Have you ever think that He might not knows you very well?
....Alamak,ter'skippping' lak...(bahasa budak2 zaman cikalang) :)
END of intrO...
....Takde idea sebenarnya nak menulis tapi tangan tak habis2 gatal nk menaip...
Then tiba2 teringat segala pahit manis sepanjang keberadaan di dQ..
Dari awalnya teragak-agak nak masuk sana,tup2 sekarang ni perasaan sayang teramat sangat mula menebal dengan tempat tuu... :) sayang nak tinggalkan taman tarbiah tuu..amat sayang. Apapun,hanya tinggal 5 bulan je lagi,nak tak nak kata2 keramat ''bye2!!'' akan terpaksa juga dituturkan nanti.
Percaya atau tak....hidup saya tak pernah susah!! Juga,hidup saya selalu lepas dari sebarang ujian2 yang berat...bukan bermakna saya tak pernah ditimpa sebarang ujian, bohong sungguh jika itu yang saya maksudkan.
Ada ujiannya,tapi ujian yang datang tak sehebat ujian2 yang menimpa sebahagian sahabat2 di luar sana,tak sehebat ujian yang anda lalui mungkin.
Lantas kekadang saya terfikir, jauh sangat ke aku dari Allah hingga aku tak pernah rasa susah. Ye la, bukan ke orang2 yang dekat denganNya biasanya diuji dengan macam2 ujian yang berat..lepas satu,satu lagi yg datang (walau mungkin tak seperti cerita2 indOn,datang tanpa henti, tak da lampu merah kott)
Hidup senang membuatkan saya berfikir...
Tapi semua tu bukan lah bermakna saya mengimpikan ujian dan dugaan yang berat datang menguji...jauh sekali..kerna tahu diri mungkin takkan mampu.
Dan kemudian jawapan pada persOalan tadi datang..
' Apa kau pikir hidup senang tu bukan ujian? Nikmat tu bukan ujian? Live happily ever after tu bukan ujian? Hakikatnya itu semua juga ujian,Allah mahu menguji apakah kau akan hanyut tenggelam dalam semua keindahan tu atau pun kau akan bersyukur padaNya atas semua kurniaan tu.'
''Setiap yang bernyawa akan merasai mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami.'' (Al-anbiyaa' ayat 35)
Emm,agaknya ayat suci ni dah cukup sebagai jawapan yang terbaik...subhanallah!!
Lalu,di dQ lah pelbagai rasa dah saya rasai..
Pahit, manis, masam, kelat, sakit tekak (yg ni memang tak bleh elak)....
Sem 1 menyaksikan bagaimana mulanya kami menyesuaikan diri dengan pelajaran baru..
Syllabus baru,'buku teks' baru dan hakikatnya itulah satu2nya buku teks yang perlu kami fokuskan..ayat demi ayat.
Dari mula merangkak, kemudian berjalan kini sebahagian besarnya dah mampu berlari.Yang pecut terus pun dah ada dah...
Sikit demi sikit masing2 cuba untuk terus 'masuk' dengan keadaan serba baru.
Sem 1,sebahagian besarnya cukup manis bagi saya..Yup!! Even Minggu Haluan Siswa dan Mafatihul Mahabbah yang dulunya pahit sampai tak leh nak telan apatah lagi hadam,kini dah bertukar jadi manis,'sweet sour'...cukup menghiburkan bila dikenang kembali sorotan peristiwanya. :)
Sem 1 juga lah yg menjadi memOri pada saya apabila hampir hari2 kena nasihat dek ustazah,
''Bawa banyak2 sikit''
Ya,itulah dia pesan yang selalu saya dengar dan jarang sekali mampu ditunaikan..
Sebabnya?
Satu,KEMALASAN MELAMPAU..
Kedua..memang betul2 xda bakat dlm bidang hafazan,lalu bakat itu perlu diasah,ditoreh,ditajamkan dari satu tahap ke satu tahap....butuh waktu!!
Dan kerna kemalasan juga kelemahan itu lah akhirnya saya dan beberapa orang lagi kena panggil oleh Jabatan Akademik+Jabatan Al-Quran sebab tak habis2 lagi muqarrar sedangkan exam dah dekat.
Bila dah ada kesedaran barulah terasa nak pulun habis-habisan...hemm,baru kau tahu!!
Pulun punya pulun,seminggu sebelum exam baru habis muqarrar..fuhh!!
Jawabnya,iadah la setakat sempat...
Maka natijahnya??
++Dur lah kau.....
Sem 2
Semester kedua membuka tirainya dengan berita sedih yang menimpa seOrang sahabat,dia kehilangan ibu tercinta.
Dan tanpa saya ketahui,rupanya itu cuma sebahagian dari kesedihan yang menimpa kami.
Semester kedua pada saya adalah semester yang banyak mehnahnya..
Ku pikir panas sampai ke petang rupanya hujan di siang hari..
Hari demi hari,minggu demi minggu begitulah akhirnya masa berlalu.
Hingga lah pada satu ketika ujian Allah datang bertamu.
Hakikatnya ujian itu mungkin asalnya tidak ditimpakan ke atas saya, saya cuma terkena tempiasnya je..tapi saya pulak yang nangis lebih2..aduhaii,entah apa la yang saya fikirkan.
Kawan dan teman rapat terpaksa tinggalkan perjuangan mereka...terpaksa tinggalkan saya terkapai-kapai seOrang diri,sadisnya... :( dan hati mereka pasti lebih pedih saat tuu.
Yup,saya menangis..malah lebih kuat dari tangisan mereka yang terpaksa meninggalkan..
Dan sampailah satu saat salah seOrangnya menegur saya, menyedarkan saya dari dunia air mata, meniupkan kekuatan utk menerima sebuah kehilangan sementara.
Sepanjang masa itu lah pengharapan dan kebergantungan kepada Allah datang menguji..
Saya tak putus berdoa agar mereka masih bisa di sana bersama kami meneruskan perjuangan...
Malah,saya cuba utk yakin Allah pasti akan memberikan jalannya..
Harapan saya waktu tu terlalu besar yang Allah akan memakbulkannya mengikut apa yang saya mahukan,apa yang kami dan mereka impikan.
Tapi rencana dan keputusan Dia tiada siapa yang dapat halang andai Dia tidak mengizinkannya.
Dia tetapkan sebaliknya...lalu datanglah keputusanNya. Mereka pergi.
Sejak tu saya terus berperang dengan asakan persOalan dari diri sendiri,dan pastinya itu semua datang dari bisikan syaitan...
Kenapa macam ni?
Kenapa Allah tak makbulkan dOa aku?
Kenapa Allah tak cabut je kelayakan aku utk terus berada di sana,kenapa mesti mereka,kenapa bukan aku?
Lemahnya iman,hanya mampu utk terus mempersOalkan ketentuan Allah...astaghfirullah.
Mengetahui lemahnya saya utk berhadapan dengan hakikat yang terjadi,Dia sering menegur saya...
TeguranNya unik,datang menerusi gerak hati para sahabat dan adik tercinta yang maklum dengan tangisan saya..lalu mereka tak teragak-agak utk memberikan kata semangat dan nasihat walau hanya menerusi sms.
Dan Dia juga menegur saya utk belajar meREDHAI kerna REDHA dan PASRAH ada bezanya...
'' Dan sekiranya mereka benar-benar redha dengan apa yang diberikan kpd mereka oleh Allah dan RasulNya, dan berkata ' Cukuplah Allah bagi kami,Allah dan RasulNya akan memberikan kepada kami sebagian dari karuniaNya.Sesungguhnya Kami orang2 yang berharap pada Allah.'' ( At-Taubah ayat 59)
Ayat ini menjadi penguat dan jawapan tatkala saya memOhon padaNya utk mengajar saya erti redha..
Dan kerna percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya...saya terus menanti.
Apa hikmahnya?
Hati meragui....
Hinggalah tiba satu saat Dia kembali menyedarkan saya...
Menyedarkan saya hikmahnya memang wujud..
Rupanya ujian itu membuatkan saya terus dekat denganNya..
Membuatkan saya tersedar bahawa saya selama ni berada di zOn yg paling selesa,mana taknya,kalau sebelum ni saya asyik bermalas-malasan nak mencari mOdal tasmik,tapi kerna ujian ni saya mampu utk istiqamah hantar 5,6 muka sehari...sehinggalah habis muqarrar.
Kerna semua itu saya sedar saya hanya punya Dia utk bergantung dan berharap,bukan menyandarkan kebahagiaan dan kesenangan saya pada manusia lainnya.
Dan kerna ujianNya saya mampu utk mensyukuri nikmat persahabatan dan ukhuwah yang ada di dQ.
Dan sekarang baru diri tersedar bahawa di sebalik ujian ada RAHMATnya...yang cukup manis.
~Mungkin ini hanya sekadar luahan..Dan tulisan ini didedikasikan buat : ~
cik Suad,Ecah,Amirah > miss all the mOments we shared together...
masih ingat kah dikau kenangan tepi tasik kita berbOrak sakan sal MHS dan Mafatih? emm,tak ingat da tu.. bermalam bersama masa blackout sem 1,kes Suad kehilangan cincin buat sementara waktu(misteri sggh,cane bleh ada dlm tOng sampah? ) Amirah lari tak mau jadi imam...Ecah terduduk kat tangga sambil menjerit mnta tOlong sebab tiba2 pandangan mata gelap tertutup dek tudung...gara2 mengelak dari banin.
A lot of tHanks to Angah, Anje, Acu...arigatO sbb sering lepak sama2, you guys filled my loneliness wit joys...ececehh.Juga pada Alang dan Ateh and sahabat2 lainnya di dQ..uhibbukunna fillah,insyaAllah.
Well,nOt to fOrget, adik kembarku, Jibah......sungguh kakakmu menghargai air matamu yang tumpah melihat kesedihanku.....arigatO utk semua nasihat.
ALHAMDULILLAH, aku masih bisa utk terus di sana...<3