Semut.Rumah saya banyak semut. Bilik kat dQ pun lebih kurang sama je. Pendek kata hidup saya memang dikelilingi semut. Al-maklumlah orang Kelantan memang terlebih manis :)
Pagi-pagi hari nak hilangkan bosan terziarah website iluvislam.com
dan jeng jeng jeng terbuka gambar pasal semut..ustaz muktasyaf,pinjam gambar ehh :)
Sebut pasal semut,pandangan pertama saya terhadap mereka si makhlus halus ni,tak lain tak bukan - menyerabutkan,menggeramkan sebab akan ada je yang jadi mangsa penyekkan nanti -
Ya,begitulah nasib sang makhluk halus yang gemarkan makanan manis,macam saya :)
Namun nasib mereka masih baik kerana mereka tak pernah lagi (setakat ni) diisytiharkan sebagai makhluk perosak mahupun serangga pembawa penyakit macam sahabat-sahabat mereka yang lainnya
yakni si lalat,mak cik nyamuk,mek tikus bla bla bla.
Ramai yang sedar akan kehadiran semut.Di mana ada kemanisan,di situ ada semut.
Tapi tak ramai yang cuba untuk berfikir akan kejadian semut.
......................................................................................................
Semut. Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah dilihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu.
Semut-semut penganyam adalah tukang jahit yang mahir. Mereka menyambung daun-daun dengan menariknya daripada dua bahagian dan menjahit daun-daun ini bersama. Dengan cara ini, mereka membuat rumah yang baik untuk diri mereka. Semut mempunyai jenis yang lebih banyak daripada hidupan-hidupan yang lain.
Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut. Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil. Semut berkomunikasi dengan isyarat kimia iaitu semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi (Feromon).
sumber : iluvislam.com
............................................................................
Kadang-kadang melihatkan semut diri sendiri terfikir,alangkah bahagianya mereka semua.Saban waktu bekerja,tak sedetik pun waktu dibazirkan dari aktiviti berzikir kepada Zat Yang Maha Mencipta. Sungguh aku jeles dengan depa semua.
Dan kadang-kadang terfikir alangkah bahagianya andai aku juga seekor semut,semut pekerja pun tak apa lah (tapi kalau dapat jadi ratu lagi best,hOhOhO).
Jadi semut,tak penat fikirkan masalah dunia.
Jadi semut tak payah susah-susah tanggung dosa.
Jadi semut tak lah menderhaka pada Allah.
Jadi semut,tak penat fikirkan masalah dunia.
Jadi semut tak payah susah-susah tanggung dosa.
Jadi semut tak lah menderhaka pada Allah.
Itulah semut.Halus penciptaannya tapi punya banyak kelebihan.Dan hanya manusia-manusia yang bijak mampu mengambil ibrah dari penciptaan semut.
Melihatkan kembali semut-semut semua, fikiran kembali jernih. Ya,mungkin aku tak perlu jeles dengan kau semut,aku cuma perlu mencontohi kau.
Kerna hakikat penciptaan manusia sesungguhnya lebih mulia dari semut.
''Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .'' surah at-Tin ayat 4
Kerana kita khalifah yang diciptakan Allah untuk memakmurkan bumi,dan semut cuma makhluk yang dijadikanNya untuk manfaat manusia sekeliannya.
'' Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat ;Sesungguhnya Aku ingin menjadikan khalifah di muka bumi.....'' al-Baqarah ayat 30
Cetusan rasa yang kelaparan ;
nor ibrah
nor ibrah
No comments:
Post a Comment