Wednesday, June 8, 2011

Saya Keturunan Kemala!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus menulis dan menghirup udara segar.
Tarik nafas...hembus!
Tarik nafas...tahan!
(Modul x-ray)

Hari ini hari outing.Hari macam Pak Pandir,kata ummi.Hari silaturahim.Hari mengimbau kenangan.
Pergi hospital boleh tak bawa offer letter.tak pasal-pasal pangkat Pak Pandir ku terima. =)

Dan hari ni hari bersilaturahim.Bersilaturahim di kampung.Akhirnya sekali lagi,kaki ini menjejak kampung.Dari Kota Bharu ke Pengkalan Chepa.Lalu di sana ku temui sesuatu.

Abul Laits As-Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Ayyub r.a. berkata:
 "Seorang Badwi  memandang Nabi Muhammad s.a.w. dan memegang kendali untanya lalu berkata: "Ya Rasulullah, beritahukan kepadaku apakah yang dapat mendekatkan aku kesyurga dan menjauhkan diriku dari api neraka?" Jawab Baginda s.a.w.: "menyembah Allah s.w.t. dan tidak mempersekutukan-Nya dengan suatu apa pun dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menghubungi kerabat."


Di dalam hadis yang sahih, Nabi saw bersabda (maksudnya):
Al-Rahim (ikatan kasih sayang) tergantung di Arasy Allah sambil berkata: Barang siapa yang menghubungkan aku, nescaya Allah akan menghubunginya (yakni, merahmatinya) dan barang siapa yang memutuskan aku, nescaya Allah akan memutuskannya (daripada rahmat-Nya).”


Niat berkunjung untuk memenuhi jemputan keluarga bapa saudara sempena majlis aqiqah cucunya.Saya hanya menjadi mek turut,demi perot ku sanggupi.

Satu kelebihan dapat bertemu dan mengenali orang-orang asing yang sebenarnya tak asing.Langsung tak asing.
Mula-mula sampai di sana,nampak tak ramai orang.Ada la beberapa orang tetamu lainnya. Jiran-jiran kot,anggapan pertama.

Selesai menyantap semua yang ada di depan mata,kami mempersilakan diri kami masuk ke dalam rumah.Sesi beramah mesra.
Wow! Agak ramai orang di dalamnya,nasib baik semuanya sejantina,tak ada la kekok sangat.

Anggapan pertama,ingatkan semuanya jiran-jiran sekitar situ yang datang bertandang.Ummi berbual mesra.Saya hanya mendengar.Curi dengar.
Dengar punya dengar,then I knew,ermmm,those aunts are my kaum-kerabat!!

Laaa,ye ker...memang kalau ditakdirkan bertemu di mana-mana tempat di dunia ni,sungguh saya tak akan tahu mereka ada pertalian dengan saya,sehinggalah hari ini.

Beberapa saatnya Ummi berborak mesra dengan mereka.Dapatlah saya tangkap beberapa cerita ;
  • Dahulu kala ummi pernah satu kelas dengan salah seorang mak cik tadi.Rakan sekelas rupanya.
Times up!! My aunts,they all need to go.
Salam-salam sebelum pergi,itu adat.Adat yang insyaAllah menjadi ibadat.

Melihat mereka berlalu,saya terfikir,
" Tak ada ke sesiapa yang nak anjurkan Hari Keluarga?Kan bagus kalau buat macam tu,dapat la kenal mana-mana yang tak kenal sebelum ni."

Sudah lama sebenarnya saya mengimpikan hari sebegitu dianjurkan.Nak anjurkan sendiri,siapalah aku.Sedar diri sangat.Nak minta famili sendiri anjurkan,bajet pula yang menjadi persoalan,nak cekup duit kat mana? Rompak bank?!

Maka 5 berlalu pergi,2 naik.

Jiran lagi ke?  Ke kenalan tuan rumah?

Borak-borak.
Jeling-jeling manja.
Senyum-senyum mesra.

Ehhh...mak cik tu kenal ummi laa.Ermm,ni mesti kaum-kerabat juga ni.
Ternyata,bukan jiran,bukan juga kenalan.Namanya Mak Nah,kot.Heh,sebab tu yang saya dengar.

Lepas tu baru tersedar,semua hadirin yang datang semuanya kaum kerabat sendiri. Ohh!!

Rancak mereka berbual.Tanya itu,tanya ini.Jawab itu,jawab ini.
Sehinggalah anak perempuan Mak Nah yang agaknya sebaya saya keluar dan kembali semula dengan beg biru.Dihulurkan kepada maknya.

Dikeluarkannya timbunan kertas-kertas. Cikgu juga ke?

Sambil Mak Nah tergelak,"Gaya lebih dari orang kerja."

"Kerja ke?" tanya ummi.

"Eh,tak kerja pun."

So,what's up with the papers,aunty? =)

Lalu,hajatnya disampaikan.Katanya adik-beradiknya berhajat nak buat Hari Keluarga.Kumpulkan semua sanak saudara.

Saya terlopong.Bunyi dah macam menarik ni.Telinga dipasang,mata dialih kepada dua fokus utama di sebelah.Badan dirapatkan ke badan ummi.

Pucuk dicita,ulam mendatang.
Hari Keluarga.Dirancang untuk dianjurkan pada Hari Raya Aidilfitri ke-3 tahun ini.Venue; di SK Parang Puting.

Mak Nah hulurkan kertas,minta dilakar salasilah keluarga setiap adik beradik Ummi.Keluarga Ayah Cik,keluarga Ayah Su,keluarga ummi sendiri dan keluarga Ayah Man.

Disebabkan ummi tertinggal cermin matanya,maka anak perempuannya dirasmikan menjadi jurutulis.
My pleasure mom!! =)
Hoo..kegemaranku ni menulis salasilah sebuah keluarga.
Siap tulis untuk 3 buah keluarga,sayangnya tak sempat lakar untuk Ayah Man punya.

Selesai sudah sesi menulis dan melakar,Mak Nah meminta diri.

Then,I pura-pura tanya.

"Nak buat apa sebenarnya ummi?" lagat pelakon berwajah dramatik.

"Nak buat hari keluarga.....bla bla bla," kata ummi panjang lebar.

"Ooo..tapi,keturunan sape?" thats the point.

Dek kerana curious dan tak dapat nak agak keturunan siapa yang akan dikumpulkan,maka soalan itu saya ajukan.Cuba diteka,agaknya keturunan atok Yaacob kot.Tapi bila difikirkan balik,anak beranak atok tak ada la besar dan luas sekali sampai macam tu.

"Tahu lahh,keturunan Tok Chik?Ayah Chik?" jawab ummi teragak-agak.Kurang pasti nama sebenar beliau yang dimaksudkan.Ummi pandang Mak Ngah yang sejak tadi hanya memerhati dan mendengar.

"Tu,keturunan Kemala dan Tok Chik," jawapan Mak Ngah.

Saya keturunan Kemala!!

Tok Chik berkahwin dengan Kemala,lalu lahirlah keturunannya yang tak putus-putus berterusan meneruskan kesinambungan zuriat masing-masing.

Kemala...seakan pernah ku dengar nama itu.Orang Indiakah?

"Apa,Kemala?" saya meminta kepastian.
Mak Ngah dan ummi mengiyakan.KEMALA.

Balik-balik,Google diterjah.Mana pernah ku dengar nama Kemala?

bukan Dato' Kemala ini yang aku maksudkan.

Oppss,bukanlah saya keturunan Kemala karyawan negara itu.

Kemala ku,hanya seorang wanita yang tak pernah ku tahu wajahnya.Namun dari rahimnya,lahir keturunan kami.Kesinambungan ummat Muhammad s.a.w.


“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
(Surah Ibrahim : Ayat 40)
“Dan orang-orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (Surah al-Furqaan: 74)

saya anak Kemala.
anak ummi abah laa.
cicit Kemala.

No comments: