya masih kabur dengan makna perjuangan. Dan setelah melaluinya hampir berbulan lamanya, saya mula sedar. Melibatkan diri dalam sebuah gerakan, memerlukan pengorbanan yang tak sedikit.
Dan saya percaya itulah yang sedang dialami oleh semua penggerak semua jenis jemaah. Tak kisah jemaah jenama apa sekalipun. Beban yang dirasakan sama. Cabaran yang ditempuh juga mungkin sama walau berbeza level kepayahan. Heh.
walau mungkin rebah berkali..
Aku hanya ingin untuk terus bersama...
memegang panji perjuangan...
walau mungkin akhirnya kita kecundang sebelum menang...
Aku tak ingin futur dari jalan ini.
Tak ingin .
Tak kan pernah ingin.
Maka kuatkanlah aku ya Allah.
oh yaa, i still cant avoid that inferiority complex syndrome. merasa lemah tatkala dihimpit dengan mereka-mereka yang hebat. :'(

"Thabatkan kami ya Allah. Untuk terus kuat dan tidak mengalah. Dan berikan kami kefahaman akan hakikat perjuangan."Aku hanya ingin untuk terus kuat...
walau mungkin rebah berkali..
Aku hanya ingin untuk terus bersama...
memegang panji perjuangan...
walau mungkin akhirnya kita kecundang sebelum menang...
Aku tak ingin futur dari jalan ini.
Tak ingin .
Tak kan pernah ingin.
Maka kuatkanlah aku ya Allah.
oh yaa, i still cant avoid that inferiority complex syndrome. merasa lemah tatkala dihimpit dengan mereka-mereka yang hebat. :'(
Saturday, December 22, 2012
Tiada kerehatan melainkan kematian
Jumaat semalam, dari lepas Zohor hingga masuk waktu Isyak kami keluar.
Keluar ke KL Sentral mencari tiket balik kampung.
Semester dah nak tamat kan, so adatlah budak-budak sibuk duk pikir pasal balik kampung. :)
Kemudiannya ke Mid Valley mencari barang dan window shopping. sempat jugak merasa makanan korea di Dubu-Dubu tapi erkk lidah Melayu ni memang tak fit dengan santapan Korean.

Dan seperti kebiasaan, bila berjalan terlalu lama kepala pasti berdenyut. Sedikit sakit menujah kepala yang sudah menjadi kebiasaan pabila penat. Time tu rasa nak baring jer tak nak bangun-bangun. -,-
Bila sampai ke bilik, terus solat Isyak bila mengingatkan ada janji pulak dengan kawan sekitar waktu itu. Dan usai solat kembali bersiap. Melihat saya kembali bersiap si adik bertanya,
" Nak ke mana pulak ni kak?"
Saya sengih. Rasanya tak perlu dijawab memandangkan mereka sudah punya jawapan.
" Meeting lagi la tuh," si adik menelah. saya hanya gelak buat-buat tanpa memberikan jawapan.
" Akak...," leretnya panjang. Saya masih buat tak endah sambil tangan laju mencapai sarung kaki.
" Bawak-bawak rehat la kak ," ada nada risau dalam pujuknya. Mungkin sebab tadinya saya menyuarakan rasa sakit di kepala.
" Akak, sudah-sudah la tu," seorang lagi yang dari tadi diam turut menyampuk. Okay, ini dua lawan satu.
"Apanya, tak apalah. Hidup kita kena berbudi," saya jawab berbasa basi.
"Berbudi pun kalau tak ada masa untuk diri tak jadi juga," dan lagi mereka menegah.
"Tapi hidup kita bukan untuk kita jer. Hidup kita juga untuk orang lain," saya tak mahu mengalah.
"Ya lah, tadi pun akak keluar, bukan untuk akak. Akak keluar tadi untuk kitorang juga,kan?" saya terdiam. Budak-budak ni, risaunya mengalahkan para emak-emak.
" Akak, jangan lawan fitrah," katanya lagi.
Okay , ini mesti kes belajar Basic Themes of al-Quran. Masya Allah!
"Apa yang lawan fitrah?"
"Tak rehat tuh lawan fitrah lah tu."
Saya berfikir. Selama ni rehat saya sudah lebih dari cukup. Tak pernah tidak tidur, tak pernah tak makan walau sehari.
"Cuba tengok nabi dulu. Nabi hidup bukan untuk dirinya je, untuk orang lain juga," saya kembali berhujah.
"Ya, tapi ada tak nabi tak rehat? Tak ada,kan?"
"Nabi rehat, tapi rehatnya waktu tidurnya je," saya membalas.
Keduanya terdiam.
"Hmm, dah tak boleh nak bangkang dah," salah satunya mengalah dan saya hanya tersenyum kelat.
"Ikut akak lah, hidup akak," ayat penutup dari mereka.
Mereka risau, itu saya faham. Mereka mengambil berat, itu juga saya mengerti.
Berkejaran dengan silabus dua subjek di pasca shortsem yang begitu singkat banyak meragut masa. Dengan kelas sampai ke malam pada kebanyakan hari, kuiz, tutorial dan projek core subjek serta presentation kadang-kadang membuatkan saya rasa ingin berhenti. Berhenti untuk terus thabat. Sudah terlalu banyak komitmen lain yang diabaikan hingga rasa bersalah benar-benar menghantui diri. Maka disebabkan itu , malam tadi saya tak mampu menolak untuk tidak menghadirkan diri.
Allah mengurniakan insan-insan yang tersangat baik di sekeliling saya.
Apa yang mereka tampak pada zahirnya, itu hanya secebis. Saya ke hulu ke hilir sudah nampak seakan saya adalah 'orang busy' pada pandangan mereka. Namun hakikatnya di sekeliling saya masih terlalu ramai insan yang super duper busy dari saya. Dan mungkin kerana itu saya tak mampu untuk menepis dan menolak dari terlibat dengan kesibukan yang sedikit ini. Andai saya tolak dan saya tepis, seganlah saya nanti dengan mereka-mereka yang jauh-jauh lebih sibuk.
Saya akui, tak semua benda yang kita lakukan mampu untuk buatkan orang faham. Dan mungkin sudah banyak kali diri melukai orang-orang di sekeliling. Tapi inilah jalan yang telah dipilih.
Dan jalan ini dipilih agar nantinya di mahsyar kelak ia mampu menjadi bukti yang aku pernah lakukan sesuatu untuk Islam.
Makanya benarlah, tiada kerehatan yang hakiki melainkan kematian. Biarlah kami penat dengan gerak kerja Islam. Biarlah kami lemas di dalamnya.
Biarkan kami untuk terus merasa lemah dan kuat dengannya. Biarkan kami untuk merasa semua pahit manis tarbiyah di dalamnya.
Kerana ini jalan yang telah kami pilih. Untuk tidak merasa rehat yang panjang di dunia.
Aku tak tahu sampai bila aku mampu untuk bertahan. Thabatkan kami, ya Allah~
Sunday, December 9, 2012
Kalau hidup sekadar itu
Kata Buya Hamka :
Sounds irritating? Dan tak beradap?
Tapi penuh makna.
Kalau dulu saya sering tertanya,
'Hidup, sekadar inikah?'
Ketika umur melangkau ke alam remaja ada kejadian pelik yang sering menganggu saya. Pelik tak pelik saya pun tak pasti sebenarnya. Mungkin ada yang pernah mengalaminya seperti saya. Bagaimana nak terjemahkan apa yang dirasa saya pun tak reti. Puii.
Tapi yang masih diingat, ada kalanya ketika saya melihat ke dalam anak mata sendiri di hadapan cermin seakan ada satu sinaran cahaya yang masuk tepat ke dalam mata membuatkan mata berpinar. And then saya mula bertanya pada diri, siapa aku? Dari mana aku datang?
Seakan hilang ingatan untuk seketika. Dalam masa itu juga ingatan pada maut datang menerjah. Setiap kali ianya terjadi badan saya akan ketar. Kecut. Takut. Namun bila dah sering sangat berlaku semua dah jadi biasa. Alah bisa tegal biasa, an?
Kejadian itu pantas. Hanya untuk beberapa saat dan kemudiannya minda saya akan kembali normal. Sounds insane huh? =.=
Tapi pada saya semua tu ada pengajarannya. Sebab setiap kali itu berlaku saya akan sedar yang hidup ni tak lama dan satu hari jasad yang saya miliki akan kembali pada tanah dan roh dalam badan ni juga akan berpindah ke alam lain. :)
He gives mu such a great lesson. Betapa saya merindui kejadian itu. Untuk terus mengingatkan saya yang jangka hayat ini semakin pendek.
"Kalau hidup sekadar belajar, monyet di hutan pun belajar."
Memerhati keadaan sekekeliling macam-macam yang boleh kita belajar. Di kampus sendiri bisa menemukan kita pada kelompok pelajar yang berbeza. Ada yang sangat-sangat tekun belajar mengejar pointer. Agar bisa menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Dan bila mereka mendapat keputusan yang dahsyat punya cemerlang...jujurnya saya tak cemburu. :)
Dan ada juga yang tersangat gigih bekerja untuk society, mahu melihat biah solehah terus terjaga di bumi jihad ilmu. Masa belajar mereka sering diragut. Bila hari menginjak ke tengah malam baru helaian-helaian buku mampu disentuh dan dibelai penuh manja.
Namun di masa keputusan diumumkan, pergh! Meletop beb resultnya!
Dan kali ini jujurnya saya cemburu tahap bini keempat! erk.
Ada bezanya antara dua golongan ini.
Golongan pertama ; hidup sekadar belajar.
Golongan kedua ; hidup untuk belajar dan memanfaatkan.
Menuntut ilmu itu suatu jihad. Tak dinafikan. Tapi andai jihad ilmu itu terlalu diutamakan hingga mengabaikan kewajipan lain terhadap ummat, atau hingga langsung tak menghiraukan masalah ummat itu sudah lebih kurang sama seperti anak monyet di hutan yang belajar untuk memanjat pokok dan memetik buah!
Oh sila terima, ini peribahasa baru.
Kalau bukan kita yang memenuhi tuntutan ayat di atas, takkan nak harapkan monyet di hutan yang sedang asyik mengunyah pisang?
Dan ingatlah bahawasanya sejak dahulu lagi ketika mana kita masih belum dilahirkan ke bumi, roh kita telah siap berjanji pada Allah untuk memikul amanah ini, memakmurkan bumi dengan kuasa khalifah yang dikurniakanNya. Ikat setia yang menyaksikan kita telah mengaku Allah sebagai Tuhan yang wajib disembah. Dan lahirnya kita selepas itu adalah dengan memikul beban amanah ini.
Sungguh, hidup kita bukan sekadar untuk belajar---dapat dean list--- kerja bergaji lima angka--memandu Audi TT---berkahwin dengan jejaka ensem idaman ramai---beranak tiga---tunaikan Haji---bersara goyang kaki di rumah sambil membaca Utusan Meloya--- dan mengumpul kedut di muka sambil menunggu Izrail datang menjemput.
Bukan!
Terlalu banyak kewajipan yang menuntut curahan tenaga kita. Terlalu ramai manusia yang memerlukan pertolongan kita.
Makanya, hidup jangan sekadar hidup.
Tapi hiduplah untuk kehidupan yang satu lagi.
Kita mati sekali, tapi hidup dua kali tau. Maka berusahalah agar kematian pertama dan terakhir kita itu tidak datang menjemput tatkala kita masih dalam kealpaan dan kelalaian. :)
Alhamdulillah atas 'peringatan kecil' yang diberikanNya dahulu.
" Kalau hidup sekadar hidup,Babi di hutan juga hidup. "

....................................

...........................................
" Hendaklah ada di kalangan kamu golongan yang menyeru pada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya."(Ali-Imran : 104)
Kalau bukan kita yang memenuhi tuntutan ayat di atas, takkan nak harapkan monyet di hutan yang sedang asyik mengunyah pisang?
" Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat pada langit, bumi dan gunung-ganang maka smuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh. "(Al-Ahzab : 72)
Dan ingatlah bahawasanya sejak dahulu lagi ketika mana kita masih belum dilahirkan ke bumi, roh kita telah siap berjanji pada Allah untuk memikul amanah ini, memakmurkan bumi dengan kuasa khalifah yang dikurniakanNya. Ikat setia yang menyaksikan kita telah mengaku Allah sebagai Tuhan yang wajib disembah. Dan lahirnya kita selepas itu adalah dengan memikul beban amanah ini.
Sungguh, hidup kita bukan sekadar untuk belajar---dapat dean list--- kerja bergaji lima angka--memandu Audi TT---berkahwin dengan jejaka ensem idaman ramai---beranak tiga---tunaikan Haji---bersara goyang kaki di rumah sambil membaca Utusan Meloya--- dan mengumpul kedut di muka sambil menunggu Izrail datang menjemput.
Bukan!
Terlalu banyak kewajipan yang menuntut curahan tenaga kita. Terlalu ramai manusia yang memerlukan pertolongan kita.
Makanya, hidup jangan sekadar hidup.
Tapi hiduplah untuk kehidupan yang satu lagi.
Kita mati sekali, tapi hidup dua kali tau. Maka berusahalah agar kematian pertama dan terakhir kita itu tidak datang menjemput tatkala kita masih dalam kealpaan dan kelalaian. :)
Alhamdulillah atas 'peringatan kecil' yang diberikanNya dahulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)