Thursday, November 18, 2010

Hati....

COretan demi cOretan mengisi setiap isi kosong blOg ni...
Mampukah diri utk mengatakan ''Aku puas!'' atau berasa bangga dengan setiap tulisan yang dicatat?

Diri hanya mampu menulis,pOst demi pOst..
Tapi diri tak mampu menjamin setiap tulisannya diangkat sebagai satu IBADAT di sisi Allah..
Jauh.
Mungkin masih terlalu jauh.
Kerna dalam setiap penulisan ini niat sering tersasar.
Riak,sOmbOng dan sum'ah serta beribu lagi perasaan mazmumah sering datang bertandang.
Mengaburi mata hati.
Hingga akhirnya hanya kekOsongan yang berjaya dicapai.KosOng dari sebarang ibrah,kOsong dari sebarang keinsafan.
KOSONG!

Perbaharui niat. Mungkin itu yang akan ramai utarakan sebagai solusinya.
Namun ia tak semudah yang disangkakan..
Hati memerlukan mujahadah yang tinggi utk disucikan.
Sedangkan nafsu dan dunia musuh utama yang tak putus2 datang mengancam.

HATI yakni RAJA dalam diri..
seringkali bertukar menjadi HAMBA.
AKAL merangkap PENASIHAT dalam diri..
selalu merelakan diri menjadi PENGIKUT yang amat setia..
Kerna NAFSU yang jawatan asalnya adalah PENJAHAT dalam diri
telah dinaikkan pangkat menjadi TUHAN diri sendiri.

Manusia sering tewas kerna berTUHANkan nafsu. Sering tergelincir kerana terlupa utk menyucikan hati sebelum melakukan sesuatu urusan.

Bila HATI telah dikotori,saat itulah NAFSU tanpa segan silu mengangkat dirinya sebagai TUAN.

...........Betapa sukarnya utk menjaga sekeping HATI.

...Dan begitulah sukarnya utk menjaga ketulusan niat....
 Hingga diri tak mampu utk mengatakan ''Aku telah menyumbang utk agama''...

Dah ditampalkah setiap koyakan di hatimu?




Wednesday, November 17, 2010

erti pengorbanan....

10 zulhijjah...
Kita bertemu lagi...
Bersua lagi utk ke sekian kalinya...

Hari yang penuh dengan erti pengorbanan...
Erti pengorbanan yang masih belum mampu diri ini hayati dan singkapi..

Andai disingkap erti pengorbanan di sebalik sejarah,pasti kan kita temui suatu kisah yang didukung oleh 
4 watak :
  • Ibrahim a.s dengan keikhlasannya
  • Ismail a.s dengan kepatuhannya
  • Hajar dengan tawakkalnya
  • Iblis dengan hasutannya
 4 watak yang melakar makna di sebalik Aidiladha...

Mampukah kita menteladani 3 watak mulia yang mencipta sejarah tersebut?
Ataukah kita sering mencontohi Iblis dalam keingkarannya pada Allah?

Aidiladha...datangmu membawa makna pengorbanan,namun diri hanya mampu meraikannya tanpa penghayatan yang mendalam di jiwa...
Kapankah saatnya erti pengorbanan itu mampu membekas di jiwa?


Tuesday, November 16, 2010

penangan cinta...

Opss...kedengaran macam topik yang hangat nehh...
ya..!! kali ni kita akan membicarakan tentang  CINTA..

siapa tak kenal cinta? rasanya tada sapa tarak tau kata cinta...cinta monyet,cinta sejati,cinta romeo and juliet...begitu banyak istilah cinta pernah kita dengar...cinta gelifren and buayafren??ada sesiapa penah dengar?? Yaa...itulah dunia cinta!!
Tak cukup lagi...bunga,coklat,panggung wayang,duit,henset,sms...semua ini juga berkaitan dengan cinta muda mudi zaman sekarang..
Andai siapa pernah bercinta mahupun sedang bercinta pasti lebih mengerti dan expert right?
SO...whats the main point yg nak saya sampaikan?
cinta itu indah?cinta itu syok? cinta itu masam2 manis? atau mungkin pahit bagi sesetengah orang yang pernah putus cinta...mungkin.
 YA...cinta itu indah sekiranya ia benar2 disulam dengan ketaqwaan,cinta itu indah andai benar ia diikat dengan ikatan yg sah. Indah andai kita tahu utk menjalinkannya mengikut syariat... thats my opinion!
namun tulisan ni bukanlah nak membangkitkan semua persoalan itu..atau membahaskan kenapa dan kenapa opinion setiap orang berbeza kerna setiap individu punya tafsiran mereka sendiri tentang cinta.jadi terpulanglah pada diri masing2 utk mentafsirkannya..

Jika engkau mencintai BUNGA,
sedarlah BUNGA itu akan layu,
Jika cintakan MANUSIA,
sedarilah satu hari dia akan pergi,
Jika engkau cintakan HARTA,
HARTA itu nanti akan kau tinggalkan,
Namun jika engkau cintakan ILAHI,
hanya DIA yang akan kekal abadi...

Cinta palsu hanya membawa pada kehancuran...
buktinya sudah berapa banyak kes sebegitu pernah kita temui.
Bunuh diri dek kerna putus cinta,minum racun sebab kekasih curang,anak gadis menghilang ikut jejaka Lombok dan bla bla bla.Tak termasuk lagi kes2 terlanjur dan buang bayi yang berlambak lambak di dada akhbar maupun yang tersembunyi di serata pelosok setiap negori di Malaysia mahupun dunia.
Kerna cinta badan binasa...andai ia tak mampu kita kawal.

Carilah cinta hakiki...tinggalkan cinta plastik...cinta palsu!!
Bila diri mencintai Ilahi,cinta manusia pasti kan tiba walau tanpa diundang...













sebuah pertemuan..

Takdir kadangkala mempertemukan sesuatu yg tak diundang,
menduga dalam bermacam ragam,
memberi apa yg tak dirancang,
membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan,
Dan takdir juga membuatkan kita rasa kehilangan,
namun takdir memberi kita erti perkenalan,
menyulam erti kasih sayang,
mengecap erti sebuah persahabatan,
merasai erti kegembiraan,
mengenali sebuah ketabahan,
dan mendalami erti sebuah keakraban,
juga memberi peluang utk menilai siapa sebenarnya sahabat,kawan dan siapa sekadar kenalan dlm mengisi ruang episod kehidupan..

Jauh perjalanan merentas kehidupan,bermacam ragam,kerenah,akhlak dan tingkah laku manusia yg kita temui..
Ada yg menyenangkan dan menenangkan,ada juga yg menyakitkan dan menjengkelkan.
Indahnya manusia kerna kita tak sama..
Indahnya manusia kerna kita berupaya utk saling menteladani antara satu sama lain.
Yang baik dijadikan contoh,yang buruk cukuplah sekadar dijadikan sempadan bkn utk diikuti.
Dan dalam setiap episod kehidupan itulah takdir menemukan kita dengan insan2 yg byk mewarnai hidup kita.
Malah,dalam setiap suka dan duka yg dilalui,kita berupaya utk mengenal dan mebezakan antara kenalan,kawan dan sahabat.
so,bersyukurlah andai engkau berkesempatan utk bertemu dan merasai erti persahabatan..kerana nikmat sebenar persahabatan dan ukhwah yg terjalin itu hanya benar2 mampu dirasai oleh mereka yang bersahabat kerana Allah.

Sahabat,
andai leka ada yg menegur,
andai salah ada yang membetulkan,
andai sedih ada yang menghibur,
andai terluka ada yang merawat,
andai gembira ada yang turut merasa..

Andai benar kita bersahabat,berdoalah agar ia kekal ke syurga...


Monday, November 15, 2010

siapa aku...

18 tahun kaki hina ini bertapak pada sebuah kehidupan yang hakikatnya hanyalah satu pentas untuk menilai prestasi diri.YA..prestasi diri berhadapan dgn imtihan-imtihan dunia.Imtihan dunia yang akhirnya membawa pada keputusan sebenar di akhirat kelak..dan apakah result yg bakal diterima itu result yg menggempakkan atau hnya sekadar lulus atau lebih teruk...- FAILED ???

Siapa yg dapat menjamin keputusan yg bakal keluar di akhirat sana?
bkn harta,bkn keluarga,bkn juga paras rupa yg cantik rupawan,bkn pula rumah 3,5 tingkat yd dibina hasil penat lelah bekerja 20 tahun...tapi hanya amalan yakni amal soleh yg sudah sedia tercatat dlm buku suratan amalan.

Kerna yg menentukan keputusan itu kelak tidak tersedia dalam mana2 texbook yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia,tak tersedia dlm semua kertas jawapan yg bertanda dakwat merah.. hanya amal soleh yang berlandaskan ilmu mampu menjamin tahap gempaknya suatu keputusan tu kelak.. Yeh,dek ceteknya ilmu yg dimiliki,hnya itu yg mampu dicoretkan utk kali ni.

Lalu,siapa aku...siapa kita di sisiNYA kelak? mampukah kita meraih gelaran top 'ibadullah yg dijanjikan dgn pelbagai nikmat dan ganjaran di syurga,yg mampu berdiri bersama para ulama,para sahabat dan para nabi?
siapa kita?pernahkah kita bertanya?
tepuk dada,tanya iman,tanya amal...

coretan Hamba hina...